Oktober 02, 2010

Education For Women On 10am

p/s : Dia macam tak jadi nak pergi Manila.

Penulisan Untuk Gadis Yang Masih Free-Hair. 

Bunyik tajuk je nampak dah seram. Ni mesti nak bahan orang macam aku kan? Tahulah aku tak pakai tudung. Dedah rambut, tapi kalau ye pun, tak payah lah nak curse aku macam aku dah bunuh orang. In a meantime, aku ucap thanks jugaklah pada mereka yang nasihat aku dengan cara baik. Appreciate it very much.

People nowadays memang suka komplen sana-sini kan? Lagi-lagi kalau bersangkut paut hal agama. For this topic, I would like to discuss to all of you why women like us still not wears hijab/tudung like the others. In specific 'women like us', it's obvious for women who knows the engagement of religion but consider to not do practically. (beromputeh aku di sini, ceh!). Yang tak tahu tu, atau memang dasar tak pakai tudung sebab nak menyetan, itu bukan 'like us'. Please verify that! 

Pertama sekali, sebabnya adalah kerana keadaan sekeliling kami yang seakan menghalang kami untuk bertudung. Mungkin kerana kerja. Contohnya untuk pekerja perempuan di Isetan, F.O.S mahupun di MNG. Company yang di miliki oleh bangsa Cina jenis tak faham bahasa melarang kami memakai tudung semasa bekerja. Di sebaliknya, walau kami tak memakai tudung semasa bekerja, sekurang-kurangnya kami pergi gagahkan diri pergi surau untuk bersolat bila masuk waktu walaupun kena keluar curi-curi. Adakah kalian tak rasa macam susah nak praktikkan agama sendiri walaupun duduk dalam Malaysia yang obvious negara Islam kan?. It's true babe. Ini realiti, ini bukan salah kerajaan. Don't always blame the government jika masih ada rakyatnya yang buta mata hati (seperti Cina tak faham bahsa di atas) dalam hidup bermasyarakat berbilang agama. 


Kedua, adalah di sebabkan secara lahiriah lagi ibu bapa kami tidak menunjukkan tauladan bertudung dalam keluarga. Ya, ini sebab terbesar. Macam aku, time sekolah dulu, aku masih kental pakai baju pinafore yang mak aku belikan. Takkan lah aku nak melenting sebab mak aku belikan baju pinafore dan bukan baju kurung? Eyh, dia mak aku, apa yang dia bagi, aku terima saja sebab at least walaupun dia tak belikan tudung, she still teach me in good ways. Selalu pesan pada aku agar berbuat baik. Mana ada ibu bapa nak ajar anaknya berbuat jahat. Cuma, manusia ni kadang-kadang alpa, sebab rasa macam ibu bapa dia je yang betul sorang, ibu bapa lain tak sebaik macam ibu bapa dia. Wrong thingking dude!

Ketiga, sebab kawan-kawan rapat yang dua kali lima juga macam kita. Selalu ia bermula di sekolah lah, Kalau nak pakai baju kurung tu pun, aku mana nak pakai tudung. Ye lah, aku sekolah perempuan. Ibrahim Girls School Johor Bahru, pernah dengar? Itu sekolah aku. Ada sangat ke lelaki nak tengok? Cikgu lelaki? Apa lah sangat, berapa ketul je pun. Itu baru satu sekolah, abes budak sekolah perempuan lain camana? Ada juga aku berkawan dengan gadis yang bertudung. Aku berkawan dengan banyak jenis gadis, dan hanya memilih gadis yang baik. Itu pesan abah aku, supaya berkawan lah dengan orang-orang yang baik. Tak salah kan? Dan itu yang sebetulnya. Kawan-kawan aku yang tak bertudung, takde jahat pun, bukannya lesbian macam yang selalu orang fikir sekolah perempuan selalunya banyak lesbian. Ok, lesbian memang ada, tapi bukan semua okaayy. Aku rasa kawan-kawan aku walaupun tak bertudung, semuanya masih sopan. Hormat orang tua, berbuat baik dan tak pernah pun nak nakal-nakal keluar curi-curi waktu tengah malam. Bukan sebab takut kena tembak dengan polis, tapi sebab perbuatan tu memang bad things. Buat apa nak pergi party-party, mabuk-mabuk, meet a handsome boys tapi mak abah kat rumah penat membanting tulang beri duit tiap bulan, kita pulak main campak duit yang di berikan ke jalan sia-sia. (amboiii, agama sikit)

