Ogos 21, 2010

Luahan Hati : Perempuan, Cinta dan Agama

Ada orang bertanya gua dan menyindir gua.

'Kenapa kau suka sangat tulis pasal cinta-cinta, hal perempuan yang tak berfaedah ni? Baik kau pergi buat ibadah betulkan diri. Ni tulis pasal agama, kau bukan betul sangat pun. Pendapat kau bukan betul pun, ilmu tak banyak, kau bukan ulamak, kau nak jadi ulamak cinta? Atau kau nak di kenali di kalangan perempuan?'

Kalau ayat ni kena kat sapa-sapa. Memang bisa.Gua turut rasa bisa. Kaw-kaw dia bagii. Tapi, gua tak melatah. Gua ada tujuan sendiri. Ada sebab mengapa gua menulis pasal perempuan dan cinta, dan kenapa gua menulis hal ehwal agama.

Sebab nya, gua pegang final request yang di beritahu kepada gua sejam sebelum dia meninggal. Siapa dia?

Lain tak bukan, Muhammad bin Abdullah. Rasul Allah yang gua rindui dan cintai.

Apa dia cakap?

Dan para sahabat bertanya kepada Rasulluallah,

'Apakah permintaan mu wahai Rasuluallah kepada kami pada jam terakhir ini?'

Rasulluallah menjawab,

'Aku meminta kamu-kamu semua dapat menjaga wanita, layan mereka dengan baik dan penuh penghormatan'

Itu lah final request yang gua pegang.

Protect the woman. Treat them with goodness and respectful.


Sebab itu gua menulis pasal hal cinta. Dan kalau lu semua lihat, penulisan gua lebih condong ke arah side wanita. Kan? Kenapa cinta? Apa kaitan perempuan dengan cinta? Ini kerana, bagi gua, perempuan amat sensitif dengan cinta.

Cinta merupakan salah satu ujian yang berat kepada perempuan. Kerana cinta yang salah, perempuan boleh merana, patah hati, menjual diri, berhadapan keganasan, penceraian, hilang maruah, di lacurkan, bunuh diri dan sebagainya.

Perempuan harus mendapatkan cinta yang betul. Bukan sahaja kepada Tuhan iaini dari segi kerohanian, bahkan kepada manusia dari segi realiti dan fizikal. Zaman sekarang. Ramai lelaki mengumpan cinta untuk memperdayakan perempuan. Gua tak suka semua itu. Ramai lelaki memanipulasi cinta untuk memukul perempuan. Gua benci itu. Ramai lelaki menjadikan cinta sebagai plastik untuk menjual perempuan. Lagi, gua meradang pasal itu. Dan akhir sekali, ramai lelaki menjadikan cinta sebagai alasan untuk perempuan menggugur kandungan dan membuang bayi yang di lahirkan. Macam perempuan ni jadi stok-stok bahan guna pakai, boleh discard macam gitu je. Siap boleh beli lagi. Apa jadah semua ni?

Oleh itu, gua yang di amanahkan memegang final request tersebut. Gua telah mulakan langkah dengan menulis artikel yang boleh mengajar perempuan memahami, menjalani, dan mengawal cinta dengan betul. Menulis apa yang di isihatikan oleh seorang wanita. Menulis apa yang di inginkan dan perlu oleh seorang wanita. Menulis apa yang wanita emosikan terhadap dunia. Semuanya kerana gua tak mahu melihat para wanita kecewa dan jatuh. Semuanya kerana gua perlu melayan wanita dengan baik seadanya yang gua mampu.

Dan, bila pasal request dari Rasul sendiri. Konfem lah jugak menulis pasal agama kan. Tulisan gua pasal agama bukan lah perfect. Ia merupakan penulisan agama untuk peringkat beginner. Khasnya perempuan. Kerana susah jugak sebenarnya nak memahamkan perempuan kerana 'pick-up' lelaki lebih cepat dari perempuan seperti yang selalu kita dengar, kan? Takkan lah gua nak menulis sesuatu topik agama yang berat untuk di fahamkan oleh perempuan. Mahu injured otak diorang nanti. Jadi, bila ada orang lelaki yang berada peringkat advance macam bengang dengan penulisan agama beginner gua, gua rasa susah nak cakap. Dia memandang remeh dan merasakan cara gua salah dan termasuk dalam mazhab/ideologi sesat. Hadoii, macam mana gua nak cakap dengan orang macam ni?? Bagi gua, belajar agama ni ada peringkat-peringkat dia. Mana boleh sental macam tu aje. Karang naik isim, sapa susah?

So, tu lah kesimpulannya. Gua harap bukan gua sorang pegang final request ni. Gua minta kepada semua lelaki untuk treat girlfriend, kekasih, tunang, isteri, ibu, nenek, adik perempuan, kakak, mak sedara, makcik, mak guard, customer perempuan, dan semua perempuan dengan baik. Tu je, aman dunia. Hubungan kekeluargaan lebih erat. Ketamadunan manusia pun lebih beradab. Ok?

Chalo.

13 ulasan:

ain shalalala berkata...

like it :)

yayahidayah berkata...

time kaseh kerana memahami wanita!

huh...

saya suke~~~

Nik Ashri berkata...

haha. boooooo karem. boooooooo.

+d.O.Y.A.h+ berkata...

gua pon suka! =)

J. Love berkata...

ha jangan cakap je tau sayang. buat juga.

AlexiaAqram berkata...

@yaya, ain, doyah.

terima kasih. :)

@nik

tengs.

@j love

iye sayang...

hellioz berkata...

hujah lu gwa salute SPRING!

gyahahahahaah~

AlexiaAqram berkata...

@hellioz

ni bila nak 'REWANG RAGE' ni?

Tanpa Nama berkata...

terharu nya aku.... kalau lah semua lelaki pikir macam kau pasti selamat kaum wanita....

AlexiaAqram berkata...

@tanpa nama

belum pasti selamat. perempuan pun kena get strong ye dak?

Myth berkata...

perempuan ngada2...nak extra care...

bwahaha

akusuperman berkata...

wanita, suatu amanah yg memang sukar dimengerti.. superman minta tunjuk ajar sifu aqram..

yenkeol alone berkata...

baek glerr nye awk nie .. kalau la ade lg lelaki cm awk .. aman dunie nie bahgie jew salu .. jiwang plk aQ ... hehehe gudjob !!