Oktober 20, 2010

Isu Hari Ini 5

Bina Bangunan Tinggi 100 Tingkat.

1. PM Najib mengumumkan cadangan pembinaan bangunan 100tingkat yang akan siap pada 2015 di Belanjawan 2011 baru-baru ini.

2. Sebuah laman Facebook yang bertajuk 1Million Malaysians Reject 100-Storey Mega Project di tubuhkan bagi membangkang pembinaan projek pembangunan tersebut.

3. Sudah 50ribu lebih orang telah meng-like-kan sebagai tanda menyokong proposal menentang tersebut.

4. Apa kejadahnya semua ni?

5. Sebelum gua nak basuh korunk-korunk semua. Gua nak tanya, berapa ramai pembaca blog gua ada akaun ASB? Takde? AS1M? ASN? Alahaii, ASJ? Takde gak? Korunk ni bior benor? Ke korunk budak-budak sekolah lagi? Eyh, budak sekolah pun pandai menabung lah.

6. Ok, kalau korunk nak tau ASB tu apa. Namanya ialah Amanah Saham Bumiputera yang di miliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). PNB yang menguruskan ASB. ASB merupakan amanah saham khas untuk kaum bumiputera seperti Melayu dan Dayak di mana kita boleh menyimpan duit dalam amanah saham tersebut. Simpan lah banyak mana, ataupun beli lah banyak mana unit dalam amanah saham tu. Bila cukup tahun, akan ada dividen. Atau orang kata makan persen hasil simpanan kita. Iaitu duit yang kita simpan contohnya rm100, bila cukup tahun akan naik rm120. Ikutlah berapa banyak persen yang naik. Selalu dalam 5-10% tak silap aku. Yang penting, lagi banyak kita menyimpan, lagi banyak duit kita bertambah.

7. Ok, apa kena mengena ASB, PNB dan persen-persen ni dengan projek bangunan 100tingkat?

8. Mestilah ada, sebab yang keluar peruntukkan, atau company yang bakal empunya bangunan 100tingkat tu ialah company PNB. Permodalan Nasional Berhad. Bukannya Barisan Nasional seperti yang korunk baca dalam komen-komen bahalol dalam fanpage yang gua link tu.

9. Jadi, gua nak tanya korunk yang pandai ni. Apa kena mengena dengan duit cukai dari rakyat untuk buat bangunan 100tingkat tu? Budak bahalol mana yang bagitau tu?

10. Ceritanya macam gini gua nak bagitau. PM Najib mesti akan umumkan tentang projek ni di belanjawan sebagai medium sebaran berita baik untuk rakyat. Dia sangka berita baik lah. Tapi, ada je rakyat yang memang ketegaq tak suka kerajaan akan tentang apa saja. So, buat lah satu fanpage.

11. PNB adalah syarikat kerajaan yang telah di swastakan. Menurut apa yang aku faham lah, duit untuk buat bangunan 100tingkat itu adalah duit pelaburan dari ASB, ASN, AS1M dan sebagainya. Ya, duit para penyimpan dan pelabur macam aku. Sepatutnya, orang macam aku lah kena melenting sebab aku ada simpan banyak kott dalam ASB. Tapi, kenapa aku rilek je ha? Kenapa orang yang takde langsung amanah saham yang emo bertimpa-timpa meluahkan perasaan dalam fanpage tu?

12. Aku tak melenting. Sebab aku faham bisnes PNB macam mana. PNB kena ada projek, kena ada sumber supaya mereka boleh bayar persen-persen yang naik seperti aku jelaskan tadi kepada para pelaburnya macam aku ni. So, PNB kena ada perniagaan, business, hartanah, komoditi, projek mega. So, sekarang ni. Projek bangunan 100tingkat tu adalah projek dan pelaburan mereka. Dah ada bangunan internasional, boleh sewakan, boleh tarik pelabur asing bukak cawangan. Semua tu mendatangkan untung. Sapa yang akan untung? Of course lah PNB dan para pelabur ASN, ASB, AS1M macam aku dan yang penting, keuntungan kepada negara.

13. Tiada kena mengena sangat pun dengan kerajaan. Takde kena mengena dengan BN mana pun. Lagilah tiada kena mengena dengan UMNO. Aku pelik lah rakyat Meleis ni. PNB yang nak buat bangunan tu, tetiba UMNO Jengka 18 dapat taik. What the fuck???

