Oktober 25, 2010

Education For Women On 12am

Wah ewah bukan kemain lagi blog lensarosak ni dapat perhatian pasal cerita bangunan 100tingkat tu. Tak pasal-pasal aku yang tak bersalah kena tempiasnya jugak. Korunk semua kalau nak cerita pasal bangunan 100tingkat, politik and so on. Kau cakap lah dengan Aqram. Jangan cakap dengan aku. Tak semestinya kalau Aqram tu defend government, maka aku ni pun sama macam dia jugak. Aku lain okay, mak bapak aku orang kuat Parti Islam Se-Malaysia, jadi aku? Kuah kalau tumpah, mesti ke nasi la kan?

So, jangan banyak bunyi lebih-lebih ok. Aku tak reti sembang politik. Tapi, sembang macam mana nak bagitau kat Lucy yang sebenarnya kerja orang paling bodoh ialah kalau kerja 11 hari tanpa cuti, badan sakit-sakit tapi TAK RETI NAK MINTAK CUTI KAT BOS!, yang itu aku reti. Sorry, Lucy. I love u! Muaxx!

Okay, stop pasal Lucy. Hari ini hari special. Sebab korunk-korunk semua asyik dok cerita pasal politik. Apa kata korunk dengar cerita aku mengenai Cinta dan Politik. Ya, cerita kami berdua. Sebuah education yang boleh memberi manfaat kepada pasangan yang berlainan ideologi politik tapi masih boleh bersama dan bercinta insyallah ke akhir hayat.

Ok, kita mula dengan diri aku. Bagi aku, pandangan aku adalah ideologi keislaman. Memang aku tak sempurna, taklah baik sangat. Tapi, bagi aku, agama itu penting dalam jalan kehidupan. Sebab itu, aku melihat tauladan dari mak bapak aku yang memang orang kuat PAS. So, aku rasa PAS adalah jalan untuk menegakkan perjuangan Islam di Malaysia. Berbanding dengan kerajaan, aku lihat kerajaan sekarang banyak masalah. Buat jalan liberal, apa kejadahnya? Aku mahukan jalan Islam. Sebab itu aku tak sukakan kerajaan sekarang. Lagi-lagi UMNO! Lagi aku tak boleh blah sekarang ialah masalah fellowship master aku. Di sebabkan kerajaan dah takde duit dengar ceritanya, fellowship untuk buat master telah di kurangkan dan diperketatkan. Bengong lah! Kenapa tiada bajet yang memudahkan untuk pelajar master dan PHd macam kami ni?. Kerajaan ni nak melahirkan masyarakat bijak atau tak? Bengong, bengong, bengong!

Lain pula dengan Aqram. Bagi aku, Aqram bukanlah seorang kaki kipas UMNO, BN dan mahupun PERKASA. Kalau pergi mengundi macam hari tu pun, dia buat undi rosak. Sebab apa? Dia kata dua-dua calon nya nyembah berhala. Simple je dia cakap, nampak macam esktrem, tapi di sudut hati aku berkata, betul jugak. Aqram yang aku kenal memang banyak back-up UMNO. Tapi kadang-kadang tak jugak, sebab dia ada bagitau yang dia hanya respek kepada UMNO Johor saja. Dia cakap dia tak sukakan UMNO Penang sebab depa cakap ja berdegar-degar tapi habuk pun takde. Samalah juga dia komplen UMNO Selangor yang asyik pentingkan tender-tender yang akhirnya buat rakyat Selangor tak suka UMNO. Kiranya, aku boleh cakap Aqram ni hanya akan tibai mereka yang tak betul. Kalau tibai pembangkang lagi dia suka, lagi-lagi Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Nik Aziz. Oh tak lupa juga Kay Jay, Sultan Bola, Bik Mama dan Nazri Aziz. Dia ada cakap yang dia mahukan keseimbangan antara government dan opposition. Sebab sekarang ni government macam jadi mangsa. Asal ada benda baik government buat, opposition tuduh gula-gula lah, menunjuklah. Lagi lah kalau macam ada sleck sikit, memang kaw2 kerajaan kena tibai tanpa di beri peluang. Itu tak adil katanya. Okayyy.

Then, aku pernah tanya Aqram ;

"Awak dengan bangsa awak je, bukan tuhan tanya pun kat kubur awak bangsa mana, yang Dia tanya awak agama apa?", aku cuba bagi ayat pedas.

