September 13, 2010

5 Hari Tak Menulis, 5 Hari Realiti Kehidupan

Bagi gua, menulis bukanlah kemestian. Alam penulisan hanyalah alam maya infiniti. Macam tekan TAGGED, cuma yes, no, yes, no saja. Hanya semudah itu nak mencari pakwemakwe hot.

Gua lebih sukakan kehidupan realiti. Walaupun tak seindah dunia maya, gua tetap hayati kehidupan realiti. Walau tak sebaik mana realiti gua. Jadi kambing hitam kadangkala, jadi hantu daging pun kena juga, di buli anak buah pun pernah juga, tapi itu semua keseronokkan realiti. Beri duit raya, real cash dalam sampul, tak terlawan feel nya berbanding bagi duit raya dalam facebook yang serba mengarut tu.

Dari penang, balik johor, raya kota, raya kulai, raya batu pahat dan raya muar. Gua rasa, inilah perjalanan raya gua yang terpanjang. Bila semakin dewasa, langkah makin panjang. Ligat menyengat.

Pulang ke kampung, macam-macam berubah. Yang gua nampak, manusia berubah. Adakalanya tranformasi manusia menjengkelkan. Perangai show-off. Kereta baru, kasut baru, rambut baru, handset baru, lappy baru, dan segalanya di tayang depan sedara, kawan dan kenalan. Takpelah, hari raya setahun sekali.

Hari raya yang dilalui, bukan semua dalam kegembiraan. Adakalanya kesedihan. Lagi-lagi bila kehilangan orang yang di sayangi. Itu merupakan satu dugaan. Tiada klimaks.

Namun, gua gembira dan masih gembira. Sebab gua masih hidup untuk hayati kehidupan.

Emosi? Ah.. Biarkan saja perasaan itu. Segala kenangan raya, baiknya di simpan dalam memori. Bukan di atas foto. Kerana memory is real, photo is fake.

9 ulasan:

Hellioz berkata...

kantoi carik balak kat tagged.
gyahahahaha~

AlexiaAqram berkata...

@hellioz

haha. mana ada, mana ada...

Myth berkata...

Ah sudah la...sudah terang lagi mau pakai spotlight.

But even though picture are fake, it can tell various story, depending to our imagination and perception

Kalau berbaik sangka, kita mungkin akan pecah hati pecah kepala nanti

Tapi kalau bersangka buruk...kadang-kadang bersangka buruk tu tak la buruk sangat seperti yang disangka. haha

AlexiaAqram berkata...

@myth

emosi nampak? haha!

Myth berkata...

emosi kah?

Jap, part mana aku emo?
Biase r...awek nak datang bulan, lebih baik aku emo dulu sebelum dia emo. Baru dia takut nak emo (macam la dia datang sini n baca)

Takde....ntah, aku mcam lagi suka berimaginasi. Lagi pun memang ni yang diperlukan dalam bidang aku. kalau tak imagine, mampus fail.

And bagi aku, bila cam kita bagi assumption buruk atau memikirkan kemungkinan yang buruk, lepas something to happen, kalau gagal, kita takkan jatuh teruk sangat since expectation tak tinggi.

Memang ramai dah marah aku buat camni. Last2, aku gak yang betul, hahaha

Shahireen Zulkifli berkata...

gua x show off kereta gua eh.

AlexiaAqram berkata...

@myth

hidup sebagai ahli fizik macam kita ni memang kena sediakan expectation and error value dalam kehidupan. kalau tak, mcm mana nak predict sesuatu set yg terjadi kan?

memory is real, but photo is fake adalah asumption aku pada diversi manusia yang terlalu depend pada teknologi dan tak nak guna otak sebagai medium usaha. it's called cyber-punk in art language.

AlexiaAqram berkata...

@shahireen

gua tak petik kereta pink lu pun. hahaha!

Myth berkata...

ok, accepted.