November 08, 2010

Siapa Kesah?

Ah, pedulik lah kalau gua nak letak apa yang gua minat ye dak? Malas nak sembang lebih. Ni list 13 blog yang gua akan baca bila ada entri baru keluar. Membaca je pon. Bukan gua nak jadi Penyembah Blogger macam yang ada-ada ni. Hek, elehhh. Kecoh siottt.

1. Sokernet dot blogspot
Haishh, kalau kaki bola yang tak baca blog ni memang lu ketinggalan zaman lah. Orang lain dah sebatu menggelecek, kau baru nak pakai but. Ini adalah blog yang sepatutnya FAM dah saman 10juta sebab kelancangan penulis-penulis blog ini yang suka menganjing Sultan Bola. Tapi, nak buat macam mana bro. Blog ni memang kelakar tahap dewa. I like!

2. Mistisfiles dot blogspot
Sebuah blog ilmiah, sejarah, konspirasi, kajian dan satu-satunya blog independent yang gua lihat komen nya setiap entri boleh jejak ratus-ratus dan kadangkala riban-riban. Blog ini memang cuci otak habis. Ok, gua nak semayang tahajud jap.

3. Blog Serius dot blogspot
Penulis blog ini iaitu Obefiend sesuai gua beri gelaran kat dia 'King of Headlines' in Malaysia. In specific way, gua maksudkan dalam terma gajet, story bukan murahan dan perkara yang series tak berapa nak series lah. Blog ini pasti boleh mengajar lu orang menjadi 'New is always better'.

4. Military of Malaysia dot net
Gua memang suka senjata, perang-perang dan survival taktikal. Majalah Tempur tu walau gua tak beli sebab mahal, tapi rajin jugak gua baca free-free kat Boarders. Samalah macam blog ni. Sebab tu gua rasa blog ini seronok di baca bila semangat nak mati tu membuak-buak. War war war!

5. Ondscene dot my
Ni blog tragis. Gua suka sebab usaha penulisnya yang tak jemu-jemu menyampaikan apa-apa saja berita kemalangan dan jenayah. Kalau Obe adalah King, penulis blog ini ialah 'Knight of Story!'.

6. Chedet dot co dot cc
Mestilah. Terang-terang pemikiran kelas pertama punya tuan blog. Cool dan bersahaja. Kadang-kadang buat lawak orang tua. Itu dia, beri tepukan gemuruh untuk bekas PM kita yang class lagi bergaya. Feewwwitt.

7. OhTidak dot com
Ni antara site alternatif yang aku suka selain Blog Serius. Walaupun di gelar Just Kontol dan sebagainya oleh beberapa trollers tegar di atmosfera. Info-info dalam blog ni agak menarik jugak lah lagi-lagi kalau pasal benda bunuh-bunuh, mati-mati dan tikam-tikam. Seram giler.

8. The Unspinners dot blogspot
Laman pengimbang kepada politik Malaysia yang tampak ke arah ke bangkangan dan komplen kepada kerajaan. Ok, ni laman politik, politik mengutuk, sarcastic dan sembang kencang kepada pancaroba dunia politik yang kompleks. Membaca blog ini macam baca satira kedai kopi.

9. Cursingmalay dot blogspot
Penulis blog ini iaitu Mantot merupakan penulis profilik yang sering mengetengahkan idea-idea aggresif dalam hidup bernegara. Lebih-lebih lagi cara-cara mengekspresikan kebencian kepada Bik Mama dan hal-ehwal masyarakat yang sering jadi persoalan dalam cakap-cakap seharian. Ape de hal? Gua memang tak kenan dengan Bik Mama pun.

10. TronohTranquility dot blogspot
Kalau dah membaca Sokernet, tapi tak baca 'dewa Sokernet' punya blog, adalah umpama makan nasi takde kicap kipas udang. Bagi aku penulis blog ini iaitu Lucius Maximus merupakan raja segala raja fakta. Ya, dia adalah Raja Fakta!

