November 21, 2010

Kisah Di Sebalik Pemecatan Anwar Pada 1998

Pada malam itu Che Det yang mempengerusikan mesyuarat kelihatan tenang. Bercakap pun dengan nada perlahan.

Beliau menyatakan tujuan mesyuarat MT malam itu adalah untuk membincangkan mengenai Brader Anwar Bin Ibrahim. Che Det pun menceritakan serba ringkas mengenai kisah kemasukan Anwar ke dalam Umno.

Che Det memberi alasan mengapa beliau sanggup memberi laluan dan menonjolkan Anwar dalam Umno dan kerajaan kerana berharap Anwar akan mengambil alih pemerintahan negara ini daripada dia.

Che Det memaklumkan bahawa semenjak kebelakangan ini dia sedar bahawa antara dia dengan Anwar sudah tidak ngam lagi. Banyak perkara yang beliau tidak sekata, baik dalam perihal ekonomi mahupun politik.

Kemudian Che Det memaklumkan bahawa dia mendapat tahu berkenaan hasrat Anwar untuk mencabarnya bagi jawatan Presiden pada pemilihan akan datang. Namun Che Det menegaskan dia bersedia bertanding dengan Anwar pada bila-bila masa kerana yakin dapat mempertahankan dirinya.

Selesai Che Det bercerita tentang semua itu, dia beralih ke bab moral pula. Sedang Che Det bercakap berkenaan peribadi Anwar, tiba-tiba Anwar bangun dan meminta untuk membela diri. Suara Anwar pada masa itu cukup tinggi dan sesekali berdiri sambil menepuk meja.

Seorang Ahli MT juga bangun menempelak sambil menepuk meja dan meminta Anwar menghormati Presiden dan keadaan mesyuarat yang sedang berlangsung. Ahli MT itu mempertikaikan, "Inikah akhlak seorang pemimpin yang hendak menjadi Perdana Menteri?"

Namun Che Det dengan tenang telah membiarkan Anwar bercakap untuk membela dirinya sambil bertanya, "Adakah Datuk Seri ada skandal seks luar tabii dan terlibat dengan pelacur?"

Brader Anwar Bin Ibrahim pada masa itu tidak menafikan sekeras-kerasnya tentang skandal seks luar tabii yang membabitkan dirinya tetapi sebaliknya berkata bahawa semua orang mempunyai hubungan seks.

Pada malam itu Ahli MT beranggapan bahawa Anwar akan bersumpah untuk menafikan tuduhan terhadapnya, namun anggapan mereka meleset kerana sehingga selesai mesyuarat Brader Anwar Bin Ibrahim langsung tidak bersumpah untuk menafikan semua tuduhan itu.

Sebaliknya Brader Anwar Bin Ibrahim menegaskan bahawa dia mempunyai pita, dokumen dan sebagainya yang dapat membuktikan bahawa wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan dirinya. Semasa menghadiri mesyuarat MT, sememangnya kelihatan Anwar membawa beberapa dokumen.

Namun sehingga mesyuarat selesai, satu hapah pun bukti tidak ditunjukkan Anwar kepada Ahli MT untuk membela diri. Jadi bagaimanalah Ahli MT yang lain nak yakin dengan Anwar. Maka Ahli MT telah membuat keputusan bahawa mereka tidak memerlukan seorang pemimpin seperti Brader Anwar Bin Ibrahim.

Pada malam itu, hampir kesemua Ahli MT bersetuju memecat Anwar kecuali 2 orang yang mahukan keahlian Anwar digantung sehingga kes tersebut dibicarakan di mahkamah. Namun bantahan 2 orang Ahli MT itu ditolak oleh yang lain kerana mereka tidak mahu seorang yang rendah moralnya menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri.

Apabila Brader Anwar Bin Ibrahim melihat bahawa Ahli MT tidak menyokongnya, maka dia bangun meninggalkan mesyuarat sebelum Che Det sempat menggulungnya.

Ramai yang tidak tahu bahawa perbuatan memecat Anwar ini bukanlah suatu perkara yang mudah kerana Che Det terpaksa mengambil risiko yang tinggi untuk memecatnya.

Seorang bekas menteri pernah mengatakan, "Mahathir memang terlalu sayangkan Anwar. Jadi apabila Mahathir terpaksa mengambil tindakan sebegitu bermakna dia ada sebab yang cukup kukuh dan kuat".

