September 09, 2010

Love Lesson For Men 414

p.s - cerita conspiracy buat orang bermusuh, baik dengar cerita love lesson. takde org nak gaduh kan?

Manusia berubah mengikut masa, tempat dan situasi. Apabila kita membincangkan mengenai manusia, jauh di sudut hati kita meyakni manusia mempunyai pelbagai karenah dan perangai. Bercakap pula tentang hubungan sesama manusia, seringkali kita juga merasakan hubungan antara sesama manusia merupakan keperluan dalam kehidupan mewarnai hidup kita.

'Because friendship is number one'

'Love is a big illusion that people feel and can't forget it'

Cinta bukanlah seperti fairytale yang dipenuhi magik-magik mengasyikkan. Jika di katakan jatuh cinta itu magik, ya, itu benar. Tapi, bukan magik Kabbalah lar, tu cerita lain. Namun perjalanan cinta adalah seperti lorong yang jauh untuk di rentasi. Ia bukan semudah menekan kamera DSLR, dan sesukar seperti memandu Ferari Enzo di jalan kebun. Sebaliknya, cinta adalah umpama bersinarnya bintang kejora di ufuk timur. Jika ada mendung, kita tak nampaklah. Jika langit kosong, bersinar terang ia mengindahkan lagi kecantikkan malam.

Apa kata kita, bila menyebut hati budi? Selalu orang berkata ;

'Lawa tak penting, yang penting ialah hati budi'

sedangkan, dalam tuntutan agama ;

'Carilah perempuan itu kerana agamanya'

Persoalannya, adakah faktor agama mempengaruhi hati budi seseorang perempuan itu?

Begini,

Bagaimana jika dia punyai ilmu agama yang tinggi tapi perangainya busuk hati, suka menceritakan keburukkan orang lain pada umum? Oh, tragis kan?

Bagaimana pula jika dia punyai hati budi yang baik, perangai yang baik. Cuma sayangnya, sembahyang lima waktu dia tinggal, auratnya tak di jaga, dan mungkin dia dah nak join Freemason? Nauzubillah.

Kalau hati budi buruk dan agamanya pun melingkup. Itu bersepah. Bertimbun.

Tapi, nak jumpa hati budi baik dan agamanya tip-top. Makin pupus. Kalau ada pun, kita yang lelaki macam memilih nak taknak je. Takdenya nak mendekati golongan berpurdah atau mahasiswi Persatuan Pelajar Islam. Segan katanya. 'Err, biar betul', katanya. Padahal 98% dijamin perempuan sebegitu punyai hati budi dan agama yang baik. Cuma kita lelaki ni menolak. Alasannya, tak cukup baik untuk perempuan sebegitu. Alasan yang typical sama untuk ramai lelaki.

Melihat jenis perempuan yang telah di pecah-pecahkan ni, apa pandangan korang? Adakah perempuan ini seperti barang mainan? Yang cantik di ambil, yang buruk di tendang jauh-jauh. Kalau ada plastik hitam, nak saja di serkup mukanya. Badan bogel takpe, janji muka pakai topeng. Shitless. Kita menafikan, tapi dunia manusia sudah bergerak ke arah itu. Tak hairan banyak produk kecantikkan khas untuk 'mencantikkan' mereka yang tiada rupa. Sekali lagi, unsur kapitalisme mengambil kesempatan. Yang indah belaka saja yang kita mahu. Yang susah, buruk dan payah, kita tak mahu terima, tak mahu hadapi, tak mahu rasakan. Sebab itu, manusia sekarang suka kondem sana-sini. Komplen sana-sini.

Sepatutnya, bila korunk lihat perempuan tu ada perangai sifat buruk, kita tak patut kondem dia, jaja cerita sana-sini. Lagi-lagi kawan sendiri, apatah lagi adik beradik. Sebaliknya, adalah lebih indah jika kita hidup menerima. Meresap peragai buruk seseorang itu, merasai perasaan ingin tahu. Bila sampai masa, kita akan biasa dan secara tidak langsung kita ada kesempatan untuk membetulkan seseorang yang berperangai buruk itu dengan mudah. Ambil masa. Bukannya jumpa benda buruk kat seseorang itu, terus print screen dan tampal kat Facebook dan jaja satu Malaysia. Nampak buruk seseorang itu, terus tekan New Post luah perasaan kat blogspot. Ada point salah orang tu, terus komen dengan kelahnatan bahasa, salam pun tak bagi. Haha, shit. Merasa susah belum cukup, sudah bertempik macam nak jatuh bangkrap.

Manusia, macam-macam hal.

p.s : Gwa ase cam x kna ah gna tjuk luv lesson an? Lntklah, jnji rawk! Camat Ari Rayew dri gwa, AlexiaAqram, cheers!

6 ulasan:

Hellioz berkata...

Camat Ari Rayew dri gwa, AlexiaAqram

comel gyler.
gyahahahahahha~

kalau ade xray agama jual
msty gwa beli

nak tau agama pompuan tu cmne
gyahahahaha~

AlexiaAqram berkata...

ish, menggedik je jantan sekor ni.
gyahahahah!
thanks darl.

woah, nanti gua ckp kat prof gua suroh cipta benda alah tu. cool!

maap zher bten! ksong-ksong eyhh!

MOFASAD berkata...

SELAMAT HARI RAYA!!! :)

J. Love berkata...

selamat hari raya sayang.

kira lu terima gua seadanya la kan? kan? kan?

AlexiaAqram berkata...

@mofasad

maaf zaher batern, benda lama tak yah petik balik k. kosong2.

@j.love

mestilah darl. lu sorang je buah intan payung kiut miut gua.

mwahahah!

Bungakopi berkata...

Sepatutnya, bila korunk lihat perempuan tu ada perangai sifat buruk, kita tak patut kondem dia, jaja cerita sana-sini. Lagi-lagi kawan sendiri, apatah lagi adik beradik. Sebaliknya, adalah lebih indah jika kita hidup menerima. Meresap peragai buruk seseorang itu, merasai perasaan ingin tahu. Bila sampai masa, kita akan biasa dan secara tidak langsung kita ada kesempatan untuk membetulkan seseorang yang berperangai buruk itu dengan mudah. Ambil masa. Bukannya jumpa benda buruk kat seseorang itu, terus print screen dan tampal kat Facebook dan jaja satu Malaysia. Nampak buruk seseorang itu, terus tekan New Post luah perasaan kat blogspot. Ada point salah orang tu, terus komen dengan kelahnatan bahasa, salam pun tak bagi. Haha, shit. Merasa susah belum cukup, sudah bertempik macam nak jatuh bangkrap.


betul ke kau yg ckp suma ni?
aku rasa kau dh langgar apa yg kau ckp.