November 30, 2010

Surat Cinta Saya

p/s : entry gubahan ada di Terfaktab dot blogspot. Yang kat sini, yang original. aku reblog balik sebab surat ni ada kenangan tersendiri bagi aku. haishh, malu nye!


Kehadapan Alexia Daniel Mokhtar yang di rindui, semoga awak dalam keadaan kool sentiasa di samping sejuknya musim salji yang melanda Melbourne kini.

Dengar cerita awak kena baling dengan bola salji? Padan muka. Siapa suruh tak pos ekspress bola salji kepada saya? Hehehe.

Pertama-tama sekali, saya cuma nak cakap yang saya betul-betul rindu kat awak sejak awak pergi menggagahkan diri melanjutkan pelajaran ke oversea. Dah berapa lama eh kita berpacaran? Em, maaflah saya tak ingat tarikh lah, setahun setengah kan?, memang saya tak reti ingat tarikh. Tapi, saya sentiasa ingat yang saya cuma ada seorang teman wanita saja iaitu awak. Dulu kini selamanya. Aww, terjiwang plak.

Sejak awak di sana, saya sangat risaukan awak. Namun, berbekalkan baju couple yang awak beri sebelum awak pergi, itulah satu-satunya bahan saya melepas rindu dan risau. Macam mana saya lepaskan, awak jangan fikir bukan-bukan. Erk? Hehe, mestilah saya pakai kalau saya rindu.

Saya betul-betul risau kat awak. Macam mana lah awak nak sesuaikan diri bila musim sejuk? Awak dah lah kuat sendawa. Musim sejuk macam ni memang allergic untuk orang kuat sendawa. Saya harap awak tak lah sendawa depan orang ramai ok? Kalau nak sendawa, tutup mulut sikit bagi sopan. Baru cun, baru lah makwe saya. Hehe.

Apa lagi eh yang saya risau? Oh, hari tu saya ada datang rumah mama awak kat Alor Star, saja singgah lagipun memang mama awak ada ajak datang untuk habiskan baki lauk yang tak abes masa kenduri kesyukuran kat rumah awak. Saya memang suka makan, awak faham-faham lah kan? Btw, mama awak ada cakap yang awak akan pergi melawat Gold Coast masa cuti nanti. Mama awak risau kalau ada apa-apa masa awak nak terjun bungee tu. Biasalah, naluri ibu.

Tapi, itu naluri ibu, ni naluri pakwe saya ni lagilah risau. Saya tahu awak ada cakap kat saya di fesbuk nak pergi gold coast tu nak bungee jumping. Saya cuma risau, dengan siapa lah nanti awak pergi. Saya harap awak dapat lah jaga hubungan kita ni. Jangan curang-curang k. Jangan pegang2, biar renggang2 bak lagu 'Kalau Berpacaran' tu. Awak kena layan lagu tu, best. Ingat-ingat lah saya kat sini. Saya janji lepas awak habes belajar, saya akan masuk meminang.

Oh, saya lupa cerita pasal saya pulak. Em, kerja saya kat sini ok jek. Hari tu ada dapat bonus sikit, saya ada beli sesuatu untuk awak taww. Hehe, nanti saya courier kat awak. Tungguu!.

Kawan-kawan saya asyik tanya pasal awak, lagi-lagi yang perempuan. Saya tau diorang jeles sebab saya ada makwe belajar oversea. Hehe, riak pulak. Sorryy. Hehe, sebenarnya diorang pun tak sabar nak jumpa awak, atau maksudnya tak sabar nak rasa nasik minyak. Gatal kan diorang? Kita rilek je, diorang lebih-lebih. Entahapaapaentah.

Hmm, ok lah awak. cukup lah sampai sini pena saya menulis. Tak larat nak tulis panjang-panjang. Nak kata penat menulis cakar ayam, padahal print computer je. Mungkin saya tak reti tulis banyak-banyak sebab saya hanya tau word ni je. Last word saya nak bagitau, I love u so much and really miss u. Muah!

I'm yours,
Aqram

15 ulasan:

princeduyong berkata...

hehe...

muhamadsufian89 berkata...

sweet sungguh..hehe

Amoi berkata...

kah3.

nanti aku gubah ok tak?

SUPERMAN berkata...

aik??? takde 'lu' 'gua'?? salah blog ke ni??

cikinnaberry berkata...

sweet!

sarahunny berkata...

ow sweet!!

Lee Zha berkata...

gila manis. hohoho~

adzuan aziz berkata...

:)

JR berkata...

style2.. =)

AlexiaAqram berkata...

@to all

tqtqtqtqtq~~

@amoi

mengubah bunga.

@superman

betullah alamat ni. hehehe.

SERVER is here. berkata...

more sweet dr gula tebu.hehhe

piNky LuCiA berkata...

sweet je. lalala~

Republic Aku berkata...

ala dol...jiwang giler la....kiki

Dee Zahari berkata...

manisnyeeeeeee! sangat manis..

sy terjeritt sorang2 bace entri nie..

*pesan sy, jaga lah perempuan awk baik2.. :)

Arez Razin berkata...

sweet gyle .
trsentuh gakk ngn surat ni ;)