Diambil dari theunspinners dot blogspot dot com 

Komen gua : Aku tak faham dengan orang yang menjadikan Anwar Ibrahim sebagai idola. Apa sebab ha? Aku kurang berkenan dengan ahli politik, orang rumah ahli politik yang punyai zaman silam yang seakan enam jahanam. Ini menjelaskan kenapa aku kurang berkenan dengan Bik Mama. Tak boleh ke cari orang yang baik-baik sebagai pemimpin? Yang tak kena penjara ke, tak kena ISA ke, takde kecoh-kecoh nak jerit sana-sini? Takde nak buat janji manis tapi berpuaka tak di kota. Takde lompat-lompat. Takde nak kata ni tak bagus lah, tu tak kena lah, serba tak kena lah sampai orang lain jadi mangsa kena tibai FRU. Aku cuma nak tanya, adakah pemimpin yang kita sedang tertunggu-tunggu itu adalah pemimpin yang ada membawa fitnah di zaman silamnya? Takkan sama sekali!, melainkan Dajal dan dajal-dajal palsu yang buat pedajal orang lain.

Roger n out!

20 ulasan:

EmanCloud berkata...

politik skrang ni.
"kanan duri kiri berduri"

Hellioz berkata...

ni konspirasi ape ni?
gwa ade konspirasi lagi baek...

esok lusa gwa publish ah...
gyahahahah~

Faizi, Khairul berkata...

anwar mmg hampeh...
malaysia tandus pemimpin...
apa mungkin ada lagi satu kombinasi 'dragons of asia'?
rasanya tidak dlm masa terdekat ni....sigh

Tanpa Nama berkata...

ha..ha...

the unspinners punya story..kalau tak cerita pasai ky jelly tak sah...muahhahahhahahahhahah


parpukari

Tanpa Nama berkata...

hello brader..

tok jib nak jumpa kau nak kasi biasiswa sodomology...

Tanpa Nama berkata...

Celaan sebuah ubat, pujian sebuah racun

Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumiddin berkata, “Sering kali manfaat yang kita dapatkan daripada celaan orang-orang yang memusuhi kita lebih banyak daripada manfaat yang kita dapatkan dari teman-teman yang selalu memuji kita.”



Ya, pujian jauh lebih merbahaya daripada celaan. Ia memang manis, namun mengandungi racun yang dapat merosak hati manusia. Semakin terbiasa seseorang mendengar pujian, semakin hatinya tertutup daripada kebenaran. Pada saat itu, ia tidak akan pernah tersedar daripada kekurangan dirinya apalagi tergerak untuk merubah dan memperbaikinya. Tanda seseorang sangat hina di mata Allah, Allah membiarkannya tenggelam dalam pujian.



Sebaliknya, celaan memang pahit namun ia berisi ubat yang akan merubah hidup kita menjadi lebih sempurna. Syaratnya kita mesti pandai merubah celaan itu menjadi pembakar semangat seperti yang dilakukan tokoh-tokoh berjiwa besar.. Wallahu a’lam.

Tanpa Nama berkata...

Mahathir is stupid to the core which is exemplified by the sodomy story invented by him has no takers.

It can be seen UMNO and not Anwar is a stooge to US as the US has condone whatever happened under Mahathir instead of putting this nut out of the scene.

Mahathir should have invented something more realistic.

Only in Malaysia's kangaroo courts can the defence not be allowed access to evidence that may prove one's innocence.

Tanpa Nama berkata...

The final decision has been made a long long time ago in PutraJaya."Anwar must be put away".The ARROW has been shot.Those wearing bleached curly wigs in this court are there to DRAW THE TARGET around the arrow.These actors will be rewarded accordingly when they leave.What a shameless way to put bread on the table and clothes on their childrens' and wife or wives' back.In Islam such Injustice to a fellow human being is unforgiveable.Wasalaam.

Tanpa Nama berkata...

Perbicaraan kes sodomi melibatkan Datuk Seri Anwar bersambung hari ini selepas ditangguhkan selama sebulan dengan satu keputusan oleh hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk tidak memberikan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pembelaan.

Persoalannya, mengapa tidak boleh? Sedangkan tertuduh perlu membuktikan beliau tidak bersalah....Nampak gayanya seolah2 tertuduh telahpun di dapati bersalah..Kalau begitu, jatuhkan sahaja hukuman...habis cerita...tak payah bicara pun...buat habis duit dan masa semua orang

Tanpa Nama berkata...

banyaknya suku sakat anwat kat sini. hadoiii.

