Ogos 14, 2010

Untuk Apa Menulis Blog?


Untuk apa?

Tipulah kalau takde rasa nak populariti maya. Eleh, tak nak ngaku. Temberang betol. Kan Hellioz? Kan J. Love? Bagaimana pula Mofasad dan Fiq?

Untuk apa?

Buat duit dengan advertiser? Senang cakap nak dapatkan hits la. Ceh, akhirnya ke arah populariti maya jugak.

Untuk apa?

Sharing is caring? Kongsi pengalaman hidup, tips, idea dan cerita jenaka. Bila ramai orang suka baca, lagilah konpem dapat populariti maya.

Apa dan kenapa populariti maya nih?

Ada 4 sebab yang gua rasa banyak blogger ke arah populariti maya.

1. Dunia luar dia, realiti dia, tidak popular. Sepi. Tak pandai bergaul.

Contoh : Banyak blogger buat kisah personal yang kadang-kadang bagi gua terlalu bullshit seperti menayang gambar berapa banyak biji kerang yang dia makan waktu buka tadi. What the fuck? Peduli ke orang lain kau makan kerang berapa biji? Pergilah cari makwe/pakwe sorang. Haihh!

2. Dia memang terer berimaginasi. Imaginasi selalu di kait dengan maya.

Contoh : Dari kecil dulu, sifat berangan dan imaginasi dia memang kuat. Maksud aku, imaginasi peristiwa. Dia boleh create satu cerita yang boleh buat orang gelak satu dunia. Kalau dia cakap itu cerita realiti dia, jangan cepat percaya sangat. Kadang-kadang point yang dia tulis, satu dua je yang betul. Yang lain menambah-nambah buat seronok. Kau rasa macam blog sapa?

3. Keyakinan diri dengan alam maya lebih tinggi dari dunia realiti.

Contoh : Menjual shawls dan aneka fesyen cardigans di dalam blog. Persoalan aku, mengapa hanya menjualkannya di dalam blog? Kenapa takde bukak booth khas di alam realiti untuk perniagaan kau tu? Kenapa taknak cuba? Ha, Ini kerana sebab self-esteem seseorang itu yang merasa kurang yakin dengan potensi alam realiti. Jadi, lebih selesa dengan alam maya untuk cari duit saku. Ini tak masuk lagi kalau mereka yang menjual ;

'Rahsia untuk berjimak lebih lama, dapatkan produk sekian-sekian'

Cuba kalau dia berani jual di alam realiti, buka satu kedai. Kau rasa ada orang datang tak?

4. Meniru dan trend.

Sebab yang mudah. Masyarakat kita memang kuat meniru. Suka ikut trend. Orang lain buat blog photografi gempak seperti blog Bak, dia pun sibuk buat blog photografi tayang kamera Pentech dia. Orang lain buat blog bola seperti Sokernet, dia pun sibuk buat blog bola tayang dia timbang bola saiz 4. Orang lain buat blog kecantikkan seperti Hanis Zalikha, dia pun sibuk jugak tayang gambar dia pakai tudung predator. Orang lain buat blog observer seperti AkuTakPeduli, dia pun sibuk jugak buat blog observer membebel pasal kenapa orang buat blog. Eyh?

Oklah, berilah alasan konkrit kenapa kauorang semua buat blog?

Gua sebab... addicted. Ya, mungkin. Itu yang paling tepat. Ada tips untuk hilangkannya?.

24 ulasan:

apan berkata...

"Yang lain menambah-nambah buat seronok. Kau rasa macam blog sapa?"


jawapan: kau!

aku rasa bab jual tu sebab kos dan masa.bkn sebab self esteem.mgkin sbb self esteem tp bkn faktor utama

adzuan aziz berkata...

haha.aku buat sebab janji dgn yg tercinta utk kes2 kecemasan.kes long distance.pastu dapat kamera sebijik.aku hapload gambar situ.menarik.:D

I n n z berkata...

gua juga addicted to blog .

AlexiaAqram berkata...

@apan

elehh. blog kau bagi aku dah macam ceritera mat sentul. menambah tertambah di tambah.

