Oktober 15, 2010

Ole Ole Ole!


Gol ini sangat smarrrttt habes. Kan?

Lupakan EPL dulu. Sekarang masa Piala Malaysia.

Gua tengah meroyan dengan bola bulan ni.

Selangor dah jadi lauk. Kelantan megah bergaya.

Kedah, Terengganu macam mana jadinya?

Kalau Kedah menang, jumpa Kelantan. Agak sakit lah Kelantan nak gomo Si Kenari. Apa benda? Red Warrior? Oh, come on lah. Ni Kedah la, angpa semua makan beras dari mana lagi kalau bukan beras Kedah?

Tapi kalau Terengganu jumpa Kelantan. This is the pure-blood east rival. Terengganu ni nampak je baik, tapi kalau dah jumpa seteru... susah gua nak cakap. Macam Nik lah, diam ada makna.

Ok, next.

Johor FC pasukan yang paling hebat di alam semesta akan bertemu Pahang pasukan main tipu sebab ada back-up besar Sultan bola. Hek eleh, gua yakin yang amat Johor FC akan mensayurkan Pahang 6-0. Ni Eddy Helmi lah, jejaka pujaan gadis Taman Masai.

Kalau Johor FC pasukan yang paling hebat di alam semesta menang, mungkin.. mungkinlah akan bertemu pasukan jurulatih yang maha angkuh dan bongkak iaitu Negeri Sembilan. Sebab setakat Perlis Indera Kayangan tu, takde hal lah Negeri Sembilan nak tibai. Den yakin bonar dengan semangat Hobin Jang Hobin dan sontuhan anak Johor Wan Jamak dan Rizal Zambree Yahya. Eyhh?

Tapi, bagi gua. Agak sakit jugak lah Johor FC nak tibai Negeri Sembilan kalau dua pasukan ni berjumpa kat semi-final. Walaubagaimanapun, gua optimis, kalau dah hebat di alam semesta, Real Madrid pun Johor FC boleh bedal. Negeri Sembilan apa ada?

;P

Apa-apa pun, jumpa korunk semua 30 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tak kesah pasukan mana yang layak final, turun tetap turun. Bola Malaysia tetap di hati ye dak?

Chalo!

4 ulasan:

sastraboy berkata...

johor fc boleh sengat tu. hehe.

deus X machina berkata...

selangor kalah dengan kelate pulokkkk

aku harap johor fc pergi final, sekali sekala kena gak ada kelainan, kasi oren bukit jalil tu, keh keh

AlexiaAqram berkata...

@sastraboy

bedal lebah bedal!

@deus X machina

gua sokong 200%

sastraboy berkata...

dah ada harapan dah lebah nak bedal semua. ekekeke.