Oktober 21, 2010

Pulun Apa Lucy?

Aku tak reti nak sembang kemaih macam Lucy. Dia dah tua, aku muda lagi. Dia warrior, aku ni blacksmith je. Tapi, apa-apa pun terima kasih na kat Lucy sebab jadikan penyataan dan pertanyaan aku kat muka hadapan Tronoh Tranquiliti. Buat Lucy, point-point ang memang ada benar dan terklasemen.

Tapi, cikgu aku dok ajar dari kecik dulu. Lawan tetap lawan. Sapa cikgu aku? Mestilah Anwar Ibrahim al-Bontoti. ;P

So, kalau nak tunjuk ketegaq mana pun. Biar smart, jangan tunjuk loqlaq tapi berteraboq. Memang dapat siku lipat tak pasal-pasal. Hence, Lucy ada cakap ;

"Terus-terang, bila aku menulis Plus Ultra, usia negara atau status negara itu maju atau tidak bukan menjadi pertimbangan aku. Sebaliknya aku lebih melihat kepada corak budaya kerja. Budaya kerja Eropah berbeza dengan budaya kerja Jepun, Malaysia mahu pun Amerika Syarikat."

Mana boleh tak pertimbangkan. Budaya kerja eropah secara faktanya telah berevolusi. Itu yang aku nak habaq kat ang. Evolusi dari kerja berat waktu dulu sehingga lah kepada kerja mudah dan smart waktu sekarang. Maknanya, negara Eropah juga tak terlepas dengan masalah macam ni. Cuma, mereka dah setel kan masalah ini mengikut perkembangan semasa. Kita ja kat Malaysia masih terhegeh-hegeh dok bincang dalam blog, apa crita?

Sebab tu aku kata, pelan-pelan kayuh. Kalau ang tanya aku nak ke tak kerja macam kat Spain tu. Mestilah aku jawab nak. Sapa tak nak kerja 6jam tapi gaji tinggi. Kalau yang TOLAK tu, yang ITU baru betul directly bodoh. Sebab tolak peluang. Tapi, kerja kuat bukan bodoh Lucy. Kerja kuat tu orang panggil rajin.

Apa ang cakap pasal definisi kerja?

"Jadi apa takrifan kerja untuk kita insan biasa? Kamu dan kamu di luar sana? Kerja ialah apa yang kita lakukan untuk faedah sendiri dan orang lain, khususnya mereka yang rapat dengan kita. Pulang rumah awal untuk meluang masa bersama keluarga? Itu kerja. Mempunyai lebih masa peribadi untuk hobi dan minat kita? Itu juga kerja. Beriadah dan bersukan? Kerja namanya."

Yang aku faham seperti ang habaq, maknanya 'kerja' seperti melampiaskan nafsu bini di rumah, melayan anak-anak, mencantikkan taman di halaman rumah dan sebagainya juga di panggil kerja, bukan? So, macam mana pula dengan ibadah? Ha, ni aku dok risau dengan definisi ang yang kata ;

"Itu kerja kuat. Dan kerja kuat bagi aku bukan kerja yang bijak tetapi sebaliknya kerja orang yang bodoh."

Maknanya, kalau orang yang kerjanya beribadah pada tuhan dengan kuat. Kerja kuat beribadahnya itu dipanggil kerja orang yang bodoh? Gila ka apa? Ang nak kena penampaq dengan Nik Aziz ka? Macam mana pulak jika dia berkerja kuat melampiaskan nafsu dengan bini? Adakah dia bodoh kerana mendayung terlalu kuat? Apekah?

Kesimpulan ringkas di sini aku nak habaq kat ang. Kerja kuat bukan bermaksud kerja orang bodoh. Tapi, kerja orang yang rajin. Takdenya sampai nak jadi hamba abdi. Bukannya kerja 24jam. Biaq pi lah orang len nak kerja kuat. Pulun apa nak pertikaikan? Dia rajin, dia punya cara, dia nak dapat upah lebih, nak dapat respek dari orang lain. Salah ka? Pahala kot. Ang jeles ka tengok orang lain kerja rajin? Dia nak mati sebab kerja kuat, at least ok lah jugak kan DARI dia mati sebab kerja merompak atau pun dia mati sebab dia tak nak kerja kuat, dia pergi mengulor, tiba-tiba mati eksiden. Haru-biru dunia ni Lucy.