14. Kerajaan hanya bagi lampu hijau saja. Dan lampu hijau itu adalah dari PM Najib. Tukang sain bagi lulus. "Okay, PNB, dengan modal yang kome ada ni, teman luluskan lah projek kome ni". Takkanlah sebab si Najib tu jadi tukang sain, kau nak bantai dia sampai ungkit-ungkit kisah Bik Mama? Arghhh, sekali lagi, apa kena mengena? Memanglah si Najib kata kerajaan peruntukkan 5biliion untuk projek tersebut. Mestilah kena umum, takkan nak senyap2 tiba-tiba, nah tu.. nak harammm tiba-tiba ada bangunan tinggi terpacak tanpa ada orang bagitau. 5billion peruntukkan itu memang PM Najib kena umum sebab PNB merupakan syarikat kerajaan. Syarikat kerajaan kenalah kerajaan umumkan. So, walau syarikat kerajaan, bukan bermaksud dia pakai duit kerajaan atau pakai duit cukai dari rakyat seperti yang korunk di perhasut ni. Semuanya pakai duit pelaburan PNB.

15. Bagi gua, gua okay je dengan projek 100tingkat tu. Sebab gua faham ini lah namanya pelaburan. Kalau PNB takde projek, susah lah diorang nak stabilkan amanah saham. So, gua nak bagitau ini takde kena mengena dengan politik. Takde kena mengena langsung. Takdenya curi duit rakyat, duit cukai. Duit apa lagi? Duit saidina? Korunk pernah main saidina tak?

16 .Macam juga bangunan KLCC. Dulu orang membangkang sana sini, sama jugak sebab kata curi duit rakyat lah apa lah. Padahal tu semua duit Petronas hasil jualan minyak depa. Sekarang ni, bila KLCC dah ada. Yang bangkang ni dulu semua sekarang dok pakat pulun nak pi KLCC kan? Beli belah kat Isetan lah, makan kat Madam Kwan lah. Butoh lahhh.

17. Kalau ada yang cakap terbinanya bangunan 100tingkat ni bermakna tandanya nak kiamat. Yang tu aku tak tahulah nak cakap apa. Kiamat tu pasti, kena hadapi jugak. Mana boleh nak lari. Rasanya tak perlu lah kita nak takut sangat sampai satu kerja pun tak bley nak buat. Dulu korunk juga cakap nak tunggu Imam Mahdi belah timur ye dakk?

*tambahan


18. Kalau ada yang tanya kenapa 5billion tu tak diguna untuk perkara lain seperti bantu orang miskin ka, buat rumah kos rendah, senang cakap untuk kesenangan rakyat. Korunk cakap cam ni "Ang ni tak paham bahasa ka? Duit tu bukan duit angpa, bukan duit dari cukai angpa, bukan curi duit angpa, tu duit keuntungan perniagaan PNB. Penat orang tu meniaga, ang nak bedal duit orang lain kenapa? Lantak PNB lah nak belanja macam mana. Kalau ang nak sangat duit 5billion tu dapat kat ang. Boleh, ang pi lah merayu, begging kat boss PNB. Bukan dok bedal PM Najib, dia tak tahu apa, dia tak salah apa2, ang nak dok buat fitnah buruk sangka kenapa? Dasar syaitan suka buruk sangka betul ang ni".


p/s : 50ribu yang like fanpage tu semua kena tipu bulat-bulat.

47 ulasan:

x-po berkata...

aku memang tak akan tolak pembangunan..sebab aku tahu, sume itu akan dpt dilihat pada jangka masa panjang..kalau dilihat jangka masa pendek, mmg nampak membazir. Sama juga dgn F1 Lotus, ramai yg marah dulu. Jangka masa panjang dari F1 tu, kita akan dpt cedok teknologi. Kita tak ada teknologi sendiri, jadi kita kenalah cedok dari orang. Nak cedok dari org, kenalah pakai duit. Aku orang PAS, tapi aku sokong projek ni.

Mahu Isteri Bekerja Atau Suri Rumah Sepenuh Masa?

nurliani ahmad mustafa berkata...

kami simpan dlm ASB! so kami sokong!

J. Abdullah berkata...

kalau lu cakap suria klcc, banyak dah pun kedai lingkup kat situ. nasib baik ada TGV. ada sebab nak ramai orang datang. it's the lamest place to go shopping.

