Oktober 28, 2010

Rasis? Abaikan.

Ini merupakan satu teka-teki lama. Teka-teki yang aku selalu bercerita pada anak-anak buah bila ada masa lapang mereka bertanya apa itu Tuhan. Dengarkan ;

Ali, Lim dan Muthu adalah kawan baik sejak kecil. Dari kecil sampai ke besar mereka memang rapat. Pergi sekolah sama-sama, main bola sama-sama. Selalunya memang si Muthu akan jadi defender, Ali jadi midfielder dan Lim akan jadi striker. Kalau ada 3 orang mamat ni memang tak sah. Tapi, kita nampak saja diorang berkawan baik. Bila dah besar, dah ada otak, diorang akan bersembang hal-hal yang macam kita semua bersembang jugak. Hal politik, hal Najib Mongolia, Saifol kena liwat, kapal selam rosak, Cristiano Ronaldo sepak penalti tak masuk sehinggalah satu topik yang membuat diorang terpisah. Topik itu mengenai agama, Tuhan Siapa Paling Kuat. Al-kisahnya, diorang bertekak 3-4 malam pasal benda ni.

"Oit, wa punya tuhan lagi kuat ma.. Tuhan wa besar, lu tengok Wukong tak? Itu dia punya besar lagi besar dari bangunan PNB ma. Lu olang punya tuhan apa ada? Tak nampak, kecil. Sikali wa punya Tuhan Jed sapu, habis lorh lu olang punya Tuhan", kata Lim sambil mendepa kan tangan sebagai tanda bangganya dengan 'kebesaran' Tuhan Buddha nya.

"Dey macha, apa punya cerita Tuhan besar ni? Kalau besar tapi lembab apa pun tak boleh lah. Saya punya tuhan macha, tak besar. Tapi, banyak. Ramai dari you punya tuhan. You pernah dengar semut boleh kalahkan gajah tak? Gajah itu besar, tapi semut itu kicik aja. Jangan sampai saya punya tuhan hantam you punya Tuhan ramai-ramai, dey.. apa pun tak boleh lah you!", dengan yakin Muthu membilang jari mengira berapa ramai Tuhan dia, Veda, Brahma, Vishnu dan macam-macam lagi tak terkira ramainya.

"Lailahaillallah, kome semua ni kenapa? Tuhan tu satu saja. Allah itu Tuhan yang satu. Maha Hebat dan Maha Segalanya. Dia yang mencipta kita semua.", bicara Ali dengan menunjukkan jari telunjuk tanda satu Tuhan saja. Bukan 1Malaysia, tapi satu Tuhan.

Bertekak lah diorang untuk membuktikan tuhan siapa paling kuat. Umur dah nak dekat 40an tapi masih bergaduh macam budak-budak sekolah. Dah lah gaduh kat Warung Mak Lijah. Mentang-mentang Mak Lijah janda beranak satu, masih bergetah, diorang lupa ada anak bini kat rumah. Mereka bertekak dan terus bertekak sehinggalah ;

"Dey padayapa, kalau tarak puas hati juga. Kita buat pertandingan lah. Kita tunjuk Tuhan Siapa Lagi Kuat!"

"Eh, kome nak bertanding apa nya Muthu? Kome tak payah lah degil-degil. Moh ikut aku pergi JAKIM, biar teman buktikan kat kome semua ni"

"Kanena.. lu tak payah bisin-bising lah Ali, wa setuju dengan Muthu. Kita buat pertandingan, ha, apa kata kita semua terjun bangunan Warisan Merdeka, kalau siapa yang tak mati, maknanya Tuhan dia yang tolong, tuhan dia lagi kuaaattt!"

Muthu tunjuk tanda bagus. Dia meng-iyakan cadangan Lim. Ali buat muka terkejut. Ini kerja gila. Bangunan tu 100tingkat kot. Tinggi gilerrr.

"Lu takut ka Ali, minum kopi pun tangan dah gigil ni? Hahahaha, pen tan!", sinis Lim berkata sambil menepuk-nepuk belakang badan Ali.

Ali menarik nafas. Kata-kata Haji Salleh Kampung Oren terngiang-ngiang bila di sebut tentang jihad dan keyakinan kepada Maha Penolong yang akan membantu hamba-hamba nya yang yakin dengan kekuasaan-Nya.

"Okeh, setel. Teman setuju, esok kita pergi terjun", yakin Ali berkata. Muthu dan Lim pun sama-sama menyuarakan keyakinan. Masing-masing merasa diri handal. Mereka pulang dan menunggu hari perhitungan esoknya.

Esoknya, masing-masing. Bersiap sedia. Dipendekkan cerita, ketiga-tiga diorang ni dah berada di tingkat 100 bangunan Warisan Merdeka. Masing-masing tak takut gayat. Perjuangan agama lah katakan. Nak bukti siapa betul. Kalau kalah memang malu satu agama. Lagipun, ni terjun buta. Mana ada pakai parachute. Sebelum terjun kena bertafakur, doa apa yang patut. Time terjun pun sama jugak, mintak pertolongan Tuhan. So, diorang pun melakukan pengundian. Lim kena terjun dulu. Suka dia, suka sebab dia dapat buktikan pada kawan-kawan.

