Oktober 19, 2010

Ini Bukan Fynn Jamal Cakap

Ini geng lensarosak cakap.

Obses dengan lagu 150juta sampai buat fan page anti 150juta? Kau badigol atau samdol?

Obses dengan lagu 150juta sampai buat video cover berbunga-bunga melebih-lebih dari penyanyi asal. Kau kenapa? Dah terdesak nak popular?

Obses dengan lagu 150juta sambil memuji-muji ke langit, mendewa-dewakan ciptaan, mem-backup-backup-an apa yang patut. Dunia Malaysia rupanya dah makin cepat ke arah keobsesian.

Nangis bila tonton cerita korea ke, cemburu buta ke. Lagu tu biasa saja. Penyanyi nya biasa saja. Bukan malaikat. Kenapa gua cakap biasa? Lagu tu simple dan easy listening, suara dan gitar. Chord D, G, A. Ia biasa. Mana lah boleh di samakan macam lagu John Mayer dol.

Penyanyi nya pun biasa saja. Apa kejadah nak persoalkan Fynn pakai tudung dengan tak pakai tudung? Cantik atau tak cantik? Sebelum kahwin dan lepas kahwin? Beriman atau tak beriman? Bahalol ke hape? Yang kau nak mengharapkan permintaan berbakul-bakul pada manusia biasa kenapa? Biarkan saja Fynn dengan hidupnya, prinsipnya, gayanya. Itu lumrah manusia, manusia biasa.

Haihhh, kadang-kadang aku terfikir. Kenapa aku menulis pasal Fynn Jamal hari ni? Adakah aku juga obses? Oh tak, ia sebab bila aku bangun pagi, roomate aku boleh memekak bukak lagu ni tepat-tepat time aku terjaga dari tidur pagi tadi. So, lagu tu terngiang-ngiang sampai sekarang. Celaka.

Aku tak obses lah!

p/s: dah masa untuk buat blog ini lebih peribadi

11 ulasan:

maCy berkata...

kenapa macy ase lagu tu biase je?

AlexiaAqram berkata...

@macy

mungkin macy dah selalu dengar bob dylan?

Is berkata...

tak tahu menahu pasal fynn jamal sbb aku jarang bukak tv dan dengar radio.

AlexiaAqram berkata...

@Is

tak payah tv dan radio. youtube berlambak. fb lagi berlambak.

Fiq berkata...

aku ada rasa bengang jugak..

mengata orang macam kenal dalam luar je...sampai lembik orang tu..

yang lain-lain tak yah cakap lah.. bila indie band masuk mainstream terus label tahik..

macam bangang dunia orang maleis ni kan..

kahkahkah

MOFASAD berkata...

nie ko marah fynn ke bela fynn?

AlexiaAqram berkata...

@fiq

standarrddd. kata meleis. mmg jahanam punya mentaliti.

@mofasad

dua-dua gua bedal.

Fiq berkata...

ikot suka la alexiaaqram (takleyh gabung nama panjang lagi ke?)

semoga kawan ko dan ko pon bahagia..

hahaha

AlexiaAqram berkata...

@fiq

hahaha. mekaseh awek pasaddd.

The Poyo Me berkata...

meleis mmg obessi lebih.
obes pon sama gak~~ hohohoh

J. Abdullah berkata...

@The Poyo Me,
bukan amerikano ke obes? kahkahkah!

sumpah gua tak tahu lagu ni. jangan introduce. gua tak suka fynn jamal. pada gua, dia tak patut menyanyi.