Next, yang keempat. Mungkin sebab kami masih belum sampai seru atau takde trigger untuk kami memakai hijab. Sebenarnya, menurut apa yang aku belajar. Okay, macam gini. Aku anak Johor. Time sekolah, aku akan pakai tudung bila pergi sekolah agama waktu petang. Itu sebab rules sekolah agama dan ustazah aku berkali-kali bagitau sebab tuntutan agama. Namun, ia sekadar tamat di situ. Aku masih belum sepenuhnya memakai tudung. Atau yang lebih tepat, tak menutup aurat iaitu definisi sebenar perbincangan ini. Aku rasa, tidak menutup aurat bukanlah satu persoalan yang besar sangat. Berbanding membunuh orang, tak solat Jumaat untuk lelaki, apatah lagi solat fardu, menipu tak puasa walau tak uzur dan juga seks luar nikah. Mungkinlah, moralist dan para pemikir agama mengatakan tidak menutup aurat mendatangkan implikasi kepada dosa-dosa besar yang lain. Ye, aku setuju. Namun, aku cuma nak bagitau, apa yang aku fahami, menutup aurat sebenarnya di perintahkan oleh Tuhan agar dapat membendung fitnah. Fitnah mata dan mulut. 

Aku rasa, setakat ini, aku belum capai tahap pakai tube, hot-pants yang menghairahkan dan mendatangkan fitnah. Pakaian aku biasa saja, biasa pada pandangan lelaki dan masyarakat. Cuma, tak pakai tudung je lah. Tiada pendedahan 'aset' secara keterlaluan. Kalau ada orang stalk pasal 'aset' aku, aku ignore saja dan mengatakan itu adalah pancaroba nafsu manusia dalam jalan ke syurga ke neraka. 'Mulut-mulut manusia' bak orang kata. Okay? Tunggulah aku jumpa jalan untuk memakai hijab sepenuhnya, kalau aku nak pakai, aku akan pakai complete set. Tak mahu lah nak pakai tudung, tapi baju ketat, lengan pendek, seluar skinny nampak potongan menggiurkan. Sama je result dosanya dengan tak pakai tudung jugak kan?

Yang akhir, kelima. Aku rasa adalah kerana ini adalah 'cara kami, pilihan kami'. Ya, ini adalah pilihan aku. Aku rasa, kalau semua perempuan Melayu Malaysia jadi baik tiba-tiba dengan semuanya pakai hijab, itu adalah pelik. Macam fantasi. Macam ada mind tower yang boleh control mind. Senang cakap, mustahil. Kerana apa? Kerana manusia berbeza-beza prinsip, ragam dan cara hidup. Aku rasa, para moralist dan pendukung agama tak perlulah ekstreme dalam hal ini sampai nak hukum dan curse kepada golongan macam kami ni. Kalau kami ni teruk sangat, dah lama Tuhan hukum kami awal-awal kan? Tapi, Tuhan kan Maha Pengampun dan Maha Perancang. Ada sebab kenapa manusia di jadikan pelbagai variasi. Ini semua untuk mewarnakan kehidupan. Untuk di jadikan satu perlumbaan manusia mengejar kehidupan selepas kematian. Ilmu hakikat memang macam ni. Allah ingin melihat gelagat manusia hidup dalam dunia yang Allah cipta untuk para hambanya. Jadi, tak payah teriak-teriak kutuk orang len. Pakai serban, ahli PAS, tapi dok mengata. Tak guna weh. Cuma satu saja aku nak ingatkan pada mereka yang terlalu 'down'- kan golongan macam kami ;

"Malaikat takde liquid paper untuk erasekan segala catatan yang ditulis dari perbuatan kita, yang ada pemadam ajaib hanyalah Allah Yang Maha Pengampun"

Jadi, janganlah berlagak macam korunk boleh mengampunkan dosa orang lain. Ini bukan Kristian.
Sekian, terima kasih.

p/s : Kalau ada pandangan, sila-silakan mengkomen.

24 ulasan:

Fiq berkata...

wa da tak pelik dgn org yg tak pkai tudung..

sebab menutup aurat itu adalah dengan berpakaian lengkap kover kulit hanya menampakkan muka dan tapak tangan tapi pakaian tersebut mestilah tidak menampakkan susuk tubuh badan.

reality skg sudah advance. kesannya ramai yg tak percaya pada tudung. apatah lagi selendang.gulung2 belit nampak buah dada--> apekes?

pengalaman..aku pernah hadiahkan sehelai tudung kpd kwn yg tak pkai tudung pd hari jadinya, siap bg warna kesukaan lg..tp dia kata aku yang jahat..aku rilek and cool shj walopon aku sedih.

tp skg dia da pkai tdung..nmun cabaran tak berhenti kat situ shj..

pikir yg baik utk dri sendri..wasalam.

