November 12, 2010

Pawaka Di Dalam Kelambu

"Aku tak tersedar. Mendung jingga. Pada waktu gerimis, merintihkan sekalung suara yang berbisa. Setiap titis-titis yang meresapi diri. Sepekat dosa pusara cinta sempurna.

Dia meratapi sengsara. Menelan segala seksa. Besi kaca dan serampang mata keinsanan.

Pada waktu kilauan kayangan menjelma. Sesegar pagi, permai mendamaikan. Menyelematkan aku dari kekesalan. Yang sedang mencari arah dan pedoman.

Bibit-bibit madah pujangga. Nun di pinggir rimba aku berdiri. Mengangankan hidup sederhana. Persis penuh rahmat, dari jiwa yang menguntum gerigis hati dan pawaka.

Kelambu itu tersungkur pada mimpi-mimpinya."
.................................................................................

Baiklah, puisi di atas merupakan monolog dari aku mengenai masa depan yang menjadi mimpi pada setiap manusia. Mungkin orang lain menterjemahkannya sebagai monolog mengenang nasib. Suka hatilah orang lain nak kata apa. Ada mulut, sembang selagi boleh.

Lantas, aku selalu memikirkan tentang 'apa yang bakal terjadi 5 tahun akan datang?'.

Adakah aku akan menjadi artis? Seperti yang selalu kawan-kawan aku labelkan pada diri aku. Aku nak muntah sebenarnya dengan gelaran seperti itu. Celah mana aku nak jadi artis? Takkan sebab karoke lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur, aku tarik suara persis Amy Search, terus orang claim aku jadi artis? Shit! Itupun masih ura-ura yang mahu aku sertai Raja Lawak. Bai, apa kena mengena Raja Lawak dengan menyanyi?

Adakah aku akan menjadi gitaris sebuah band? Sama juga pergi-balik, jadi artis jugak. Tak nak lah aku.

Adakah aku akan menjadi penulis blog tegar yang mengaut keuntungan beribu-ribu? Tak mungkin. Blog ini pun tak berapa sen profitnya. Bukan ada sapa pun yang murah hati nak click iklan kat sini. Blog ini hanya cebisan kelam diri aku pada dunia. Dua tiga kucing berlari, mana nak sama dengan diri aku sebenar.

Adakah aku akan menjadi ahli fizik, pensyarah fizik ataupun cikgu fizik? Itu mungkin. Tapi sebenarnya aku tak minat pun dengan fizik. Bermain dengan ilmu fizik, bagi aku seperti bermain dengan ilmu sihir yang halal. Fizik sebenarnya adalah sihir moden yang halal dalam mencari jawapan terhadap apa yang berlaku dalam dunia. Ya, senang kata, ilmu sains adalah seakan ilmu sihir, sihir moden. Kawan aku, pensyarah Geologi, Hafiz, ada cakap, "Kau jangan percaya sangat dengan teori Big Bang yang kau sedang kaji ni, sebab teori Big Bang tak selari dengan tuntutan agama, silap langkah, kau bakal jatuh kafir". Ok, aku akur dengan fakta itu memandangkan mesin particle accelerator yang aku sedang order ni pun entah bila nak dapat. Lancau betul birokrasi semua ni. Sebenarnya, aku pilih fizik pun sebab nak jadi pilot. Pilot terlampau. Baru syok.

Adakah aku akan kerja kerajaan? Kerja kerajaan itu mungkin, itupun jika aku dah takde arah nak jadi apa. Lagi pulak, mengenang hari tua, duit pencen mesti ada. Takdelah nak harap duit EPF je kalau pakai duit swasta. Manusia ni, kalau macam aku, duit banyak depan mata, kadang-kadang kelabu jugak. Nak beli kereta barulah, beli rumah barulah, tambah bini baru lah. Aisey, mengamuk dia nanti.

Adakah aku akan jadi ahli politik? Yucks. Politic is suck. Nak pulak. Aku tak pandai bercakap. Nak berucap depan orang pun seram sejuk. Tapi entah malaon mana kata aku pandai bercakap politik dalam blog ini. Sumpah betul badigol orang tu tak reti beza antara menulis dan bercakap. Bila masa pulak aku bercakap dalam blog? Terlajak cakap tak boleh di undur, terlajak menulis boleh tekan backspace. Apa punya turr.

