Julai 30, 2010

Terasa Kerana Bahasa.

Kawan-kawan memang busuk. Ada yang suka memerli, menyindir, menasihat, buat-buat baik, buat-buat caring dan mungkin juga buat-buat gay. Itu semua lumrah dalam berkawan-kawan. Namun, bila petik cerita pasal kawan-kawan ni. Tak semua kawan kita sekepala ye tak? Alaah, kalau kawan senegeri pun, even kawan sekolah pun, ada je yang kita rasa tak selesa. Itu belum masuk kawan bukan senegeri. Dan gua lihat masalah ketidakselesaan antara kawan-kawan ini adalah antaranya masalah BAHASA. Bila salah berbahasa, mulalah TERASA. Dah TERASA, jadilah TAK SELESA.

Jadi, untuk cerita kali ni. Gua mula dengan satu situasi yang gua alami.

"Eh, ang dah kerja? Weh, ada kosong lagi dak?", tanya kenalan gua dengan nada mahu memulakan perbualan.

"Ada la kott. Try lah tanye", gua jawab macam malas-malas. Baru balik kerja, biasalah penat. Tapi, still sengih-sengih ubi.

"Tempat kerja ang boleh buat part-time 2 hari je dak?", pertanyaan yang merumitkan di ajukan pada gua. Dalam hati gua, 'Wah, heaven nya kalau ada company bagi kerja 2 hari seminggu.'

"Hahaha.. kalau company tu bapak kau punya, bolehlah kau kerja 2 hari je. Hehe", gua gelak-gelak buat lawak. Maksud gua di situ ialah, memang takde company bagi kerja 2 hari seminggu. Tapi, gua hiasi dengan ayat lawak dalam pemahaman bahasa selatan gua.

"Oh, ye ke? Ok", muka tarik. Macam muka nak gaduh telah di lampiaskan oleh kenalan gua. Seolah tak puas hati dengan perkataan main-main bapak ni. Terus dia berlalu sambil memegang erat pinggang makwenya yang hot-hot tu.

Gua terfaktab. Berlalu gua pergi dengan persoalan. Aiseh, lupa plak orang belah utara mana nak faham bahasa gila orang selatan. Demm.

Susah jugak bila hidup berkonsep 1Malaysia ni. Ye lah, bila hidup merantau kat negeri orang. Tak terperap kat negeri sendiri. Bila kat negeri orang, nak ikut rencah negeri orang sebenarnya susah. Lagi-lagi kalau bab bahasa. Gua bagi contoh mudah, kat Penang ni, budak-budak tak panggil gula-gula tu gula-gula. Tapi, diorang panggil cokelat. Jadi, bila ada kawan mintak cokelat kat gua, gua cakap lah takde, pastu dia boleh cakap gua tipu. Siap cakap, "Elehh, kedekut, kat dalam kocek tu apa?". Gua terfaktab lagi. Gua hulur gula-gula. Pastu dia cakap, "Ha, ada pun cokelat". Gua bingung sebentar. Rupanya kat Penang budak-budak panggil gula-gula tu cokelat. Dan cokelat pun dipanggil cokelat. Huh? What the F? Tak spesifik langsung bahasa utara ni. Ini kalau gua cakap jajan atau cekedis, entah diorang paham ke tidak.

Itu baru bahasa mudah. Cuba kalau gaya percakapan. Ada member gua orang PURE Melaka abes, kalau panggil member-member memang berdesing kalau orang negeri lain tak faham.

"Woi Lahanat, lama tak jumpa kau sial, apa bikin?"

Bagi gua, sebagai anak Johor. Ayat tu biasa je. Ayat tanya khabar. Tapi bagi member gua yang budak Kelantan dengan Kedah. Memang sah-sah member gua yang Melaka tu kena sound ;

"Anak haremm kauu, bahasa elok sikit, jangan buat ketegaq kat sini"

atau

"Mu nak kawe tumbok mu ke gapo?"

