Oktober 22, 2010

Sengatan Dari Selatan

Gua masih ingat lagi pada sekitar tahun 1997 tak silap aku. Ayah gua membawa gua ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus bagi menonton perlawanan bola sepak.

"Kita nak pergi tengok Rizal Sukiman main malam ni ke ayah?"

"Oh tak, malam ni istimewa sikit"

Gua terpinga-pinga. Eh, malam ni mana ada Liga Perdana. Gua ingat Johor ada lawan malam ni. Dendam kekalahan terhadap Kedah 1-2 kat Larkin masih tak dapat di lupakan walau dah berlalu seminggu lalu. Kenapalah Rosdee Sulong miss point header malam tu. Kalau tak mesti Johor takkan kalah minggu lepas. Pastinya dalam carta liga, Johor FC akan dapat merapatkan jurang mata dengan Selangor untuk mendahului liga. Omar Salim malam tu save dah banyak, tapi sebab kealpaan pertahanan. Johor kalah jugak.

Tapi, malam ni sapa yang nak main kat Larkin ni? Takkanlah ada FA Cup? Piala Emas Raja-Raja? Bulan lepas Johor dah kalah semi-final dengan Kelantan. Gua masih kehairanan.

Sampai di stadium. Macam biasa, beli tiket. Beratur. Malam ni tak sesak macam biasa. Kalau tak memang lepak nak beratur beli tiket. Nak parking kereta pun jauh sampai ke kolam renang Larkin kadang-kadang. Hmm, gua masih ternanti-nanti perlawanan apa kali ini.

Masuk di stadium gua melihat. Tak ramai yang datang, tak penuh. Sekitar 5ribu saja. Okay lah tu. Gua tengok score board. Gua terdiam....

Yokohama Marinos? Gila ke apa? Lawan... Johor FC. Ha? Johor FC. Bila masa pulak Johor dah jadi FC? Lantas gua bertanya pada ayah gua ;

"Johor FC ni pasukan mana ayah?"

"Ahh, kau tengok je lah."

Ayah gua seperti biasa. Nada keras. Garang tapi tenang dengan misainya yang seperti Mokhtar Dahari, gerun gua. Cara dia mendidik gua dah macam gua ni bakal nak jadi army plak. Tapi, gua masa tu masih sekolah. Memberontak tu pasti. Jadi, gua diam. Melihat saja aksi yang bakal menjelma.

Pemain-pemain mula masuk ke padang. Sorakan meriah walau kecil. Gua lihat dua warna jersi. Oren dan biru. Gua kenal dengan kelab Yokohama Marionos. Kelab yang strong jugak lah dalam Liga-J. Sebab gua baca komik Johan Bola Sepak. Watak Taka memang beri inspirasi dalam permainan bola sepak gua. Ada 2-3 kelab Liga-J yang gua tahu kuat seperti Nagoya Granpus dan Kasima Antlers. Tapi, ini malam gua dapat melihat kelab Liga-J beraksi. Kat Larkin plak tu. Ini malam memang terbaik.

Tapi, itu bukan dapat menarik perhatian gua. Yang sentiasa menjadi persoalan gua masa tu, Johor FC ni pasukan mana? Akhirnya setelah berkali-kali gua bertanya pada ayah gua. Dia menjawab, malas-malas ;

"Ni kelab pelapis untuk Johor. Diorang tengah main AFC Cup. Kelab-kelab seluruh Asia akan berentap merebut kejuaraan"

"Emm, ayah. Kenapa tak bagi je Johor yang main, kan lagi kuat?"

Persoalan itu tidak di jawab. Dah agak lah ni. Gua kena jawab soalan ni sendiri. Takpelah, nanti balik gua nak selak Harian Metro dengan Utusan Malaysia. Nak cari jugak Johor FC ni pasukan apa.

Malam tu memang menarik, gua tahu Yokohama Marinos memang kuat. Tapi, Johor FC apa kurangnya. Walau gua tak kenal pemain-pemain Johor FC time tu. Gua rasa, asalkan Johor, gua sokong. Gaya permainan Johor FC malam tu dah macam Newcastle waktu era Alan Shearer. Jurulatih Johor FC yang orang putih tu pun asyik berdiri bagi arahan. Namun, Yokohama Marinos tetap kuat seperti kentalnya bateri Yokohama. Johor FC tewas 0-2.

"Kalah pulak, hari tu kat Jepun boleh score walau kalah. Ha, kau kira berapa agreget. Hari tu pasukan oren ni kalah kat Jepun 2-1."

Terus gua pejamkan mata. Tak main lah kira guna tangan. Tu tadika boleh lah.

"4-1 ayah"

Dia diam. Sambil tangannya menggosok-gosok kepala gua. Dari dulu dia suka buat macam gitu kat gua. Gua pun tak tahu apa sebab.

Kami pun pulang. Macam biasa, sampai kereta gua terus bukak Radio Johor 101.9fm. Nak dengar siaran bola kegemaran. Hampa, takde rupanya, yang ada cuma lagu Ekpress Rakyat. Lupa pulak mana ada Liga Perdana malam ni. 

Esoknya gua terus cari maklumat pasal Johor FC. Selak Harian Metro. Baru gua tahu, pasukan ni kat area Pasir Gudang. Kelab bola sepak pertama di Malaysia yang akan bermain untuk Liga Perdana. Wow, hebat. Kira Johor ada dua pasukan adik-beradik. Yes! Cayalah Johor. Gua bangga dan lusanya macam biasa gua cerita kat kawan-kawan di sekolah dan seperti biasa diorang ternganga terpinga-pinga. Haha!
............................................................

So, sekarang ni. 2010, Johor FC akan berentap untuk ke final. Gua wish biar Johor FC ke final. Henjut Negeri Sembilan sampai tak boleh bangun. Final biarlah jumpa Kedah. Tak sanggup aku nak berhadapan dengan orang Kelantan. Tak pasal-pasal boleh bergaduh karang. Majoriti memang orang Johor pantang dengan Kelantan. Lagi-lagi kalau ada anak diorang kahwin dengan orang Kelantan. Depan nampak je baik, belakang cerita macam-macam sama sendiri. Itu lah gaya orang Johor. Haha.

Chalo!

p/s : ada sesiapa pembaca blog gua pernah pergi tengok match vs Yokohama Marinos ni tak?

6 ulasan:

Shahireen Zulkifli berkata...

aku pun rasa weyh cam tu. kalau lah jodoh aku ngan orang kelantan, mesti mak bapak aku xsuka. apsal eh orang johot tak berapa berkenan ngan orang kelantan? aku pun tergolong seyyyy. wtf betul.

AlexiaAqram berkata...

@reen

entah. sperma kelantan tak bagus kot. atau mungkin mmg ada cursed mcm exorcist kat orang2 kelantan kott. nak kena brain-wash baru baik.

sastraboy berkata...

amin doe. amiin..!!!

Yatre Hayati berkata...

baik2...jangan jodoh sama kelantan sudah. hehehe

AlexiaAqram berkata...

@sastraboy

aku baca blog kau. kau ni anak a. samad said ke ape?

@yatre hayati

tu doa ke mengugut? kah kah kah!

Khy7 berkata...

saya terselak blog anda ketika meng"google" artikel tentang Johor FC...saya juga salah seorang peminat Johor FC...

sekiranya sudi boleh sertai kami di website rasmi Kelab Siber Penyokong Johor FC

www.johorfc.com

ataupun FB kami

http://www.facebook.com/kpsjfc

ENJUT LEBAH ENJUT!!!