November 03, 2010

Mendemokrasikan Mazhab?

Series, aku memang bisa dengan perkataan 'demokrasi'. Kenapa? Rasanya tak payah aku perjelaskan, kalau korang ikuti blog aku dari awal, mungkin korang akan faham. So, sekarang ada satu idea dalam kepala otak aku mengenai balance, equilibrium atau keseimbangan dalam permasalahan agama Islam kita. Mendemokrasikan Mazhab.

Aku masih ingat sewaktu aku bertanyakan soalan kepada pensyarah aku dulu ;

"Adakah ada demokrasi dalam Islam?"

"Ada, Islam tidak menghalang demokrasi yang betul pada jalannya", jawab pensyarah tersebut.

"Bagaimana jika demokrasi berjalan dengan salah apabila kita melantik pemimpin yang salah melalui demokrasi?"

"Itu lah yang kita kena pilih betul-betul. Bagus soalan ini, boleh saya letak dalam final exam"

Aku tercengang. Aku kena balik. Sebelum ni aku terkena jugak bila aku menanyakan soalan ;

"Yang mana satu betul, 'Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri kita sendiri' atau 'Yang baik dan buruk kedua-duanya datang dari Allah', sebab perkara qada' dan qadar sudah tertulis di loh mahfuz?"

"Dua-duanya tidak salah, kamu kena lihat tujuan dan kesesuaian pernyataan itu di ucapkan. Bagus soalan ini, saya akan letak dalam final exam"

Aku tercengang dalam keadaan makian di dalam hati. Astarghfiruallah. Susahnya bercakap dengan pensyarah yang banyak akal.

So, lupakan cerita mukadimah. Kita back to the topic. Mendemokrasikan mazhab. Apa pendapat korang? Melihat kepada perselisihan dua mazhab antara Sunnah dan Syiah. Kita claim mazhab kita Sunnah Wal-Jamaah ini ialah mazhab yang paling betul tetapi pengikut mazhab kita ini berbillion perangai dan gayanya tak ubah macam setan menyetan. Mengumpat dalam blog, mabuk sepam dua, berfesyen dan letak gambar se-hot mungkin dalam fesbuk, berjudi di mafia wars, porno, melancap, addict dengan gitar Fender, Eric Clapton, bola Man U, Chelsex, iPhone dan Android, dan sebagainya lah.

Kita sedap mulut kata penganut mazhab Syiah ini kafir dan sesat, tak bagus dan tak betul tapi hakikatnya negara Iran yang mendukung Syiah sekarang banyak memayungi dan kehadapan memperjuangkan Islam dari segala sudut termasuk akhlak, sains, teknologi dan ketenteraan. Kirannya kita tuduh diorang sesat tapi diorang lebih mengamalkan sunnah Rasuluallah dari kita yang bermazhab Sunnah Wal-Jamaah ini. Apa akan jadi jika sebenarnya mereka betul dan kita rupanya yang sesat?

Orang Syiah Iran kini digelar 'Singa Allah' kerana lantang menentang Zionisme dan Americanisme. Kita? Apakah gelaran kita? Aku tahu apa nak di gelarkan untuk orang Islam kat Malaysia, haaaa, apa kata 'Balaci Materialistik?'. Boleh? Adakah terlalu kasar dan biadap? Oppss, cermin diri dulu ok.

Hillary Clinton ada datang kelmarin, dia kata dia suka Malaysia sebab 'penganut Islam di Malaysia adalah moderate Islamic'. Ha-ha! Memanglah kau suka moderate dan kesederhanaan dalam Islam sebab kau akan guna itu sebagai kesempatan untuk terus memperbodohkan kesederhanaan yang orang Islam Malaysia ada. Yang penting di sini, adakah kita sedar bahawa Islam di negara kita sedang diperbodoh-bodohkan? Diperbodohkan dengan siapa? Dengan politik dan demokrasi di jalan yang salah.

Jadi, untuk meredakan keadaan. Untuk nak nampak supaya Sunnah Wal-Jamaah tidak tewas dalam persaingan dengan Syiah, di canangkan satu idea 'Mendemokrasikan Mazhab'. Bermakna, lupakan dari mana mazhab kita, dan set otak kita balik bahawa mazhab itu tak penting kerana 'Demi Allah' itu lebih penting. Macam gitu? Kesamarataan dalam aplikasi mazhab. Macam gitu?