"Memang lah tuhan tak tanya bangsa apa, tapi tuhan pun tak tanyalah awak dari parti mana, tuhan takde suruh pun nak pejuang islam kena ada sebuah parti islam, bila masa pulak islam ni kena berparti?", ayat kenakan aku balik.

"Hek eleh, macam lah bangsa awak tu boleh bawak awak ke syurga", aku beta balik. Mana boleh tak lawan.

"Islam awak kalau melalut sampai politik, undi dan kuasa. Awak fikir boleh bawak ke syurga jugak ke?", situasi makin panas untuk mula bertekak.

Terus-terang lah aku cakap. Kalau mana-mana pasangan tu berbincang pasal benda alah macam ni. Memang takkan abes. Memang bertekak sebab dua-dua ada prinsip masing-masing. Memang boleh buat gaduh. Bermasam muka dua tiga hari. Tak bertegur. Sebab tu aku tak heran kalau ada family yang halang anaknya berkahwin bila tahu keluarga menantu tu dari ideologi dan parti yang lain. Haishh, macam mana ni?

Lalu, Aqram ada bagitau aku. Satu hari tu dia bagitau aku ;

"Saya tak kesah awak sokong parti mana, ideologi awak macam mana sekalipun. Sebab ideologi dan parti, kita tak nampak dengan mata kasar. Yang saya nampak sekarang ialah awak. Kalau dipilih antara awak dengan perjuangan dan ideologi, saya akan pilih awak sebab awaklah yang akan menemani saya sepanjang di dunia dan insyallah di akhirat, tetapi perjuangan dan ideologi hanya akan berakhir di dunia saja."

Ayat itu buat aku terharu. Series. Dan ia membuka mata aku tentang pentingnya orang di sisi kita berbanding ideologi, politik, parti dan segalanya yang membawa perpecahan. Lalu aku menjawab ;

"Antara Islam dan awak, saya agak konfius mana hendak pilih. Mungkin saya akan pilih Islam. Tapi, Islam saya akan sia-sia kalau saya nusyuz sebab keluar rumah tanpa kebenaran awak semata-mata nak dengar ceramah PAS kan?. So, saya rela pilih awak untuk kita meyemai kesetiaan berdua dari betekak sebab PAS lah, bangsa lah, kerajaan lah. Okay?"

Dia ketawa, sambil menggosok-gosok kepala aku yang bertudung ini. Tabiat bapak borek anak rintik. Tapi aku suka dia buat macam itu, rasa macam bayi plak. Manja. Aicehhh!

So, tak payahlah bertekak-tekak pasal politik, PNB, UMNO, PAS ni semua. Baik layan jiwang seposen dua lagi hepi, suka-suki dan go lucky!

Muaxx!

19 ulasan:

Fariz Danial berkata...

aku bagi cadangan la..

apa kata kalau korang dua berpecah jadi 2 blog.. boleh buat 2 cite yang berlainan..

contohnya cam aqram salu cita pasal bola, politik dll. jadi kadang2 bila alexia la nak sambung selalu jer lari sikit topik yang aqram sal tulis.

aku pon rase cam kureng la...

well ada orang suka entry alexia, ada orang suka entry aqram..

orang lain2, jadi cerita pon lain2.. jadi kalau korang buat double blog kan bagus.. kan3

AlexiaAqram berkata...

@fariz danial

dah pernah dah diskus benda ni.

sebanrnya, tak 1Malaysia lah kalau berpecah 2 blog ye dak?

lagipun, apa yang kau rasa kureng tu lah yang menjadi tujuan blog ini di wujudkan. ok?

Myth berkata...

Nay...ak rasa elok je bersama (kalau betul la korang ni dua orang...tapi aku suspect ko ni seorang yang ada dua personaliti, bipolar diorder..ee...orang sakit mental, haha)

POlitik itu harus...tetapi bila politik itu memecahkan sesuatu umat, dia dah jadi haram sebab politik itu seperti medan untuk berbincang, bukan sampai memaki hamun tak tentu pasal.

Dan,bukan nak kata buruk, tapi sesetengah orang, bila dah ada kuasa atau bila dia bawah seseorang yang ada kuasa, memang dia akan jadi mcm...ntah la, sampah pun macam lagi mulia.

So,now mostly politik tu dah jadi sesuatu yang sangat kotor..sebab mostly yang terlibat dengan politik akan jadi seorang manusia yang teruk

AlexiaAqram berkata...

