Disember 27, 2010

Analisis Eksklusif Final Malaysia vs Indonesia dari Kaca Mata Amatur

Pengenalan.

Menganalisis perlawanan bola sepak dari kaca televisyen tidak sama dengan menganalisi dari duduk di stadium mahupun dari tengah padang. Ini fakta. Bila kita lihat perlawanan bola sepak di kaca televisyen, kita banyak menganalisi dari pergerakan bola. Sebaliknya, bila kita menganalisis dari stadium/tepi padang bola, kita menganalisis seluruh pergerakan pemain dan bola. Manakala, jika kita sendiri bermain dan duduk di tengah padang, kita menganalisis sekali pergerakan pemain, bola, kondisi tekanan pemain dan corak atur strategi yang pemain-pemain mainkan.

Dan semalam, aku berada di stadium. Duduk dekat (dekat jugaklah dari duduk tingkat dua) dengan padang. Mendengar suara-suara pemain merencanakan strategi.

Analisis

Bagi aku, perlawanan semalam walaupun dengan kemenangan 3-0 oleh Malaysia, banyak lagi yang pemain Malaysia perlu baiki terutamanya dari segi 'jangan takut untuk memburu pemain lawan'. Separuh masa pertama di hidangkan dnegan aksi bersemangat dari kedua-dua pasukan. Yalah, dengan sorakan penyokong, ia memberi suntikan kesedaran kepada kedua-dua pasukan. Bagi aku, separuh masa pertama adalah milik Indonesia terutama dari minit mula sehingga minit 30.

Aku lihat, pemain pertahanan Malaysia terpaksa bekerja keras menyekat serangan Indonesia dan kelonglaian bahagian tengah dan flanker yang kurang menjadi. Terutama Amirulhadi. Dia banyak mensia-siakan lariannya dan peluangnya. Amirulhadi adalah pemain yang bagus dalam menggelecek dan mencari ruang kosong. Namun, semalam bila aku duduk di tepi padang. Aku lihat dia kurang nak mintak bola padahal dia berada dalam posisi yang baik untuk melakukan serangan dari belah kanan. Kebanyakkan bola yang di hantar lebih kepada Norsharul. Amirulhadi? Hanya seolah menunggu dan memberi peranan kecil dalam melancarkan serangan.

Aku rasa, jika menjadi seorang flanker, selepas kau memberi bola hantaran pendek ke tengah dan kebelakang, kau mesti berlari kehadapan untuk menunggu bola long ball yang bakal di hantar ke bahagian kiri lawan yang kosong. Terdapat satu peluang sebegitu pada separuh masa pertama, namun Amirulhadi mensia-siakan hantaran dengan memandai buat hantaran rendah yang di block mudah oleh pertahanan Indonesia. Jika Norsharul mendapat bola sebegitu, dia takkan hantar terus, sebaliknya dia akan membawa ke dalam kotak penalti dan jika perlu, merembat ke gol. Dan semalam, dia sepatutnya merembat sahaja untuk gol pembukaan, kerana penjaga gol Indonesia, Markus tidak menjaga dengan baik angle gol nya. Sayang. Dan aku rasa, atas faktor itu juga Amirulhadi di keluarkan di babak kedua dan di gantikan Ashari.

Separuh masa pertama juga kita nyaris di kejutkan dengan gol Gonzalez, namun nasib baik, offsaid. Terberhenti jantung aku. Oh ya, Kunalan pada separuh masa pertama juga agak kelam-kabut. Hantaran dari tepi oleh Kunalan seringkali di block dan di keluarkan pemain Indonesia. Rembatan ke gol oleh Kuna pada separuh masa pertama juga nampak lemah dan mudah di tangkap oleh Markus. Begitu juga dengan Asra, haihh. Tak boleh nak cakap apa lah, pujian patut di berikan kepada Muslim yang sentiasa ada memback-up dan mengawal Gonzalez dengan baik. Muslim memang top-form malam itu, cepat refleks dan tidak mudah tertipu.

Indonesia pada separuh masa pertama banyak gerakan bahaya dari pemain kecil hitam bernombor 10 itu, Oktovianus kan namanya? Persis Shawn Wright Philipps aku tengok. Dia sentiasa menjauhkan diri dari pertahanan kanan Malaysia supaya dia boleh melakukan flanker dengan larian kencang. Pernah dia melima-posenkan Safee Sali dan menggelecek Asra dan Amar Rohidan. Bahaya mamat ni. Dia macma Norsharul, cuma dia berbadan kecil. Time rehat, aku menjangkakan perlawaanan akan berakhir seri jika Malaysia tak tukar gaya permainan. Ye lah, banyak sangat clear ball yang hmm. Tak ke sasaran sepatutnya, penat beb kalau clear ball tapi dapat kat pemain musuh. Yang penat ialah midfielder yang kena kejar sekali. Sebab tu, midfielder Malaysia pada separuh masa pertama tak menjadi kerana banyak di habiskan masa dengan mengejar bola dan pemain Indonesia. Bukannya atur gerakan.