Haha. Lawak sial kadang-kadang gua tengok. So, kesimpulannya. Jangan cepat terasa sangat ok. Baik tanya dulu maksud-maksud tu kalau tak faham. Takpun, lebih berhati-hati bila berkata. Kalau, susah sangat, gunakan bahasa BAKU seperti 'yang telah guru ajarkan di sekolah'. Kalau panas baran sangat, agak-agaklah sikit. Member-member je ponn. Apa cher nak gaduh-gaduh bai? Haha. Chalo betey!

p/s: Dulu gua ada makwe orang Sarawak, lagi gua tak paham dia cakap apa. Kamek kitak apak?

Clash Of The Titans

The Gunners
I Rossoneri
Les Gones
The Bhoys

Hari minggu gua waktu malam. Bye-bye. Gua nak tengok Nasri gelek si abang Jos dengan budak-budak Scotch dan Paralimpik. Go Gunners!

Julai 29, 2010

Bina Negara Islam?

Ramai.. Oh tak, Majoriti ahli falsafah terkemuka, dan cendekiawan ideologi berpendapat ;

"Membina sesebuah negara berlandaskan agama adalah tak masuk akal. Sebaliknya, membina sesebuah negara berlandaskan bangsa merupakan satu perkara paling releven"

Sebab itu wujudnya, NEGARA BANGSA. (pelajaran sejarah form one)

Mengapa? Mengapa Negara Agama tak masuk akal di wujudkan? Bukankah Rasuluallah SAW sudah mewujudkan negara dan kerajaan Islam di Madinah?

Check balik. Ahli falsafah berkata ;

Islam berdiri atas penyatuan bangsa Arab terlebih dahulu. Islam bukan mula-mula terbentuk atas penyatuan bangsa Arab dengan bangsa lain. Bila Islam berkembang, barulah negara Islam terbentuk dan berkuasa. Namun, kuasa Islam tersebut beralih rupa bangsanya. Dari bangsa Arab, kepada bangsa Parsi, kepada bangsa Ajam, kepada bangsa Turki dan selanjutnya.

Jadi, sebagaimana Malaysia ini? Bolehkah negara berlandaskan agama di wujudkan? Seperti yang di perjuangkan pengikut parti PAS, UMNO dan lain-lain badan pertubuhan?

Boleh. Itupun sama ada majoriti Cina dan India masuk Islam. Ataupun majoriti Melayu masuk Buddha. Takpun Melayu, Cina dan India masuk Kristian. Ataupun, bangsa Melayu yang majoriti mempunyai superior-power dari segala kelas dan bidang.

Masalahnya, boleh terjadi ke? Dan yang paling penting nanti, dah sampai masa, sanggupkah membunuh bapa sendiri? Apabila anak masuk Islam, bapa masih bukan Islam. Berperang. Kena berbunuhan. Sanggup?

Jika di nilai sejarah pembentukan awal Islam. Benda tu boleh terjadi. Cuba check Perang Badar atau Perang Uhud. Ada kisah pembunuhan bapa sendiri sewaktu perang.

Sebab, nak tunggu superior-power tu. Lambat. Melayu sekarang berpecah teruk.

So, sanggup?

p/s: last-last tunggu Imam Mahdi je lah.

Julai 28, 2010

Party For Muslims

Muslims party on despite religious crackdown

Despite moral polices constantly trying to rob them of their fun, Malay youngsters refuse to let it get them down.
by Beh Lih Yi (AFP)

Dusk has fallen and the party is just beginning for 29-year-old Asyikin, one of the many young Malay Muslims who hang out in Kuala Lumpur’s vibrant Bukit Bintang nightlife district.

A morality crackdown has seen Malaysian Islamic authorities hand out caning and jail sentences for illicit drinking and sex, and launch raids on homes and clubs in the glare of media flashlights.