@myth

seorang ada dua personaliti itu mmg sakit mental.

tapi, kalau seorang boleh membuat penulisan pelbagai watak, itu di namakan ilusi dan seni penulisan. kalau lah di katakan seorang penulis yang boleh menulis dengan pelbagai watak di katakan gila, maka secara tak langsung. penulis2 novel yang ada seperti a. samad said pun di kira gila jugak ke? hmm, entahlah.

politic is dirty. yeha. itu fakta yg betul.

@ku d! sin!e berkata...

hahaha..
ngan ayah rupenye..

Tanpa Nama berkata...

cinta tanpa politik best ke?

macam kisah sandwich kosong nie jer..

'Sandwich kosong' untuk pelajar, sardin lesap
Okt 25, 10


877 Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.


note:
"bersyukur dengan apa yang ada.." kata orang UMNO


anon cari jodoh

Myth berkata...

Memang diorang gila pun. Hahaha~~

Semua orang mesti akan gila pada somthing at somepoint at sometime

kakiberita berkata...

ayat kasi tuka.. bukan antara islam dgn aqram.. antara PAS ngan aqram.. laen mcm bunyinya ketepikan agama demi aqram.. jgn risau la.. aqram xkanlah halang bab2 agama.. tp bab PAS nk hlg xpe..

kite bkn cerita politik sgt. kite cerita survival kehidupan masyarakat, kelangsungan hidup yg berkait rapat dgn dr sendiri.. bende baik utk masyarakat aku sokong.. bende xbaek aku xskg.. mane2 ahli politik berjuang utk kelangsungan mereka juga. bg mereka itula kerjaya dn tmpt mncari rezeki. tp yg mane lbh efektif dn dasar lbh kearah kebajikan aku sokong. buat mase ni PAS terbaik.. dasar mereka terbaik.. struktur parti baik.. dan mereka belajar dari bawah.. mereka tahu apa yg masayarakat mahukan..

apa dorang nk merepek xpe.. jnji dasarnya baik.. sbb org politik kalo xmerepek mmg xkene.. bg aku pndapat perseorangan dgn pendapat berkelompok satu pekara berbeza..

dn aku terus mharapkan kerajaan yg kuat.. dlm keadaan balance skrang sesuai sgt berperang dasar lbh berkebajikan yg mmentingkan rakyat.. biar ekonomi terjejas tp jika dasar berproses kearah yg baik utk semua itu sdh bagus. dn selepas era pencerahan dasar ini. harap kerajaan mnjadi kuat. xkisahla mane2 kerajaan.. kerajaan yg kuat bagos utk ekonomi dlm negara..

AlexiaAqram berkata...

mangkuk betul budak2 ni. kan aku dah cakap jangan sembang politik dengan aku. tak paham bahasa ke?

kakiberita berkata...

xbole la. politik ngan kelangsungan hidup sgt sinonim..

xhairan la peruntukan dlm pendidikan xde pn akibat politik.. jd jgn nk mara2 xdpt peruntukan, sbg org yg xnk ambik pot psl politik sharusnye blapang dada dgn apa yg dpt. xske politik umpama tdk bharap ehsan dr kerajaan, sbb dorang sume org politik yg berpolitik..

Tanpa Nama berkata...

Kalo undi parti yg halal judi, halal rasuah camne...?

Tak ke kene belasah dlm kubur?

anon cari jodoh

Yatre Hayati berkata...

hahaha....cutenya. sweet couple :)

Tanpa Nama berkata...

1) anak2 dan isteri2 pemimpin PAS semuanya tutup aurat tp utk pihak satu lagi hanya segelintir sahaja yg tutup aurat..

Bagi pemimpin PAS kesemuanya mampu menjadi imam dlm solat jemaah yg disertai oleh org2 yg dipimpinnya..

tp utk pihak satu lg cukup susah kita nk jumpa pemimpinnya mengimamkan solat jemaah yg disertai oleh org2 yg dipimpinnya..

2) utk negara yg mengamalkan demokrasi parti politik itu adalah penting sbb mana2 parti atau gabungan parti yg mendapat majoriti undi akan memerintah negara tersebut.

Jadi macamana islam hendak memerintah kalu islam itu x menyertai parti politik...bukan nak kata mahu mengenepikan kuasa Raja2 melayu dlm hal ini.

