Oktober 23, 2010

Menamatkan Spekulasi. Bacaan Untuk DUMMIES Yang Kena Tipu Oleh Pembangkang dan Fanpage Anti-Mega Tower

Berikut adalah kenyataan PNB ;

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini berkata, pembangunan projek Warisan Merdeka yang mempunyai menara tertinggi di Malaysia, akan dibiayai melalui dana dalamannya sendiri tanpa ‘menyentuh’ langsung dana pemegang unit amanahnya. Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, PNB, sebuah firma pelaburan terbesar di Malaysia, memiliki dana operasinya sendiri yang dikendalikan secara berasingan dengan portfolio dana para pemegang unit amanah.

 ‘‘Kami akan menggunakan dana sendiri yang dikumpul daripada keuntungan PNB sejak mula operasi (penubuhannya),’’ kata Hamad Kama Piah dalam satu taklimat tentang projek Warisan Merdeka di sini hari ini. Pada taklimat itu, beliau menyangkal spekulasi bahawa projek milik PNB akan menggunakan dana amanah saham dan juga dibiayai oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa PNB akan membina projek bersepadu melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, dua bangunan sejarah negara, yang turut terletak di kawasan yang sama. Keseluruhan projek itu bernilai RM5 bilion, dijangka siap pada tahun 2015.

Hamad Kama Piah tidak menolak kemungkinan PNB mendapatkan sumber pembiayaan lain tetapi ia tertakluk kepada sejauh mana usaha berkenaan mampu memaksimumkan pulangan daripada projek tersebut. Katanya, projek pembangunan itu yang bakal disepadukan dengan dua bangunan warisan sejarah itu, akan dimajukan oleh PNB dan juga anak-anak syarikatnya tanpa menolak kemungkinan penyertaan mana-mana pelabur asing,

Beliau menambah, projek Warisan Merdeka yang dimiliki sepenuhnya PNB melalui PNB Merdeka Venture, adalah melibatkan pembangunan bercampur berkonsep bangunan hijau, di atas tapak seluas 19 ekar untuk tempoh pembangunan selama 10 tahun. Katanya, selain menara yang bakal menempatkan ibu pejabat baru PNB, projek yang akan dimajukan dalam tiga fasa, akan turut mempunyai unit-unit kondominium dan kompleks membeli-belah.

‘‘Ibu pejabat PNB sedia ada yang terletak di Menara PNB (Jalan Tun Razak) akan mencapai usia 30 tahun pada 2016 dan ia perlu dinaikkan tarafnya,’’ tambah Hamad Kama Piah.

Beliau menegaskan, projek Warisan Merdeka bukanlah baharu dirancang dan dimasukkan dalam Bajet 2011 tetapi telah dirancang sejak 2004 selepas kawasan tanahnya dibeli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. pada tahun 2000. Katanya, sejak itu keperluan projek berkenaan terus dikaji dan Lembaga Pengarah PNB merasakan sekarang adalah masa terbaik untuk melaksanakannya setelah lama tertunda dan ketiadaan banyak projek besar dijangka memudahkan usaha mendapat kelulusan.

Selain itu, kata Hamad Kama Piah, projek berkenaan akan membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Beliau juga berkata, projek itu merupakan usaha PNB menukar kelas aset dan mempelbagaikan portfolio berbanding hanya tertumpu kepada pelaburan ekuiti.

Beliau mengakui projek itu kecil saiznya untuk dilaksanakan selama 10 tahun tetapi menyatakan tempoh masa yang ditetapkan dalam memajukan projek itu adalah strategi ke arah memaksimumkan pulangan. Hamad Kama Piah menjelaskan, tidak timbul soal projek itu berdaya maju atau sebaliknya berikutan lambakan semasa ruang pejabat kerana sukar untuk menentukan masa yang dianggap benar-benar sesuai.

‘‘Pembinaan projek ini tidak disegerakan sebelum ini bagi mengambil faedah tidak banyak bangunan hijau yang ada,’’ kata beliau.

Hamad Kama Piah menambah, pelaksanaan projek ikonik adalah bertujuan mencetuskan minat ramai terhadap pembangunan di kawasan berkenaan dan serusnya meraih pulangan yang diharapkan.

sumber : Utusan, Harakah, Harian Metro, Suara Keadilan, Malaysia Kini, Malaysian Insider, Facebook
............................................................................

