Disember 18, 2010

Perkara-Perkara Yang Korang Boleh Tahu Pasal Kami

Ramai orang konfius. Lelaki atau perempuan yang menulis dalam blog ini?

Okeh, okeh. Biar kami jelaskan.

Dulu, masa blog ini bernama Melayu Republik, ia di tulis oleh Aqram seorang sahaja. Masa di awal LensaRosak, ia di tulis oleh Aqram jugak. Cuma, ketika sudah masuknya unsur-unsur tulisan cinta seperti Love Lesson For Men dan Education For Women, penulisnya masih Aqram. Namun, di situ Alexia datang untuk memberi idea. Ia memberi maksud, Aqram menulis manakala Alexia memberi/menambah idea dan isi. Bermakna, masih Aqram menulis seorang diri, cuma di inspirasi oleh Alexia. Ceh, kemaen.

Namun, sejak 2 bulan lepas. Ya, Alexia juga dah mula menulis. Baru pandai, konon-nye lah. Dan kemudian, wujudlah Terfaktab. Ya, himpunan koleksi penulisan cinta, relationship dan sarcastic. Korang wajib singgah taw!

Em, apa lagi ek korang boleh tahu? Ha, kami list kan je lah. senang sikit.

1. Kami tak suka dengan contest blog. Sebab, tak nak dedahkan identiti kami.
2. Kami berdua suka mengembara dan bercuti. Sejauh Australia mahupun sedekat Kuala Lipis.
3. Aqram tidak suka makan ketam, Alexia tidak sukakan kucing.
4. Alexia benci orang merokok, Aqram buat dek je. <---nyampah!
5. Kami sudah berpacaran sejak 2005. Insyallah tahun depan menikah.
6. Aqram pandai bermain alat muzik, Alexia langsung tak reti. <---I suka dengar je.
7. Alexia adalah ahli kimia, manakala Aqram adalah ahli fizik.
8. Kedua-dua kami suka makan! Tempat makan kegemaran ialah Seoul Garden.
9. Aqram berasal dari Johor, manakala Alexia dari Kedah.
10. Alexia berdarah Siam-AngloSaxon, and Aqram berdarah Banjar-Sunda.
11. Kami berdua menyampah dengan mereka yang 'laghai' (lelaki patah)
12. Kami suka berniaga. Lagi-lagi meniaga kedai makan.
13. Aktiviti berdua yang kami suka lakukan ialah cari pakaian bundle.
14. Alexia kurang gemar kedai mamak, Aqram lagi sekali buat dek je. <--Ewww
15. Kami berdua memandu kereta jenis hatch-back. WiraAeroback dan Peugeot 206.
16. Kedua-dua kami ada scooter Ego hitam.
17. Aqram sukakan bola sepak, Alexia sukakan renang.
18. Topik yang selalu kami berbincang bila berdua ialah ; macam mana nak tambah duit.
19. Kami berdua benci dengan kata ganti nama 'mama/papa'. Jadi, kami gunakan 'saya/awak'. <---Yucks!
20. Ramai orang kata kami bukan couple, tapi adik-beradik. Kerana di katakan seiras. <--Ye ke???
21. Paling lama kami bergaduh, tak sampai 48jam. Tak tahu kenapa cepat sangat berbaik balik. Ada jodoh kowwtt. Hehe.

Ok, cukuplah. Karang tak pasal-pasal ada yang muntah. Bye!

By, Alexia.

p/s : Kami nak bagitau yang siri love lesson dan education for women dah takde. Kan dah ada terfaktab. Noted!

10 ulasan:

MATAHARI berkata...

A & A, fizik dan kimia. wow.

Fiq berkata...

nak menikah dah?

bagus2..

cikgu azri kata, menikah ni kemuncak kesempurnaan seorang lelaki.

hehe.. selamat lah kome berdue yek!

Is berkata...

manis la korang berdua.
haha.

Awang Joe berkata...

dh jd jgn luper jmput...

AlexiaAqram berkata...

pasti jemput. aku bagi kad jemputan kat FB je lah. haw hawa haw~~~

Paria Perawan berkata...

patutle kengkadang ada unsur feminin
dalam ayat!
ahahahah

J. Abdullah berkata...

i still think alexia is your alter ego.

AlexiaAqram berkata...

@j abdullah

before this, yeah. an ego of inspiration. i'm just write what i want. unexpected, she's read my blog secretly.

after a few incident.

the right alexia was here to write and give some idea.

now, this is we are. haha!

eiffel berkata...

owh..oke..skrg baru gwa paham!!!

ari tuh, siyes gwa penin..owner nih lakik ker pompuan?

kekdg ia lbh kpd kelakian dn kekdg cm feminin...xkn khunsa plak, ye dak...

Aiza J berkata...

aik aik..
nak menikah dahhh