Disember 07, 2010

Menjengkelkan : Kedai Makan Berkaraoke

Series. Aku bingit gila dengan kedai makan yang ada karaoke terbuka.

Bising.

Nak makan pun tak senang.

Telinga sakit.

Nak berbual dengan orang sebelah pun macam bercakap dengan orang pekak.

Apatah lagi kalau yang nyanyi karaoke tu tak sedap.

Suara sengau mahupun garau.

Lagi bertimba-timba aku benci kalau lagu yang dia nyanyi tu lagu yang tak sedap. Atau lagu yang kita kurang familiar.

Sapa lah sangat nak dengar lagu John Jenin oleh XPDC? Mat-mat felda yelah.

Tapi kalau kedai makan kat bandar?

Aku rasa nak lempang sekor-sekor DJ yang jaga sound tempat karaoke tu.

Sebab apa? Tak boleh slow ke volume tu? Nak jugak sampai 97 decibles. Gila apa?

Tak semua pengunjung nak makan malam dengan keadaan bising. Lebih ramai yang sukakan ketenangan. Betul tak?

So, aku nak tanya.

Tak boleh ke kalau kedai ni dari bukak karaoke yang memekak, di tukar kepada 'ngaji'? Tau tak apa itu 'ngaji'? Memutarkan bacaan surah-surah Al-Quran. Bunyi sayup-sayup bagi pengunjung tenang dan insaf. Kan bagus.

Aku berani cakap. Kedai yang memutarkan bacaan surah-surah Al-Quran tu konpem laku. In a meantime, for muslim restaurant lah.

So pakcik, jangan salahkan saya kerana menyaman kedai pakcik yang memekak dengan karaoke sampai 2pagi. Dan jangan salahkan kedai sebelah sampai mengata diorang membomohkan kedai pakcik pulak. Salahkan diri sendiri kenapa kedai pakcik tak laku.

Sekian.

Pegawai Majlis merangkap ahli UMNO.

p/s : Nak karoeke pegi pusat karoeke lah! Apa jadah karaoke kat kedai makan? Patutlah kedai makan tak laku. Setan bertendang waktu menghadap rezeki.

6 ulasan:

The Sharkox berkata...

Serius, aku pun sangat benci dengan kedai makan yang ada karooke.. memang macam gampang, orang tengah makan lepas tu ada suara2 yang bajet sedap menyanyi...

Menyanyi mesti lagu2 jiwang 90 an..aku tak paham kenapa kena nyanyi lagu jiwang 90 an

Awang Joe berkata...

yg kamu g mkn kt ctu wtper? dh tau x ske g laa cr kdai lain...mcm xder kdai dh dlm msia nie...hehe...

AlexiaAqram berkata...

lagu jiwang 90an aku tak heran. tapi, kalau lagu dangdut. aku heran.

aku bukan sengaja nak makan kat situ, member2 ajak ngeteh. sekali, dia pasang karaok daaa

J. Abdullah berkata...

aku pulak tak suka blog yang ada music player. bingit boleh tahan. nak baca pun tak senang.

AlexiaAqram berkata...

ye la. ye la. aku removed. cis!

fadh ^_^ berkata...

name pon kedai makan berkareoke. mesti lah ade orang yang nyanyi. iye dak?
kite yang ade akal fikiran yang sihat ni eh sihat ke? mempunyai pilihan yang banyak untuk makan kan? makan la dekat laen. kalau suke makanan dekat kedai tu jugak, tapau makan kt rumah. kalau x, makan je kt ctu senyap2. pekak kan telinge.