Okay, gua dengan ini, secara humblenya memohon maaf kepada pihak PNB atas kenyataan artikel sebelum ini yang mengatakan duit 5billion untuk projek 100tingkat adalah menggunakan duit pelaburan amanah saham. Ini kerana artikel tersebut di terbitkan sebelum sidang akhbar PNB di adakan. Maknanya, sumber info gua agak terhad, dan info yang gua dapat adalah melalui beberapa perbincangan dengan mereka yang arif dalam ekonomi. Kami menyangka 5billion itu merupakan duit pelaburan pemegang saham, rupanya 5billion itu adalah duit keuntungan PNB. Sekali lagi, gua meminta maaf.

Namun, menurut info yang gua dapat. Kenyataan gua yang menyatakan keuntungan PNB dalam segala projek mereka adalah untuk pembayaran dividen kepada pemegang saham adalah benar. Bermakna, projek 100tingkat bangunan ini merupakan pelaburan untuk mendapatkan keuntungan serta juga mungkin untuk melipat-gandakan bayaran dividen kepada pemegang amanah saham. Wow! Ini menarik. Jangan tanya gua kenapa diorang nak buat bangunan, kenapa bukan benda lain yang menguntungkan rakyatlah, high value investment lah. Tu duit PNB, lantak PNB lah nak buat apa!

So, kepada para dummies yang telah meng-like fanpage bahalol tersebut. Gua begging lu orang tekan dislike baliklah. Membazir je menyokong benda fitnah. Buat menambah dosa. Sebab apa? Sebabnya mudah, duit 5billion tu duit keuntungan meniaga PNB, apa jadah lu orang nak ambil sesuka hati duit keuntungan PNB yang penat meniaga? Bahalol ke apa, mencuri? Gua tegaskan, itu bukan duit mutlak rakyat. Jangan sembang pasal rakyat dalam blog gua. Demokrasi konon, rakyat lah, apelah, suck my ass demokrasi. Lu orang tak tahu ke yang gua anti-demokrasi? Ha, kalau dah tau, jangan nak tanya lagi soalan yang sama iaitu ;

Kenapa kalau PNB syarikat diswastakan, kerajaan boleh umukan dalam belanjawan?

Tu lah, time kecik-kecik taknak baca buku, dah besar menyusahkan orang! Pergi baca balik pasal Dasar Penswastaan Negara yang di buat oleh Tun Mahathir untuk menggalakkan sifat berdikari pada semua syarikat kerajaan yang diswastakan. Untuk ringankan beban kerajaan dalam kerugian. Untuk menambahbaik efficiency sebuah operasi syarikat. Untuk kerajaan pantau supaya senang kerja semua orang. Syarikat tu tetap kerajaan ada hak kawalan walaupun sedikit, tapi operasinya jadi swasta. Sebab tu letak title 'Berhad'. Jadi, takde maslah lah kerajaan nak umum ka, taknak umumka. Lantak kerajaan lah. Lu orang sibuk apa? Cilaka betul lah manusia-manusia yang ketegaq ni. Banyak bunyik plak.

Off.

p/s : Macam-macam hal!

47 ulasan:

Cidak berkata...

agak ilmiah post ini.

haha

anna ladycherrie berkata...

sebenarnya aku sokong bukan sebab itu duit sapa.aku sokong sebab bangunan 100 tingkat duit sapa tp sebab humanity&efek pada alam sekitar .aku rasa kau patut baca kenapa page tu dibuat.xperlu terlalu emosi,tarik nafas dalam2 baca dulu k.

chill bro

e5 berkata...

i like...

AlexiaAqram berkata...

@anna

kalau aku lah, dikira environment effect kalau depa buat bangunan tu kat hutan belantara seperti di taman negara. buat kat kl, semua org tahu kl tu hutan batu. ada hutan takdak hutan sama jugak tetap banjir.

hik hik hik!

Fontonk berkata...

okay, aku pun tersilap lah kiranya ni?
maaf PNB. bosan nya sabtu.
hahaha. takde point.

PNB tu badan apa? cerita sikit

The Poyo Me berkata...

tu la kita ni,
masih lagi x percaya kompeni meleis ble ada modal 5 billion.
apa kita tau, kompeni meleis msti ada rebut2 duit dan pecah amanah.
dem you Samarinda.

p.s ada negara tu nak buat rm62 billion menara dia. xde plak dengar orang bising? duitsyarikatkan, bukan duit aku. yang penting cantik. boleh ak bawak geng dslr amik bamga kat situ. ahahah

Myth berkata...

Hurm...why human always think bigger is better?

sebab tu banyak iklan ubat kuat

zan berkata...

Kadang2...

Orang macam ko ni yang buat aku terasa sangat nak jumpa depan2..

Nak berbual-bual depan2..Nak kenal depan2..

Nak dengar jugak hujah kalau berbual secara live tu..banyak mana benda yang ko tahu pasal Malaysia ni..Dari salin-tampal sumber2 internet...

