November 08, 2010

Education For Women On 1pm

Apakata kita mulakan lembaran masa baru edisi education for women dengan sebuah kes yang aku dapat dari berpuluh-puluh e-mail menanyakan aku tentang masalah cinta, hubungan antara manusia dan perilaku.
....................................................................
Nama pengirim : Eicah (bukan nama sebenar)

Salam. I just want to ask. I read your blog and i would like to ask something to you. Benda ni berkaitan pasal cinta, lelaki, perempuan, tak setia, main2... dan mcam2 lagi ah.

mcm ni, member aku ni, jenis yang suka couple, then tak sesuai, senang je nak break....(tak macam orang lain, yang menangis air mata darah segala) benda ni dah jadi macam common means, setiap sem, dia akan ada pasangan yang lain. sem satu org lain, sem dua, and now dah sem tiga, still benda ni jadi routine. kawan2 yang lain bukan tak cuba nasihat, malah dah nak keluar anak tekak dah. susah nak cakap ah dgn orang macam ni.... and sekarang, dia still couple dgn budak luar dari college and pada masa yang sama, ada kawan dengan seorang senior ini. bila member2 lain tanya, dia cakap, kawan je pon. kawan je pon, yalahhhhhhh, sampai makan kat kafe, berdua, makan berdua, keluar berdua, tapi belum kantoi je lagi.... benda ni, orang mengata... even budak classmates (boys) pon, tanya, shes with who now????

memang nampak dia macam playgirl. tapi, ssemua pasangan dia yang dulu2 pon, jenis perangai sama gak, playboy lah. kira semua main belakang.haaa bagus...... and dia pernah cakap, couple tak semestinya kahwin okeh. haih, macam mana tuh???? so, diharap tuan boleh lah bagi tahu tips ke, macam mana nak hadapi orang sebegini. bukan apa, takut nanti ada mana2 ex dia yang dulu dulu kala tak puas hati then datang nak balas dendam ke apa ke kan. macam mana eh nak sedarkan dia? aduyai !
.............................................................................................

Ok, apa yang aku reply secara private dengan pengirim, jawapannya adalah lain. Ini kerana menjawab sebuah soalan secara 'person to person' adalah berbeza dengan menjawab soalan secara 'person to many person'. Aku rasa kamu semua faham kan?

Ada dua perspektif untuk jawapan di atas. Perspektif pertama (weyh, jangan asyik tengok gambar sebelah ni je, hiasan saja) ;

Untuk pengirim di atas. Aku cuma nak cakap, sudahkah kau membaca entri Education For Women On 8am? Dalam entri itu aku ada menyentuh berkenaan perempuan yang senang di ambil kesempatan. Kau tahu apa yang aku takut kat kawan kau tu? Ya, senang di ambil kesempatan jika dia terus berseronok dengan cara menukar pasangan secara kerap.

Ok, mungkinlah kita tak tahu motif dia melakukan benda macam tu. Mungkin dia rasa macam biasa, normal lah berkawan dengan semua orang kan, keseronokkan mengenali ramai lelaki secara rapat, hang-out tanpa duit keluar se-sen pun sebab kawan/teman lelaki akan belanja. Benda-benda ni memang seronok. Lagi-lagi kalau kita single, kebebasan tu meluas. Tapi, kena ingat lah. Kebebasan bukan bermakna bebas melakukan sesuka hati. Itu adalah ilmu dunia yang semua orang kena ingat agar kita tak melampaui batas.

So, aku tahu kegusaran kau takut dia akan diperlakukan dengan perkara buruk seperti di ambil kesempatan ataupun seperti yang kau cakap, takut dia akan jadi bahan membalas dendam. Sebagai wanita, aku pun tak nak benda macam tu berlaku pada wanita yang lain. Kau tahu kalau aku akan buat apa? Kalau ikut cara orthodoks, kalau aku memang kawan baik dia, mak bapak dia pun aku kenal, aku report je kat mak bapak dia. Mungkin bagi kau cara ni macam tak logik sebab releven apa nak libatkan mak bapak kan? Buat apa nak campur hidup orang lain dan libatkan mak bapak pulak? Macam budak-budak pula nak repot mak bapak pulak. Hik hik!

Tapi, kau ingat. Ini bukan perspektif aku. Tapi, perspektif dari perempuan muslimah yang jaga keperibadian, jaga amal ibadat, dan se-gah Siti Aisyah akhlaknya. Mudah saja alasannya. Kawan kau tu belajar lagi, duit makan pun mak bapak yang tanggung. Dia keluar sana-sini, adakah mak bapak dia tahu tentang perlakuan buruk dia tu? Tak. Sebab tu dia berani. Cara ini berkesan sebenarnya jika mak bapak dia memang ambil perhatian kat anak dia. Tapi, kalau mak bapak dia pun dua kali lima tak heran dengan kebebasan anak-anak. Tak tahulah nak cakap. At least, bagi aku, kalau mak bapak dia tahu perangai anak dia macam mana, mungkin mak bapak dia boleh sound sikit dan anaknya tu boleh terkesima sedikit untuk tak berani nak buat benda tu lagi. Tapi, tu lah. Siapa yang berani nak buat benda orthodoks macam ni kan?

Perspektif kedua.

Tadi kita dengar gaya orthodoks, macam mana pula dengan cara moden? Mudah saja. Selami masalah dia. Cuba jadi stalker sikit. Tunjukkan tauladan pada dia.

