November 14, 2010

#199

Ini hari aku beli rokok Djarum Black. Baru rm3.30 beli kat belakang Sunny Point. Lepas tu pergi melantak makan lele'. Mende apa lele' tu? Hmm nasi dengan ikan keli, ada ulam-ulam, sambal belacan, terung bakar, kobis dan kacang panjang. Tak lupa tempe goreng dan sirap bandung.

Kenyang. Isap sebatang Djarum Black, hembus asap dengan suasana hening petang ditambah pemandangan makwe-makwe desa yang free-hair blonde naik Yamaha Jupiter dan Yamaha Mio. Aku rasa macam 2-3 tahun lepas masa aku kat Bogor dan Bandung.

"Kabare mas", sapa Mas Giman yang familiar sebab selalu pekena kopi kat warung Ibu Yanti.

Aku mengganguk sambil mengatakan 'waras' pada Mas Giman. Nampak sibuk dia hari ini, walau hari ahad, baju penuh dengan bekas simen, tandanya ada rumah yang hendak di bina lagi lah tu.

Aku kalihkan pandangan ke gadis yang baru sampai di warung.

"Bakso satu bu", pesan gadis 32-25-29 itu. Mantap.

Ishhh, apa jadah aku kira ukuran badan dia? Nak buat macam mana, pakai baju ketat, seluar jeans sendat. Mata aku memang mata calculation. Pantang saja melibatkan ukuran. Aku akan buat kiraan matematik mudah.

Aku cuma nak cakap tentang suasana di sini.

Manusia melabel manusia dengan pelbagai gelaran. Namun, hidup tetap diteruskan untuk sesuap nasi. Kan?

Panggillah apa nama pun pada mereka, Cina babi ke, Indon takde akal ke, Melayu romen tepi jalan, mahupun Ben Williams refree paling bangang. Demi nak hidup, rezeki. Semua itu ditinggalkan untuk sesuap nasi.

Ok aku failed menulis hari ini. Tajuk pun failed nak letak. Doakan aku supaya aku hidup tak tunggang-langgang lagi. Chalo and Muaxx!

2 ulasan:

Yatre Hayati berkata...

ikan keli terbaik walaupun ada org cakap geli nak makan...hak tuih la

AlexiaAqram berkata...

sedap pe ikan keli ye dak?