Kawan aku libyaman pun mesti sependapat dengan aku...hmmm

AlexiaAqram berkata...

@fontonk

sabtu aku hari ini sungguh memenatkan. aku pun penat nak menulis. haha.

PNB tu apa?
alahai... :(

@the poyo me

maybe sebab rakyat malaysia rasa tak percaya pada keupayaan negara sendiri. tak percaya pada kesenangan orang lain. rasa.. kenapa 'aku dan dia sekolah sama, tapi kenapa dia boleh jadi kaya dari aku?'

tu lah di namakan 'siapa yang berusaha lebih, kerja kuat dan ikhlas akan dapat ganjaran dari tuhan'. tapi, tu lah. ramai orang dah macam tak percaya dengan rezeki tuhan berikan. seolah macam membelakangkan tuhan dari segenap aspek.

@myth

haha. aku tak pernah rasa bigger itu bagus. aku lebih suka guna perkataan strong. itu termaktub. bigger mana pun kalau cepat layu, tak guna jugak kan?

@zan

encik zan. terima kasih lah. tapi aku ini hanya sebuah ilusi. penulisan aku adalah ilusi dalam sebuah laman maya. hanya ilusi yang aku create untuk membantu orang lain memahami dunia.

di alam realiti, aku hanya manusia biasa. jangan terlalu percaya dengan alam maya. kelak kau akan hilang dalam alam ini kalau kau terlalu percaya. series aku cakap.

Myth berkata...

Ko ni...buat2 innoccent lak.
Nyampah aku dengar

Asia nak jadi nigger...macam tak biasa lak

AlexiaAqram berkata...

@myth

kah kah kah! lucah!

Huhuhu berkata...

well, living in a nation that full of lies makes it's hard to believe this story...you know, well it's like believing the ground zero project is for benefit of ummah..

Tanpa Nama berkata...

tumpang lalu....saya yg nak mencari jodoh anak2 dara atau janda pon boleh..criteria berkejaya dan pandai memasak serta pandai main FB jek..ada tak..serius nih

muahahahhahahah

Tanpa Nama berkata...

If that is the case, then government decided no KLIA, no Putrajaya, no Penang Bridge, no (Petronas) Twin Towers. What would the position of the country be now?”
Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sebelum 1997, ekonomi diuruskan dengan baik, bajet ada surplus walaupun banyak projek mega dibuat: Twin Towers, KLIA, Kompleks Sukan Negara.

Sayangnya, orang yang berjasa menjaga kewangan negara sebaik itu, dah jadi bahan hinaan mereka, dituduh pengkhianat negara.

SECOND FINANCE MINISTER TUUU!!!

Tanpa Nama berkata...

λ-λ ☜ KLCC (Ananda Krishnan, Rich man)

▌ ☜ Menara Barisan (BN, Rich politic party)

☜ My house (Nothing therelarr... I'm too poor to own a house)

kakiberita berkata...

tu la. kite xnak sbb PNB yg nk buat la.. name pun GLC.. projek pulak makan tahon.. potensi utk kos meningkat tinggi.. bila kos mningkat dgn slamber top up pkai dana kerajaan.. ini sume da pnh jadi. terutama skandal PKFZ.. byk lg kes cm2.. terutamanya bile kerajaan sebot 'bail out', pernah jadi kt kompeni anak mahathir MISC..

AlexiaAqram berkata...

@kakiberita

mungkin sebab orang ramai tak di beri pendedahan positif tentang PNB menyebabkan orang ramai kurang yakin dengan projek mega ini.

cuma aku nak tanya ang. kalau PNB tak berkemampuan, kenapa PNB claim mereka dah lama rancang buat bangunan ni? bagi aku, mestilah sebab PNB yakin dgn kemampuan sendiri, kemampuan yg mereka ada, duit yg mereka ada.

bagi aku, aku melihat PNB adalah sebuah company investment yang strong. 3 dekad PNB berjalan, 5 kali krisis ekonomi dunia dan negara. PNB still survive membayar dividen kepada pelabur. still mencari keuntungan.