But for Asyikin, a petite and attractive business executive dressed in a knee-length skirt and strappy high heels, the campaign hasn’t dampened her party mood.

“I couldn’t care less, I’m partying. Religion to me is a personal thing,” she says as she sips a glass of whisky and greets other regulars at the bars and restaurants that line the narrow streets.

Malays, who make up 60 percent of the population, are forbidden to have sex out of wedlock or drink alcohol under the Sharia legal system which runs in parallel to the civil courts in Malaysia.

In an unprecedented case that grabbed world headlines last year, Muslim model Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, was sentenced to six lashes of the cane for drinking beer.

Kartika’s sentence was commuted to community service after an uproar from rights groups, but three other women were quietly caned under Islamic laws in February for having sex out of wedlock.

Despite the highly publicised cases, every weekend Kuala Lumpur’s top clubs are packed with fashionably dressed youngsters including Muslim Malays—many offspring of the nation’s elite—socialising and drinking openly.

“I’m a bit more wary after all these cases but it doesn’t really affect my mood to go out and party,” says Muaz Omar, a civil servant who goes to pubs with friends to watch live band performances.

“People who drink still do go out because even private parties at home are subjected to raids, there is no longer a safe haven,” says the 35-year-old, who adds that he does not drink himself.

“The religious authorities should not be a moral police. In the religion, if it’s a private matter, then it should be a private thing. There must be a rethinking of the way they act.”

The crackdown has fuelled debate over rising “Islamisation” of the multi-ethnic nation, and rights groups have urged religious authorities to stop acting as morality police.

“We don’t agree with the way they go on, Islam is not about snooping around catching people committing sin,” says Ratna Osman, legal manager from leading civil society group Sisters In Islam (SIS).

Ratna blasted the raids as a form of rights violation and an intrusion into people’s privacy.

“Unless that person is a drunkard and started going around committing crime or causing accidents, then yes, you can punish them because they endanger people and their own life,” she says.

“But if the person commits a sin in a private domain then it is between him and God. If as a Muslim you feel compelled to tell him, it should be done in a compassionate way or to educate them.”

Religious authorities defend their actions, saying they are merely carrying out their duty to ensure fellow Muslims stay away from sin.

“We don’t accept any behaviour that is not condoned by Islam,” Che Mat Che Ali, the head of the Islamic affairs department in Kuala Lumpur, tells AFP.

“Drinking is a big sin. If you are drunk, you are not in the right state of mind, you yourself will suffer and others may suffer too.”

“It’s not just something between the person and God, we have a duty to advise them.”

The department has rounded up nearly 500 individuals in Kuala Lumpur so far this year for offences including drinking and “khalwat”, or “close proximity” which bars Muslims from being alone with a member of the opposite sex.

Ratna warns that if the crackdown continues it will hurt Malaysia’s image as a moderate and progressive Muslim nation.

“The outside world looks at us as a country which is leaning towards the Talibanisation of the Muslim community in Malaysia,” she says.

But many Malays are unmoved by the ideological debate.

“If you ask me whether I am afraid to hang out with my friends like this after all these cases, the answer is no,” says Asyikin, who like many of Malaysia’s most privileged youngsters went to university abroad—in Britain.

“It’s a choice of lifestyle. Some people, they really follow the book (religious teachings) and for some, you are born a Muslim, you can’t get out of it,” she says as she clinks glasses with a friend.

------------------------------------------------------------------

Gua rasa tak semua anak muda Islam hidup lifestyle sebegini. Berita ni kelakar. Seperti menganggap macam semua anak muda Islam really desperate nak party, minum-minum, seks and private matter. Bangang.

Julai 27, 2010

Biar Gua Cerita Apa Yang Gua Alami : Bahagian Akhir

Selama gua 11hari kat Mekah dan 3hari di Madinah, macam-macam benda yang gua jumpa. Pengalaman baru, pengetahuan baru, benda jahat baru, benda baik baru, budaya yang cool dan manipulasi cara hidup yang tiada di Malaysia.

