November 25, 2010

Kenapa Tengku Hoki?

Aku memang tak pandai main hoki. Last aku main hoki? Waktu sekolah rendah. Aku macam fobia dengan bola hoki sebab mengenangkan Dr S.Kuhan pernah patah gigi kena bola hoki. Sakit kot. Terus-terang, sukan melibatkan tangan memang aku fail dan kurang menyerlah.

Badminton? Boleh lah. Tak pernah wakil sekolah, wakil asrama ada lah. Badminton adalah sukan yang memenatkan otak. Ia hanya seronok kalau di main dengan gelak ketawa.

Bola tampar? Time sekolah rendah dulu pernah wakil sekolah. Serik, merah-merah tangan.

Bola baling? Pernah jugak wakil asrama. Seronok jugak main tricky-tricky. Tapi, kurang minat.

Bola jaring? Eh, aku pernah try masa kat U dulu, seronok jugak main permainan wanita ni.

Bola keranjang? Sikit-sikit lah, itu pun pasal terpengaruh dengan Slamdunk waktu matrik dulu.

Ping-pong? Sori, aku bukan nerd.

Tenis? Baru berjinak-jinak dalam 3-4 tahun ni. Ok gak, namun asyik failed bila nak pukulan back-hand.

Bowling? Kau ingat aku gay ke?

Snuker? Macam yoyo. Kadangkala boleh sapu habis, kadangkala bola putih tu aku tonjol masuk lubang.

Apa lagi? Cuba kalau sukan libatkan kaki.

Bola sepak dan futsal? Biar betul. Silap besar kau kena bola roulette nanti.

Sepak Takraw? Kita try tengok dulu macam mana aku bagi set bola baik punya untuk kau lipat.

100meter? Aku pelari terpantas no 3 waktu sekolah menengah dulu dengan berlari kaki ayam.

Ragbi? Kalau lari mengelak, aku boleh. Tapi, bila kena hentam. Hospital aku duduk.

Kesimpulannya, memang di takdirkan aku lebih hebat menggunakan tangan untuk menulis, menaip, kerja-kerja am dan kerja-kerja masa terluang. Kaki ni jugak yang menjadi hiburan dalam sukan. So, sayangilah kaki anda, jangan merempit.

p/s : Kenapa mesti anak Sultan Bola yang jadi Tengku Hoki? Dah takde orang lain ke? Sedih lah Malaysia kalah. Huhuhu.

4 ulasan:

adzuan aziz berkata...

gua baru nk bangga dgn masyarakat kat tempat gua ni.skali kalah daaa

AlexiaAqram berkata...

nak buat cmana bro. banyak air.

Awang Joe berkata...

malaysia kaloh sbb player wt style rambut pelik2...hehe...!!

deus X machina berkata...

nak buat camane, melawan karang dikata derhaka pulak

keh keh keh