"Dalam pos Plus Ultra, ianya bukan tentang menyuruh kita jadi malas bekerja. Tapi sebaliknya apa yang aku ingin tekankan ialah ada banyak lagi perkara yang lebih penting dalam hidup ini dari ‘kerja’ yang kita buat di tempat kerja. Aku bangkitkan tentang budaya kerja di Sepanyol agar kita sedar di mana mungkin yang tidak betul tentang sistem budaya kerja kita. Mungkin kita tidak dapat mengubahnya sekarang, tapi mungkin di masa depan untuk generasi kita."

Ang ada cakap, mungkin kita tak dapat mengubahnya sekarang, tapi mungkin di masa depan untuk generasi kita. Ha, yang ni betullah kalau aku cakap pelan-pelan kayuh. Ayat ang ni aku setuju lah. Sempoii. Tapi yang ni ;

"Hujah-hujah tentang kita negara membangun dan perlu bekerja lebih kuat dan lebih masa untuk maju adalah dongeng. Dongeng kerana yang sibuk berhujah suruh kita kerja kuat ini selalunya dari mereka yang di atas, baik dalam hirarki kerajaan atau hirarki syarikat. Mereka yang di atas ini tidaklah pula bekerja lebih kuat dan lebih masa membanting tulang empat kerat seperti kita orang kebanyakan. Kita mahu jadi maju seperti Jepun, tapi sanggupkah kita mengorbankan kebebasan individu dan hidup kekeluargaan dengan bekerja seperti robot atau lebih hina, hamba abdi?"

Dongeng apa lagi? Kalau aku jadi bos, tak payah aku lah, biaq ang ja jadi bos. Ang suka dak kalau perkerja ang rajin? Ang sebagai bos datang kerja 8.30pagi. Tapi, perkerja ang pukul 7.30pagi dah terpacak depan office. Bukan aku kata pekerja nak mengampu, tapi kalau 7.30pagi dia datang sebab nak setelkan kerja yang tak siap. Boss mana yang tak gembira? Kita sebagai boss pun kadang-kadang kenalah ambil perhatian kat perkerja. Kalau aku, ada pekerja rajin macam tu. Datang awal siapkan kerja, kerja dah siap pukul 3petang. Sampai dia dah tak tau nak buat apa, aku suruh pekerja aku tu balik je rumah, pulang awal. Layan bini kau puas-puas. Kau tau ni di panggil sistem apa? Sistem tolak ansur orang Melayu. Slow-talk, orang bujang panggil. Bertolak ansur tu yang penting dalam industri perkerjaan.

Sebab, bagi aku, kerja yang dipanggil robot ialah sistem kerja yang obey sepenuhnya pada peraturan tanpa bertanya sebab apa kena ikut peraturan. Tak boleh nak beri idea sikit, habis kena kondem. Datang pukul 8pagi balik 5petang. Tak bersembang, series memanjang. Nak ketawa pun tak boleh, nak pergi meja sebelah pun bos jeling. Nak bukak facebook dah macam pencuri gayanya. Pergi kerja untuk kerja yang membosankan. Yang tu betul robot. Lagi-lagi kalau industri perkhidmatan, bercakap dengan front-service macam bercakap dengan akuarium. Apa kejadahnya? Kerja 6-8 jam tapi tak fun.

In the end, bagi aku. Ada masanya nanti apa yang ang usulkan ini akan menjadi kenyataan. Cuma kerajaan pun 2-3 kali fikir gak. Kalau nak buat sistem tu sekarang, takkanlah kerja 8jam sebelum ni gaji 1800 sebulan, bila kuatkuasa sistem, kerja 6jam pun gaji nak 1800 sebulan? Mesti kerajaan cakap ini macam kurang adil untuk majikan pulak. Ye lah, production value sama dan mungkin turun, tapi waktu kerja kurang dan peruntukkan gaji still the same. Lingkup lah nanti. Itu lah aku tegaskan, pelan-pelan kayuh. Akan ada jugak revolusi nya nanti. Mungkin bila matlamat negara berpendapatan tinggi jadi kenyataan. Waktu kerja time tu akan di kurangkan akhirnya. Atau mungkin bila kadar inflasi stabil dan barang-barangan jadi murah. Tapi, itu semua ambil masa untuk berevolusi.

