November 05, 2010

Merembat!

Hari ini hari genting buat Jay FC. Setelah seri 1-1 dengan team veteren USMfc tempohari. Kami perlu mencari kemenangan bagi melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Tanjung. Kali ini kami akan menghadapi juara tahun lepas, team Pembangunan FC. Kumpulan kami memang kumpulan maut!

Untuk hari ini, macam biasa, aku di bangku simpanan untuk separuh masa pertama. Kaki aku bergoyang. Tanda tak sabar nak berentap. Namun aku risau, sejam sebelum game, aku baru melantak pecel ayam dengan kawan aku. Perut penuh dengan nasi, entah boleh lari ke tidak.

Separuh masa pertama? Hancur lebur team aku main. Guna 4-4-2, tapi macam tak gerak striker yang ada. Walaupun dapat score sebijik pada minit-15 hasil kelalaian defensif pemain lawan yang lambat clear ball. Coach masih risau. Possesion ball kami lintang-pukang. Dengan sorang-sorang macam tak cukup nafas kejar bola. Yang hidup hanyalah defensives kami yang tegar terlatih mengawal keadaan. Nasib baiklah. Tapi, team Pembangunan tak habis-habis hantar cross-ball dari tepi. Memang diorang guna habis wing diorang yang laju bak Mesut Ozil. Semput bai nak kejar.

Akhirnya, minit-40. Team lawan berjaya menyumbat satu gol hasil hantaran panjang dari center-back diorang yang terus sampai ke striker diorang. Striker lawan yang menyedari defensif kami dah penat mengawal back-line. Terus meluru berlari dan one-by-one dengan keeper. Nak buat macam mana, keeper tertewas. Kami kena!

Tamat separuh masa pertama. Waktu rehat. Aku dan yang lain berbincang dengan coach tentang gerakan pemain lawan yang memang guna body-contact dan serangan mereka yang bergantung pada hantaran panjang dari center-back. Kami menukar percaturan. 4-5-1 untuk control ball, dan terus switch 4-3-3 bila melakukan serangan. Aku akan di masukkan, bermaksud, aku kena control bola tengah dulu. Selepas dah control, aku akan switch position aku dari leftside-midfielder kepada leftsecond-striker. Wow! Ini menarik.

Sepak mula separuh masa kedua bermula. Aku bermain dengan rileks dulu. Biasalah, lambat panas. Bila ada orang passing kat aku, aku takkan buat flank. Stick to the strategy. Kami mahukan possesion ball. So, sama ada aku passing tengah, side-back atau pada center-foward yang akan hold ball untuk bagi naik posisi kami sama rata.

Keadaan makin rancak, permainan dah mula berbeza. Kami mula menguasai game. Center-back lawan dah tak boleh buat long-ball lagi. Ini lah masanya untuk switch game kepada 4-3-3. Start dari minit 60, kami melakukan serangan bertali arus. Defensif mereka terkejut dengan corak laju hataran pendek kami. Aku berjaya mendapat satu peluang hasil clear ball yang tak menjadi dari pemain lawan. Aku try dribble, untuk cari point shoot. Namun, macam sial. Sorang side-back lawan yang berketinggian 170cm langgar aku macam tu saje. Binawe betul. Hilang dah bola. Nak kejar balik, tapi dia dah clear ball sampai nun ke kawasan kami. Hehe, nasib baik. Bola masih dalam penguasaan. Sebesar-besar dia, ada bodoh jugak.

Serangan bertali arus kami dalam tempoh 15 minit memang menjadi. Mereka tertekan dan mula gelabah passing bola. Aku ada dapat point shoot hasil dari hantaran pendek rightsecond-striker di lingkungan kawasan 19meter. Dah tak sempat nak kontrol, aku turning dan melepaskan rembatan. Aisey, tinggi melepasi palang. Kecewa lagi.

Minit 78, berikutan dari sepakan free kick lawan yang tersangkut, tak lepas memasuki kawasan D kami. Peluang counter-attack menjelma. Defensive-midfielder terus melorongkan bola kepada aku yang berlari ke tengah. Bila dapat, aku terus berlari membawa bola ke kawasan tengah mereka. Aku kena cepat, ini adalah counter-attack memandangkan defensive lawan yang tinggal di bawah hanya 3 orang. Center-forward berada di depan dan attacking-midfielder mula memanggil nama aku untuk melakukan serangan dari tepi. Aku pilih hantaran ke center-forward. Aku berharap dia akan hold-ball untuk tunggu aku berlari naik menyerang. Yes! Dia melakukannya dan men-dribble bola untuk memberi masa aku naik membantu. Aku terus jerit nama dia berkali-kali, isyarat jari aku gunakan untuk memberitahu aku ingin melakukan gerakan 'men from behind'. Dia memahami, dan melakukan lorongan bola ke kanan! Cantek! Dua defensive mereka tertewas dan tinggal seorang defensive mereka sedang berlari merapati aku.

Bola yang di lorong betul-betul berada di depan aku, aku berlari sambil berfikir. 'Shoot atau bawak dulu?'. Dengan jarak 25meter. Mampukah aku melepaskan rembatan padu? Jika aku tahan bola dan bawak dulu, pasti defensive akan berjaya hentam aku dari belakang. Ahhhh pedulik! Satu rembatan flashing kaki kanan aku lepaskan dengan sekuat hati. DUMMM! Bola melayang ke kanan pintu gol, keeper melayangkan badan untuk menepis, namun tidak sampai! GOLLLLLLLL! Aku melihat bola menerjah ke jaring. Ini betul-betul kepuasan. Apa lagi, terus meraikan jaringan dengan melakukan tumbukan padu ke udara bak Wayne Rooney! Yieehaaa! Penyokong bersorak, kami mendahului 2-1. Ya, mendahului juara bertahan. Ini umpama mengalahkan Inter Milan!

Permainan bersambung, lagi 10-minit untuk permainan tamat. Kami memperlahankan permainan sedikit kerana hendak menumpukan pada serangan pihak lawan yang tiba-tiba tersentak dari lamunan. Percaturan 4-5-1 di gunakan semula untuk meredakan keadaan 10minit akhir. Serangan pihak lawan yang kerap menggunakan hantaran panjang berjaya kami tepis dengan melambatkan perlawanan melalui clear ball ke luar garisan.

PRITTTTTTTTTTT!! Wisel penamat. Kami melonjak kegembiraan. Dan aku pastinya lebih puas dengan jaringan kemenangan. Jaringan kemenangan untuk ke pusingan kedua! Jaringan yang menidakkan peluang juara bertahan untuk mara ke pusingan seterusnya. Ini puas apatah lagi dengan title men of the match! Ini pembakar semangat untuk kami bertemu dengan pasukan pilihan untuk pusingan kedua. Team budak Polis Penang.

Sekian! Jumpa di next episode. Chalo!

p/s : Amacam? Futsal dan Bola Padang mana lagi stim?

3 ulasan:

sastraboy berkata...

keh keh.

cerita betul ke ni?

kalau ye, tahniah! haha/

bolabolabola berkata...

hantaran panjang dari center-back bermakna team tu dah pressure game sampai ke tengah kan? memang penat kalau kena macam tu.

Tanpa Nama berkata...

gile lah. lu buat gua nak main bola balik!