November 07, 2010

Kenapa Kita Masih Gelak Sampai Sekarang?

Itu hari aku ada tengok cerita Do Re Mi. Berdekah melihat Pak Bilal yang terkejut bila ada orang mati, hidup balik!. Lintang pukang lari bawak keranda. Siot aje. Yang siotnya aku dah tengok cerita Do Re Mi hampir 38kali. Tapi, aku masih gelak. Kenapa?

Ini yang menjadi persoalan aku di sini. Satu persoalan yang mungkin jadi tanda tanya sama pada kita-kita juga. Kenapa kita masih gelak dan still ingat aksi laku filem-filem jenaka P. Ramlee sampai sekarang walaupun dah beribu kali menonton-nya? Padahal banyak filem jenaka yang lain seperti Senario, filem Mamat Khalid, mahupun lawak si Yasin. Filem P.Ramlee tetap juga terbaik dari yang terbaik. Filem yang lain tu bagus jugak, tapi kita sukar hendak meng-ekstrak-kannya dalam ingatan. Aku cakap macam gini sebab aku ada kawan yang memang boleh ingat setiap baris cerita Seniman Bujang Lapuk dari minit awal sampai akhir. Gila kan?

Ok. Kita balik kepada persoalan. Kenapa kita masih gelak?

1. Ada orang cakap sebab lawak dalam filem P.Ramlee adalah lawak yang simple. Memang simple. Simple mimple nenek kau! Cerita P.Ramlee kalau tak memaki memang tak sah. Macam biasalah, kita kalau mengutuk orang memang no satu, apatah lagi bagi ayat sound direct bisa. So, cerita P.Ramlee memang punyai lawak yang simple iaini dalam menganjing orang, seperti ;

"Walaupun muka mu tidak ku kenal, ta-tapi lobang hidung mu ta-tap menjadi poja-an hatiku! Cut!!"

2. Kawan aku cadangkan sebab tauladan. Hmm, betul jugak. Selalunya macam biasalah. Hero kalah dulu. Tapi, aku sukakan cerita Keluarga 69. Macam mana punya ligat kepala otak P.Ramlee boleh buat cerita ending perkahwinan mak kahwin dengan anak laki orang, bapak orang kahwin dengan anak perempuan, bekas laki mak kahwin dengan bekas bini bapak orang. Gila serabut. Tapi sah!

3. 'Tarikan super-hot chick!', kata Aqram. Pantang dia. Mencik ah. Tapi, memang betul pun. Saloma, Sabariah dan banyak lagi. Kalau tengok cerita Anak Bapak. Yang kerja nurse tu, apa nama dia eh? Memang darlinggggg abes!

4. Lain tak bukan mesti sebab pepatah dan ayat sempoi.  Ayat-ayat sempoi mesti kena spontan dan klasik. Yang penting ayat-ayat dalam filem P.Ramlee adalah ayat majmuk dalam seharian kita bercakap. Ayat ori dan ciptaan sendiri dengan nada tersendiri. Ni bukan macam lawak 'ting tang ting tang Alexandeerr!'. Kalau ayat mengajuk tu tak aci lah.

"Ini kepala bapak dia, ni kepala bapak kau, kalau berani pijak lah!"

5. Gelaran nama yang super lawak. Kenal dengan Sarip Dol Kampung Dusun? Aku tak kenal nama sebenar pelakon, tapi nama Sarip Dol memang melekat sampai sekarang. 

"Mempersilakan.. Sadik Segaraga dan anak-anaknya, Hamidah, Kasidah, Ghasidah, JALAN DAH!"

6. "Hmm. Gaya muka tu penting Zia!". Sampuk kawan aku yang sekarang dah jadi pelakon iklan sampingan. Ok, betul. Gaya muka yang yakin seperti muka si Sudin yang percaya ada rumah 3kaki lebar, 7kaki panjang, 7kaki membawak ke dalam. Siott je kan?

7. Irama dan lagu yang tak boleh di pisahkan. Ini pendapat aku. Lagu lawak dan lagu jiwang. Romantis nya bila menyanyikan lagu "Sedangkan lidah lagi tergigit" di kandang kuda. Dengan desiran kuda, sepi malam di temani bulan bercahaya dan yang tersayang di sisi. Owhh, aku suka dengan jiwa romatis sebegini. Lagi-lagi kalau dapat menari dengan..ehem2. Kepala di lentok ke dada. Tangan memegang erat di pinggang. Hai, rindunya saat itu.

"Kekanda di medan perang...adinda di medan seni..sama-sama berjuang, sama-sama berbakti, kepada ibu pertiwi.."