Kita lihat projek PNB di malaysia hanya kepada satu pandangan projek 100tingkat. projek PNB yg lain? projek PNB di london? kalau pnb takdak projek di london, takkanlah depa ada pejabat kat sana ye dak?

so, ang tak usah risau pasal bail-out. benda tu memang mungkin jadi. kita bukan tau future pun. lagipun in business, itu lah risiko. kalau takutka n risiko, jangan sebut pasal perjuangan. sapa yg cakap cam tu? anwar ibrahim al-bontoti. haha.

benda tu pun TAK MUNGKIN jadi kalau PNB bijak uruskan projek ini. tu ja. kita tunggu dan lihat saja.

kakiberita berkata...

tu yg xnak.. tunggu dan lihat.. bila kite tgu dan lihat.. skrip sama..

kite lihat dr sudut pengalaman.. liciknye dana negara dibawa keluar.. patotnye PNB melaborkan keuntungannya yg mmbawa faedah kepada pelabor.. tanpa pelabor PNB pn xdpt untung berbilion.. xkan keuntungan yg dpungut dr pelaboran duit pelabor nk kasi abez utk buat bangunan.. buat ssuatu yg nmpak sikit faedahnye utk meyakinkan pelabor teros melabor.. (ye tau, PNB xperlu meyakinkan pelabor pn bole untung).. ~ nmpak sgt projek ni nk kasi kekah2 je kt kroni.. itu hak PNB nk buat ke tak.. dn org rmai juga ade hak bersura jika ia dah dbentangkan dalam bajet.. name pn GLC kan.. jd selagi dana kerajaan halal dlm urusan bail-out GLC.. selagi tu orang rmai ade hak..

jgn nk tgu2.. bole halang kita halang..

AlexiaAqram berkata...

@kaki berita

kau baca balik betul2 kenyataan PNB tu. cuba fahamkan ayat yg ni;

Selain itu, kata Hamad Kama Piah, projek berkenaan akan membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Beliau juga berkata, projek itu merupakan usaha PNB menukar kelas aset dan mempelbagaikan portfolio berbanding hanya tertumpu kepada pelaburan ekuiti.

Beliau mengakui projek itu kecil saiznya untuk dilaksanakan selama 10 tahun tetapi menyatakan tempoh masa yang ditetapkan dalam memajukan projek itu adalah strategi ke arah memaksimumkan pulangan. Hamad Kama Piah menjelaskan, tidak timbul soal projek itu berdaya maju atau sebaliknya berikutan lambakan semasa ruang pejabat kerana sukar untuk menentukan masa yang dianggap benar-benar sesuai.

‘‘Pembinaan projek ini tidak disegerakan sebelum ini bagi mengambil faedah tidak banyak bangunan hijau yang ada,’’ kata beliau.

- faham dak? PNB dah banyak sangat projek yang bawak kepada keutungan pelabur. sekarang, mereka AMAT PERLUKAN ASET. sebuah company, yang tiada aset, sama seperti kompeni yang tiada PEJABAT! seperti orang yang pandai bawak kereta tapi takde kereta!

duit untung PNB bukan 5billion tu je. berpuluh billion lagi, malas je PNB nak sembang umum. baik berahsia, diam supaya takde kontroversi.

macam mana pulak kau boleh nak tuduh pihak itu pihak ini nak licik bawak dana keluar lah, seleweng lah. belum apa2 lagi, projek belum jalan setengah, kau dah tuduh macam2. benda tak jadi lagi kau dah gelabah. kalau kau takut sgt semua tu berlaku, lebih baik kau robohkan semua bangunan yang ada kat KL tu. robohkan balik putrajaya, lapangan terbang, jambatan kat kelantan dsb. sebab segala projek, kalau takde licking tu, mustahil lah woi! cuma, mcm mana cara kita nak reduce licking tu semua. tu yg kita kena pikir. eh come on lah, kau ni reti bisnes ke tidak?

kita tunggu dan lihat je lah. ingatkan kat depa jangan lakukan penyelewengan. minta SPRM pantau sekali projek ini, supaya mereka tak berani buat silap. apa nak takut? itu yg sepatutnya kita sebagai rakyat kena buat. sama2 membantu. kalau projek jadi, kita pun dapat faedah. ini, kita tolak peluang, faedahnya dua2 pihak pun tak dapat kalau semua benda kita nak menentang.

cerita bnyak pun, kita ni semua bukan member pengarah PNB tu pon.

haih! apa pun tak boleh!

kakiberita berkata...

"kite lihat dr sudut pengalaman.. liciknye dana negara dibawa keluar" kite cerita berdasarkan pengalaman (sejarah), bukan cite masa depan.. bkn cite pasal tuduh menuduh.. ini fakta yg lalu.. dn laku utk perkare ini..

