Oktober 10, 2010

Love Lesson For Men 500

Seseorang telah meng-email aku di alamat alexiaaqram@gmail.com bertanyakan suatu masalah percintaan. Aku baru in consideration to stop writing, but literally, i can't stop myself to help people. So, mari kita dengar surat pembaca ni ;

"Hello bro Aqram,


Aku tak tahu kau ni laki ke perempuan... Tapi, aku rasa kau ni lelaki. Aku yakin. Itu tak penting, aku cuma ada soalan nak tanya kat kau. Masalah aku ni pasal cinta lah.. cewaahhh. Ok, macam ni. Aku ada ex-girlfriend. Kami dah lama putus. Tapi, putus atas sebab yang tak serius sangat pon. Senang cakap, atas sebab yang tak jelas. Kira lepas aku grad, kami lost-contact. Aku masih sayang kan dia. Kami declare break-up pun sebab aku dah grad, dia masih nak abeskan study. So, dia mintak putus, macam2 alasan gak ah dia bagi. Aku ni, jenis lurus sikit. Tak sampai hati nak buat dia menangis. Jadi, aku follow je lah..... Masalahnya, sekarang dah berlalu 3 tahun. Aku dah kerja, dia pun dah kerja. Aku masih sayangkan dia, kalau boleh nak jadikan dia isteri yang sah. Cuma dia, macam dah berpunya. Tapi, belum kahwen lah, cuma dah ada bf yang dia sayang sangat2. Aku pulak rasa yang tak kena, sedih gila plak. So, macam mana aku nak menambat hati dia balik? Ada cara tak?Sekian, tq."
..............................................................................................................

Okay, kepada penulis surat di atas. Inilah jawapan aku ;

1. Kau ada masalah dengan diri sendiri.

Masalah apa, aku tak reti nak hurai. Tapi, aku boleh agak, kau mungkin terlalu lurus dalam kehidupan. Dan, kalau pekerjaan yang mungkin bagi seorang macam kau ialah engineer, doktor atau pensyarah. Mungkin kau seorang engineer. Yang aku yakin, kau kena betulkan fokus percintaan kau. Kalau lah kau rasa terkilan dengan ex-girlfriend kau tu sebab dia lawa. Itu semua permainan minda saja sebab maybe kau asyik tatap muka dia 24jam. Kita sebagai lelaki tak boleh macam tu bro. Even, kau ada pengalaman manis dengan ex-girlfriend kau, atau merasakan ex-girlfriend kau tu terbaek untuk diri kau, percintaan tak semudah itu untuk kau grab for yourself. Buka mata kau luas-luas pasal perempuan. Lihat wanita lain, lihat yang cantik, lihat yang tak cantik. Kenali mereka. Sudah, tak payah kau tatap lagi wajah ex-girlfriend kau tu lagi, tak payah asyik buka profile facebook dia, apatah lagi search nama dia dalam google, atau mungkin menghantar mesej ringkas kepada dia. Stop it, okay.

2. Kau perlukan nasihat dari mak kau.

Adakah kau tahu yang mak kita sendiri adalah sumber ilmu rahsia wanita paling berkesan. Ask your mother first. Biar mak kau beri pendapat. Aku yakin ada jawapannya lagi-lagi bila sebab nak kahwen. Jangan perkecilkan kebolehan mak kita sendiri. Kaum ibu adalah kaum yang paling kuat deria keenam. Ini bukan aku yang cakap, tapi ahli psikolgi ternama yang cakap. Sebab apa aku suruh kau tanya mak kau. Bukan sebab nak suruh kau jadi anak emak. Tapi, kerana mak kau adalah orang yang paling tahu pasal diri kau. Cara kau berfikir, atur hidup dan sebagainya. Bukannya ex-girlfriend kau yang kau berharap sangat tu. So, tanya masalah ini pada mak kau, dia maybe akan memberi jawapan yang menentukan sama ada kau nak terus berharap atau berhenti berharap. Melainkan lah kalau kau dah takde mak, abaikan point kedua ini.