Yaty berkata...

ko pro or contra sebenarnye ni?

Penulis.Sahaja. berkata...

nice one ayat last tu.

J. Abdullah berkata...

eh eh SIGS girl! ceh, macam ah gua sekolah sana dulu. kahkah! gua sekolah SMK ulu tiram aje. pernah dengar? hikhik!

gua dulu memang tak pakai tudung langsung (sekarang pun). tp form 5, ayah gua paksa. tapi berbulan je tahan. lepas tu, terbang melayang. orang keras kepala beb. takleh nak buat apa.

masuk matriks, SEMUA ORANG pakai tudung. roommates gua siap alim alim semua. tapi kepala gila gila. mereka terima gua seadanya. diorang cuma bagi nasihat bab sembahyang2 and ibadat lain. so kira tu tahun gua paling alim la.

kat shah alam, semua ke laut. sampai la ni. tudung tu.. haih!

gua rasa, kalau ditakdirkan gua kahwin pun, gua masih takkan pakai tudung.

tapi asal tak menyusahkan orang lain dah lah, ye dak?

AlexiaAqram berkata...

@fiq

kawan kau kata kau jahat? masuk air ape kawan kau tu? hahahahah!

@yaty

kedua-duanya tidak. aku menulis untuk bantu pembaca decide apa yang diorang nak pilih.

@penulis sahaja

dari ayat tu, aku kembangkan. jadilah sebuah artikel. hehehehe..

@j.love

lu sebagai penganut free-hair, sepatutnya gua kena temuramah lu untuk artikel ni. dari cerita lu, mesti sensasi pengalaman lu. aiseyyy, melepas guaa.

Myth berkata...

Aku ske giler ayat akhir. haha

Aku setuju...walaupun pakai tudung tapi nampak dada, baju ketat nyum2,masih mata aku indah memandang...free2 topup dosa kering. haha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

memang ada salah kerajaan dan system kita...kita lihat thai dan indo tiada perbezaan ..mereka menjadi satu bangsa dan budaya

AlexiaAqram berkata...

@myth

dosa kering tu macam rendang kering ke?

@brutalsolo

kau ni banyak sangat tengok ceramah anwar ibrahim niiii..

Myth berkata...

macam sotong kering la, leh kunyah2 cam cinggam. Apa barang rendang kering

SUPERMAN berkata...

pakai tudung,
hukumnya wajib...
tak pakai tudung,
berdosa...

baik @ jahat,
nampak di dunia...
syurga @ neraka,
Allah tentukan...

pakai tudung, pahala...
pakai tudung + buat jahat, tetap dosa...
tak pakai tudung, dosa...
tak pakai tudung + buat baik, tetap pahala...

kalau pakai tudung + buat baik, sangat2 lah pahala...

fikir2kan...

p/s: seru untuk pakai tudung ni semua orang dah dapat sejak kedatangan islam di muka bumi ni lagi...

jhzh. berkata...

Utk menutup aurat, tak perlukan seru pun. Itu kewajipan. Selalunya perempuan yg free hair mmg alasan dia sama je - blm dapat seru, blm terbuka hati dan yg paling syiokk skali 'cara kami, pilihan kami'. Cliche. Sejak bila kena dapat seru baru boleh tutup aurat? Asalkan perempuan & dah baligh, dah dikira wajib utk tutup aurat. Dari kecik pun dah bljr pasal ni.
Bukanlah gua nak cakap lu jahat, tak ok, tak. Lu ada kesedaran tu, dah dikira bagus ok.
Islam itu mudah, kita buat apa yg disuruh dan tinggal apa yg dilarang, syurga lah ganjarannya.

Ohh baidewei, negara kita mmg x layak digelar negara Islam pun sbb tu org2 Islam kat Malaysia ada bnyk 'variasai'. Nama pun akhir zaman kan? Kan?

Katak Hijau berkata...

bru jmp blog ni, mmg gmpak.
tpi dgn post ni, aku kurang stuju la.
Pkai tdung mmg WAJIB, xde alasan.
kang ko mati, ko bg alasan2 ni, igt Allah nk dgr ke?

And psal seru, seru tu bknnye mmpi nabi dtg suro pkai tdung, apa, ko igt ni movie ke? tuhan bgi ko lahir dlm negara yg majoriti islam, keluarga islam, sekolah pun, blaja agama islam, al-quran. brp byk seru ko nk?

sori la tulis mcm kasar. mmg aku kasar pun. haha. Papehal pun, ni antara ko ngan Tuhan. tpi at least ko ada ksedaran. bgus la tu. moga2 ko pkai tdung la satu hari nnt.

