Januari 24, 2010

Wajah

Sedang mempelajari dan memahami wajah-wajah setiap manusia di sekeliling berdasarkan aktiviti yang mereka lakukan.

Sama ada aktiviti keduniaan, keagamaan dan sebagainya.

Tapi setakat ini, hanya menjumpai ramai manusia wajahnya sudah tiada nur cahaya keagamaan, semua sibuk dunia dan lupa. Kalau ada pun, setitik dua cahaya sahaja pada muka mereka.

Oh, mengapakah kiamat itu akan datang pada umur aku?

Januari 14, 2010

Semakin Memahami Al-Quran, Semakin Hina Diri Ini Terasa.

Ya. Itulah tanda yang jelas bila aku buka helaian itu satu persatu dan memahami jalan cerita dan isi kandunganya. Kitab yang aku pegang selama berpuluh tahun, sejak kecil aku membaca, namun sayangnya pada waktu itu aku hanya membaca tulisan, membaca kerana kemerduan, bukan kerana kefahaman.

Semakin aku faham Al-Quran, aku mengerti, aku terasa diri aku sangat hina. Kerana, segala peristiwa manusia dan termasuk diri aku sendiri, telah di tulis dahulu dalam Al-Quran sejak beribu tahun yang lalu. Ternyata Allah itu Maha Kuasa.

Sangat hina di sini aku maksudkan betapa kerdilnya aku bila di dunia. Ya, aku pernah mengecapi kejayaan, kejayaan di dunia, mahu menjadi contoh pada orang lain, agar orang lain boleh mencontohi aku, dan akan ikut perkara kebaikkan yang aku lakukan. Tapi, setelah itu, apa yang seterusnya? Aku berjaya, orang lain pun hendak ikut berjaya, selepas itu, apa yang terjadi pada aku? Hidup selesa? Membantu orang lain pula? Kemudian, apa pula? Seperti sesuatu yang tidak puas. Benarlah, manusia takkan puas. Dan jika aku tak bendung, aku akan lebih mudah termakan pujukan syaitan. Nauzubillah.

Namun, mempelajari dan memahami Islam, mengajar aku pernyataan:

'Hidup ini ada had, segala perkara oleh makhluk ada had, yang tiada had hanyalah Allah Yang Azali'

Kejayaan di dunia akan ada hadnya. Umur para rasul pun ada hadnya. Populariti, kemiskinan, kekayaan bahkan sifat makhluk ada hadnya. Namun, apa akan jadi jika manusia melebihi had? Ataupun melampaui batas? Aku percaya dan yakin, akan ada balasan atau ganjaran dari Allah Yang Maha Adil. Kalau perkara buruk melampau batasnya, buruklah balasannya. Kalau baik melebihi hadnya, akan ada ganjaran dari-Nya.

Dan jika sampai masa nanti pun, akan ada had untuk diri aku, blog ini mungkin akan berkubur, Facebook aku pun akan berkubur. Diri aku juga akan berkubur.

Sekian,
Manusia Biasa.

Januari 06, 2010

Isu Nama Allah Dalam Herald : Sudah Tiba Masanya.

Rancak perbualan di sana-sini dalam minggu permulaan tahun baru. Isu yang panas semestinya isu nama Allah yang mahu di letakkan dalam akhbar Katolik Herald.

Sebenarnya, orang Islam belah Semenanjung memang banyak tak tahu bahawa orang Borneo Kristian sudah lama menggunakan nama Allah sebagai kata ganti Bahasa Inggeris iaitu 'God'. Cuma baru sekarang nak di jadikan sebagai ketetapan ataupun undang-undang yang menghalalkan penggunaan nama Allah dalam Injil.

Lawak sebenarnya isu ini. Seolah masing-masing berebut 'itu Tuhan aku, itu bukan Tuhan kau'. Syirik kecil tu sebenarnya. Nauzubillah.

Wahai orang Islam yang taat dan yang tak taat, ataupun yang fasiq. Dengar sini.

Kembalilah kepada Surah Al-Ikhlas. Surah pendek yang kalian selalu baca dalam solat lima waktu. Walaupun ada yang membaca tapi tak tahu makna, itu memang parah. Nah, sekarang saya beritahu kalian makna Surah tersebut.

Nah, dah baca? Dia adalah yang Maha Esa (satu). Jadi, kalau kalian benar-benar faham bahawa Allah itu hanya satu, kenapa orang Islam Malaysia tak fikir bahawa keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan nama Allah boleh di digunakan dalam Injil sebenarnya adalah kelebihan bagi Islam mengembangkan dakwah-nya. Kenapa macam susah sangat nak berkata 'baik Islam, Kristian dan Yahudi, sebenarnya kita berkongsi Tuhan yang sama. Allah adalah Tuhan Yang Satu.

