November 23, 2010

Isu Hari Ini 6

p/s : Macam-macam isu ada dalam minggu-minggu ni. Sakit tengkuk aku tergelak-gelak.

Uncle Seekers bercinta dengan bekas permaisuri agong.

1. Jujurlah aku nak cakap. Burok benar perilaku orang-orang dewasa separa tua bercinta lepas tu tayang kat satu Malaysia gambar-gambar private moment, apatah lagi siap buat dedikasi tulisan jiwang kisah cintanya dalam blog.

2. Manusia memang normal bercinta, tapi agak-agaklah kalau dah agak sangat dewasa, tak payah lah nak jadi macam remaja. Yang tua di hormati, yang muda di kasihi. Ada paham dak pepatah tu? Tak paham, meh aku bagi paham. Usia meningkat, cara bercinta akan matang. So, buat lah cara yang matang dan terhormat kalau dah nama tua bangka. Geli aih aku.

3. Aku rasa Uncle Seekers ni ada pakai-pakai lah. Ilmu guna-guna?  Mungkin. Ye lah, berkecimpung dalam alam mistik ye dak? Pemangsa dan mangsa? Cinta sejati? Nur kasih?  Entah lah, kita tengok je lah apa kesudahannya.

4. Apa-apa pun aku just nak bagitau, Dr Fadzilah Kamsah pernah cantas Uncle Seekers ni punya mulut longkang dalam segmen Tanya Linda Onn dulu. Kaw-kaw kena, ada ke nak main-main kan cendekiawan dan ahli agama macam Dr Fadzilah, silap tempat bai. Korang boleh tengok video tu dengan menaip Dr Fadzilah Kamsah vs Uncle Seekers di Youtube. Malas aku nak letak link, buat apa nak kayakan Youtube? Tak main lah.

Dr Burung merak terbang tanpa altitud dan filem 40juta.

1. Pendirian aku dalam isu ini? Korang boleh refer di entri 'Surat Pembaca Kepada Dr Rozmey'. Bisa tak bisa lah aku menganjing ye dak? Tak main lah maki-maki. Budak peralihan boleh lah maki-maki.

2. Cuma aku nak menambah-nambah sikit. Biasalah, dengar cerita nak bawak Pamela Anderson? Sebut pasal Pamela ni, aku doa moga nasib Dr tak sama macam nasib Borat dalam filem self-titled, Borat. Siapa Borat ni? Boleh rujuk link wikipedia yang aku bagi. Filem berdekah, jijik, parody, sarcastic, menganjing Yahudi, dan juga aksi terlarang Pamela Anderson di atas kapal. In the end, Borat kecewa kerana Pamela sudah tiada dara. Namun, dia mengambil keputusan drastik untuk tetap berkahwin dengan Pamela dengan menculik Pamela. Oh oh oh, kalau Indonesia ada Menculik Miyabi, Dr buatlah Menculik Pamela? Kool? Haha, kool nenek kau!

3. Anyway, aku nak ucap tahniah pada Dr kerana berjaya menjadi Anwar Ibrahim nombor dua dalam kategori 'angkuh' dan 'cakap tak serupa bikin'. Segulung tahniah aku ucapkan.

4. Aku cuma risau kalau lepas ni mungkin tiada lagi projek Dr. Movie untuk buat filem, kerana mungkin Dr akan berkecimpung dalam bidang entertainment lain yang mendatangkan profit bersama me-laku-kan JusMate5. Apa kata buat Dr. Gig? Buat konsert. Ajaklah Radiohead atau Coldplay. Konpem kami support dokter. Takdehal lah kalau nak buat tema, 'Pecah Visitor 40juta Konsert Radiohead dan dDR Rozmey'. Kalau tak caya, boleh tanya pembaca setia blog ni. Setakat 40juta, apa de hal ye tak bawak Radiohead?

Zaid Ibrahim keluar PKR.

1. Apa barang PKR? Apa klass PKR? Apa jadah sokong PKR? Tak trendy langsung. Sekarang musim anti-demokrasi dan freemason. Baru superb! Baru Noh Hujan.

2. Nama-nama ber-bin Ibrahim kat Malaysia ni memang agak kontroversi kan? Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim, dan Ibrahim Ali. Diorang ni satu bapak ke? Bapak la benor suka kontroversi.

3. Buat penyokong PKR yang baca blog aku. Tak payah lah nak emo-emo dengan aku. Takde pekdahnya yob. Lagi pulak kome tulis english, kome ingat aku layan lah english-english kome ni? Buang maso je.

4. Zaid Ibrahim ni aku rasa tak perlulah nak berpolitik lagi. Buat lah benda lain yang mendatangkan amal dan pahala. Masuk tabligh ke, kan elok. Tak pernah lagi ahli politik popular masuk tabligh yob. Even orang PAS sendiri pun liat nak join tabligh. Takpe-takpe, azam lah kita semua keluar 3 hari ok. Hehe.

Hadoi, macam-macam pe'el orang Malaysia nih.