Hmm, aku pun dah tak reti nak berfikir dah. Topik ini amat berat untuk di diskus bagi pembaca blog LensaRosak gamaknya. Kalau korang nak, sambunglah kat bahagian komen. So, aku stop di sini je lah. Last word aku ialah ;

"Ya Allah, hari-hari aku membaca Al-Fatehah dalam solat aku, sekali lagi aku mohon, tunjukkan lah aku ke jalan yang lurus, sebab aku tak mahu terjerumus ke jalan yang di murkai, dan tak mahu terjerumus ke jalan yang sesat."

Muaxx!

p/s: Baca Al-Fatehah kalau tak tahu makna, tak faham isi, baik kau pergi ikut Setan!

6 ulasan:

sarahunny berkata...

Suka bab p/s tu. :)

The Poyo Me berkata...

wa la yang baca fatihah tak tau makna. wa twrasa gitu. kahkahkah.

jangan salhkan mazhab bro.
sahakan budaya.
budaya kita yang selama ini mengagung-agungkan tamadun orang lain.
mula2 minat british. smua nak jadi omputih. lepas tu pandang ke timur. semua nak awek chinese look. ehhh

point is, kita ni terlalu menganggap semua budaya orang tu baik. dan kononny tamadun kita akan sehebat diorg jika kita ikut diorg.

orang arab/persian? ah, diorg la yang paling bangga punya umat dalam dunia ni. sanggup mati anak mati saudara asal budaya tak ubah. dan oleh sebab islam tu dah lama bertapak dekat tempat diorg, ia dah jadi budaya. cth pakaian dan gaya hidup.

tengok la. nak jugak maintain hukum orang zina kena rejam padahal dunia barat semua kepoh kata kejam...

Fiq berkata...

mmg bengang kn bila kita di kata moderate muslim..agak mkn dlm di situ..n aku stuju dgn pikiran ko-sbb moderate muslim lah msia sng dipijak, diguna2 n etc etc..

tahniah, sebab ko antara sebilangan org2 yg terpilih n cerah hatinya sbb bniat nk demokrasikan mazhab which means..kita bersatu balik.semua rujuk pd 1.

pcayalah...ramai lagi yg dah terpikir begitu, mgkin jumlahnya terlalu minoriti lalu perkerjaan ini takleyh dilaksanakan.dan mgkin ramai juga yg sudah terlampau selesa dgn adat,budaya n berpikiran tertutup.

bagi aku lak..tak payah nk tunding jari pada mazhab mahupon budaya. siapa yg mciptakan budaya, manusia. siapa yg menciptakan segala jenis gap, manusia. jadi manusia tu lah yg kena berubah n evolve.

dan aku pcaya manusia semakin bkembang pemikirannya..melalui pengalaman luas n idea2 yg baru utk menyatukan kembali islam.

aku rasa OIC patut main peranan dlm hal ni.

tak gitu?

Myth berkata...

Bwahaha~~ terasa gila bila condemn syiah tu Islam yang tak betul. Ni sebab kena cuci otak dengan orang dulu-dulu sampai tak nak sentuh sangat pasal agama.

U make me realise something today. Gracias

AlexiaAqram berkata...

@sarahunny

mekaceh.

@the poyo me

gua tak salahkan mazhab pun. mazhab ni bagi gua sejarah. salahkan sejarah macam salahkan ibu mengandung. dah jadi, nak buat mcm mana ye dak?

dan bagi gua budaya ialah 'lagak kita dalam dunia'. budaya yang menjadi trend. faham? baru boleh berlagak bila ada budaya.

budaya mesti berbeza dengan orang lain kan? ini pula menjelaskan tentang sikap. kalau manusia lambat bersikap, maka budayanya pun melingkup ke laut.

budaya tak salah, sebab yang salah ialah sikap kita pada budaya. budaya ada yang bagus, tapi kerana sikap yang barua akhirnya melingkupkan budaya, mazhab, agama dan kepercayaan.

@fiq

ehhhh thanks la fiq. aku sayang kau ketat-ketat.

memang manusia kena evolve. dan akan evolve jugak nanti.

@myth

cuci, jangan tak cuci. semua orang sebelum mati akan di cucikan.

Republic Aku berkata...

bagi aku la...kembali kepada al-quran...kan mudah....ini sikit2 tanya orang tu...ulama ini...mahzab itu....tanya sepuluh ustaz dengan satu soalan sepuluh jawapan kita dapat!....pening!
mahzab ni siapa yang suruh ikut yer!?...nabi ke...dalam al-quran ada cerita pasal mahzab ke...!!??
aku ikut islam...simple itu jer...