Apa? Tak percaya?

Hey, dari orang-orang Kristian tu sebut Tuhan Pagan macam Zeus, Osiris, Optimus Prime dan lain-lain. Adalah better dia sebut Allah. Sekurang-kurangnya, satu hari nanti, mana tau terdetik hati mereka nak mengkaji siapa itu Allah? Kenapa Allah? Mana asal-usul Allah? Apa sifatnya? Allah dalam Kristian macam gini, tapi kenapa Allah dalam Islam macam gini? Yang mana satu betul? Time tu lah kita akan datang memberitahu mereka dan menyebarkan dakwah tauhid sebenar-benarnya.

Sebab itulah saya katakan ini lah masanya. Masa yang sudah sampai kita sebagai umat Islam yang beriman untuk keluar menyampaikan apa dan siapa itu Allah. Kita perlu mendidik anak muda dan kecil kita agar mereka benar-benar faham konsep sebenar ketuhanan. Ini tidak, jadi pengecut, 'takut nanti anak-anak muda kita akan keliru'. Padahal, kerosakkan itu takkan terjadi lah kalau kita umat Islam sudah siap sedia melatih anak muda kita teguh imanya. Ini tidak, bapak Parti PAS, pergi masjid setiap subuh, anak kat KL baru balik clubbing lepas subuh. Macam celaka.

Sebab itu persoalan yang sering saya fikirkan ialah, tiada masalah sebenarnya jika mereka(orang Kristian) nak menggunakan nama Allah, kalau nak guna 99-nama Allah pun boleh, tetapi, yang masalah ialah bolehkah mereka mempercayai Allah itu hanya satu?

Di sinilah yang memisahkan konsep akidah dari segi nama dan zat. Nama Allah adalah sebutan perwakilan, malah ada 99 lagi nama Allah iaini gelaran kepada sesuatu yang sangat berkuasa. Tetapi, sifat-nya? Tuhan(Allah) itu hanya satu kan? Dia tak beranak dan di beranakkan, kan?

Orang Islam kat Malaysia ni pun bebal juga, pemerintahnya pun sama. Sudah ada kuasa, tak nak guna. Kalau mereka(Kristian) mahu gunakan nama Allah dalam Injil, bagi je lah, cuma berilah satu syarat yang bijak. Contohnya, orang Kristian wajib mempercayai Tuhan itu satu. Letak saja dalam Rukunegara. Ubah kepada Percaya Kepada Allah Yang Satu. Bukan lagi 'Percaya Kepada Tuhan'. Sebab orang Buddha dan Hindu pun percaya pada Tuhan, tapi, banyak Tuhan! Lagi lah songsang!

So, ini lah pendapat saya. Pendapat kalian bagaimana pula?

Pesanan: Orang Kristian Pure tak mengakui dan tak suka konsep Trinity. Mereka percaya Tuhan adalah satu, dan Allah adalah Tuhan Yang Satu. Cuma... mereka tak percaya kepada Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir. Sayang kan? Dengar cerita, mereka adalah orang-orang yang rugi seperti yang disebut banyak kali dalam Al-Quran.

Januari 02, 2010

My Music, Your Music, Siapa Peduli?

Kau suka dengar Bunkface - Through My Window.

Tapi aku suka The Cure - Just Like Heaven.

Kau suka Taylor Swift - You Belong To Me.

Alamak, aku suka Robot Asmara - Blocked.

Hari-hari kau nyanyi lagu Aizat - Pergi, bila kau bosan.

Dan aku dengar loudspeaker lagu John Mayer - Gravity.

Bila kau marah, kau buka lagu Black Eyed Pees - Boom Boom Pow.

Tapi aku tak, aku buka lagu Lost Eden - Forsaken Last.




Aku dah tak kesah pasal muzik lagi. Rasa sudah malas nak jadi seperti dulu untuk sentiasa mencari yang terbaru dan rare. Aku mahu menjadi pengikut masa berkadaran dengan lagu. Boleh kan? Ala, kalau aku karaoke lagu D'Masiv - Cinta Ini Membunuhku, tak bermaksud aku nak putuskan hubungan lah. Aku just follow apa yang aku rasa nak. Sekarang nak pergi gig atau konsert pun.... dah macam 'tak perlu'. Mungkin dah dewasa. Mungkin dah matang. Dah tak fascist, dah tak rebel, dah tak havoc. Dengar apa yang perlu. Dengar band Niskala. Dengar Bob Dylan... Rasa macam kembali zaman Black Magic Woman.

;P