Tetapi senario yg ada di Malaysia ini tidak menyebelahi islam kalau Islam itu tidak menyertai parti politik..

So tanya la org melayu islam dlm umno tu nak sertai parti politik mana?

Sbb dari point yg pertama tu jer kita dah boleh nilai samada seseorang itu mampu menjadi pemimpin atau tidak...

Jika seorang suami itu tidak mampu memimpin isterinya utk mengamalkan asas islam yg sebenarnya dari segi pakaian dan solat so apa yg kita boleh harapkan dari beliau utk memimpin kita ke jalan Allah SWT...

sesungguhnya solat itu tiang agama dan aurat itu adalah maruah. aurat hanya boleh didedahkan pada pasangan yg sah dlm islam sahaja bukan utk dikongsi beramai-ramai. mesti ingat juga yg rezeki itu datang dari Allah SWT dan bukannya manusia...manusia hanya pengantaranya sahaja...

بارك الله لكما

m. zain (bukan maher zain)

AlexiaAqram berkata...

"anak2 dan isteri2 pemimpin PAS semuanya tutup aurat tp utk pihak satu lagi hanya segelintir sahaja yg tutup aurat. Bagi pemimpin PAS kesemuanya mampu menjadi imam dlm solat jemaah yg disertai oleh org2 yg dipimpinnya"

mari datang johor sini, kita tengok anak bini mana yang tak tutup aurat. pemimpim mana yang boleh jadi imam. bangang punya orang PAS. nama saja islam tapi kuat buruk sangka, buat fitnah tak kena tempat.

kau tau sebab apa orang PAS kat johor banyak orang tak suka? ha sebab ni lah. mulut laser. suka burukkan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

"bangang punya orang PAS" kata 'bakal suami' kepada cik puan alexia

relaklah bakal suami oi...jangan nak tunjuk hero depan bakal isteri. Mamat tu cuma bagi pendapat, balas lah pendapat tu dengan cara ilmiah sikit, dia siap doa lagi kat akhir tulisan.....

Kalau dia bagi general statement, balas dengan spesifik statement. Jangan balas cara orang UMNO, cara main blakang punya..

p/s:
Kesian kat bakal isteri hang..

AlexiaAqram berkata...

kau reti bezakan ke tidak antara ayat menuduh serong dengan ayat geram sebab kena tuduh berlaku serong. check-mate!

kalau ang ada bini, aku tuduh bini ang berjimak dengan lelaki lain walaupun sebenarnya bini ang tak buat, apa perasan ang? mesti ang akan maki aku dulu.

sama lah konsepnya. jangan main suka2 buruk sangka kat orang. sebab sekali mamat m. zain tu berburuk sangka. memang padah dia kena maki hamun free2.

macam-macam hal!

Tanpa Nama berkata...

mulut laser takpe...jgn bogel depan khalayak ramai....tapi ngaku Islam...

johor???

ngan singapore kot kecut...banyak benda dah kena jual...jangan bini pon nanti kena jual dengan singapoore..

banyak la cite lu bai......


nana tanjung

AlexiaAqram berkata...

"ngan singapore kot kecut...banyak benda dah kena jual...jangan bini pon nanti kena jual dengan singapoore.."

kau ni duduk zaman mana masih percaya ada bini kena jual kat singapore?

PURBA gila pemikiran kau. KAHAKAHKAHAKHAKHAHAHKAHKHAKHKAHK hak tuihhh!

Tanpa Nama berkata...

ko ni suka konar baring...pusing2 last2 ko yg pening...

aku org johor dan aku x menyertai mana2 parti so aku boleh bergaul dgn sape2 sahaja dari mana2 parti pastu aku buat penilaian...

ko kata org johor x suka PAS...aku rasa ko masih dibuai mimpi johor kubu kuat Umno ni...

ingat jgn x ingat kat Muar PAS dah mula bertapak dan semakin kukuh...korang tunggu je lar pilihan raya nanti...org johor x semua bangang....

ramai x tukar parti tp ramai sokong PAS terutama dari anak2 buah Maslan (Pontian)...

anyway jgn malu2 nak joint kitaorang sbb kita x musuh penyokong yg nak kluar dari barisan saifool tp kita lawan parti dan pemimpin yg bermasalah tp DEGIL dan INGKAR suruhan Allah SWT..

ingat....jangan dok meludah kelangit!...ok

m.zain (bukan maher zain)