Adakah aku akan jadi pemain bola? Hmm, mintak-mintak di jauhkan. Aku tak minat.

Atau, aku akan tak jadi apa-apa? Tak ke mana-mana? Duduk rumah, ataupun hidup traveller ke sana-sini tanpa arah. Konon dengan alasan merantau dan cari pengalaman. Last-last, aku fikir. Sampai bila?

Hmm, persoalan ini buat aku tak keruan........






Aku rasa aku nak jadi ulamak lah. Mak aku suruh aku jadi tu dari kecil. Dia kata masa nak lahirkan aku punya susah. 3hari 3malam dia berdoa supaya aku tak mati dalam kandungan sebab lemas dengan air ketumban. Lahir lewat sebulan. Then, dia berdoa. "Ya Allah, kalau anak yang akan aku lahirkan ini menyusahkan di dunia, kau ambillah nyawanya sekarang. Kalau dia akan jadi ahli agama, kau permudahkan kelahiran dia". Tengok-tengok, sepuluh minit kemudian aku lahir.


Persoalannya, dengan diri aku sekarang pun yang tunggang-langgang. Boleh ke nak jadinya? Lima tahun akan datang pulak tu. Haihh, aku dah mula mengeluh ni. Syaitan pun bertepuk tangan dengan kebodohan aku. Suara sayup-sayup dari belakang pun menyindir, "Kau jadi Dr Cinta je lahhh".

Celaka.

p/s : Apa yang kamu semua fikirkan tentang masa depan?

7 ulasan:

Jerung Tempang berkata...

kalau aku cakap masa depan tu misteri,ko time x? haha

AlexiaAqram berkata...

takkan lah misteri sangat sampai tak boleh di perbincangkan? haha.

J. Abdullah berkata...

padan muka lu jadik dr cinta. padan muka.

muahahaha!

AlexiaAqram berkata...

dari gua jadi predator..... apa barang?

Myth berkata...

LOL. Particle accelerator. Napa tak oder sekali kalorimeter dari project Zeus?

Eh,apasal lak big bang tu salah? Bagi aku, masih dalam jalan yang betul dan selari dengan agama. Cuma ialah, pandangan mengenai ketidaksempurnaan by Stephan tu memang boleh disangkal...

Future,it just another destination depending on what path you choose.

AlexiaAqram berkata...

kalau kita faham dari sudut teoritikal, kita mmg akan kata selari dengan sudut agama. sebab big bang berkait rapat mengenai bagaimana dengan alam ini bermula. semuanya bermula dari sebuah tenaga.

tapi, bila kita kaji lebih dalam, dengan motif kewujudan LHC kat sempadan swiss n france tu. manusia makin rakus untuk mewujudkan satu dunia baru ciptaan sendiri. ini dari sudut sujektif lah.

tempoh hari mesin LHC kat swiss/france itu berjaya mencipta satu mini black hole dengan kepanasan sepuluh kuasa 14 darjah celicius. lebih panas dari pusat matahari. kau boleh check kat mana2 berita.

kajian big bang kini lebih terarah dalam mengejar penciptaan ruang dimensi baru. seolah melawan kuasa tuhan yang mencipta alam ini. sebab itu, bila kita percaya dengan taksub relativitas big bang, ia boleh menggugat akidah kita.

gugat dari segi, 'manusia pun boleh menciptakan alam, boleh mengembalikan masa silam'. sedangkan kuasa itu hanya di miliki si Pencipta.

waalahualam.

JR berkata...

erm.. mungkin kita boleh tengok dari sudut yang baik pulak kot pasal big bang tu.

mungkin saintis tu pun tak tefikir nak melawan kuasa Tuhan. itu kan untuk research nak paham macam mana terjadinya dunia kita ni.

asal iman kuat, tak terpesong kot aqidah. chill. kita ambik tau as a knowledge cukup lah. kan kan?