Oktober 01, 2010

5 Band Malaysia Yang Sepatutnya Tip-Top Kat International Level Tapi Sayangnya Tak Dapat.

 p/s: Ini entri lama dah gua tulis, baru sekarang nak post.

1. Damn Dirty Apes

Huiiihh. Kalau lu orang tanya pada followers underground and industrial yang true, mesti diorang cakap ini band sangat rare. Di sebabkan Hellioz tak tahu menatang langsung pasal band ni, jadi gua bagitau lah. Ini band muncul pada late 2003. Band ni pernah jadi fenomena kejap, banyak kali di review dalam The Star. Asal dari Penang. Kalau ada sapa2 yang tak pernah dengar pasal band ni time 2003-2005 tu, konpem lah diorang datang kedai kaset hanya tau cari 911 atau Backstreet Boys. Ala, paling kuat pun ACAB atau Nirvana.

Sebab utama gwa rasa band ni layak, pasal bila lu dengar lagu dia kat blog gua ni hari tu, apa perasan lu? Jiwa melayang tak? Layan kan? Band ni jujur bagi gwa, Mono pun tak boleh celen.

Masalah sebab apa band ni susah bertahan? Sebenarnya band ni masih ada, cuma agak hopeless nak keluarkan material baru. Bagi gua, selagi Pedram tak dapat cari soulmate gitar selayak Paul Metcalfe, susah band ni nak keluarkan material baru yang setaraf album lama. Kalau nak harapkan Pedram sorang je, tak boleh gak. Space-rock, post-rock kena ada rencahnya sendiri. Bukan main tambah2 sesuka hati.

2. Laila's Lounge

Ni lagi satu band yang boleh tahan pergi lah. Tapi, tu lah. Band melayu ni, dia punya perangai len skit, kalau dapat satu kali boom popular, next day melingkup. Apasal ntah, gua tak tahu. Lu tengok Blackrose dengan Ekamatra sudeyh, contoh besar depan mata. Laila's Lounge ni hebat, bagi gwa lah. Bunyi-bunyian dan lirik lagu mereka yang bapak syahdu tahap karma habes. Bila dengar lagu Perindu tu, dah boleh buat bulu roma naik seram. Gaya alunan mokshanisme dalam lagu tu buat kita terawang-awang kejap. Cuba dengar Wajah, sedih pulak mengenang Palestine. Senang cakap band ni menyentuh jiwa.

Masalah band ni? Em, vokalis dia buat hal. Keluar dari band pada band berada kemuncak. Sebab? Nak belajar agama. Orang KL masa tu tak paham apa tu belajar agama, sampaikan AkuTakPeduli kata vokalis dia dah naik isim. Haha, tak tahu lah, vokalis Laila's Lounge adalah kawan aku jugak. Aku ambil pendirian malaih la nak komen banyak. Yang penting, Laila's Lounge sekarang dah di ganti dengan Laila. Vokalis nya adalah kawan aku punya abang. Ceh, apasal semua ada kena mengena dengan aku? Lahh, memang lah, Laila's Lounge berasal dari Johor Bahru Super Hebat. Memanglah senang jumpa. Aparaaa!

3. Butterfingers

Ni kalau budak Ipoh Rock City baca, mesti dia sound gua. Konpem mati-mati back-up kata Butter sebenarnya dah capai tahap antarabangsa. Mana nya.. kome tak payoh la menipu teman. Butter tak sampai antarabangse sana lerr. Baru jadi legend kat Malaysia jer. Luar negara belom.

Sebab apa tak boleh jadi? Sebabnya mudah, transformasi Butter yang terlalu cepat dan masalah dengan EMI dulu. Ok, semua orang tahu Butter start dengan Grunge dan ada sikit-sikit Crossover. Memang lagu-lagu Butter best giler. Gua paling suka album 1.2 Miligrams, member gua Don suka Malayneum. Tervaek.

Tapi tak bley nak dapat international attention time tu sebab scene Malaysia time tu masih dalam kelas ketiga. Dan, zaman Grunge untuk world market dah kureng. Tambah pulak bandmate Butter ni pun time tu lah nak pergi study kat US sana, bila sorang balik, yang sorang lagi pun sama nak study sana jugak. Em, FAILED!. Takdok rezeki la kome semue.. EMI pun senang2 tipu kome mcm tu je. Adeh, malang sungguh nasib mu Butter.

4. Incarnation

Mana punya band ni? Ni band ke atau nama bunga? Haha, gua dah agak kalau lu orang kureng dengar muzik jenis Metal-core. Sesiapa yang melayan metal-core, tahu lah nama band ni. Dari Aloq Staq sana tuihh. Kalau kat area Penang ni, time dulu scene gig tengah mencanak, Incarnation memang wajib setiap minggu perform kat Penang. Dah macam hape gua tengok.

Gua kenal Incarnation masa dalam album Stainless Perfect Murder. Time tu, bagi gua memang layak lah Incarnation di gelar raja segala raja of Metal-Core kat Malaysia. Boleh siap-sedia amek tempat band lama lain seperti Cassandra contohnya. (Walau band ini kedengaran agak Thrash). Kira senang gua cakap, lagu-lagu Incarnation memang superb lah. Terbaek. Kualiti pun tip-top. Gua kalau bawak Ford Focus gua, teran 160km/j sambil dengar lagu Rise and Fall by Incarnation, rasa macam selangkah kaki ke kubur. Macam mencabar kematian plak. Di harap lu orang jangan meniru aksi ini.

