Ogos 06, 2010

Education For Women On 6am

Berkira.

Bila dah ada sikap berkira, memang masalah. Berkira pasal duit. Berkira pasal hadiah. Berkira pasal dah cakap i love u ke belum. Dan tak lupa berkira pasal siapa paling banyak call. Sikap berkira lazimnya tercetus bila rasa tak puas hati atau rasa tertindas atas perbuatan pasangan. Contohnya, bila sang wanita sudah membayar duit makanan, dan ada duit balance sebanyak RM5, sang lelaki nak duit balance tu sebagai bayaran hutang yang sang wanita pinjam dari sang lelaki sebanyak RM50 minggu lepas. Siap cakap

"Ok, 50 tolak 5, maknanya U ada hutang dengan I lagi 45".

Badigol nya. Lima ringgit pun nak berkira? Lelaki apa ni? Apa dia ingat kita tak boleh bayar ke 50 tu?. Benda berkira ini takkan habis kalau tak di bendung. Sebab ia akan membawa kepada permasalahan seterusnya, iaitu ;

Ungkit-Mengungkit

"Elehh, U pinjam I seratus hari tu, I tak bising pun, ni baru lima ringgit nak berkira", kata sang wanita.

"Tolong sikitt, sebelum ni U pun mintak kat I balance duit kan? sendiri mau ingat lah!", balas sang lelaki.

Dan mulalah bertekak, bertekak, bertekak dari start keluar kedai, masuk kereta. Last-last muka masam bila sampai rumah masing-masing. Mengungkit salah masing-masing. Petik salah sana sini. Lagi teruk, bila dah petik point dengan kekasih lama. Itu adalah killer point untuk memang nak cari gaduh. So, akan ke satu peringkat permasalahan seterusnya iaitu ;

Mencari Kesalahan

Ada saja point nak petik kesalahan pasangan. Sampai kesalahan yang dua tiga tahun lepas pun boleh di buka cerita padahal dah berjanji untuk stop dari bukak cerita tu. Ini semua terjadi kerana..

Ego Tak Bermunasabah

Ya. Dalam hal ini, siapakah yang akan menjadi reacher and settler? (rujuk season 5 How I Met Your Mother). Walaupun sebenarnya reacher and settler selalu terjadi dalam hal jeles-menjeles pada konteks hubungan salah seorang pasangan dengan orang lain. Namun, ia boleh terjadi juga pada permasalahan yang sedang gua kupaskan ini. Ini kerana, setiap berpasangan kalau boleh tak mahu mengalah. Penyudahnya..

Buntu dan Berbaik Semula

Menjadi buntu. Serabut dengan percintaan dalam perhubungan. Gua lebih suka menggalakkan sikap berbaik semula dan lupakan apa yang terjadi. Seperti dalam lirik The Morning After oleh Oh Chentaku. Kita tidur, dan kemudian bangun pagi dengan melupakan masalah-masalah yang terjadi pada hari semalam. Itu lebih baik kan dari terus bergaduh?

So, sematkan dalam dada dengan falsafah dari gua ini :

'Setiap hari, adalah hari baru memulakan percintaan'

Chalo!

9 ulasan:

MOFASAD berkata...

dulu kita pernah gaduh2... sekarang kita baik2.. ai tak berkira pun dengan yu..

hahaha

AliceAqram berkata...

elehh, yu ni cam tak faham je ai saje je cari gaduh sebab nak manje-manje dengan yu.

ya a aw!

MOFASAD berkata...

aw~

ai suka la yu~

hahaha

J. Love berkata...

ala. kalau bunga bunga je r/ship, bosan gak. so main ungkit ungkit ah. pastu nangis nangis, pastu maaf maaf, pastu rasa dunia macam kita yang punya.

AliceAqram berkata...

tervaek j.love. tervaek.

so, nak kahwen tak nanti? dunia tu kau yang punya wehh.

J. Love berkata...

oh. still tak nak kahwin. heh.

Fiq berkata...

hah.
macam ada xtvt gay yg berlaku..

AliceAqram berkata...

haha. tak berapa gay sgt lahhh

Seha Haris berkata...

ok. skrg aku x payah gado2 da. hahaha! aman dunia.