Oktober 26, 2010

Surat Pembaca Kepada Dr Rozmey


No 013,
Jalan Ciku, Kampung Seronok,
11820 Balik Pulau,
Pulau Pinang Darul Mutiara.

Kehadapan Dr Rozmey yang selalu buat saya gelak tak henti-henti. Saya ni bukanlah peminat Dr, cuma saya teruja dengan gaya Dr yang macho bergaya laksana burung merak terbang tanpa alititud di kawasan Kampung Tempoyak yang terkenal dengan ikan bakar nya tu. Dr adalah idola fesyen saya yang saya kagumi sehinggakan saya sanggup naik motor jauh-jauh nak beli suit macam Dr kat bundle RMY di Seberang sana. Mujurlah, abang RMY tu kenal saya, dia bagi saya suit dengan harga 2ringgit saja. Saya nak beli suit dekat G2000, tapi saya tak mampu. Bini saya kata kalau nak kaya kena jual JusMate5. Baru boleh pakai suit macam Dr. Tapi, apakan daya, saya tak reti nak gebang bercakap depan customer. Kalau nak photostat iklan JusMate5 saya tau lah sebab saya kerja kat kedai photostat.

Dengar cerita, Dr dah buat filem baru? Wuihh, ini lagi buat saya teruja. JusMate5 Dr tu pun bini saya bila minum asyik tengok cermin 24jam, ini kan pula kalau Dr buat filem. Mahunya nanti bini saya asyik peluk cermin tu teruih time kami nak tidur. Penangan Dr memang di rasai. Dr adalah juara rakyat yang jujur, amanah, setia dan bijaksana, berintegriti, mempunyai kredibiliti, visi dan misi besar untuk melahirkan kejayaan luar biasa mengangkat martabat para bini-bini orang serta mengajak rakyat berjuang demi negara tercinta. Ayat ini bukan saya yang reka Dr. Haha, sorilah, saya copy paste kat iklan Dr di surat khabar Kosmo. Saya mampu baca Kosmo saja, maklumlah, seringgit je. Nak beli Utusan, 50sen tu kalau kumpul seminggu, dah boleh tuang minyak saya nak pergi kerja. Nak beli Harakah, bini saya marah sebab saya bukan ahli PAS. Lagipun, mana ada iklan Dr dalam Harakah kan? Harakah mana ada 1Malaysia.

Saya ni bukan apa lah. Tujuan saya menulis surat ini sebab saya nak order JusMate5 tu lagi sedozen. Bini saya sejak ada JusMate5, dia dah tak nak makan cekedis yang dia suka tu. Cekedis tu adalah hadiah pertama saya sewaktu kami mula berkenalan. Sekarang dia dah lempar je cekedis tu. Kesian cekedis tu, sebutir cekedis adalah setitik peluh petani. Tapi nak buat macam mana, mungkin bini saya sudah makin moden. JusMate5 adalah pilihan dia sekarang. Nak tak nak, saya sayang kat dia, saya kena belikan JusMate5 tu untuk dia. Sebab tu saya tulis surat ni, nak mintak diskaun. Dr kan ada banyak duit, buat filem tu mesti ada belen-belen sikit kan. Nanti kalau untung filem Dr, mestilah sempoi sebab dengar cerita akan pecah panggung 40juta di 85 panggung wayang. Wuihh, teruja saya. Mahunya ni direktor Mamat Khalid boleh pencen awal tak tertanggung derita dengan penangan Dr. Jadi, nanti Dr di harap boleh lebih kurang kira ya. Kalau bini saya turun 30kilo minggu ni, saya nak ajak dia tengok filem Dr kat Queensbay sana tu. Queensbay best, ada air-cond.

Eh, saya lupa pulak, apa nama filem tu? Oh, 2 Alam. Saya sebenarnya jujur nak bagitau, kenapa Dr beri tajuk 2 Alam? Maaflah kalau terkasar bahasa. Tapi, kalau di sebut 2 Alam, saya teringat katak. Sebab dulu masa saya sekolah, katak adalah binatang 2 Alam yang tidak boleh di makan. Haram. Adakah kalau judul filem 2 Alam ini mengisahkan cerita mengenai katak atau ceritanya macam katak? Emm, maafkan saya Dr, tak sepatutnya saya berburuk sangka di sini. Bini saya ada bagitau, hero cerita ini ialah Aaron Aziz. Wow! Saya cukup suka dengan Aaron Aziz. Moga cerita ini boleh meletup di pawagam mengalahkan cerita Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Saya tak suka cerita itu walaupun saya peminat no satu Lisa Suriani. Masalahnya, bini saya jeles kalau saya sebut Lisa Suriani. Sebab tu saya macam nak tak nak tengok cerita tu. Itu tak penting, yang penting saya berkobar-kobar hendak menonton 2 Alam. Kalau boleh nak tengok cerita tu sorang-sorang dalam pawagam. Kalau sorang best sikit, orang lain takde, boleh lah saya dengan bini saya melakukan adegan masa-masa terluang.

Apa-apa pun, buat Dr, saya nak bagi pantun sebelum pena saya berhenti di sini,

Rambut berjurai kasut berkilat,
Inilah Dr Rozmey yang di kagumi,
2 Alam filem yang hebat,
Sembang lebat baru happy!

Yang Ikhlas,
Ahmad Saufi Bin Kiman.

19 ulasan:

+d.O.Y.A.h+ berkata...

hahaaahaa..perfekk doh.

zey berkata...

haha! siyes lawak..
aq xley blah dengan rambut dia tu..
haha!

Yatre Hayati berkata...

thumbs up. dengar kata 2 Alam tu tak best langsung.

cik'didie berkata...

terbaek ah ~ hahahahah !

adzuan aziz berkata...

hahahahahaha!!rambut berjurai kasut berkilat

cik shara gadis bunga berkata...

lawak weyh :)

The Poyo Me berkata...

dear mr ROzmey.
stick to your day job.
and oh yeah, fire your stylist.

AlexiaAqram berkata...

Dr rozmey adalah idola mendam berahi kita semua. fuck yeah!

hiro berkata...

like2222.

dr rozmey hensem pe.

oranglidi berkata...

HAHAHAAHHAHA!!!

laksana burung merak terbang tanpa alititud di kawasan Kampung Tempoyak yang terkenal dengan ikan bakar nya tu.

JR berkata...

mmg ensem dr kita ni.
tambah2 dengan kot kaler meriah dia tu.fergh!
tak pa la, itu kan duit dia.

eiffel berkata...

saper lah yg rajin sgt wat surat ni?huhuhu...

rambut dia tuh trade mark tuh...

Myth berkata...

Best dowh jadi romzey ni..

awek sekeliling
Lu tak nak ke idup mcm tu?

AlexiaAqram berkata...

ada sapa2 nak baik hati belikan wax untuk dr rozmey tak? kasi mohawk sikit pun ok gak.

Cesc Luzeza berkata...

LIKES GILA2..HAHAHAHAHA
MEMANG COOL..LA SURAT NI

Is berkata...

tak bole blah hairstyle dia.

Tanpa Nama berkata...

org yg makan n beli produk dia ramai kurus yg boleh dijadikan model...dan sebagai bukti keberkesanan jm5 dia..tp sanggup bayar puluh2 K bg kat model ni yg x minum pun jm5 dia..hahahaha..adehhh..sian tul....

Tanpa Nama berkata...

haha...bapak r lwk surt ni

bnyk unsur2 mnganjing, bak kata org trganu...
hehe...

Awang Joe berkata...

2 alam citer katak...hehe...