3. Kalau kau nak perempuan tu jugak, tanya diri kau banyak kali tentang apa kelemahan kau?

Ada sebab kenapa break-up boleh terjadi. Selalunya of course lah sebab kelemahan diri kan? Sebab perangai kita yang macam puaka, janji tak tepati, selalu sangat beri janji palsu, terlalu rakus, asyik nak raba-raba. Kau ingat perempuan suka? Sekali lagi, kau ingat perempuan suka? So, ubahlah diri dulu sebelum kau nak ubah perhubungan ini dari clash kepada in relationship. Sebab apa, hendak menambat hati ex-girlfriend, ia tak sama seperti awal perkenalan. Time awal perkenalan, zero-zero. Masing-masing tak kenal. Sekarang, nilai nya mungkin unbalanced. Kau belajar calculus kan? Unbalanced value kalau nak equating both side kena buat apa? Panjang step dia dol. Nak proove right hand side and left hand side tu sukar. Lagi sukar kalau melibatkan cosinus, kalau exponent macam mana? Sama macam percintaan, ada step dia. Selalunya kita kena proove diri kita dulu, baru boleh show proove kita pada orang yang kita nak. Tak gitu?

4. Menangi hati kawan-kawan dia dulu.

Ok. Ini adalah gaya rahsia macam mana seseorang lelaki nak tekel perempuan. Kau kena nampak baik, bukan setakat nampak, tapi ikhlas baik di depan kawan-kawan dia tu. Sebabnya mudah, katakanlah kalau dia ada kawan-kawan, konfem lah mesti bergosip atau share masalah sesama sendiri. Mesti sekepala. "Aah, betul tu, aah, ye ye ye", kata mereka. So, kalau kau dah boleh beri pandangan yang baik terhadap kawan-kawan dia, konpemlah nanti pandangan negatif dia terhadap kau pun akan pudar kan? Ala, kira macam kawan-kawan dia pun back-up kau jugak. Amacam? Cara takk?

5. Mandi belangi, mandi bunga, pergi berubat lah.

Aku bukan tak percaya bomoh. Bomoh aku tak percaya, pengamal perubatan gaya Islam aku percaya lah. Sebab aku ada pengalaman, datuk aku selalu je didatangi oleh orang-orang yang nak cari jodoh, orang hilang lah, kena sampuk pontianak lah, nak amal ilmu silat berbuah lah, air penerang hati lah, wanfak lah, pendinding lah. Macam-macam gaya. Kena sampuk pontianak paling tak boleh blah, selamba je datuk aku buang pontianak tu depan rumah. Seram bulu roma aku. Eh, terkalih cerita plak. Ha, aku ada tau sikit-sikit lah macam mana nak buat minyak penyeri wajah. Ni bukan susuk, atau minyak pengasih ok. Ni minyak penyeri ada bacaan-bacaan dari surah tertentu dalam Al-Quran. Nak buat dia pun rumit gak. Aku ada guna kejap dulu untuk buat public speaking. Gemuruh gila nak berucap depan orang ramai, tapi dengan ikhtiar minyak penyeri, cakap jadi lancar, macam air aku bercakap. Terima kasih pada Tuhan yang menolong aku. Benda-benda macam ni, kita bukan boleh taksub sangat kan? Semua ni atas ketentuan Tuhan. Okayyy? Jadi, kalau kau beria sangat nak perempuan tu bro, silakan mencuba. Tapi, soalannya, mana nak cari bomoh? Hahah!

Hence, tu je lah aku nak tibai kau bro. Bukan nak jatuhkan semangat kau, tapi just nak ingatkan kau bahawa dunia ni luas, rezeki ni merata, jodoh tu ada di mana-mana. Usaha tu yang penting. Akhir kata,

"Biar sejauh mana kita memburu cinta, di akhir garisan nanti kita akan sedar cinta yang di buru hanya pada Tuhan saja"

Chalo betey!!!

p/s: kau carilah perempuan single lain, nak cari yang dah berpunya apehal?

