Oktober 17, 2010

Education For Women On 11am

 Promo : Hello is this the band? Awesome!

Hi. Korunk semua apa cerita? Mesti bosan kan melayan bola je? Takpelah, nanti aku bagitau Aqram supaya jangan cerita pasal bola sangat. Okay, time for girls right now.

Lately, banyak gossip aku bergelumang dalam minggu-minggu lepas. Semuanya pasal cerita cinta yang tak lepas-lepas, yang bermasalah, yang berharapan dan sebagainya lah. Biasalah, orang perempuan.. kalau berkumpul, soalan pasal boyfriend tu memang wajib. Lagi-lagi kalau soalan ;

"Eyh, you still lagi dengan Aqram eyh? Lama ehh?"

Aku tak tahu nak cakap apa kadang-kadang. Kelu tak terkata, hanya boleh senyum je dan mengangguk. Hmm, ada sorang budak ni lagilah hari tu kami terjumpa dan menyapa aku dengan berkata ;

"Wahh, patut lah Aqram still sayang kat you, rajin you pergi swimming, jaga badan tuu"

Aiseh, aku rasa soalan ni sebenarnya macam nak di beri pelempang je perempuan ni. Pakkal je kawan sekolej dulu. Kalau tak, mahu aku sembur dia dengan pepper-spray.

Ok, girls. Hari ini aku nak mengajar korunk semua cara macam mana nak menghadapi soalan-soalan lazim bila di tanya pasal boyfriend masing-masing.

1. Kalau di tanya pasal hubungan yang masih still dan lama.
Katakan saja yang kita berhubungan bukan sebab cinta pun, tapi sebab kesetiaan. Kalau diorang kata cinta tak penting ke? Jawab lah, cinta tu hanya mereka yang baru nak berkapel. Bila dah lama, cinta tu hanya di isi bila masa borink-borink. Kesetiaan paling penting. Seperti kesetiaan untuk menemani boyfriend makan malam, tengok bola, shopping dan sebagainya. Sama saja juga di pihak lelaki, kesetiaan kepada girlfriend juga penting dan sama coraknya.

2. Kalau di tanya pasal hubungan yang lama dan bila nak diakhiri dengan pernikahan.
First, jawapan paling tepat ialah, 'lama lagi nak kahwin'. Jawab itu dulu. Kemudian kalau ditanya, karang kena di sambar orang atau orang mengata macam mana? Jawab saja kalau boleh sekarang juga nak kahwin, tapi perkahwinan zaman kini bukan mudah. Lebih baik selesaikan benda mudah dulu seperti kerjaya dan pelajaran, then barulah selesaikan perkahwinan. Rileklah, kata setia kann?

3. Kalau di tanya pasal boifren ni macam ni lah, macam tu lah (benda tak elok).
Ahaa, mudah saja. Katakan saja tak kenal maka tak tahu, dah kenal baru decide. Sebabnya, manusia ni mana perfect. Kita nak mengata orang memang mudah, tapi orang lain yang mengata kita, adakah kita ambil mudah? Takk kott. Mesti berangin kan? Jadi, lebih baik cool down dan katakan saja "takpe, slow-slow. kalau betul, nanti kami diskus lah". Kan elok?

4. Kalau di tanya pasal ketidaksesuaian.
Ok, sebenarnya jarang untuk orang lain bertanya soalan ini melainkan kawan karib sendiri. Tapi, kalau ada, dan ada orang cuba seduce. Baik ambil perhatian dan katakan pada yang bertanya supaya bersabar. Sebab, kita berkapel tak semestinya untuk berkahwin. Prinsip berkapel sebenarnya adalah untuk mengenal, menyesuaikan diri dan belajar untuk setia. Bila dah boleh lalui atau tak boleh, baru decide sama ada nak kahwin atau tidak. Barulah di panggil kehidupan.

5. Kalau di tanya pasal kesesuaian bak pinang di belah dua lah, lapan belas lah.
Senyum, angguk dan cakap terima kasih. Setel.

6. Kalau di tanya pasal baru declare, bagaimana dan bila.
Aisey, topik ni lah paling best. Sebabnya akan buat diri senyum sorang-sorang macam orang gila. Lagi-lagi bila di share dengan kawan-kawan. Aush aush aush! Seronok. So, ceritakan segalanya. Takpe, biar ia jadi ingatan indah pada diri sendiri. Asyik benda-benda kecewa je, penyesalan dan kesedihan apa barang ye dak?

akhir sekali,

7. Kalau ditanya ada lelaki yang minat dengan kita dan mahu bercouple dengan kita.
Mudah. Senyum, angguk, cakap terima kasih dan tunjukkan jari tengah. Setel. Hidup biar tegas, kalau dah berpunya, jangan nak menggatal dengan orang lain sangat. Boleh kan? Tapi, kalau memang kau dah cannot go lagi dengan boyfriend kau, boleh take as consideration dengan soalan ini.

Ok, itu je. Muaxx!

6 ulasan:

zey berkata...

bak kata tunang akak aq, bila ditanya pasal kahwin, cakap insya Allah je.
sbb aq selalu ckp TAK NAK! haha!! =D

J. Abdullah berkata...

gua tak pernah ambil port apa member gua cakap pasal bf/scandal gua.

sebab tak penting. yang penting, gua selesa. kalau tak selesa, gua sendiri takkan dengan lelaki tu.

SUPERMAN berkata...

cakap je "aku dah kawin, nikah je belum" hahaha

AlexiaAqram berkata...

@zey

katakan TAK NAK pada kahwin.

@j.abdullah

nak kahwin nanti nak beli comforter lah.

@superman

tu semua org dah rasa... errrrkk?

Is berkata...

aku fikir ada dua orang yg handle blog ni la. kau dgn gf kau. yekedok?

The Poyo Me berkata...

aku suka nombor tujuh.
nanti aku buat,
konpem bakal2 mother in law semua lari.
hahahah