Disember 13, 2010

Journey Dalam Dunia Blog

Bila korang mula berblogging?

Helly, bila kau mula? Kau Farid, bila? Apit, aku rasa kau pun dah lama kan? Ceghap, tak payah cerita lah. Kau yang kenalkan aku dengan benda alah ni, haha. Macam mana dengan yang lain? Bila?

Aku yakin korang semua dah lama dalam kancah blogger ni. Dah masak. Dah boleh baca apa yang datang, apa yang lepas. Dan paling penting, korang dah rasa jatuh bangun, sedih, gembira dalam dunia yang tak berapa realti ni.

Aku pula, bila?

Hmm, biar aku flash back di mana aku bermula. Seingat aku, aku bermula dalam dunia blog ini dengan menjadi penulis sambilan dalam sebuah blog di namakan Boikotlah. Sebuah blog yang menceritakan ketidakpuashatian mengenai sistem memboikot. Dan yang paling kecoh ketika itu, pasal dunia GAY dan LESBIAN. Di situ aku bermula secara tegar. Dan itu cerita basi dua tahun lepas.

Kejap, ada satu lagi blog time tu yang aku aktif. Ya, Komunikasi Kampus. Pasal hal masyarakat. Student power. Dari situ aku mengenali sedikit demi sedikit apa itu fungsi blog dalam perjuangan pelajar.

Dari dua blog itu, aku berganjak dengan sampahsociety. Sebuah komuniti haruk tak ingat dunia. Motifnya, sebab nak memeriahkan scene muzik independent di Pulau Pinang. Wuih, pakai dot com lagi. Macam-macam hal dalam blog sampahsociety. Bertikam lidah dengan penggiat seni. Haha, fikir-fikir balik. Macam bangang juga aku menulis dulu. Namun, yang dah lepas, lepas je lah. Lagipun blog tu dah berkubur. Sama berkuburnya fenomena independent. IN-DIE.

2 tahun lepas itu jugak, aku ada blog berciri politik. Sangat kontroversi. Kawan-kawan aku sendiri mempertikaikan fahaman aku. Hanya sebab aku more to government. Ceh. Aku dah tutup dah blog tu. Setahun je. Tapi, yang aku ingat, blog tu pernah kena serang dengan malware dari mereka yang anti-government. Macam puki. Hanya kerana aku revealkan satu-persatu kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sampai kerajaan itu jatuh, dan di rampas semula oleh Barisan Nasional. Time tu memang haru. Tsunami politik memang kena tempiasnya pada blog tu. Mujur, cepat aku tutup. Kalau tak mahu juak-juak pembangkang nak balun aku cukup-cukup. Apa tidaknya, kalau dah sampai dapat email ugutan. Aku time tu rasa macam, What the fuck? Ini kah di namakan kebebasan suara yang di canang-canangkan? Ah sudah lah. lupakan cerita lama tu. Aku tak mahu ungkit. Buat penat otak.

Kemudian aku sepi dalam blog agak berbulan-bulan. Setakat layan myspace, myspace, myspace dan kemudian, eh, ada facebook. Itupun kena kutuk dengan kawan, kata aku baru nak ada. Ceh, apakah? Lambat cepat ni jadi persoalan kah? Dalam menyepi itu, aku lebih suka jadi pembaca saja. Konfemlah masa tu mesti baca AkuTakPeduli. Haha, Irman memang best. Bila tengok dia perform kat stage pun best. Makwe lawa. Hot. Pakai Satria. Ceh. Apa jadah aku nak puji Irman ni? Takde motif langsung.

Masa sepi tu juga, ada juga blog2 lain yang aku baca. Time tu, dunia blog baru nak naik. Bloggers-bloggers yang kita respek sekarang ni seperti Lucy, Pipi, Obe, SueAnnaJoe, geng-geng Rantai, Hanis Zalikha, Mat Jan dan Sindiket Soljah, Geng JOHO, Gadis Jahat, Lady Esah, Magenta, Iqa Nabeera, Blog Bak dan banyak lagi, semuanya mula mengambil tempat untuk aktif sekitar penghujung 2008 dan awal 2009. Kira setahun selepas itu. Poom!! Mencanak.