SPRM tu agensi kerajaan, jd xpaya la agensi kerajaan siasat agensi kerajaan.. buang karan.. da biasa dah.. xsiasat pn xpe.. (ini metafora, bkn tuduhan)

"faham dak? PNB dah banyak sangat projek yang bawak kepada keutungan pelabur. sekarang, mereka AMAT PERLUKAN ASET. sebuah company, yang tiada aset, sama seperti kompeni yang tiada PEJABAT! seperti orang yang pandai bawak kereta tapi takde kereta!
bagos la byk projek yg untung2"

xkan da puas untung smpai nk bina empayar perniagaan pulak.. kalo setakat guna kapasiti kerajaan, guna kredibiliti kerajaan utk kaut untung (tarik pelabor) & nk berperangai mcm taikun perniagaan nk cari aset .. salah etika dah tu.. menipu pelabor.. kalo betol2 nk jd swasta.. keluar dr kepompong GLC.. buat sendiri.. tgk ad org nk labor ke tak.. nk buat ape ko punye pasal.. kerajaan pn xckp dlm bajet.. org ramai pn xnk ambik pot..

mcm aku ckp. org rmai ade hak. PNB pn ade hak.. tp pendirian aku utk tdk setuju.. dn pendirian ko utk setuju.. slagi ia tk jelas akn mmberi manfaat pd aku.. aku xsokong..

FakapShitiDummies berkata...

masalah skrg bukan pasal politik,duit PNB, dana Kerajaan or ape lanchow bai..gua x kesah kronism or licking happen..gua x tau pasal bisnes..tp kene pk pasal masyarakat or rakyat dulu..(oh ye..lu pon ckp x amik port pasal rakyat or what so ever..-->the truth problem is..kalo rakyat da bantah, mesti ade sbb..mmg tu duit PNB..suke ati die nk wat ape..amik cnth Gov French..naik kan umor persaraan 60 ke 62..apasal org ramai bantah..??sbb pengangguran meningkat in future..PNB wat bangunan tu sbb KONONnye leh menjana pertumbuhan ekonomi-pendapatan..tp confirm ke leh menjana pendapatan rakyat..??gua bkn jenis org yg layan Arrival siang malam..nk bantah x tentu pasal..ape yg nk dibangga kalo ade bagunan tggi..kemiskinan still high..??kite da ade KLCC(ok yg ni gua bangga-->nk cr HotChick besepah selain Telawi)..Terowong Smart.(Tercanggih & pertama didunia-->ye ke..??)..projek gagal...banjir still happen..PNB x yah wat bangunan pon da still leh untung..5b yg ade tu try wat something yg bole bg manfaat kat org ramai..

*gua agak emo ckit ptg ni..fulus da kurg...Pendapat lu gua respect...arios

Tanpa Nama berkata...

cik puan alexia arqam..

sejak bile jadi spokeswoman for PNB? atau dok tgh nak mintak keja kat PNB ka?

pernah x pergi ke bangunan PNB di Jln Tun Razak?

suasana dalamannya suram, kelam dan macam2 'lam' lagi..mcm tempat berpuaka..(padahal tempat tu banyak duit tu..)

my point is....how PNB is going to maintain and 'kemaih' the 100 storey building kalau sekarang pon ntah hapa2..


anon cari jodoh

AlexiaAqram berkata...

@kakiberita

memanglah PNB guna kapasiti kerajaan. dah nama pun syarikat kerajaan. kalau tak guna lagi bodoh!

@fakapshitdummies

lu percaya ke sebab nak 'pertumbuhan ekonomi negara'? tu ayat manis je, percaya kenapa?. yang gua percaya PNB buat tu sebab pertumbuhan PNB sendiri.

@tanpa nama

pernah pergi sebab pernah buat spotcheck maintenance kat sana. sebab berhantu bangunan lama lah PNB nak buat bangunan baru. sapa nak duduk tempat 30tahun kelam macam tu lagi? takkan nak pasak pendinding plak? nak bayar bomoh mahal dowh. haha! baik pindah, beli atau buat bangunan baru. rumah kau berpuaka, kau nak duduk lagi ke? giler kental kau berani!

Tanpa Nama berkata...

cik puan alexia arqam..

you missed the point totally..

kalau sekarang pon depa tak leh nak maintain bangunan 40 tingkat, ingat yang 100 tingkat depa leh maintain ka?

kiranya barang lama/barang second hand tu berpuaka la ek? "sst..ssst..teringat kat bik mama.."

p/s: memang aku berani, kalau tak, takkan ada iklan untuk cari jodoh kat sini..muahahahahaha


anon cari jodoh

AlexiaAqram berkata...

@tanpa nama.

point apa tanpa nama? bangunan lama tu dah 30TAHUN!. Bukan 30 hari lah!