Kalau aku lah, aku lebih suka bercerita tentang keburukkan jadi playgirl bila aku dan kawan-kawan aku, termasuk dia, berborak-borak time hang-out bersama. Aku just katakan,

"Eyh kau tau tak, kawan sekolah aku nyaris-nyaris nak kena tumbuk dengan kawan dia sebab perangai dia macam celaka nak sapu semua lelaki kat tempat dia kerja. Gila, orang macam tu pun ada"

Ia umpama mereka cerita. Tapi, sebenarnya ayat kalis untuk sound kawan kau tu. Dengan harapan, kawan kau tu akan terasa sedikit dan akan lebih berhati-hati lepas ini. Cara ini banyak di guna-pakai dalam konsep confession akibat merasa tidak selesa dengan perlakuan kawan baik kita. Atau mungkin, kalau cara ini tidak berkesan, apakata kau pakat-pakat dengan kawan yang lain untuk buat dia lebih menghargai kawan dari terus hang-out dengan mana-mana lelaki. Kita sebagai perempuan, mana-mana perempuan pun, friendship forever. Lelaki ini semua adalah emosi kita yang kosong untuk di isi bila diperlukan. Sebab bila ada masalah dengan lelaki, kat kawan-kawan perempuan jugak lah kita mengadu. Normal.

Jadi gunakan 'hole' itu untuk mengajak dia lebih beraktiviti kepada kawan-kawan sejantina. Ajak lah dia sekali bersama-sama melakukan aktiviti seperti shopping, aktiviti cabaran seperti hiking, jogging, futsal (sapa cakap perempuan tak reti futsal?), aktiviti yang benar-benar buat kita menghargai kawan-kawan, dan yang paling simple ialah ajak makan besar dengan kawan-kawan yang lain. Kau sendiri cakap yang dia asyik keluar makan dengan lelaki-lelaki lain. Jadi aku nak tanya, kau tak ajak dia makan ke? Patutlah, maybe dia tersisih. Jadi, dia terima saja pelawaan lelaki lain yang mengajak dia makan. Cuba kalau dia busy dengan aktiviti kawan-kawan perempuan, ahh aku gerenti dia akan jarang keluar dengan lelaki.

Ini kerana aku lihat, kebanyakkan mereka yang asyik melekat dengan lelaki adalah di sebabkan mereka single, kurang kawan perempuan, atau kawan-kawan perempuan macam menyisihkan dia. Kalau ajak pun macam 'ajak tak ajak'. Jadi, memang patutlah dia akan keluar dengan lelaki, macam-macam lelaki, sebab of course lah nama pun lelaki, pantang tengok perempuan free sikit. Ada je aktiviti nak buat. Mengada-ngada!

So, konklusinya. Macam tu lah. Majulah friendship demi negara. Sekian, muaxx!

p/s: Kalau dia tolak ajakan kau. Katakan dia 'Jangan kata kami tak ajak pulak, nyesal kau nanti'. Headshot!

11 ulasan:

hakeem kira berkata...

orang yg mcm ni jenis nak suka2 je . TAK kan setia .

Fiq berkata...

gamba tuh...



sakit bodo!

Benrauf 2.0 berkata...

setuju dengan konklusi ko.

J. Abdullah berkata...

gua dah tak boleh baca. hanya tengok gambar.

mana ada sakit fiq. hikhik!

AlexiaAqram berkata...

bukan main ligat kalau ada gambar tetek. ligat menyengat.

haishhh.

Is berkata...

mane nak dapat heart volume tu. ada di pasaran tak?

JR berkata...

heart volume. inspirasi.

Tanpa Nama berkata...

hari tue tuan pnyer blog ader tulis psal aurat prempuan smua.bkn men mcm2 lg tuan pnyer blog ckp psal prempuan yg pkai shawl mcm2 trend skarang nie.m'capap la.dedah urat la.saket mata la.tp skarang tuan pnyer blog sndri letak gmbar yg x senonoh.aper cer nie?laen yg d'ckap laen yg d'bwat.

zizie berkata...

Tuan punya blog ni kadang2 mcm kimak gak..kejap itu,kejap ini...Mamang talam dua muka owner blog nih kan..
lagi satu yg kau paaprkan gambar tu pesal..mamang nk kasi org tgk lame2 kan..

Cheq Tun berkata...

the other side mungkin si pengadu ni terlalu byk berfikir mungkin. mungkin juga kwn dia tu sebenarnya hanya berkawan.Mungkin juga niat disebaliknya. Ok kita abaikan niat dia disebaliknya tu.

pendapat aku. berkawan tu tak salah. perempuan juga ada hak untuk memilih pasangan sama spt lelaki. Tak serasi ok fine putus, carilah sampai jumpa.

aku masih percaya ada antara lelaki dan perempuan yang boleh berkawan dgn ikhlas tanpa sebarang sentuhan pun.

secara jujurnya aku lebih senang berkawan dengan lelaki berbanding perempuan sebab diorang tak suka pk benda2 yang remeh temeh yang buat sesak dada macam org perempuan, boleh gurau kasar tnpa ambik hati. tp kalau nak mengadu masalah untuk difahami kawan perempuan juga dicari.

cinta then putus pastu jumpa orang lain then tak serasi putus sampai la sekian kalinya itu dikira playgirl ke? aku rasa tak..itu dinamakan proses. dalam proses ada yang menjadi ada yang tak menjadi. Selagi kau tak serik its ok kot. jangan sampai tergadai body.

zaira berkata...

gambar tuhhhh hahahaha