"Jumpa di bawah, lu orang tengok wa nak buat terjunan gaya kupu-kupu ni", kata Lim sebelum melompat.

Lim yang dah terjun bangunan tu pun tanpa buang masa menyebut-nyebut nama Tuhan yang dia percaya dan bangga-banggakan itu. Terkumat-kamit mulut dia membacakan tafakur untuk Tuhan dia yang BESAR itu. Terjun dengan gaya bersila Sidharta Gautama pulak tu, sempoi.

KEBANGGGG! Bunyi hentaman yang kuat. Lim jatuh ke tanah juga. Lim cedera parah, kaki patah, bahu patah, nyawa-nyawa ikan. Lim seakan tidak percaya. Ambulan St John sampai, cuba menyelamatkan Lim, tapi... apakan daya. Lim pergi meninggalkan Ali dan Muthu. Tuhan dia YANG BESAR tidak menyelamatkan dia mungkin?

Ali dan Muthu yang melihat dari atas rasa sedih. Namun, Muthu gembira. Rakus mengatakan, "Itu maknanya Tuhan Lim tarak boleh pakai macha, dey, sekarang you pulak"

Ali mengganguk. Mengambil tempat. Dia memejamkan mata. Menadah tangan dan berdoa. Lalu dia melompat! Dalam waktu terjun itu, dia berzikir. Dalam zikir nya itu mempercayai keajaiban, mukjizat dan pertolongan Allah Yang SATU.

PLINGGGGG! (bunyi magik macam cerita P.Ramlee) Hairan semua orang di bawah. Tadi ada orang melompat, mati. Tiba-tiba ada lagi orang yang melompat lagi, tapi HIDUP! Tanpa cedera pulak tu. Ini biar betul? Ali gembira, memanjat kesyukuran. Sujud syukur dengan mukjizat yang di berikan. Ini betul-betul kemenangan.

Muthu di atas rasa terkejut beruk mak yeah! Bagaikan tak percaya. Tapi, dia senyum sinis. "Ala macha, itu nasib ja. Ada angin tiup kasi landing baik. Saya pun boleh buat lah". Dia jeles? Mungkin. Tapi, Muthu tetap yakin dengan kemampuan Tuhan dia yang RAMAI. Lalu, dia terus melompat.

Muthu terus menyebutkan nama-nama Tuhan dia. Dia yakin Tuhan dia akan menolongnya. Mungkin Tuhan-tuhan dia akan menjelma menyambut dia dari bawah dan dia akan selamat...

KEBIKKKKKK!. Muthu jatuh. Berkecai. Kalau tadi si Lim okay lah jugak ada nyawa-nyawa ikan. Tapi, Muthu takde can langsung. Berkecai. Bertebaran daging-daging badannya seperti pasir di tepi pantai. Semua kehairanan. Mengapa Muthu jadi macam tu?

Okay, soalan teka-teki ini ;

KENAPA MUTHU LOMPAT TERUS MATI? TAK MACAM LIM DAN ALI? KENAPA?

Kalau korunk dapat jawab, memang korunk terer ah. Kalau yang dah tau lama teka-teki ni, diam je lah ok. Bagi yang tak tahu ni menjawab. Chop!

p/s : Jawapan akan di beri dalam komen. Kalau ada yang rasa artikel ni rasis dan menghina agama. aku cuma nak cakap, apasal tak boleh bercerita sebuah cerita rakyat? Sebuah cerita je pon. Teka-teki. Emo kenapa? Ada orang lain yang kutuk terang-terang Allah, tak kena tindakan pon? Setel. Nyampah aku.

10 ulasan:

J. Abdullah berkata...

ala yang. tak tahulah kenapa. cepatlahhhhhhhh jaaaaaaawwwwwwwwaaaaaaaabbbbbbbbbbbbb!


PS: kampung oren? sensitip pulak gua dengar. kahkahkah! *wink*

Myth berkata...

macham syial la lu punye citer. Haha~~ bangunan tu belum wujud pun.

Em...teka teki yang menarik. Malangnya aku xleyh nak pikir skang. Aku tunggu je la jawapan~~

nn berkata...

alah. tak tau -_-

Yatre Hayati berkata...

apa jawapanya??? tak tahu la..

AlexiaAqram berkata...

@j. abdullah

kampung oren lah baru classic.

@myth

pemalas!

@nn

rileks babe. nanti u tahu lah.

@yatre hayati.

takkan give-up kot?

deus X machina berkata...

ah malas gua nak pikir jumaat2 ni
bak jawapan terus

AlexiaAqram berkata...

JAWAPANNYA....











jeng jeng jeng...












Tuhan si Muthu RAMAI SANGAT. Tak sempat dia nak sebut semua. Konpemlah tuhan-tuhan dia tak bley nak tolong.


ekekekekeke! jangan maraaaa.

seringgit berkata...

bahaya bro cite cm ne...cm panas jek...btw ''menara warisan part 2'' da kua...jenguk2 la kami :P

zey berkata...

haha! lawak2..lawak yang masuka akal... ;DD

Yatre Hayati berkata...

hahaha...datang balik sebab nak tahu jawapan. hahahah

yer la. logik sangat soalan ni...:P