100 tingkat. nak letak ofis apa? siapa kena sewa? KLCC 88 tingkat. 88 tingkat dah penuh? tak penuh pun. dah berbelas tahun. kenapa? mahal sangat. maxis pun buat menara sendiri. MNC pun berapa banyak yang sewa situ? manfaat pelabur dalam PNB, sure, ada. but if the stock's going down, pelaburan lu kurang juga persennya tahun tahun. alasan diorang war warkan nanti, sebab financial market tak bagus.

lantaklah kalau 100 tingkat tu penuh dengan companies yang sewa. asalkan time bina, contractors untung besar. contractors ni semua siapa? sila fikir sendiri.

ada conflict of interest bhai. benda macam ni, bodoh sangat kalau tengok kat surface. oh, dana dari PNB, bukan kerajaan. ceh.

sekarang 5 billion lah. nanti in five years, dok 'selaras sana sini', economy going downhill ke since minyak nak habis, inflasi shoot up, 5 billion boleh jadi 10 billion. dahtu kalau success dibina, tarik pelabur plak. kalau ada ramai sangatlah nak melaburnya. kalau tak pulang modal, gigit jari. time tu, siapa gigit jari? lu la. sebab lu simpan dalam ASB banyak.

litar sepang aside, project bina bangunan tinggi macam ni membazir. and as i said, ada conflict of interest.

merangsang permintaan domestik?
pertumbuhan ekonomi in the future?

MY ASS.

peace and out.

AlexiaAqram berkata...

@x-po

haha. aku orang tanpa parti. aku okay je dengan projek ni.

@liani

yeahh! itu dia pendirian dari pakar QS. makacihh!

@j.love

jauh kau fikir. aku dah agak inilah jawapan yang akan aku hadapi dari mereka yang ahli finance.

hmm. bagi aku, PNB knows better in their business. tentang risk economy going down, inflasi, selaras sana sini. bagi aku, kalau sebuah company yang betul2 kukuh, mereka mmg berani buat sesuatu.

aku tak rasa, PNB cuma bergantung in this project saja. ada banyak lagi kot PNB punya project boleh back-up. Yang kat tokyo lagi, kat London lagi. PNB adalah company investment yang strong jugak lah.

kau terlalu fikir risk sangat. fikir negative impact. cuba lah nampak yang bright sikit. kawan aku yang dah kaya kerja forex asyik bagitau aku satu benda. melabur sikit, untung sikit, risk sikit. melabur banyak, untung banyak, risk banyak. persoalannya, berani tak ambil risiko? berani ke merisikokan diri in business? jangan sebut pasal business kalau takut risiko.

haihh.

Pastiikan Dividen Naik berkata...

Komen yang bagus.

Melayu yang simpan duit dalam ASB,ASN yang layak komen hehe.

Asalkan pulangan ASB meningkat tidak apa.

PNB mengumpulkan duit orang Melayu menguasia Maybank, Sime Darby.

Jadi kena berhati2 sebab ini duit rakyat melayu.

Jika berjaya baguslah sebab Melayu ada bangunan 100 tingkat.

Duit kolektif simpanan Melayu.

Make sure dividen naik!!!

Fiq berkata...

aku nak tunggu apa maklum balas lu pada komen j.love..

sebab sedikit sebanyak komen gua ada pada apa yang dia tulis.

AlexiaAqram berkata...

@pastikan dividen naik

kalau projek ni melingkup. duit asab aku effect. memang aku cari PNB sampai lubang cacing. tu je.

anyway, ini lah budaya pelaburan.

@fiq

aku sebenarnya tak pakar dalam finance. jadi jawapan aku tak memuaskan banyak orang. cuma aku lihat, pelaburan PNB ni dah jadi bahan politik pulak. tu yang aku bengang. melarat-larat sampai mongolia lah, bik mama lah, pilihanraya lah, puteri umno cawangan brickfields lah. apa benda semua ni?

bincang business, in business lah kita discuss. apahal politik? fak off tol.

sori ter-emo.

deus X machina berkata...

Kalau betul la tak guna duit kerajaan, kenapa kena bagitau dalam bajet kerajaan 2011, kata projek PNB, bagitau dalam bajet PNB sudah lah.......

gua setuju dengan komen j.love, klcc tu je la, ada lagi ke penyewa Bumiputera dalam tu?tak silap gua satu2nya pengusaha restoran Kelantan kat dalam tu dah bungkus pun...dan banyak lagi ruang ofis kosong dalam KLCC tu..

AlexiaAqram berkata...