Sekian.

p/s : jangan marah aku na Lucy sayang.

7 ulasan:

Rosmah berkata...

hihihi.

EPIC! dalam sejarah dewa sokernet punya hujah di balut-balut macam mee hun goreng.

cayalah alexia!

Tanpa Nama berkata...

setujuuu!

Fiq berkata...

suka aku baca entry balas2 korang nie..

buat aku teringatkan kedai mamak Thaqwa yang aku selalu lepak dulu dengan babah aku..


budaya kerja must be related to kemajuan/ status sesebuah negara tu ye dakk..

tgk negara maju kelas pertama..masa kerjanya kurang tapi produktiviti n kualitinya terjaga..mungkin kerana mereka bertatih dahulu kuat sedikit jadi hasilnya negara mereka sekarang senang.

negara sedang membangun, sedang ingin maju...usaha n korban kena lebih sedikit kalau nk capai negara maju.

negara kelas ketiga, usahanya lebih berlipat kali ganda.kerja keras,kerja kuat. tapi ada juga masa nak dibahagikan pada famili, ada juga masa utk mengerjakan si isteri.

kesimpulannya....

moh ke kedai kopi. lama tak singgah..pekena tosey pon sodap jugak!

AlexiaAqram berkata...

@rosmah

huishhh. marah nanti abang lucy sayang woiii. hahah!

@tanpa nama

thanks. muax!

@fiq

kau buat aku lapar lah fiq. demyu. balik mesir nanti jangan lupa aku nak kirim sekotak davidoff dan juga roti arab. tervaekkk dowhh!

kakiberita berkata...

macam best je.. tp bagi aku xde isu sgt.. isu ni lbh kepada lucy xpuas hati bonus xde.. die rase majikan die tk menghargai pekerja..

lucy nk tekankan mase bersama keluarga dan diri sendiri sgt penting. ini utk menjadikn diri lbh produtiviti dn berdaya saing. kire nk mnjadikn masyarakt lbh berkualiti. bile masayarakat bekualiti. negara pn lancar membangun, kurang jenayah.. dan die rase negare maju da eksplore, baut ape2 kite susa2 nk explore lagi. ikot suda. umpama proton tiru mitsubishi. buat ape nk pening2 pk lagi, bende da ade org buat.. bole jual jugak kan.. bole guna jugak kan..

tp betol gak, ape2 bende pn kene pelan2 kayoh. ade step. mungkin rakyat kite ni tk agresif. folow the flow. utk negara mmbangun, suare kerajaan lbh kuat dari rakyat. kite ktinggalan kat situ. sbb susa sikit nk tekan. aku sokong usaha TT. jadikn jalan raya sbg wadah. utk mempercepatkan usaha dlm mnjadikn rakyat lbh bpengaroh dr kerajaan..

sbenarnye keje kerajaan wlaupn penat mane. tp benefit besar. aku brani jamin. 98% yg da dpt keje kerajaan xmungkin nk brenti keje pas2 keje swasta. kalo keje sendiri laen cerita. dan slagi lagi aku tekankan. lucy xpuas hati xdpt bonus & anda xpaya ambik serius sgt.. heheehe :)

AlexiaAqram berkata...

@kaki berita

lenkali pesan kat lucy,

'cakap biaq terang'. toksah nak buat hawaq ehh..

kakiberita berkata...

biasa la. sbg penulis blog. kdg2 metafora kene ke bulan juga..
baru org berfikir.. kalo xnak bermetrafora. update status kt FB suda..

but nice.. berpendirian, tegar dgn pndapat sendiri.. dari segi maklum balas sgt sharp dn mudah faham.. lawan tetap lawan.. baru ade class..