September 01, 2010

Catatan Hari Merdeka

Jam 2350, 30 Ogos

Baru balik kerja. Terus shoot ke Istimewa setelah di mesej oleh Mirrul The Don. Sampai sana, jumpa Wandy.I.Am dan Asang De Condemonation. Order teh tarik, Captain Nik Price takde sebab balik Terengganu paginya. Azhar Saotome pun takde sebab tengah 'happy hour'. Tak mahu di kacau. Ramai orang di Istimewa.

Jam 0000, 31 Ogos

Mirrul The Don bangun, di ikuti gua, Alexia Aqram, Wandy.I.Am dan Asang The Condemonation. Tepat jam 12 kami menyanyikan Negaraku. Bersemangat. Tangan di dada. Yang lain di Istimewa? Buat bodoh macam orang Malaysia murtad. Habis nyanyi. Lepak sembang-sembang sampah. Topik sembang, cerita pasal 'Rahsia Ketenteraan Malaysia Yang Tak Ramai Orang Tahu'. Dalam jam 0100, masing-masing balik.

Balik tu singgah Petronas dengan Wandy dan Asang. Nampak konvoi rempit cina isi minyak. Nak dekat 50 motor. Rempit cina bawak bohsia hot-hot pakai hot-pants .... eyh, bohsia untuk Melayu. Kalau Cina di panggil 'Bohmoi'. Wandy tunjuk 'I Like'. Haha!

Jam 0330

Berkumpul semula di Nasi Longkang. Kali ni disertai Man Dukun, dan Man Skate. Makan nasi untuk sahur. Lepak sembang-sembang dari cerita kenangan zaman sekolah, Dash Yankuro, Dunhill 7s, dan kepada cerita hantu. Asang De Condemonation bercerita pasal hantu yang dia alami dan gua sendiri sebenarnya kecut dengan cerita hantu tu dah lama dah.

"Time tu kami semua dah tido dalam dorm", bersemangat Asang bercerita.


"Tiba, tiba gua dengar bunyi macam orang lompat dari gerobok ke gerobok. Pergh, seram gua time tu tapi gua buat-buat tido lah", Asang dengan gayanya. Tervaekk.


"Pastu, tetiba dengar suara perempuan lembut mengilai berkata..."


'Satu dah bangunnnnn..'


'Dua dah bangunn....'


'Tiga dah bangunnnn..'


senyap seketika..


'Yang tu kenapa tak bangun-bangun lagiiiii???'


"Pergh, part memang gua dah nak menangis lah. Ape kebenda tu lah yang bersuara. Tapi, memang gua buat-buat tido tak mahu tengok!", Asang meyakinkan kami. Gua senyum sebab gua aishhh, ada pengalaman macam ni.


"Esoknya, gua tanya kawan-kawan time Subuh kat masjid. Tanya ada dengar suara tak? Semua cakap dengar suara perempuan mengira. Seram woooo!", Asang mengakhiri cerita.


Dalam 0500. Kami pulang.

Itulah catatan merdeka gua. Petang gua pergi kerja. Bukak puasa kat office. Balik kerja, menulis. Lepas ni? Membuta lah apalagiiiii! Ok, Chalo!

4 ulasan:

MOFASAD berkata...

bila lagi nak jumpa gua???

ekekekekeke

AlexiaAqram berkata...

oyyy. kalau jumpa, futsal sepam dua pun chantek jugak.

Arief Arf berkata...

oh, geng cina rempit pun ade gak eh sampai 50 orang?
haha.
cite hantu tu cite klasik la.
mane2 asrama ke dorm ke matrik ke ape ke mesti penah dengar citer tu.
hahahaha

X)

AlexiaAqram berkata...

@arief arf

standard. satu malaysia versi sama. baru true 1Malaysia. cerita hantu pun sama versi.