@adzuan aziz

mak aih. romantik. kata kawan aku.

@lnnz

kan? welcome to the club.

fiQ Froz berkata...

addicted...sumpah addcit..
n sekadar menulis....
lepas dah agak2 ramai org kenal.delete blog buat lain..

tujuan hanya satu...nak baca pandangan org lain..dan menulis utk diri sndiri..

popular didunia maya??haha..lawak.

dan aku setuju jgk..pernah terfikir..mereka yang nak populariti dunia maya yang anggap diri tuh artis...xde life yang hebat mcm ape yg dia ada dalam dunia maya..terikut2 dgn trend org lain..biasalah tuh...

AlexiaAqram berkata...

@fiq Froz

lagi sorang. welcome to the club bebeh! btw, delete blog lepas dah kenal memang chara abes. penuh misteri.

ザ-sylver-shooter berkata...

aku buat blog sbb aku nk cari jodoh, sbb kat realiti aku adalah lelaki pemalu..hahaha..

AlexiaAqram berkata...

@sylver-shooter

hah. kalau kau dapat jodoh kau dalam alam maya, aku rasa mesti bakal jodoh kau tu kaki cosplay.

hellioz berkata...

hamsap
baru prasan plak

tunggu gwa link lu plak
gyahahahahah~

gwa nk bagi perspectives gwa larh...
gyahahahahhah~

MOFASAD berkata...

lu kutuk ke puji tu? hahaha


gua berblog sebab gua bosan layan tagged n frindster serta myspace..

ok x?

AlexiaAqram berkata...

@hellioz

gyahahaha. chara dokk!

@mofasad

lu memang kaki online sejak azali.

atreyu strange berkata...

Woots. Point ke-4 terbaekk! Dengar kata ATP pun dah malas nak menulis sbb org lain pun sibuk nak tiru cara penulisan beliau. What a lost! Sigh.

jane berkata...

pperlu ke populuariti?

seme tu nonsense n tak kekal laama sbaliknya hny buat kte angkuh dan riak yg senyap

bg aku, aku menulis blog utk isi masa lapangku sewaktu mula2 ditahan d hospital.. brkongsi idea n ilmu yg aku tahu, n kisah hidup yg tk brapa mngkin n tk prnh rasa pun blog ku akan tahan lama..

one daya, ia akan terkaku..terbiar sepi

just be cool n appreciate

just love writing

MOFASAD berkata...

amboi ang~

hahaha

deus X machina berkata...

Lama gila tak baca Aku tak peduli, itu lah antara blog awal aku baca...

masa dia masih pakai blogspot lagi best aku rasa

AlexiaAqram berkata...

@atreyu strange

ATP aku suka sebab ladyesah..
hehehe..

@jane

ada je sebab populariti. buka geng blogger. buat blogwalking kejap. nanti kau tau lah populariti tu di gilakan mcm mana.

yang penting bagi aku.

aku tak peduli blog aku mcm mana pun. ;P

@mofasad

eyh? amboi amboi amboi.

@deus x machina

selain melayu minimalis, aku suka bendaaneh. tapi, blog tu dah berkubur. huhu.

amoi berkata...

Aku dah lama perasan blog macam Hanis Zalika tu, blog perempuan paling ramai tiru! Kalau kau perasan sidebar blog perempuan mesti ada TIPS KECANTIKAN. Opss. Aku tidak yer. aku tak pandai melawa. Tapi blog aku ada TIPS PERCINTAAN. muahahahaha!

and and and ada yang suka copy paste satu artikel dari online newspaper macam harian metro masuk blog dorang. nak kejar keywords lah tu. dalam istilah lain KEJAR TRAFFIK! pffffttt.

AlexiaAqram berkata...

@amoi

yer. aku percayakan kau amoi. hahaha. trafik. untuk apa semua ini?