@j.love

btw, contractors yang akan buat ni pun tak di lantik lagi. aku rasa takkan dari malaysia. kau fikir mungkin akan lantik kontraktor kerajaan ke? biar benar? kau nak bangunan runtuh ke? JKR? hahah! sapa yg nak buat dari malaysia yg betul2 berkemampuan? UEM? MMC? sibuk dgn penang bridge. Ranhill? projek taman diorang pun sibuk memanjang. IJM? kroni DAP, nak plak PM Najib luluskan. Genting? IOI? Indahpura ngan bandar putra tu dok melingkup. so, aku yakin contractor adalah dari luar negara. mcm buat KLCC dulu gak. kalau dari luar, boleh consider lagi ketelusan diorang dan kemampuan diorang.

conflict of interest itu pasti. nak buat reban ayam pun ada bayar bunga kot.

and lastly, aku nak bagitau. kalau kau mintak kerja kat company aku. aku takkan terima kau bekerja kot. dengan point-point yang kau beri, kalau kau bekerja kat company aku jugak. macam mana aku nak rebrand company aku supaya lebih banyak pelabur lebih yakin untuk melabur dalam company aku sedangkan ada pekerjanya yang tak mahu serta dan melakukan bangkangan dalam rebrand ni?

sama macam PNB. mereka perlukan satu anjakan. options mereka adalah dengan bina sebuah bangunan yang di kenali kat internasioanal. moga dengan bangunan itu, pelabur seluruh dunia melihat ada sebuah investment company yang strong di malaysia dan boleh diyakini pelaburannya kerana PNB boleh menghasilkan dan menguruskan sebuah bangunan tertinggi.

aku harap jawpan ini memusakan. sekian.

AlexiaAqram berkata...

@deus x machina

kena jugak bagitau dalam belanjawan sebab PNB adalah syarikat kerajaan. kawan aku ada kata, itu memang procedure. PM Najib yang meluluskan, dia kena bagitau. kalau dia tak bagitau. apa dia nak jawab kat kabinet dan parlimen kalau ada orang kata PM najib lepas tangan?

dulu masa KLCC nak dibuat, Tun Mahathir pun ada bentangkan dalam belanjawan lepas.

and psal KLCC. kau kena tahu bahawa dua towers iaitu east towers dah pun petronas take over sepenuhnya jadi ibu pejabat petronas dan tempat-tepat pengoperasian anak syarikat. full dah east tower tu kecuali tingakt 74 tak silap aku sebab berhantu. ;p

west tower, sebahagian nya ESSO/Mobil dah amek separuh sebagai ibupejabat esso di asia. dan ada beratus-ratus company menyewa di KLCC west tower. kira penuh lah dalam 70% seperti yang aku tahya dari kawan aku kerja kat sana.

ok, working floor tak boleh di samakan dengan shopping floor. ingat.

shopping floor standard lah banyak kosong. kau pegi OU pun sama banyak kosong. pergi SOGO pun sama, Kompleks pertama pun sama. Lot 10? mende ada sangat? Pavillion pun sama jugak. Berjaya times aquare, 2x5.

kalau kau nak ambil ukuran keuntungan sewaan KLCC hasil tinjauan shopping floor. silap bai. mcm mana dengan dewan filharmonik? petrosains. exhibition fesyen yg selalu di buat di KLCC tiap2 minggu? semua tu ada untungnya. apa sebab kedai kosong maka tandanya petronas bangkrup tak untung? gila ke hapa calculation mcm tu? ada untung jugak Suria KLCC tu sbnrnya, kalau tak untung, dah lama Suria KLCC bertukar tangan seperti shopping complex yang ada-ada ni.

J. Abdullah berkata...

buildings are soft investments, baby, to contribute much economic benefits.

unlike capital investments in factory and plants (for example).

so, nak economic growth, building menara is a big-ass MEH.

The Poyo Me berkata...

Malas nak citer pandajng2.
wa rase alexia(ke aqram?) dah sum up apa yang wa fikir.

memang fail la sesapa marah kerajaan tapi sebenarnya tu syarikat yg buat. kalau syaikat IOI ke Guthrie ke buat megastructure korang heran tak?

tak, duit pelaburan diorg. lantak la.

anyway, aku dengar walaupun bangunan tak naik lagi, dah 80-90% ruang pejabat dah dapat offer.

wow.

The Poyo Me berkata...

Malas nak citer pandajng2.
wa rase alexia(ke aqram?) dah sum up apa yang wa fikir.

memang fail la sesapa marah kerajaan tapi sebenarnya tu syarikat yg buat. kalau syaikat IOI ke Guthrie ke buat megastructure korang heran tak?

tak, duit pelaburan diorg. lantak la.

anyway, aku dengar walaupun bangunan tak naik lagi, dah 80-90% ruang pejabat dah dapat offer.

wow.

ururules berkata...