8. Ok, ini adalah point serius. Aku rasa mungkin kita semua gelak sebab memori, kenangan dan ingatan kita memang yang suka dengan masa silam. Hmm, aku setuju dengan point ni. Memang masyarakat Melayu kita sukakan kenangan. Bila dipejam mata ingat benda-benda indah, kan seronok? Benda pahit mestilah tak nak kan. So, cerita P.Ramlee pun samalah. Kenangan yang kita akan ulang-ulang sampai bila-bila. Oh come on lah, please setuju dengan pernyataan aku ini. Aku begging muka comel ni. Ahaks!. Takdelah, sebab aku masih teringat, arwah moyang aku kalau ada cerita P.Ramlee dia mesti warning kami supaya jangan bukak cerita lain. Hmm. Obvious kan kita semua ni dengan kenangan?

So, aku nak tanya kat kamu semua. Cerita P. Ramlee mana yang kamu semua suka?

p/s: Tapi mana-mana cerita P.Ramlee, mesti P.Ramlee akan jadi hero yang cool dan di gilai perempuan kan? Hik hik hik!

13 ulasan:

J. Abdullah berkata...

movie: pendekar buang lapok.



quotes:
"ohh burunggg ku pikirkan untaaaa."

"tompok tompok taik untaaa."

gua dengan family gua slalu quote dua ayat ni. tak ingat ah exactly word by word. tapi lebih kuranglah.

gua apa citer melayu lama zaman p ramlee semua mmg gua layan habis. yang bukan filem dia pun gua layan. cerita pendekar pendekar tu semua. arwah mama gua pun pelik dulu kenapa gua suka sebab dia sendiri tak excited cam gua bila tengok filem lama camtu. kahkahkah!

AlexiaAqram berkata...

Wal padang pasirun, ta nga dil pokok kayu wi, wal panasi tarik kuk! ku panda kana kanuwi, wal saki baki tumpuk-tumpuk taik unta.

ok, gua bagi full ayat. hik hik hik!

kita sama, sayang.

hakeem kira berkata...

citer dia mmg best .

"nak cari kayu,nak cari kayu " :D

[hakeemkira.blogspot.com]

maCy berkata...

maCy pun dr kck dlu layan cite P.ramlee. da besa ni bwu tau depa dah tak ada lama dah upanya..

tapi mmg melekat dengan jiwa.. bbnding lawak2 zmn skrg. kalau gelak pn, over try hard jugak kelihatan. n mmpu bikin tawa kejap aje~

naeims_ab berkata...

"minah...angkat kain, jemuran dah turun..."

pendekar bujang lapok..

zey berkata...

adik aq yang kecik, umur 9thn,
dah hapal dah dialog cerita p.ramlee..
ayah aq la asyik duk melayan dia...
hari2 bukak cd p.ramlee...

bila tgk balek filem2 dia, siyes aq jadi rindu...
kalau dia hidup lagi, aq xrasa filem2 cikai 'berani' hidup!
muahaha!!

AlexiaAqram berkata...

@hakeem kira

tu cerita yg mana ek?

@macy

betul betul betul!

@naeims_ab

'yang kau siram orang tua tu kenapa? bahalol!'

@zey

mgkin takkan ada org berani buat filem pecah panggung 40juta kot. ahaks!

HAZ_SHAMEER berkata...

ermm ingatkan lensa rosak lelaki...gadis rupawan rupanya...uhuk2

Fontonk berkata...

P. RAMLEE is a legend. wait for it. dary. (legendary).

Dialah komposer, pengarah, penyanyi, pemuzik. Seniman lah senang cerita.

Semoga arwah beliau dicucuri rahmat. al-fatihah.

AlexiaAqram berkata...

@haz_shameer

eyh? apa relevennya dengan jantina?

@fontonk

aminnn. tapi ada orang bagitau aku P.Ramlee adalah ejen Freemason/Illuminiti.

macam babi. rasa nak pelempang je kat orag yg ckp macam tu.

Awang Joe berkata...

ramlee...
a hero...
a legend...

butang baju aku mana pah?

p/s - org yg ckp tue sbnrnya ejen freemason...lempang jer laju2 org tue...hehe...

naLUVkpop berkata...

'nak cari kayu,nak cari kayu' - cte labu-labi, takpun nasib labu labi...

yang nurse dlm anak bapak - arwah roseyatimah kan? isteri mustafa maaruf..kalau tak silap la...

cite p ramlee mmg best, anak sdara umur 5 thun pun blh lyn, tp die tak pggl p.ramlee 'p.ramlee', die pggil abg gemuk... :)

Cheq Tun berkata...

ya..citer p.ramlee mmg best.. sumpah lawak habis. Walau tengok 100 kali pun tetap akan gelak berdekah-dekah.

betul la p.ramlee cakap dia nak hidup untuk 1000 tahun akan datang. walau 100 tahun akan datang karya dia masih lagi boleh buat orang gelak.