Tanpa Nama berkata...

cik puan alexia arqam..

depa nie bangunan 30 tahun tak leh maintain..ingat yang baru bikin dengan kos megajuta depa leh maintain ka?

apa pon kita kena anggap yang terbaik lah..jangan demi pembangunan dok perabih duit pelaburan..

macam nikah-kahwin lah jugak..maintain selama nya2....takkan lepaih 30 tahun dok cari bini/laki baru kot!


p/s:
page u nie pon ber'puaka' jugak...ntah nape pagi2 masuk ofis aku dah visit page nie..

ok lah...ok lah...u menang!

buatlah bangunan 300 tingkat ke 400tingkat, perabih duit PNB tu..buatlah..bukan duit aku pon!

janji maintain ok..hehe

anon cari jodoh

kakiberita berkata...

"memanglah PNB guna kapasiti kerajaan. dah nama pun syarikat kerajaan. kalau tak guna lagi bodoh!"

da jelas guna kapisiti kerajaan kenape nk berlagak macam taikun perniagaan. bila guna kapisiti kerajaan, tanggungjawab mesti mcm kerajaan. kerajaan ni keje die buat dasar utk kesejahteraan rakyat. bekerja mewakili rakyat. bukan pk nk cari aset. bygkan cari aset bergunung pun kalo jatoh ke kerajaan laen ade untung ke kerajaan sekarang? xnmpak ke untungnya lbh ke arah progress pembinaan?.. ini metafora bkn tuduhan

nk cite penjanaan ekonomi? usaha kearah negara pendapatan tinggi? lu tgk KLCC da buat, KLIA da buat, PUTRAJAYA da buat, koridor ape ntah sane sini nk buat. ade menjana ape2 tak? aku tgk org skang makin nipis poket.. keje kalo tk siang malam.. anak bini xcukup makan.. realiti sikit bai.. jgn sentuh bina bangunaan dgn pertumbuhan ekonomi negara.. effek nipis sangat...

byk/tgi mane pn bangunan, tp kalo ekonomi bersandarkan fiat money ni tk kuat.. krisis dah matang masalah ekonomi dtg jugak..

AlexiaAqram berkata...

@kakiberita

kenalah berlagak macam taikun. semua syarikat kerajaan berlagak macam taikun. nak buat macam mana? biasak bro. orang melayu. ada duit sikit tunjuk kepak depan org ramai. ada kepandaian sikit, nak tunjuk pandai depan orang ramai.

ang toksah pening2 la pikiaq nak halang PNB tu buat bangunan. ang jadi ketua pembangkang pun belum tentu ang boleh halang. ang kumpul 50juta orang pun belum tentu PNB boleh stop. ang berdegar2 cakap, tapi anwar ibrahim dok senyap ja. member2 anwar banyak dalam PNB. ntah2 dia pun dok tumpang seposen dua. cait!

Tanpa Nama berkata...

cik puan alexia arqam said "ang berdegar2 cakap, tapi anwar ibrahim dok senyap ja"

correction:

sure or not?? betui ka hang nie..jangan dok tala tanpa bukti beb..

is this statement from your would be spouse?

setahu aku, dia (AI) dah isu statement (saying NO to this project), bukan hanya di parlimen, tetapi di satu ceramah baru2 ini bersama khalid samad (MP shah alam)

member tu dah la asik kena fitnah tak abis2..

PNB punya hal pon anwar kena jugak ka??

manusia...manusia..

ok..ok..ok..tuan punya blog SAYS NO TO POLITICS!


anon cari jodoh

Linglung berkata...

harap2 menara tu ada lif laju-laju, nak juga gua try naik..

kakiberita berkata...

kau silap kalo agp aku sokong mane2 parti politik. dlm diari hati aku politik malaysia masih serpihan2 agenda politik lama. picisan. retorik. politik menakutkan nakutkan. aku sbg rakyat yg hidup kt negara ini ada hak mengambil peluang diatas mana2 parti politik yg bcadang mnjadi lbh baik, yg tkedepan mmpjuang soal kebajikan masyarakat. UMNO usul beberapa dasar yg bagus aku sokong. begitu juga PAS, PKR etc. jiwa biar besar.

nak itu ini tp xnk lyn politik. selagi negare berdemokrasi. selagi tu kene ambik tahu. selagi kita bayar cukai, bstatus warganegara slagi itu ap yg kite laborkan bbaloi utk diambil tahu, mhupun btindak. wlau betape shit skalipn.. bpijak dibumi nyata..

aku xnak jadi siapa2. buat ape png2 nk jd ketua. dr sendiri pn tk tjaga. ad hati nk lead org laen. aku cume nk hidup lbh baik. aku nk mhidupkan rakyat bersensitiviti. agresif dgn dasar mane2 kerajaan yg tidak menyebelahi masyarakat. slagi kite tidak bsensitiviti, slagi itu kite kene ikot rentak. hidup sndri yg org laen rencanakan. ape barang..