jadi PNB ade RM5billion untuk bina menara 100 tingkat tuh? jadi kenape menara tu nak dinamekan warisan merdeka? bukan menara PNB? ini bukan projek UMNO? kenape UMNO luluskan? mane PNB nak cekau RM5Billion kalau bukan dari pertolongan kerajaan? macammane kerajaan nak tolong bayar separuh RM5billion tu? UMNO ade 3-4 billion dalam tabung? macammane pulak ngn projek lain? UMNO tak gune duit taxpayers untuk tolong kroni2 dalam projek2 UMNO yg lain?

itulah yg main dalam pale otak aku. and then. ade soalan lain. tak kisah la dia nak bina bangunan tuh. tapi DIMANA dia nak bina bangunan tu?
dalam KL? Putrjaya? kenape tak bina kat WP labuan? kenape tak bina kat kuantan? kenape tak bina kat perlis? KL ade byk ruang lagi? kalau tade ruang macammane nak besarkan jalan? jalan tak jem? projek besarkan jalan sape pulak yg nak tanggung? projek flyover tinggi besar? bawah tanah? setau aku bangunan MOF kat putrajaya tuh byk opis kosong. kenape PNB tak duk sane?

BINA bangunan tuh TIDAK dikira pembangunan wahai meleisian. pembangunan tuh dikira dari segi efficient nye proses seharian negara tertentu. bukan dikira ngn bangunan tinggi. duit 5 billion tuh dia boleh buat macam2 daripada buat SATU SAHAJE bangunan tinggi. kalau duit tuh dia buat tolong buat universiti untuk org fail SPM ke. tolong subsidize hospitalization and clinical fees ke. buat better public transportation ke. turap jalan ke. sume tuh lagi bagus dari open opprtunity for better office environment. naikkan taraf pendidikan semua orang. ppl will get better. ini tidak. kecik2 dah ajar mende2 tipu. mende2 tak rasional. nak jadik nationalist cemane?

satu bangunan seribu masalah. cube tekel masalah satu persatu dulu.

ururules berkata...

kalau rakyat negara ni kerajaan jage betul2. maka rakyat pun boleh jadi lebih produktif. tak payah carik company2 luar negara sewa opis. bukak opis kat meleisia pun. most profit dia pegi negara dia jugak. cume dia kene bayar tax je la.

so instead of gaining profit from taxes. ape kate gain profit by production. tapi kene la start bagi pendidikan kat SEMUA budak2 kat Meleisia nih. supaye tak jadi bahlol cam pemimpin sekarang ni.

yg si najib tuh luluskan projek nih sebab dia nampak. kalau ade bangunan tinggi. ramai lah investor2 luar negara tengok cam meleisia nih ade tempat kosong. boleh duk sana nih. jadi penuh la meleisia nih org2 Arab. orang US. org Franchis. cheap labor pun makin ramai la dtg dari laut naik tongkang haram, nak tolong bina bangunan 100 tingkat tu.

bina satu bangunan tuh seribu lagi masalah datang. cube tekel satu persatu masalah kat malaysia nih dulu.

well. PNB menolong la sangat konon. tolong org dapat duit byk je. org dapat duit byk. dia pun dapat duit byk. pastuh? lantak la korang nak buang anak ke. tanak blaja ke. traffic jam ke. PNB ape kisah? yg penting bangunan dia siap.

so Najib tak pernah fikir ke soalan2 nih sebelum dia luluskan projek 100 tingkat tu? i bet he does. and hell. he's confident enough to be the PM until 2015 or even not die before 2015.. ape jadi kalau kerajaan tuka tangan sebelum 2015. ape jadi kalau dia mati sebelum 2015? senang jek. all the blame jatuh kat successor dia. whether it be kerajaan or pembangkang.

profwacko berkata...

Berdebat macam nie laa orang nak. Ikut logic...

bukan ikut fanpage semata2 nak bantah, nak ikut trend, atau terpengaruh ngan politiknye opinion. thats BUL#SH!T

peace n out while being ensem.

AlexiaAqram berkata...

@ururules

jadi PNB ade RM5billion untuk bina menara 100 tingkat tuh?

- ada.

jadi kenape menara tu nak dinamekan warisan merdeka? bukan menara PNB?

- proton exora pun rakyat malaysia yang berikan nama. nama bangunan tu kena jadi isu ke? letak apapun lantak lah depa.

ini bukan projek UMNO? kenape UMNO luluskan?

- bukan. kalau dah bukan, apa kena mengena UMNO luluskan plak?

mane PNB nak cekau RM5Billion kalau bukan dari pertolongan kerajaan?