J. Love berkata...

ah lambatlah gua baca. busy bhai.

gua rasa, kalau gua nak sangkal tanggapan lu pasal gua blogging bukan sebab nama, lu maybe tak percaya. anyone pun maybe tak percaya. lantaklah. gua malas nak argue bab ini.

gua ade mention pasal ni dalam my previous deleted blog. i have always loved writing. kalau lu nak tau, gua dulu zaman sekolah adalah zaman kegemilangan gua dalam writing.

i wrote everything: poems, syair, pantun, and mostly, short stories. minatlah benda benda macam tu.

waktu masuk matriks, member gua kenalkan gua pada friendster. feature yang gua suka was blog, rather than the FS profile. time tu, dua tiga kerat je member gua yang actually read it. i didn't care. i just wanted to write. gua update blog tu every two three days walaupun tak de orang baca sangat. kawan-kawan gua takde sorang pun yang layan blog. and most people i know yang dah start blogging time tu, hanya post lirik lagu. bukan bercerita apa-apa pun.

so, bila dah pandai MySpace, gua still buat blog. masuk FB, dah kenal blogspot.

bila gua nak delete FS dan myspace accounts tu, benda paling gua sayang nak delete adalah blog. tak ada benda lain. haha!

the truth is, in real life, it's not easy to make friends macam dalam dunia maya ni. at least, this is true for me. i'm a very defensive person. so, kat luar, gua tengok orang, gua tak tau perangai dia macam mana. sesuai ke nak berkawan, sesuai ke nak buat musuh.

so, when u read people's blogs, u can get to know the writers ni macam mana orangnya. so once you've read through their blogs, you can decide to be friends with the bloggers or not. kalau ya, then you comment their entries. make yourself noticed. things like that. that's what i do now.

so yeah, i wanna make frens. sebab kat luar, gua defensive. gua tak pandang orang. i don't go to strangers that i find interesting and talk to them. i talk about them in my blog instead. :D

so there. i like writing. always, always have. and yeah, the frens are a bonus.

write in the name of popularity. to be honest, i dun give a damn. sebab duit apatah lagi. langsung tak fikir. adverts tu bukan gua check pun. bila baca entri orang dapat duit banyak, baru teringat nak tengok. tak pernah berusaha untuk fikir macam mana nak make sure duit tu bertambah.

puas?

AlexiaAqram berkata...

@j.love

puas dan inzal.

okay, u have point there. at least, u know a right reason. i believe u.

tapi, komen box gua dah jadi macam blog plak lu tulis. ;P chill mates!

nursarah puteri biru berkata...

dunia internet tak menarik sangat pun. so layan blog (baca/mengarang) dapat gak ilangkan boring, dapat gak kawan2. (aku jenis turun gathering bloggers). dan. sikit2 dapat gak income. berbaloi apa. haha

dekkai berkata...

kalau gua comment, gua rasa mcm gua terkena pulak dengan point lu, sebab gua takenal lu & lu takenal gua. Tapi, mcm lu kata lu pa heran gua nak komen ape, sekarang gua pa heran lu nak pikir ape kan. HAHAHAH


Ok. Back to the point. Intro je tuh. Gua pun sependapat dengan lu, rasa macam nak suruh je mereka-mereka yang buat & tulis blog sebab nak meniru dan ikut trend tuh get a life !

Menulis ni biarlah datang dari hati berkadar langsung dengan pergerakan pantas jari, bukannya sebab nak publisiti. Bila kerja kita ikhlas, kita pun berpuas hati. Tapi, tahu pulak kita niat sebenar diorang kan. So, macam lu sendiri pernah cakap, kebebasan bersuara, semua orang ada hak masing-masing.

Sebenarnya, gua nak gtau je gua addicted. Pernah delete sekali, 2 hari je, gua dah tak tahan meroyan cam orang gila, walaupun sebenarnya bukan ada menda pun. Tapi sebab gua rasa blog ni dah macam life juga, dia yang jadi saksi semua turun naik roda kehidupan neh.

Nwei, teruskan berblogging bro. Niat lu betul, betullah cara nya. :D

Yusri berkata...

tak ramai ke yang marah kau tulis pasal mende ni? hahaha..

Young V berkata...

kekadang yg jd addicted tu sebab ada org baca n komen..ada interaksi di situ.