Tanpa Nama berkata...

tp masyarakat pon kene la jugak berjasa untuk negare.kalo setakat dudok goyang kaki,ckp itu ini,masyarakt3,tp diri sendiri x nk try peluang yng diberi susah juga.

AlexiaAqram berkata...

@linglung

sebagai ahli fizik, gua cuma nak bagitau purata kelajuan lif mungkin cecah 55km/j.

basikal fixie pun boleh tinggal setiang.

kakiberita berkata...

goyang kaki pulak. kalo goyang kaki duit ble trn dr langit. mmg rmai d pakat dok goyang kaki. ni goyang kaki dpt ape?

mane ade org goyang kaki era skang ni. sbb tlalu byk memberi la aku nk mintak..

nk harap org bjasa pulak. nk jd kerajaan jgn lah harap semua org bole terima semua pkare. jgn la harap nk semua org berjasa. sbb semua rakyat tk terkecuali dlm mmberi dana pd kerajaan. kerajaan sharusnya mengolah dana wajib tsebut utk mlahirkan masyarakat yg tahu berjasa. ni bagi ape pn tak. nk tgu org bjasa. memilih milih utk mmberi pula.

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha...

100 tingkat boleh kira green building ka..Hazard untuk burung-burung gagak kat KL..sebab tinggi sangat ..ha ha ha.

Now we selling Green Product which is green in packaging..bu we never knows if this produc are TOTALY GREEN...only Goblin knows..ha ha ha.

Apa pun aku tak setuju dengan projek ini ..pertama..kalau nak branding building tak perlu ada 100 tingkat..PNB can put 100 others green thing into the building..Why we need have 2 tallest bulding in Kuala Lumpur?..PNB should build in Johore for examples..ha ha ha.

Secondly..KL area have limestone ..jadi keadaan tanah tak stabil ..saya takut nanti lepas buat cerucuk..kena pindah ke site lain kerana tak stabil macam yang berlaku kat KLCC dulu ha ha ha..

Anyhow Good luck puan..moga PNB tak lingkup macam Bank Bumiputra dulu ..adiosssss.

Tanpa Nama berkata...

ceh,gaye kate x sokong mne2 grup politik,tp nmpk sngt la kn pemikiran en.kakiberita tu sokong pembangkang.yang buruk nampak saje,tp yng baek diketepikan langsung."bagi ap pon x"?wah,x buat keje langsung kerajaan la yek.nmpak nye Malaysia ni membangun sebb en la ye.kalo begitu,mmng bnyklah pmberian en kt negare nih."sume rakyat tk terkecuali dlm memberi dana pd negara" mmng betol,tp itu kire bnyak ke?ini yng en kate bnyk mmbri?bnykla sngt kn.

Master Yoda berkata...

DIHARAPKAN SGT kata2 drpd org PNB tu BENAR BELAKA

LAGI BAGUS ade rekod tuk cash flow (in/out) bg PERBELANJAAN tuk wat MENARA KEBANGGAAn (kununnye) dan PAPARKAN kat PUBLIC (every details) dan dilakukan dgn JUJUR (kalau bleh jujur)la...

Rite now, kalau nak buat mende MEGA, kene tunjuk BUKTI yang GIGA atau TERA besarnye supaye public nampak..SETAKAT CKP je, nenek kat FELDA JENGKA pon blh..

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya org..

kakiberita berkata...

hurm.. nasib la siapa jd kerajaan.. mmg kene.. xnk kne sembur.. dok ruma diam2.. skalipun anwar naek nnti.. lagi aku nk sembur.. byk da jnji2 ni..

yg baik tu mmg tangungjwb sbg kerajaan, wajib.. yg xbaik mmg xble terima. sbg wakil krajaan jgn jdkn jwtn tmpat himpon kkayaan. kje kerajaan bela rakyat.. bkn ungkit jasa.. kalo xnk bjasa jgn jd kerajaan.. pg jd taikun..

last. aku saspek lu ank ADUN.. sekian.. :)

Tanpa Nama berkata...

Lensa: ala lu baru kena skit ngan kakiberita, dah gelabah.. relax, chill..
gua stuju ngan kakiberita n anon, sbg rakyat melesia kita wajib mempersoalkn tindakan kerajaan yang bkn utk kepentingan rakyat, x kira la kerajaan tu BN @ PR.
jgn la kalau dh lpas utk prot lu makan, org lain lantak la..

**tp gua salut lu sbb bleh approvekn post org yg x stuju ngan lu..

**lg satu yg gua tau maksud politik ialah "mencipta sesuatu alasan untuk membenarkan sesuatu tindakan" so kalau seseorang tu ckp "saya benci politik" @ "saya x minat politik". jelaslah bahawa seseorang itu sedang berpolitik.