Ok. gua rasa malas nak buat esei. Better buat point-point lagi smart kan?
  • Kalau pergi Mekah, jangan lupa bawak shades or spek mata hitam. Satu kegunaannya ialah melindungi silau mata masa nak tawaf. Walaupun tak pandang atas, tapi pandang bawah, lantai mozek putih kat Masjidil Haram tu memantulkan cahaya matahari. Boleh pening woo. Nak jaga kaki lagi, mata silau lagi. Last-last langgar tiang. Ala, lagipun nampak kacak ape kalau pakai shades time tawaf. Eyh?
  • Gua tahu kenapa pak Arab bau melantong macam bangkai kat Malaysia. Sebab budaya diorang mandi sehari sekali kat Arab dan kemudian di gunapakai di Malaysia. A'ah. Gua kat Mekah sana pun gua mandi sehari sekali. Kalau mandi banyak kali walaupun hanya dua kali, badan akan gatal-gatal. Sebab kat sana mandi bukan pakai air sungai yang di klorinkan macam kat Malaysia. Tak. Kat Mekah mandi pakai air laut yang tak berapa nak suling. Masin.
  • Ala, walaupun mandi sekali sehari pun. Badan tak berbau lah. Gua yang kuat berpeluh ni pun bila kat sana, yang sepatutnya banyak berpeluh kerana cuaca panas, boleh jarang berpeluh. Sebab iklim kat sana ialah panas dan kering. Tak macam Malaysia yang panas dan lembap. Kat Mekah, peluh cepat kering. Jadi badan tak berbau sangat. Dan yang paling best, baju cepat kering. Gua basuh baju pakai tangan, perah-perah, sidai, sejam-dua je dah kering. Seronok pulak membasuh baju.
  • Buat smoker. Menghisap rokok di sana adalah illegal. Kena cover-cover. Karang tak pasal-pasal polis Mekah nampak, dia bantai kau dengan cota. Kat Arab Saudi, membeli rokok pun dah macam nak beli ganja. Kat sana takde kedai runcit jual rokok display terang-terang macam kat Malaysia. Kau kena approach, tunjuk isyarat, bagitau brand rokok, dia bagi dalam plastik hitam, bayar, blah cepat-cepat. Beli cd blue pun tak serumit macam ni. Ha, lupa nak bagitau. Nasib korunklah kalau dapat rokok lama. Telan je la nakk. 
  • Gua kat sana dah tak main lah hisap rokok. Hisap shisha lagi samok. Mantap beb hisap shisha sambil layan bola. Time tu tengah Piala Asia. Lepas isyak, gua lepak dengan pak-pak Arab, makan roti arab, cicah kari kibas, minum teh o pudina, hisap shisha flavour tembakau pure arab, takpun minum beer Bavaria (tanpa alkohol), heavenn. Lagi heaven kalau ada perempuan gelek depan-depan. Astaga.. mana ada.
  • Pergh, makwe-makwe Arab kalau lu doa kat Allah nak tengok yang paling cantik, kalau Allah Taala perkenan. Boleh gigil lutut lu weh. Macam gua. Haha, gua ada sekali tu berdoa lepas solat maghrib nak melihat makwe paling cantik kat Masjidil Haram ni. Sekali time gua nak pegi minum air zam-zam. Gua terpandang seorang makwe Arab ni dia punya purdah boleh terselak sampai nampak keseluruhan muka. Mak aihhhh, ini muka manusia ke patung? Lawa nak matiiii. Sampai sekarang gua masih teringat-ingat wajah tu.
  • Jodoh? Oh, ramai yang suka tulis nama pasangan diorang kat bukit pertemuan Adam dan Hawa tu. Gua tak tulis, gua rasa benda tu mengarut. Gua cuma berdoa moga gua dan teman wanita gua sekarang berkekalan bersama. Time tu gua rasa gua dah malas nak cari perempuan lain. Tak larat dah nak bina cinta semula. Tapi, apa-apapun jodoh tu bukan benda yang boleh nak predict kan? Ok, maknanya gua available. Hehe.
  • Ha, gua nak bagitau ni rahsia. Pelacuran ada di mana-mana. Kat Mekah pun adaa. Tapi, secara call-girl. Kau kena dapatkan nombor dari ejen gelap. Nanti perempuan tu datang dari Jeddah sana, kau pandai-pandai lah cover duit makan, tambang dia. Kan gua dah cakap, kejahatan ada di mana-mana walau depan Kaabah sendiri.