Kontroversi laser memang buat aku mencarut. Bodoh betul siapa yang pancarkan tu. Kalau penyokong Malaysia sekalipun, aku tetap nak kata bodoh juga. Come on lah weh. Apasal nak kacau pemain-pemain bola dengan laser dan balingan mercun ke tengah padang? Agak-agak lah.

Separuh masa kedua agak lain. Sejurus sepak mula, aku lihat, ya! Malaysia menukar gerak permainan dengan set-piece dan hantaran pendek yang pantas! Aku mula yakin akan ada gol. Gaya permainan Malaysia tampak berubah dengan kemasukkan Ashaari. Dia tidak meniru cara Amirulhadi yang terus berada di tepi. Tapi, bila dia di tepi, dia akan membawa ketengah kawasan untuk bermain satu-dua dan hantaran pendek bersama Shafiq, dan Norharul. Seolah dari percaturan 4-4-2 bertukar kepada 4-5-1 dengan penguasaan midfielder hampir 70 peratus! Rilek je diorang passing satu-dua laju-laju macam main futsal.

Ternyata, corak sebegitu membuah kan hasil dengan jaringan. Indonesia hilang penguasaan tengah. Dengan keluarnya Oktovianus, nampak Indonesia hilang punca serangan. Umum semua maklum corak 4-5-1 merupakan gaya permainan mengutamakan penguasaan midfielder dan pergerakan flanker/striker dari tepi. Dan, korang dapat lihat semua gol Malaysia adalah gol dari hantaran dari tepi ke tengah dan pembawaan bola dari tepi ke tengah. Itulah yang menarik mengenai formasi 4-5-1.

Separuh masa pertama, Safee macam malas. Lambat untuk shoot. Second half, dia dah mula rajin mencari ruang. Aku memuji gol ketiga hasil header dari Safee. Paling aku puji adalah hantaran tepat Mahaili. Gerakan hantaran itu lagi aku puji, itulah gaya seakan Barcelona sewaktu zaman Ibrahimovic. Passing bola dekat-dekat, untuk tarik defender lawan keluar dari mengawal, buat hantaran kebelakang dan terus hantaran jauh kedepan dengan striker menunggu untuk melakukan percubaan! Hasilnya? Ternganga mulut keeper Indonesia.

Oh ya, Norsharul malam tadi memang licik. Dia bukan laju. Tapi licik. Inai masih di jari. Malam pertama perkahwinan entah sempat atau tak (hehehe). Namun, liciknya dia menghasilkan dua gol. Bukan senang nak memperdayakan 3 pertahanan lawan dengan berlari keluar padang dan masuk semula berlari membawa bola. Nani pun pernah buat, tapi tersungkur tau. Cuma, ada satu peluang hasil larian solo nya dan menggelek tiga pemain sambil melepaskan rembatan tidak berhasil. Refleks keeper dan Amri Yahyah lambat menyambar. Sayang sekali. Tapi, Norsharul tetap terbaik!

Penalti? Memang patut penalti. Ada sedikit terlepas pandang oleh pengadil nampaknya.

Lain-lain okay. Tahan bola okay, passing dalam 70% accurate, separuh masa kedua baru nak rajin memburu pemain. Oh!. Bijak juga defence Malaysia bila nak rampas bola, jatuhkan badan dan kait. Beb, cara tu 50/50. Tengok, kan dah kena free-kick. Patut kau himpit saja, body-contact agar dia loose ball automatik. Takpelah, nasib baik menjadi.

Sekian saja analisis kali ini. Semoga Malaysia menang di leg yang kedua. Chalo!

VICTORY!

5 ulasan:

zuar berkata...

selangkah lagi untuk mencipta sejarah baru bola sepak negara^_^

MéuzAngelo™ XXIII berkata...

kite org malaysia jgn terlalu angkuh dgn keselesaan sedia ada..

siap sedia dgn perlwanan 2nd leg kat indon nnt..

Al berkata...

dgr kate stadium bung karno rosak
mgkn main d stadium bkecuali

Fariz Danial berkata...

Aku suka analisis ko, kadang2 apa yang aku cakap kat member aku selalu mesti sama pendapat kat blog ko ni.. asal hah?



anyways, nice entry =]

Malaysia ataupun Chelsea ? Mana pilihan anda ?
► Play. ▌▌Pause.

AlexiaAqram berkata...

f.danial

sebab kau main bola sepak jugak mungkin?