Incarnation ni sebenarnya pernah gak main Europe kejap. Tour South-East Asia pun rajin. Kat Indonesia band ni pun terkenal. Cuma masalah bagi band ni tak boleh nak pergi more succesful dalam internasional secara gempak-gempita seperti Bring Me The Horizon yang kini menjadi kegilaan remaja-remaja Key Ell ialah.. takde budget. Tiada penaja yang kuat. Tiada supporters yang ramai seramai scene di Amelika dan Eulopa. Alahaiii, berapa ketul sangat peminat Metal-core di Malaysia ni? Nama Incarnation pun ada yang tak pernah dengar kan? Ia tak sefamous Bungfes mahupun Hujan. Cuba lu tanya mak bapak lu pasal Bungfes dan Hujan, at least mak bapak lu pernah dengar sebab banyak kali masuk radio kan. Incarnation? Apa ke benda tu yob? Cekedis ke? Haha, sebenarnya band ni masih boleh pergi Internasional lagi, masih ada masa lagi.

5. Couple

Actually, band ni memang feveret gua sejak dari tingkatan 5. Masa tu dengar lagu Say Hi. Edisi low-fi yang gua cilok dari i-bands.net dan tak lupa juga dari miRC. Band ini feveret kepada para gadis-gadis pingitan yang memag suka kan benda-benda comel seperti awek Mofasad dan awek Siggplus.

Couple bagi gua merupakan band paling berani nauzubillah. Lagu nya simple-mimple, senang di mainkan masa jamming untuk bersuka-ria dan tak lupa masa senggang bila bersendirian dalam bilik menunggu rumet belikan nasi tengahari. Ada lagi ke band yang boleh buat lagu sesimple mereka? Owh, mungkin ada. Iaitu band Shizuka yang terkenal dengan lagu Redline 95. Sapa tak kenal dengan lagu ni ye dak?

Buat pengetahuan korunk, band Couple ada dapat perhatian antarabangsa. Cuma masih belum banyak lagi perhatiannya. Lagu-lagu Couple ada masuk dalam beberapa siri game dalam Xbox. Dan yang terbaru ni, akan ada lagu Couple dalam filem komedi Super lakonan Liv Tyler dan Ellen Page. (Wow!) Kira gempak la kan? Mana ada lagu Siti Nurhariza masuk filem Hollywood? Ada ke? Takde beb.

Sekarang ni, masalah Couple lain sikit. Lagunya best, sehappy The Beatles, budget ada lah cukup-cukup, link internasional pun ada, cuma.... Masa. Ya, masa band ni. Masing-masing rasanya ada komitmen lain selain band. Seperti Aidil yang merupakan writers dalam Malaysia Insider. Gua menunggu, bilakah schedule performing diorang akan penuh balik dan penuh dengan jemputan perform di luar negara? Masalahnya, larat ke nak perform di luar negara seperti Amerika contohnya setiap bulan? Tak larat baiii. Sedangkan tour Malaysia ni pun dah macam hape tunggang terbalik, ni nak ke California, masuk dalam show David Letterman lagi, Colbert report lagi, apa lagi? Rachel Ray lagi. Ada ke?

Haha, gua dah mula mengarut. Ok lah, ni je kot yang gua larat tulis. Chalo!

p/s : lu orang amek perhatian keywords yang di besarkan. itu lah masalah biasa band malaysia.

12 ulasan:

Fiq berkata...

shizuka? wa mmg layan shizuka.

haprak! wa teringat the times.

E.I berkata...

banyak lagi kot yang best macam Lucy in the Loo, and a few yang gua layan.

tapi skang, ntah la.gig pn tak layan dah.

Is berkata...

butterifnger dgn couples jer aku pernah dengar.
paling suka album malayneum by butterfinger.

.amiey. berkata...

byk band berbakat tapi ended up berpecah jugak demi komitmen hidup kn? =)

Aiza J berkata...

huahuahua.
Sekarang ni kalau pagi2 lu bukak tv 1, tv3.. Nanti nampak bassist DDA dah masuk band DUTA. -__-

AlexiaAqram berkata...

@fiq

'and when people step out this redline.....'

@E.I

loser lullaby. kan?

@Is

kau sma mcm Don.

@amiey

sampai bila nak ber band-band niii?

@aiza

ya ka? biar betul kau?????

J. Abdullah berkata...

hek hek. DDA ramai gila followers. gua baru discover.

butterfingers sudah tentu.

BAND LAIN - errr. sudi kenalkan?

AlexiaAqram berkata...

@j.love

ada masa kita chat, gua kenalkan lah k. sempoi!

gha sudin berkata...

oh.. suka giler mawar khayalan dan wajah.. bertahan lama jugak la dalam mp3 fon ni..

butterfingers pun buat lagu sedap jugak kebanyakannyer..

tapi tu lah.. kengkadang tak paham kenapa main stream susah nak terima aliran muzik best cenggini.. tapi padahal sedap layan jer..

seb bek ader xfm yang teguh berdiri di belakang muzik malaysia.. dapat kenal n layan lagu2 best diorang ni..

selamat berjuang untuk diorang.. sukses selalu..

Fontonk berkata...

INKARNASYENN!!!! seperti as blood runs black sikit music depa. terbaek lah!

macam mana dgn daarchlea? Kids on the move? hahaha

. berkata...

aku x brape nk pham...nape bdak ipoh ckp cmtuu.??

Noah berkata...

ala ugi bakat malaysia yang hanyut bila tersentak, terus tinggal dunia. kalaulah dorang dapat balance dunia-akhirat. huhuhu

memang sama macam pijie voc bittersweet