  • Sebut pasal kejahatan. Ada masa tu gua nak dakap Kaabah. Ada makcik dan anak-anak perempuan dia, orang Malaysia, dok cungkil-cungkil kain Kaabah nak rembat kain Kaabah sebelah gua. Buat pelaris dengar ceritanya. Kepala bana dia lah. Sempat lagi merembat depan Kaabah. Gua sound makcik tu, anak-anak perempuan dia boleh tahan lawa pandang semacam kat gua. Gua cakap lah, mencuri tu berdosa, diorang terpinga-pinga. Pastu gua blah, lantak korang lahhh.
  • Gua jumpa ada pakcik Indonesia ni tawaf tapi pakai rantai emas. What the f? Gua jumpa ada orang arab ni solat membelakangkan Kaabah. Lagi lah what the f? dan gua jumpa ada orang Turki ni solat dengan menyerkup plastik sampah kat muka dia. Ohh Tuhan, apakah inii?
  • Jarang orang nak jalan sorang-sorang dekat Mekah. Takut sesat. Tapi, gua tak. Gua berani jalan sorang-sorang keliling Mekah. Pakcik imam tu pun seram tengok gua boleh jalan kaki sampai Masjid Jin, Masjid Kucing yang jauh 6 kilometer dari hotel. Senang cakap, satu Masjidil Haram gua dah jejak. Baik tingkat tiga, atas bumbung, rumah Nabi, tempat orang Afrika selalu mintak sedekah, lorong jual-jual. Semuanya kerana minat berjalan, nak buat macam mana.
  • Ha, bab sedekah. Jangan bagi duit sedekah pada yang meminta. Berilah pada yang kau nampak dengan mata kau sendiri yang dia benar-benar perlukan sedekah. Nanti kalau engkorang dah kat sana, engkorang tau lah.
  • Berhadapan dengan ujian Allah, itu adalah perkara yang memang kena hadapi. Gua ada ujian gua tersendiri. Menangis tu memang selalu. Menyesal. Kadang-kadang kena berdabel-dabel ujian. Sabar je lah. Mohon Allah menolong. Kadang-kadang ada rahmat beb.
  • Kalau lu orang lalu atau beribadat di area Muktazam. Jangan terkejut kalau jumpa sedara lama. Kawasan tu memang kawasan jejak kasih. Kalau terjumpa atok lu yang dah meninggal pun, jangan terkejut. Allah Taala tu Maha Kuasa, dia kalau nak bagi nampak siapa-siapa pun, itu Dia punya kerja, bersyukurlah. Lagi-lagi kalau lu macam ternampak Imam Syafiee, atau Rasuluallah. Itu rezeki lu. Bersyukurlah. Ada kenalan gua bagitau dia berjumpa dan bersalam dengan Nabi Ismail, apa gua nak cakap?
  • Ha, ni buat mereka yang suka bersolat lama-lama. Gua tau lu nak jaga 100% solat lu. Tapi, bila lu solat kat Muktazam, area makam Nabi Ibrahim, Hijr Ismail, tak payah lah lama-lama. Buang masa je. Tak payah la nak bertaranum atau baca surah panjang-panjang. Tak dan. Semua orang berebut. Kalau lama sangat lu solat, lu bakal kena langgar dengan orang yang bertawaf. Takpun kena sound dengan penjaga-penjaga Kaabah. Nasihat gua, baca Fatehah tu biar tau makna, baca betul tapi cepat. Bacalah surah-surah pendek. Tumakminah tu tak payah lah terhegeh-hegeh sampai 5 saat. Sesaat je cukup. Doa pun jangan panjang sangat macam kat TV. Minta apa yang penting. Faham?
  • Shopping? Better lu ikut macam gua, belajar bahasa arab ringkas. Penting bila nak tawar-menawar. Gua ada beli ipod nano 2G kat sana. Ipod tu diorang seludup dari US. Yang harganya bila di money exchange, cuma rm90 sahaja. Hehe. Berbaloi-baloiii.
Ok, lah. Sampai sini je lah gua boleh cerita. Kalau lu orang pergi Mekah, jangan lupa cerita pengalaman lu orang pulak. Gua nak dengar jugak. Buat perkongsian pengetahuan. Sadakallah hulazimmmm.