15 ulasan:

apan berkata...

ko biar betul karim?ada jugak orang mintak nasihat kat ko ek?kekekeke.

apply jadi dr love la ek senang.cam boleh pegi jauh je kerjaya baru ko ni.masuk harian metro pun cantik jgk.

AlexiaAqram berkata...

ni.. karim mana ni.. maaflah encik... salah nombor ni.. mana ada karim kat sini. dia dah tak menulis dalam blog ni dahh.. dulu ya la masa melayurepublik. dia punya blog, skrg dia dah hand over. sori ya incik.

J. Abdullah berkata...

banyak banyak perempuan, yang dah ada boyfriend jugak diburunya. sebab tu perempuan macam gua single je 24/7, sepanjang tahun.

:/

aqram, nak minyak penyeri wajah!

Aiza J berkata...

aku suka ayat yang terakhir sekali.
Kagum sungguh.

adzuan aziz berkata...

gua suke ayat penutup.;D

AlexiaAqram berkata...

@J. Abdullah

first, aku dah lama nak bgtau nama kau sangat cool.

okay, nak minyak penyeri wajah? senang je. hari2 boleh dapat. jawapannya.. air semayang. atau wudhu.

heheh. ;P

@aiza j dan adzuan aziz

boleh pakai ayat ini kepada yg laen. sila-sila kan.

JR berkata...

dah tak ada perempuan lain ke dalam dunia ni? chill sudah.

LUMUT berkata...

haha...
smart gile petua ni...
ngan aku aku pon baca skali.
haha

Myth berkata...

u r back, dont u?

Myth berkata...

ur back, arent u?

AlexiaAqram berkata...

@JR

tu lah. kemaruk gamaknya.

@lumut

haha. sila2!

@myth

maybe.

The Poyo Me berkata...

kalau dia tak tulis perkataan "sudah tiga tahun bekerja", aku sumpah, aku kenal mamat ini.

haha.

memang ada pun orang seperti beliau yang aku kenal. aku nak je tepek ni dalam facebook dia. yes, kau baik. yes, awek kau yang lama tu perfect. yes, kau memang nak jadikan dia suri rumahtangga.

tapi dulu kau tak jaga dia dengan baik, kenapa?

dah tu dia dah jumpa pengganti. jauhkanlah diri dari dia. jangan gedik2 nak cari bilik mana dia duduk dan sampaikan sa.

eh over pulak aku. maklum leh, baru dapat broadband. rajin je blogwalk. kehkehkeh

AlexiaAqram berkata...

@the poyo me

dilema lelaki. hampir sama yob!

bukan penggoda berkata...

ok. sgt nais smpai ada yg anta emel dah mcm dr.love. hahaha.

Miss.Anis berkata...

salam..lensa kamera..aku nk mntak nasihat yang berguna dr kau..walaupon dgr cerita kau ni blogger kontroversi..xtau la,tp xpe kritikan tu mematangkan kau.right?

aku nak tanya kau..actually aku ada maslah cinta...boleh kan aku cerita..
aku berkawan dgn izat dah 4 thun,sejak dari form 6 2006.aku uitm dia ukm.n now aku dah kerja dia plak final sem.thun ke3 phubungan kami dia curang..sgle2nyer trbgkar,aku nangis+perit+down+trun 10kg+masuk wad(bahaya aku ni).aku syg sgt kat dia.tp xsgka dia bukan jer kapel tp dah main dgn girl tu(sex).girl tu pon student ukm jgk.bukan sekali dia main.byk kali.aku trus mntak putus.tp dia merayu dia menagis dia xnak.aku kecewa sgt.n now masa berlalu.aku mmg maafkan dia.smpai skg aku syg dia.tp aku xleh lupakan dia.tapi diam2 dia msih lagi chatting dgn girl tu,keluar dgn girl tu.hurm.sedih jgk aku.aku igt phubungan 4 thn ni kekal.smpai skg aku dan dia mcm xnk bpisah.tolong bg aku nasihat sket..plizzz...~~~huhu...aku perlukan nasihat dr sesiapa sahaja..