Sekarang. Sudah ada LensaRosak. Tahun lepas aku buat. Sebab? Aku suka mengambil gambar. Tapi, tak pakai DSLR pun walaupun tengah fenomena. Kamera biasa saja. Sebab itu aku namakan LensaRosak. Tak HD pun gambarnya. Hitam dan putih saja. Tak macam blog bergambar sekarang. Kalau boleh nak sebesar tv 32inci page blog dia. Payah aku nak scroll satu-satu. Haha.

Sekarang, blog ini jadi penulisan persendirian dan perkongsian pendapat untuk bahan ketawa. Serta tak lupa cerita aku dan ehem ehem aku. Tangkap gambar pun dah jarang. Yang terkini, sibuk dengan pasal jiwang karat. Ya, blog Terfaktab. Dedikasi aku mengenai cinta dan komitmen aku dalam memelihara kaum wanita. Aiceh. Sungguh kimak ayat ini.

Eh, ada satu lagi website aku menulis baru-baru ni. Pasal muzik. Haha, korang kan terer. Kalau tau kat mana, senyap-senyap sudeyhh.

Ini lah journey aku dalam dunia blog. Penuh suka duka. Cuma.. ada satu benda yang aku nak tanya pada korang dan diri aku sendiri.

Sudah sejauh ini, sudah selama ini, rasa menjengkelkan pada dunia blog kini yang serba nak profit memanjang. Serba nak cari popular murahan, nak cepat popular sangat. Gelojoh nak mampos. Patutkah aku dan korang yang sependapat dengan aku untuk keluar dari dunia blog dan menutup pintu dari alam maya yang serba palsu sekarang ini? Atau, aku sekadar terlalu emosi? Atau sepatutnya aku tak perlu endah sangat, teruskan saja menulis kalau ada idea. Kalau ada-ada lah, takde-takde lah. Macam gitu?

Atau, korang rasa patutkah aku reveal siapa diri sebenar aku di sebalik nama Alexia Aqram ni? Tunjuk wajah sebenar, jadi macam orang lain. Ceh. Lagi tak boleh blah, macam lah aku popular sangat sampai nak kena buat macam tu. Dan macam lah kawan-kawan aku tak kenal aku pulak. Fak.

Aku sudah mula membenci dunia blog yang jahil ini. Kalau takde arah, mungkin aku akan delete kebanyakkan post-post yang ada dan jadikan blog ini macam twitter saja. Macam blog AKAB. Setel.

Tamat.

7 ulasan:

Fiq berkata...

sejak aku bercakap sorang tade org nak dgr.. hah.. sejak tu lah!


jangan berperikebabian.. ayat linglung yang ni mencanak2 dalam otak aku..

haha

MATAHARI berkata...

between the reality and the virtualiy, there's a boundary that we need to take care of where once you let yourself trust the virtuality, you'll lose in the unseen hole.


tak yah expose, kang dah jadi tak unik.

aku berasa berperibabian dengan blog pic CCTV.capub, n profitprofitprofit.

Hellioz berkata...

gwa start 2 taun lepas,
tapi awal2 gwa byk bace.

obe ah salah satu sebabnye.

gwa menyampah blog sekarang ni masing2 galak sgt borak pasal duit duit duit.
xcukup dunia realiti gwa gaduh pasal duit,
virtual pon masing2 kejar duit, macam takde bende lain.

aku second ayat matahari.
jgn bukak topeng

hail lulz for the lulz!
kah3

Faisal berkata...

bukan senang untuk menjadi blogger ini..=)tp jangan mengalah

The Poyo Me berkata...

aku third matahari jugak.
jangan dedahkan siapa anda!
keep your personal and blogger FB separate. or like me, delete either one. LOLOLOLOL

and OHyea Jlove da takde. beliau sorg je yag da tau identiti gua. hahaha

eh apa gua merepek ni?

oh btw, gua orang baru dalam blog. bru masuk tahun lepas.

Lee Zha berkata...

rilek2 sudeyy..lau suma blogger prangai sm cm kita pny slera kg, xda bnd yg ko nak kutuk mcm jahanam. msg2 pny sb buat blog, so lyn suda~~

lau xsuka, jgn layan lor~~

dia wt blog sb nk peymes ke..sb nk hot terbakar ke..dia pny psal..

lau ko lyn kg, nmpk mcm agak kebangangan lak, sb lyn org bangang..

semakkn otak ko je nk pk sal blogger pny peel bro. hahaha

Irwan berkata...

berapa lama pun kita mula, yan penting ialah apa yang kita belajar setakat ini