- dah ada modal. nak mintak tolong buat apa lagi? kalau nak pinjam kerajaan pun, PNB mesti kena bayar balik jugak kan? pinjam is okay, curi is not okay. takde masalah.

macammane kerajaan nak tolong bayar separuh RM5billion tu? UMNO ade 3-4 billion dalam tabung? macammane pulak ngn projek lain? UMNO tak gune duit taxpayers untuk tolong kroni2 dalam projek2 UMNO yg lain?

- kerajaan mungkin boleh ambil bantuan dari syarikat kerajaan yang lain utk tolong PNB kalau PNB bawak ada short modal. seperti TNB atau petronas. yg pasti takkan ambil duit cukai rakyat. itu cursed. UMNO adalah parti. duit parti dan duit kerajaan adalah lain. tak boleh campur aduk. itu prinsip dari dulu.

DIMANA dia nak bina bangunan tu?
dalam KL? Putrjaya? kenape tak bina kat WP labuan? kenape tak bina kat kuantan? kenape tak bina kat perlis? KL ade byk ruang lagi?

kat bukit nenas. antara stadium negara dan stadium merdeka. ada ruang tanah lapang yang kosong. kenalah buat kat KL, pekerja banyak kat KL.

kalau tade ruang macammane nak besarkan jalan? jalan tak jem? projek besarkan jalan sape pulak yg nak tanggung? projek flyover tinggi besar? bawah tanah?

- PNB ada anak syarikat nama PROLINTAS. company tu yang akan setelkan masalah jalan dan ruang. budget dari PNB sendiri.

setau aku bangunan MOF kat putrajaya tuh byk opis kosong. kenape PNB tak duk sane?

- sebab bangunan PNB sekarang ni dah jadi liabiliti. PNB akan jual bangunan itu kepada pihak lain. sapa nak tanggung rugi dari liabiliti? kau?

this project adalah project PNB untuk PNB. bukan project pNB untuk rakyat. ini project takde kena mengena sangat dengan masyarakat. ini projek pelaburan untuk para pelabur PNB. so, kalau kau takde ASB, ASN atau AS1M, baik kau diam je.

ururules berkata...

seb bek aku ade ASB ngn ASW2020. aku boleh comment. haha. sape tade ASB takleh komen wei.

and good explanation. aku terima.

tapi....
bukit nanas tuh hutan reserve wei mane boleh gune buat bangunan lagi. and lebuh ampang ade 2 lane kecik jek. itupun org slalu parking kat satu lane.
and building the tower between stadium negara and stadium merdeka means skolah VI akan either tercemar atau ditutup cam BBGS. aku rase ade byk lagi skolah kat situ. kalau derang tak tutup skolah tuh. it means PROLINTAS gonna have some bad decisions to make if derang pilih tempat macam tuh.
or is it runtuhkan penjara pudu for it. i wonder how wide Jalan Hang Tuah can be after this. ke tutup Taman Tasik Perdana. now thats an idea. robohkan Parlimen?

man.. all major traffic roads. and we have to endure road closure for wider road construction until 2020? shit!

im thinking another cyberjaya is coming up. just for this new tower. another 10 billion?

5 billion tu peruntukan untuk satu menara tuh je kan? yg lain2 aku rase x termasuk pun kan?

AlexiaAqram berkata...

@ururuless

rasa aku, ada kawasan parking besar kat depan stadium merdeka. kawasan lapang yang selalu polis parking kereta simpanan depa berderet2. kat situ lah rasanya projek nak di buat. hutan tu mana boleh usik. itu rezab kot. boleh kena saman PNB nanti.

so, takde issu traffic sangat lah.

5 billion tu termasuk projek memulihara stadium merdeka dan stadium negara. kiranya, projek yang kerajaan BN nak buat dulu tapi tak jadi sebab takde budget telah di 3 in 1 kan oleh PNB terus. okaylah tu. manalah PM najib tak suka sebab dah ada orang tolong setelkan kerja.

zan berkata...

Tuan tanah..

Sekadar menulis.. Setiap tahun samada bulan september atau Oktober pada hari jumaat menteri kewangan akan berucap untuk membentangkan bajet/belanjawan negara. Apa yang beliau ucapkan semuanya berkaitan penggunaan wang negara iaitu wang awam disatukan.

Tapi yang menjadi peliknya kenapa untuk tahun masehi 2010, menteri kewangan telah mengumumkan satu perbelanjaan untuk projek yang dikatakan sebagai projek dari pihak swasta ketika perbentangan bajet/belanjawan? Jadi apa rasionalnya pengumuman tersebut? Apa faedah kepada masyarakat?

AlexiaAqram berkata...