14 ulasan:

Hellioz berkata...

uncle seekers?
"angkat jari telunjuk, pusing2 dekat telinga 360 darjah.

jusmate?
radiohead jangan buat maen2,
mau flood malaysia nanti kang...
gyahahahahah~

ibrahim?
depa ni semua terer main politik
same mcm blogger2 otai atas sane yg lupa diri tu
gyahahahahahahhaha~

out

AlexiaAqram berkata...

@hellioz

hahaha. sinis dan lucu.

kau mesti tau lagu Just by Radiohead kan? ada la point skit untuk dr burung nak promo jusmate5 nya. hehehe.

blogger2 atas sana memang macam tu. ada hati plak nak jenguk blogger2 bawah. standard ah. standard kampung ye dak?

Tanpa Nama berkata...

apa barang politik der. politik sakit kepala.

Fiq berkata...

lol!

menghanjeng tahap cipan..ahh pueh hati aku gelak!

lepas ni ko nak bahan sape pulak? brader teh tarik nk jadik presiden columbia? hehehehe

ahmad fathi berkata...

tulis artikel kt paper mmg sedap...paku buah keras org kate...hahaha

eswandyasre berkata...

Menurut DDR" pengalaman selama 17 tahun sebagai pakar bedah banyak mempengaruhi cara beliau membuat bedah siasat dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi"

manakala mengenai konsert ,boleh rujuk konsert mega DDR

eiffel berkata...

kehkehkeh...g sna sini sibok dok citer pasal dorg ni

uncle seekers..
-.-" aku xterkata bila baca entry tuh wey


dR..
berpijakla dibumi yg nyata...tuh jerk aku nk ckp..

zaid..
owh..aku xminat nk amek port psl politik..smuanya camatek!!!

Tanpa Nama berkata...

brader..

yang nie lu lupa tarok...


Pakar: Air mani boleh kekal 72 jam dalam rektum

Dr Razali Ismail juga mempertahankan bahawa rektum Mohd Saiful kosong dan tidak mengandungi najis walaupun saksi utama itu mendakwa tidak membuang air besar selama 2 hari...

ururules berkata...

mmg kene kot Ibrahim.. Nabi Ibrahim a.s pun buat kontroversi dulu.. cume kontroversi dia di pihak Islam la. bukan di pihak puak2 bani baginda sendiri.

aku nak letak name anak aku Ibrahim la. musti byk kontroversyel dia. tak kisah la betul ke tak betul. yg penting femes. lol.


err.. uncle seekers ngn dr rozmey sape? lulz

AlexiaAqram berkata...

@fiq

hehehehe. orng malaysia kalau tak troll tak sah.

@ahmad fathi

aku teringin nak jurnalis harian metro lah. hehehe.

@eswandy

aku tau pasal itu. cuma, bila sentuh pasal pamela yang ke arah internasional, that's why aku cadang radiohead. takkan nak asyik2 ramli sarip je. tak stim lgsung.

@eiffel

terima kasih. :)

@ururules

yang ada-ada ni banyak nama muhammad tapi banyak yang tak boleh pakai. patutnya kalau nama muhammad, mestilah kena secemerlang akhlak nabi la ye dak?

@tanpa nama

mende kau membebel?

Tanpa Nama berkata...

masa emak ayah suruh sekolah dulu
tak nak belajar
lari dari sekolah
pergi melepak di mall
duduk menebeng di arked video

baca buku malas
asik asik nak main sms
minah cari balak
balak cari minah

akhirnya minah dan balak dua dua jadi bodoh

bila bodoh senang jadi kuli batak
kerja di mek d
kerja di tesco
kerja di carrefour
kerja di kentuki fried fuk
kerja di bilik tiket di lebih raya
lepas tu kahwin dan beranak
anak hantar pergi sekolah
anak lari main menebeng di mall

cerita berulang ulang
inilah dia lingkaran setan
inilah dia lingkiran orang bodoh

keluarga bodoh akan melahirkan orang bodoh
sistem kapitalis amat amat memerlukan orang bodoh
bila bodoh dan bangang
melopong depan tv
tak tahu satu habuk
hanya menghabiskan oxygen saja
dalam dunia ini...

The Poyo Me berkata...

ak nak citer sikit pasal dua alam.

ak dare kawan ak utk tgk sama2. so kitorg amik la pkul 9 punya semalam.

kitorg smpi kaunter, ak tgk seating. fuhyoo, 4 baris dah kena beli wei! ak tanya "ni yang pink ni seat purchased ke?"

org tu ckap, "purchased, yes"

maka ak bli la yang tepi dekat ngan pintu.

masuk2, ada ak dan beberapa kerat orang je. ak tkejut la, ak masuk 1 min sbl screening kot.

time movie dah stat masuk dlm 4 org.

separuh time movie, ada la 2-3 org masuk. ak xnmpk org keluar sebab ak duk tepi pintu, msti ak perasan pye.

bila movie dah abis (azab weh tunggu, meleret gile), ak trus berdiri dan kira bil org. ada la dlm 14 org!

so? ak salah tengok seating ke? ke yg beli tu org dr alam lain?

AlexiaAqram berkata...

@the poyo me

dah agak dah. dr tu sendiri beli tiket filem nya sendiri. kaya, ape ada hal.

ahmad fathi berkata...

haha...bek lu jd jurnalis surat kabar lu sndri je...