And lagi satu, Malaysia bukan negara Islam, xde pun termaktub dlm plembagaan p'sekutuan. aku thulah. aku amik undang2 (x hbis blaja lg la).

AlexiaAqram berkata...

@Katak Hijau, Jhzh

aku rasa aku ada highlightkan besar-besar perkataan.

"PENULISAN UNTUK GADIS YANG MASIH FREE-HAIR"

sila fikir dalam2. aku buat entri ini untuk cakap pada siapa?

apa pasal korunk fikir aku ni free-hair? mabuk ke apa? pastu nak nasihat aku segala macam.

ni lah kerja korunk, membangkang point tanpa faham betul2 isi penulisan dan maksudnya.

aku bagitau lah untuk siapa yang tak faham maksud entri ini. penulisan ini adalah jenis penulisan reverse-psikologi untuk menasihati mereka2 yang masih free hair. aku selami alasan mereka dan mengolahnya untuk menjadikan sebuah cerita yang menarik supaya bila di baca, macam mereka yang free-hair ini sedang bermonolog dengan diri sendiri. tapi, lama2 bila diorang fikir dalam2. diorang akan sedar sampai masa nanti, diorang akan bertudung dan menutup aurat jugak.

and one more things, pedulik apa malaysia negara islam ke tak islam. aku nak kata malaysia ni negara islam lantak aku lah. apa kena buat votes ke untuk tahu negara kita islam ke tak? kena gubal undang2 ka untuk jadi negara kita islam? aku duduk sini cukup elok jaga halal dan haram. tak mcm indonesia dan singapore. so, aku cakap lah malaysia ni negara islam. ape kesah?

Katak Hijau berkata...

ceyh, mna la aku tau. da ko guna kata ganti nama 'aku', 'kami' mna org x slh fham. ckp pnuh smngat lg. mna aku x mmbangkang.

malaysia negara islam? aku mlas tulis pnjang2. lantak ko lah. da, aku nk gi baca post len lak.

Anita Roslan. berkata...

hey, I got your blog from my friend because she was reading, and noticed my photo on your blog post, so I read it along. And I agree. Orang tak boleh nak paksa kita pakai tudung. Biarlah bila kita sedia pakai tudung kerana Allah, baru pakai. Bukan sebab dipaksa. Mak saya pun tak pakai tudung. Parents divorced, I live with my mum. Ayah saya suka paksa saya pakai tudung bila jumpa sedara mara atau ibu tiri dgn keluarga dia. Memang nampak sangat hipokrit lah. Kan?

Bila kita dah sedia nak pakai tudung/tutup aurat kerana Allah SWT then ye lah. Apa gunanya pakai tudung kerana dipaksa orang?

Tanpa Nama berkata...

kepada anita roslan kat atas ni... huhu just a pandangan... apa kata solat, mandi wajib, puasa, zakat tuh semua tunggu je hati terbuka baru buat... sila ajar anak2 anda mcm ni. ikut hati biar ikhlas. alhamdulillah

Simple Girl berkata...

hey! it's anita picture there! look sweet ;D

btw, if we can see mostly, freehair girls are much better in attitude than those who wear especially in terms of solat..

i'm a freehair and I'm not saying that I back up peeps like me but the truth is there. freehair girls having a proper manner while those who wear hijab is vice versa..

my experience having my pray time at Mid Valley prayroom. i've seen most of peeps in that room is freehair so where is the girls who wear tudung, hijab or shawl? jgn ckp masa tu semau yg pakai tudung buat kampen hari period sedunia plak kan? heee =)

chubby~ berkata...

salam~=)

kepada tanpa nama...
aku setuju dengan ko...
tpi harsh plak...
gurl tu tak tahu....

kepada adik2 free hair diluar sana...
ingat..

'bertudung tak semestinya menutup aurat, tetapi menutup aurat adalah dengan tudung(dilabuhkan)'...

bila kat sekolah besok dekatkan diri dengan ustazah....
cube fahamkan betul2 apa itu aurat...
dan ingat...
menutup aurat tu adalah wajib~
ianya seperti mana kita mengerjakan ibadah yang lain yang tanpa nama sebut kat atas ni....
meninggalkannya adalah dosa, kerana tidak patuh akan perintah ALLAH...

sebolehnyer tak perlu la nak tunggu sampai seru bagai...
bagaimana kalau seruan itu sebuah kematian...??
sempat ker sebelum kita mati kita nak berubah untuk bertudung...??
bayangkan kalau selepas saat saya habis taip ni, atau selepas korang baca komen saya ni tiba2 malaikat maut datang dekat kita,bertugas mencabut nyawa kita....pada saat itu sempat ker kita nak kata
'cop, tunggu dulu!!!aku tak pakai tudung lagi wey!!!'