@zan

kena jugak bagitau dalam belanjawan sebab PNB adalah syarikat kerajaan. kawan aku ada kata, itu memang procedure. PM Najib yang meluluskan, dia kena bagitau. kalau dia tak bagitau. apa dia nak jawab kat kabinet dan parlimen kalau ada orang kata PM najib lepas tangan?

dulu masa KLCC nak dibuat, Tun Mahathir pun ada bentangkan dalam belanjawan lepas.

syarikat kerajaan bererti kerajaan juga kena ambil perhatian dan pantau.

best punya berkata...

Kalau PNB punya, kenapa masuk dalam bajet 2011?

bila masuk dalam bajet, ia bermaksud projek tersebut akan menggunakan duit negara. Kalau tak, kenapa perlu mention dalam bajet 2011?

AlexiaAqram berkata...

@best punya

malaih nak ulang pertanyaan yang sama. haihhh.

Francis Krajewski berkata...

salam,

kenapa berhias sedangkan ada rakyat yg fakir

kenapa melabur untuk pencakar langit tetapi tanah dibiarkan berbelukar

kenapa untung senegara dicurah ke atas tanah nan sekangkang di lembah sana

kenapa persoalan kebebasan bersaing jika dari kepala ke buku lali milik satu-dua

AlexiaAqram berkata...

@francis krajewski

salam.

apa kata kau emailkan soalan ini ke permodalan nasional berhad?

tanya aku buat apa? aku journalis bebas ja. hadoiii.

aletta oceans malaya berkata...

lambat laun, manusia cari makanan. kehkehkeh

Francis Krajewski berkata...

salam,

dah tanya...barangkali terlalu kecil utk dijawab...

hati nyamuk sama dicecah, hati gajah sama dilapah...

biarlah diletak pundak besar di kepala setelah hati, jiwa raga terisi tenang & kasih pada tempat bermain

AlexiaAqram berkata...

@aletta oceans malaya.

dan berak merata-rata bagi indah water bersihkan. pfffff

AlexiaAqram berkata...

@francis krajewski

gundah gulana hati terubat dengan sandiwara dunia.

yang mana sandiwara, yang mana dongeng bukanlah perhitungan.

mencari kebenaran ada di mana-mana, kalau tak bertanya sesat jalan.

biarlah bijak bertanya, kelak kebenaran bukannya sekadar berlalu, tapi di ingati.

Francis Krajewski berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Francis Krajewski berkata...

setebal benang beda dongeng sandiwara

hendak dihitung manakan cukup telapak

kecil saya berharap gema untuk bersuara

niat ikhlas saya marhain harap dapat diagak

.........salam

Luca DK berkata...

Zulhazry Mohd Yusoff:
hah dah pening mamat tu. Kejap kata syarikat kerajaan kejap kata swasta. Logiknya memang macam zan cakap, bajet yg dibentangkan ialah bajet kerajaan kalau bukan janganlah menyibuk. Apasal gua tak pernah dengar pembelian tanah dan pembinaan ...bangunan tabung haji di mekah dibentangkan dalam parlimen? Hanjing lah kalau dah orang bising baru nak spin. Hanjing hanjing hanjing. Abis tu KLCC tu kalau petronas yg payung duit tu hasil daripada mana? Jual taik? Jual air kencing? Nak melabur, duit banyak kenapa x melabur utk keuntungan rakyat? Kata x guna duit pelabur so kenapa mesti nak cerita bila untung sewa opis dividen akan naik? Poooodaahh. Mujur gua dalam kereta ni kalau tidak gua dah bikin terus satu entri.

Fiq berkata...

okay bro. aku boleh telan sikit2 point2 yg ko bg.

bab pelabur asing n so on.. ok2..

aku pon tak hebat psl finance, cuma pendapat j.love tu mmg 'kena' dengan situasi malaysia sekarang.

we'll see keadaan menara warisan tu kelak.

kalau menjadi, untunglah. klau tak, satu lagi projek gajah putih.

AlexiaAqram berkata...

@Luca DK

apekah yang kau meroyan ni mat?

AlexiaAqram berkata...

@fiq

mcm tu lah. kita tunggu dan lihat ja depa nak buat macam mana. aku mmg berpendirian mcm tu pun. korunk je tak faham. sebab tu gua kata 'okaayy je'. takdenya gua nak beria sokong dan pulun kat semua orang ni kena sokong, kena buat. ada ke? tak dapat jekk

gua tulis isu ni sebab gua nak counter fanpage mengarut tu. sebab apa? dulu semua orang bilang.

