Oktober 13, 2010

Macam Mana Nak Menyerlah Di Tengah Padang 2

Gua pernah cerita sama lu orang semua terutamanya si Mofasad tentang pengalaman aku bermain bola. Ya, aku adalah pemain bola sepak sambilan dan kecil-kecilan. Tapi, bola padang ok, futsal tak maen lah. Futsal tu untuk budak-budak baru belajar je. Bak kata kawan aku, Hafiz yang pernah bermain untuk Piala Presiden dan SUKMA mewakili negeri Perak.

"Futsal ni macam budak baru pegang controller nak main PES je. Senang nak ronyang"

Ya, itu benar. Bukanlah aku nak kutuk mereka-mereka yang gilakan futsal. Aku main jugak futsal, tapi tak sekerap bola sepak padang lah. Tapi, dari pengalaman aku, mereka yang bermula bermain bola dari futsal, sukar hendak menyesuaikan diri bila bermain bola sepak di padang. Apatah lagi kalau main 9sebelah. Terkeluar lidah unta termengah-mengah kejar bola. Tapi, yang sudah lama bermain bola sepak di padang, tiada masalah untuk bermain di gelanggang futsal. Series shit.

Bermain bola sepak di padang, kalau kau menghadapi competition. Mereka yang kau kenal sebelum ni boleh bergelak ketawa dan bersapa 'hai-hai', akan tiba-tiba menjadi musuh dan tak boleh di sentuh bila di atas padang. Kalau kena body sikit, macam singa menyinga nak bergaduh. Sebab kenapa? Ia sebab tekanan yang kuat di tengah padang lagi-lagi kalau main tengah hari, tengah panas. Lagilah kalau ada main kasar. Sebab bola sepak padang tak berapa nak pentingkan seni individual seperti futsal, tapi bola sepak padang secara realitinya mementingkan kekuatan tubuh badan, kepantasan memecut 50meter dan tak lupa taktikal untuk keep pressure pemain lawan supaya mereka down sampai nak kontrol bola pun terabur. Ada banyak lagi, tapi itulah sebahagian gaya bola sepak padang.

Kalau yang dalam padang pun boleh nak bertumbuk. Apatah lagi yang di luar padang? Provakasi menghina itu wajib. Kan? Siapa yang rajin turun stadium tahu lah.

Okay, di pedekkan cerita. Aku menulis entri ni sebab nak berkongsi korunk pasal apa yang selalu di ucapkan dalam padang bola. Spesifiknya untuk bola kat Malaysia lah. Istilah-istilah ini mesti kau kena tahu dan ingat, iaitu ;

1. Lego.
Bermaksud bola aku, atau biar aku yang ambil bola itu.

2. Man On atau bahasa kampungnya, 'Menon'.
Bermaksud ada pemain bola cuba datang dari belakang untuk merampas kawalan bola kita. Ada juga orang panggil 'kereta'.

3. Pressure.
Bukan tajuk lagu Paramore, tapi dalam bola, istilahnya bermaksud teruskan menyerang/bertahan dan kawal pemain seketat mungkin.

4. Marking.
Semua orang tahu maksud ini, alahh, dalam bola jaring pun ada. Maksudnya, kawal pemain tersebut.

5. Cross.
Hantaran lintang dari tepi.

6. Overlap.
Taktikal pemain defensif yang akan berlari memecut dari belakang sambil membawa bola yang di passing secara mengejut oleh pemain tengah atau flanker.

7. Kecikkan game.
Bermaksud pemain pertahanan akan mengecilkan ruang supaya pemain lawan sukar memasuki kawasan kotak penalti.

8. Buka.
Ini pula maksudnya arahan untuk winger, pemain tengah supaya duduk di lokasi yang sesuai dan tidak terlalu dekat. Juga bermaksud untuk striker supaya berada di ruang yang tidak pemain pertahanan lawan berkawal.

9. Boost atau istilah petang-petangnya, 'Pergi'.
Arahan untuk memecut sambil membawa bola supaya boleh melakukan counter-attack. Tapi, gua selalu sebut counter je.

10. Bola flashing. Ada yang sebut bola pressing.
Sepakan bola yang berlawanan dari arah sepakan curved. Pemain akan menyepak dengan kaki di tegakkan secara kuat. Err.. kalau tak jelas, sila tanya pada mereka yang berpengalaman.

11. Dummy
Haha, aku suka ini. Membiarkan bola bergolek di bawah kelengkang sewaktu pemain sepasukan menghantar bola kepada kita. Musuh menyangka kita yang akan menerima bola, tapi sebenarnya bola itu sampai ke kawan kita yang lain, kita hanya mengelirukan pemain lawan saja.

12. Point-shoot.
Peluang untuk melakukan rembatan deras.

13. Through-pass
Hantaran bola bawah dan kedepan yang mengelirukan sehingga melepasi pemain pertahanan lawan. Ini Fabregas terer lah.

14. 50sen, singgit.
Hahaha. Maksudnya kau dah terkena sepakan bola di bawah kelangkang kau oleh pemain lawan.

15. Volley
Rembatan secara one-step.

16. One-step
Melakukan hantaran atau rembatan tanpa menahan bola dahulu.

17. Push-up
Arahan untuk terus mengejar bola, melakukan kawalan, dan senang cakap, teruskan berlari.

18. Set-piece
Taktikal hantaran pendek kreatif antara pemain yang di sudahi dengan satu penyudah ke gol.

19. Change-side
Bermaksud menukar arah serangan dari kanan ke kiri atau kiri ke kanan. Ia melibatkan hantaran panjang ataupun, hantaran pendek yang banyak.

20. 50-50
Selalunya di sebut untuk perebutan bola yang sama rata sehingga boleh menimbulkan kecederaan serius.

Ok, cukuplah 20. Banyak sangat ni. Kalau ada lagi aku lupa letak, korunk boleh tambah kat ruang komen. Anyway, moga entri ini boleh membantu korunk memahami bola sepak dengan baik. Sekian.

Johor FC rules!

3 ulasan:

apan berkata...

oh.orang selangor memang kaya.kami panggil 5ringgit.

AlexiaAqram berkata...

@apan

selangor dah kalah. bankrup.

syfq amr berkata...

Let go.