AlexiaAqram berkata...

aku takde nak heran lah angpa punya prinsip ka, tak setuju ka, gomen macam ni ka, itu ka, maksud politik la, kata aku gelabah lah. angpa ingat aku heran ka?

kalau sembang sini nak tunjuk juara siapa yang hebat, baik tak payah. buat ayat musibat macam angpa punya akal ja betul lagi la cemuih.

angpa nak persoalkan ka, ang ingat ang sorang ja ka tau nak persoalkan? abes aku ni apa? makan rumput? aku pun boleh persoalkan apa yang aku nampak kalau aku nak.

tp aku tak nak buat leceh. buat pa nak buat leceh macam angpa buat ni? angpa nak gebang pun agak2 lah, tak payah dengan aku. tu ha, pi serbu PNB, tanya direct teruih. aku ni tulis blog untuk aku kongsi pendapat aku, bukan aku nak tunjuk hebat pegi blog setiap orang kalau tak setuju pi teruih tibai tak bagi salam, teruih balun secukup rasa sampai nak menang jugak.

dari mana angpa belajaq ni? jangan kata politik weh. ni siap kata politik kelangsungan hidup. angpa biaq betul cakap. dengan tuhan pun kita nak berpolitik ka apa? sapa ajaq angpa benda ni semua? sedaq lah sikit aih. politik ni dunia. nabi tak ajaq pun politik nak bawak sampai mati.

out!

Tanpa Nama berkata...

btol gak kn,kalo xnk kene sembur baek dok ruma diam2.bile dok ruma diam2 bole sembur kt orng.lg best,ckp je.keje sng,xpyh buat pon ap yng dickp.PNB bukan 100% kerajaan pye.die hye glc,mcm petronas dgn proton.rsenye pnb lg bnyk sumbng dana kt kerajaan dri en kakiberita.duit yng pnb gne tu,duit die.bkn duit kerajaan.mke,it hak die la nk buat apkn.yng en bising2 kenape.nk mengemis duit orng?

tp ap2 hal pon,sy setuju dgn "keje kerajaan bela rakyat".tp ap2 hal pon,normal la manusia ungkit balik jasa die,kalau orng yng diberi jasanye tu x menghargai lgsg.mcm individu yng selalu keluarkn ayat "bagi ape pn tak."

kakiberita berkata...

tu la. lu pkai patern politik akhir zaman. mmg ape pn xbole.. ye la tu. politik utk dunia.. politik bkn untuk kelangsungan hidup.. lu igt ayat ni smpai bila2.. ni lu punye prinsip.. jgn nnti melongo org tanye politik tu xde kene mengene ngan kehidupan ke idak..

Tanpa nama..
senaraikan ape yg aku dpt jd rakyat malaysia? aku betol2 nk jadi org yg mengenang jasa.. secare serius...

Tanpa Nama berkata...

En Kakiberita
mara,felda,ipta,subsidi.

en kakiberita ni menggunakan patern politik zaman ap ni?cbe trngkn sket ngan hujah2 nye.ap yng membuatkn en ni rse sgt 'BAGUS!' dn 'HEBAT!' terhadap diri en dn patern politik yng diamalkn en.

Tanpa Nama berkata...

betol juga kate tanpa nama 11;47. aku rase pembangkang ni xreti bersyukur la. nak tip top je.

en. kakiberita pun mcm ngok juga. tanpa nama 11:47 tu jns inteligent pulak.. mcm xmatch la pulak nk dibandingkan dgn hujah kakiberita.

jadi akhirnya kita dapat keputusan. marilah kita mengenang jasa. hidup kene bersyukur. xmakn xpe. jnji tau bersyukur..

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah..lu xyah la nk sembang pasal politik klau kene sembur ngn media diam..baik lu cite pasal cintan cintun je..kah kah kah kah

cakap bukan main gempang..sembang je lebih

kakiberita berkata...

mara, felda, ipta xde kene mengena dgn aku.. aku xmintak subsidi. nape pndai2 nk bagi kalo takat nk ungkit. bg subsidi tp buat pendapatan negara susut buat ape. patot pk mcm mane n naekkn pndapatan per kapita negara.kukuhkan ringgit. bkn dok maen buang duit nk bg rakyat sedap hati. pk jln senang bg subsidi..pas2 dok ungkit..

harga brg ble murah kejap, tp ekonomi yg xsihat bg mslh kt ekonomi marhein ms akn dtg..

mcm biase. aku pilih goyang kaki n bangkang ap aku xsuke.. kalo 'geng mintak jasa' rase xthn bole bg kt siape yg bole thn ye.. salam mengenang budi.. dari 'geng goyang kaki' & 'geng xdpt ape'