'asal ada kesalahan sikit orang tu, papar kat fb, buat fanpage hatred sana-sini'

dan semua orang bersetuju tak patut buat mcm tu kan?. jadi, apa bezanya dengan fanpage yang aku condem skrg ni? hatred jugak kan? prejudis gila meleis ni. untuk individu they say no to hatred, but when comes to politican, national issue, they changed and say yes. that's really fak of.

can u get it?
sori for everything. and j.love. i always love u. muax! ;P

Tanpa Nama berkata...

kalau mcm nie gelak terkekek2 la kaum lain sbb dok tengok kaum melayu dok bergadoh sesama bangsa tak abis2.. biala ape yg PNB nak buat.. lambat laun, negara kita jugak naik.. korang tak bangga ke ?? ke ade ati nak duduk negara lain ??
lagi satu, pasal perancangan yg nak buat tue, takan la PNB tue bodo sangat main cite je pastu terus naik building, dah tentu tentu ade perancangan yang baik sebelum ape2 jadi pun.. korang tak payah la nak risau.. bukan suruh korang pun yang pikir masalah sume tue, n bukan korang DIMINTA untuk buat perancangan nie... jadi, jangan risau sangat, tak pasal2 dapat hypertension nanti.. sape susah ?? korang gak susah..

peace out yaww

AlexiaAqram berkata...

nice one la tanpa nama. i love u so much. meh i kiss pipi skit. muaxx!

- alexia aqram binti daniel mokhtar.

gulagulahacks berkata...

keh keh keh.
sape kawan lu yg kata tu?
kalau kawan lu cakap buat ape.
bagi lar facts ke...
sumber yang boleh percaya.

urmm..
politik semua...
last2,
kesian kat student macam gua..
duit scholar tak naek2..
sebab ape?
sbb duit petronas selalu kena pau oleh kerajaan bangunan 100tingkat.



gelak sorang-sorang.

AlexiaAqram berkata...

@gulagulahacks

tak payah kawan cakap pun takpa. kadang2, kita boleh pikiaq sendiri kot.

kalau ang hidup nak menyusu ja, baik ang terjun bangunan.

gulagulahacks berkata...

gua IQ rendah.
sorrylar.
xleh pikiaqqq..
haha..
pastu,
lu nak gua guna ptptn kerajaan tu?
memang menolong students sangat lar.
tahniah2..

AlexiaAqram berkata...

@gula-gula

buat pengetahuan ang lah. masa aku belajar dulu, aku tak pakai sangat duit ptptn. pinjam kejap. sem 4 aku stop pakai. aku guna duit sendiri yang aku ada dari kerja part-time. kau tau sebab apa? sebab aku pikir satu je, umur aku time tu 21 tapi dah nak tanggung hutang sampai puluh ribu. kejadah apa? aku masih muda, ada daya, boleh kerja, boleh bahagi masa. baik aku kerja. boleh je survive. kau tahu sapa yang galakkan aku buat mcm ni? dekan aku. aku pun tak percaya.

sekian.

gulagulahacks berkata...

keh keh keh..
ok.
bagus.
sebab sekarang jarang sangat dengar students belaja sambil kerja.
wa tabik sama lu...

lufkin berkata...

Shit.. Aku terlepas nak join debate kat sini, cerita dah sejuk la.. (-_-')

zizie berkata...

Betul la.Aku pun sokong projek ni..
apahal la depa nk ckp yg diorg tak tau kan pasal Menara warisan...Tak tau diam lah..nk wat fitnah merata-rata.ini projek PNB bukan projek UMNO..ye lah setiap projek mesti diluluskan kan tul tak..umno luluskan je bukan gune duit umno pun...
Tapi aku cukup risau jika dah siap nanti ade ruang kosong banyak walaupun ini adalah projek jangka panjang...
Pendapat aku menara warisan ni boleh dibina tapi bukan sekarang..
JGN JADI PROJEK INI NANTI SEBAGAI GAJAH PUTIH.

zizie berkata...

50 ribu yang like fanpage facebook tu semua bongok..wakakakaka.....
tapi kalau tengok sekarang bukan 50 ribu yg like fanpage tu dah mencecah 200,000 ribu org dah...semua kene tipu..tu la lain kali kaji dulu,jgn main redah je....

JUEK berkata...

dude, tan sri hamad kama piah sendri cakap kat kitorg tu bukan duit rakyat yg dorg pakai bina bangunan. its their own muneeh :D

JUEK berkata...

and as we all know, pnb ni banyak invest dalam mana2 company. yg kurang is dalam bidang hartanah. lagi2 melayu kurang berkuasa dalam bidang macam ni. so tan sri cakap its way we, the malays to breach out to a new field. eheh :D

p/s : tan sri amatlah baik :) comel je die. lawak pulak tu