MAHDI berkata...

aku xpandai sgt pasal politik
tp aku tertanye2
kalau lah MR anuar ibrahim dapat jawatan sbg PM?
ape yg akan jadi kepade kite?
baek ke buruk?

pihak kerajaan pulak
adakah mereke jalankan tanggungjawab mereke dgn betul dengan jalan yg halal atau sebalik nye...?
sbb tanggung jawab tu kalau di salah gune ,mmg menjawab kat padang mahsyar nnt

aku bukan lah seorang yg sempurne,takde org yg perfect
dan aku mmg xde bakat utk jadi ketue pon
tp aku lebih minat kalau berkerje bersame2 drpd jadi ketue

Tanpa Nama berkata...

bukan suku sakat anwar bro...

the point is boleh percayakah mulut si mamak mahathir ini..

mahathir punya keturunan berasal dari kerala, india..

sifat2 org kerala ini antara yang paling ganas, licik, tipu-helah, dan tidak berhati perut....hanya pentingkan kaum dia sahaja iaitu kaum india muslim kerala berbangsa malayalam..

kaum malayalam tidak ramai di malaysia...

yang ramai kat malaysia nie kaum india muslim dari tamil nadu, yang berbahasa tamil dan menganut agama islam secara moderate..(ramai yang dah kahwin dengan perempuan melayu dan berjaya dalam perniagaan dan profession mereka..)

jangan lupa apa mahathir pernah kata berhubung dengan isu mata lebam anwar..

Dulu dia kata DS Anwar tumbuk muka
sendiri masa dlm Lokap Bkt Aman..

dan perkataan yang sama di "echo" oleh menteri2 masa zaman mahathir seperti kak pidah "AP" kuala kangsar, rahim "gadis sunti" thamby chik, samy "tol/touch&go" vellu, Ling "PKFZ" Liong Sick

nak wat macam mana kalau dia tak support nanti tengok sahaja apa akibat nya dalam "____"

banyakkan membaca media alternatif...banyak berkawan dengan orang asing..jangan dok melayu...melayu..melayu..

Tanpa Nama berkata...

apa kesah kalau mahathir dari kerala sekalipun. kau nak kutuk mamak tak bagus, apa kau fikir bangsa melayu kau tu bagus sangat ke? bangsa melayu lah paling senang kena pijak, kena tipu, kuat berangan dan dengki kat orang lain, macam sapa? macam kau lah.

tamil naidu lah, professional lah. woi, bangsa yahudi yang ramai orang tak suka tu lah bangsa yang buat komputer untuk kau menaip ni. akal ada biaq pakai, jangan dok sembang pasal bangsa kalau fikiran dok mendengki kat orng lain.

at least, mahathir pernah buat ngara ni kaya, kau ada buat apa? melingkupkan lagi adalah.

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha

Terbarai aku gelak...Mahathir buat kita kaya.....siapa kita tu????

Kalau "Kita" itu tampa nama 08:50 tak pelik...tetapi mengapa Bila Mahathir nak Berhenti Hutang Negara masih Banyak...

Kalau kita kaya kenapa Negara Masih Berhutang....Fikirkanlah....

Bukan aku tak kenang jasa Mahathir tetapi jangan keluarkan kenyataan yang Bangang..tu aje Plezzzz kalau bangang jangan bagitahu orang lain ..ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

mahathir buat negara ini kaya?

sampai skrg si mamak kerala nie tak puas hati dengan pak lah sebab batalkan projek jambatan bengkok ke Singapura..projek yang amat signifikan untuk anak beranak dan kaum kerabat dia...

rakyat malaysia mesti rajin belajar, kalu tak tahu, bertanya, mesti banyak membaca, baru banyak pengetahuan.

Tapi, kerajaan memang suka rakyat jadi bodoh, alah, bodoh macam ghani dan geng dia kat penang tu, he he he.

Senang di perkotak katikkan.

Dok cerita pasal yahudi la..apco lah..sendiri punya bangsa melayu yang hancur..

AlexiaAqram berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

habis, nak bandingkan kau dengan mahathir? mahathir dah jadi PM, kau jadi apa? loyar buruk? lame ass.

Tanpa Nama berkata...

mana buku barry wain dlm bahasa melayu yop?

Biar semua org melayu yg tak reti bahasa english boleh faham sapa yg porak perandakan ekonomi malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Aku tidak faham apa yg Tun inginkan dalam hidupnya. Sanjungan dan Kejian semuanya dah dapat. Pernah satu masa dulu aku menyanjungi Tun (tentang ekonomi) tapi sekarang aku teramatlah SEDIH dgn apa yg terjadi disaat-saat penghujung usianya. Aku tetap berdoa untuk Tun supaya Allah lembutkan hatinya untuk kebenaran ataupun setidak-tidaknya duduklah diam-diam....

Republic Aku berkata...

aku dari hari pertama lagi dari PWTC tu aku dah bengang dgn orang ni...siap baling botol mineral lagi ! aje kimax!
tak sabar2 nak jadi PM last2 ....merana sendiri!!