jangan ditunggukan hidayah ALLAH tu datang sendiri kat diri ni...
kita sendiri yang kena pergi cari...
meminta la pada yang ESA...
alim ulama pun hari2 mohon dianugerahkan hidayah....
tapi kita boleh plak buat dek...
kita bukan macam alim ulama yang insyALLAH sudah banyak amalannya...
kita niy...?
sejemput jer amalan...

dan ingatkan diri, menutup aurat itu ibadah...
bila adik2 semua menutup aurat dengan sempurna yakni melabuhkan tudung hingga kebawah dada, melabuhkan baju,memakai pakaian longgar, setiap inci benang yang adik2 pakai tu insyALLAH ada ganjaran yang diberikan ALLAH...

tengok...
bertapa pemurahnya Tuhan kita, ya RABB...
dengan pakaian pun kita boleh buat pahala...
free jer dapat pahala..

okay~
pergi jaga solat lima waktu...
dan mohon kat setiap hujung solat kita hidayah ALLAH...

moga2 adik2ku yang free hair korang semua mendapat hidayah ALLAH dan semoga kalian dapat menjadi hamba ALLAH yang solehah....
amin~~

chubby~ berkata...

owh~
sori terpanjang...
dan lupa plak...

adik simple girl...
please think positively with other hijabist...
akak ISLAM, adik pun ISLAM...
if u said like that...
it showed that u not respect them as a good Muslim...
akak pun dulu macam adik...
dan akak taknak adik pun jadi macam akak...
kena sentiasa ingat dan berbaik sangka dengan mereka...
diorang tak solat pi lantak la hal diorang...
mungkin masa adik solat tu diorang dah solat dah...
just think positively...
berbaik sangka lah...
akak tau korang yang free hair banyak yang baik2...
kan lagi manis kalau sifat2 dalam solat tu korang bawa ke luar solat...
=) =) =)
akak ada ingat pesan dari mana ntah...
dia kata...
lupa plak, lebih kurang mcm ni la....

'apabila kita nak melihat mengenai soal harta, bandingkanlah diri kita dengan orang yang miskin/susah,dengan ini kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur...
apabila kita nak melihat mengenai soal iman dan ketakwaan, bandingkanlah diri kita dengan orang yang lebih berilmu dan lebih baik imannya dari kita, dengan ini kita akan lebih berusaha untuk melakukan lebih banyak ibadah kepada ALLAH'

okay~
renung2kan dan selamat beramal~=) =) =) =)

aTiKa aTeRkaH berkata...

kita ni tak tahu macamana allah menilai diri kita nia, tapi bagi aku kalau bertudung atleast kita dah jalankan salah satu tanggungjawab kita.

isu ini memang takkan habis, tunggu saja kiamat kang kalau semua masih nak berdebat.

p/s: isu sensitif tak payahlah nak dibangkitkan sangat, duduk diam diam, Allah lagi tahu semua macamna nak nilai kita kan? hehe.

Tanpa Nama berkata...

"kalau kami ni teruk sangat, dah lama Tuhan hukum kami awal-awal kan?"

aku tak tau apa niat di sebalik ungkapan di atas, tapi Allah xsemudah yg kita pikir. bila kita rasa nak jadi baik sikit, Allah ampunkan. dan ikhlas tu tak mudah. dan manusia ni memang byk alasan.kenapa bani israel dimurkai Allah sebab ni la, banyak songeh.tak sama ke dengan orang yg nak bertaubat bila menghampiri kematian?

Allah dah sebutkan dalam Al-Quran, bukan Allah xnak hukum, tapi Allah tangguhkan. dan Allah takkan tunggu untuk gantikan dengan umat yg lebih baik. wallahu'alam.

Tiffany L. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

ada seru2 la plak kan.
aku tak tahu la plak. agaknya dalam al-quran ada tulis kott sesiapa yang mendapat seru hendaklah memakai tudung dan sesiapa tidak mendpat seru boleh la freehair .

Tanpa Nama berkata...

korang..
yg masih freehair..
apa-apa alsn pon karang bg..
kenapa korang berani mempersoalkan hukum ALLAH..

mampu ke korang jawap mcm artikel tu di depan ALLAH nt sbb korang x bertudung..

org baik, jht.. tu lain cerita.. yg penting

kenapa korang mempersoalkn hukum ALLAH.. korang x takut ke..

umat sekarang terlalu brni.. even nabi muhammad yg dijanjikan syurga pun menangis takutkan ALLAH..

kecewa sgt dengan umat sekarang..