11. Mirrul dot blogspot
Gua sampai sekarang masih ternanti-nanti. Siapakah Mirrul, The Ace of Spades dalam penulis blog ini?. Macam mana orangnya? Hensem tak? Kalau hensem, bestnya dapat jumpa. Gaya dia menulis penuh iltizam, unggul dan ayat seorang yang penuh dedikasi pada topik-topik yang di sentuh. Ayat nya ringkas namun menusuk jiwa. Dia bagi aku adalah Sofi Jikan nombor dua.

12. Uselessblogpage dot blogspot
Aku suka kartun yang dia lukis. Konsisten. Macam ni lah baru betul dipanggil bloggers tegar. Konsisten dalam entri dan bakat lukisan, namun mencuit hati. Kartun dia taklah selawak kartun Lambok. Namun, boleh lah cari makan untuk mengisi ruang kosong. Ekekeke, The Poyo Me!

13. Apitikustika dot blogspot
Berbelit lidah nak nyebut. Nama blog ialah Penulis Sahaja. Gua suka cerpen-cerpen emosi blog mamat ni. Mamat ni takkan lu orang tak kenal dowl? Artis kot. Adalah satu perkara kebodohan kalau tak kenal mamat ni. Mau mengamuk dia nanti kalau lu orang buat-buat tak kenal dia apatah lagi kalau tak hon kereta Kelisa Evo dia tuhhh. Hehehe.

Sampai 13 je. Yang bawah ni, nasik tambah punya blog.

13.(a) Ironanagel dot blogspot
Kekasih hati Mofasad dot com. Mencik ah dengan mofasad, mula-mula gua nak letak blog dia dalam list, tapi pikir balik, apa barang letak jantan? Tak inzal langsung. So, letak awek Mesir ni. Lu orang jangan terpedaya dengan ayat-ayat puitis tuan punya blog ni. Silap cakap, memang kena hembuih. Lagi-lagi kalau dia bawak geng sekaki iaitu Jay Abdullah dan mungkin juga trollers tegar iaitu Hellioz yang macam kucing menyepi. Eh, mana dia? Si DeusXMachina dan Siggplus tak senang duduk ni sebab lama tak troll org nih..

Cukuplah 13. Barulah tangga Freemason. Style sikit. Yang mungkin makan hati sebab blog dia tak tersenarai. Rilek lah, lu tau gua sentiasa sayang dan usha blog lu jugak ketat-ketat. Muaxx!

p/s: mana blog Ben Ashaari? Hanis Zalikha? Sueannajoe? Hek eleh, apa barang?

10 ulasan:

hakeem kira berkata...

haha best . thnks for the info :D

[hakeemkira.blogspot]

MOFASAD berkata...

ehem!

Is berkata...

erm, byk gak blog dalam list kau yg aku follow selama ni.

AlexiaAqram berkata...

@hakeem kira

sama-sama

@mofasad

sakit tekak ke?

@is

oh really?

Fontonk berkata...

fontonk dot blogspot dot kom blog porno terhebat. please. haha.

hellioz study la. kan dia nak final. haha

si gadis selesa berkata...

blog no.3 tu best. eh, blog hilangpunca layan x.

AlexiaAqram berkata...

@fontonk

larrh, dah final ke? selamat maju jaya.

@si gadis selesa

pipiyapong? bolehlah layan cari makan.

Penulis.Sahaja. berkata...

okay baru perasan entri ni lepas tgok stats blog aku.
hahaha. celaka. aku bawak kenari oi.
bukan kelisa.

AlexiaAqram berkata...

@penulis sahaja

sekilas ikan di sungai, aku baru tau rupanya burung. hehehe.

Republic Aku berkata...

orang macam aku mmg perlu lawat blog2 begini.....nak cari hala tuju la katan....ermmm...ben asaahari kan best!
kiki...