Julai 26, 2010

Jaguh Padang Becak

"Semasa saya masih muda, Malaysia cukup kuat. Kini ia amat menghampakan, pembangunan bola sepak Malaysia agak perlahan berbanding Korea.", kata jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo semasa sidang akhbar sebelum perlawanan.

Ok, lantaklah orang lain nak cakap apa. Cakap sebelum perlawanan, semua orang boleh cakap. Dah lawan, baru tau. Kan? Gua dah cakap dah Malaysia boleh menang. Malaysia bukan tak terer, saja je buat macam tak terer. Bukan tak bagus, malas nak jadi bagus. Tu je.

Tapi..

Gua kecewa sebenarnya bila banyak kedai makan, mamak tak berminat pun nak siar perlawanan Malaysia vs Korea Selatan. Punyalah gua cari merata kedai makan yang ada subscribe Astro Arena 801. Cari punya cari, sampai dah nak abes first half baru jumpa. Nasib baiklah ada satu kedai makan Melayu tu memang siar Astro HD yang subscribe sekali Astro Arena 801.

Sebelum tu, gua terserempak kenalan gua kat kedai mamak. Dia penyokong kuat Setan Merah, gua tanya. "Eh, mamak ni tak bukak match bola petang ni ke?". Dia jawab, "Eh, Man U ada lawan ke?". Gua terus melambai-lambai dan berlalu sinis. Buang masa bertanya.

Tapi, yang paling gua kecewa, kalau ada satu, dua, tiga, empat, lima, enam... ha, empat orang pelanggan je yang tengok bola kat kedai makan tu. Tu pun member gua jugak. Aik, kalau EPL, Champions League, or Welkap punyalah penuh. Sampai melimpah-limpah. Pasukan bola negara sendiri. Macam sepi..pilu..seperti melihat aquarium ataupun bercakap dengan spender basah. Takde sambutan. Mana pergi rakyat Malaysia ni? Bumiputra je yang banyak support, Cina mana, India mana? Ah, tengah melantak Carlsberg dekat Little Penang kott. Rasis?

Steady lah Sultan Bola! Arwah Mokhtar dulu tak komplen apa-apa pun. Generasi sekarang je banyak komplen macam-macam.

Yang peliknya, mengata pasukan bola sepak negara sendiri punyalah lebat. Sembang kemas. Gebang tak habes-habes. Tapi, bila komitmen pada national team sendiri, macam parpu. Gua nak tanyalah berapa ramai antara pembaca blog gua ni ada jersi bola sepak kebangsaan? Ape? Jersi Chelsea? Weh mat, Chelsea ka yang bagi ang kerakyatan? Lagi satu, kalau engkorang orang ada kawan cina atau india, try tanya dia pasal national football team Malaysia. Tengok apa dia jawab.

Lagi satu, buat mereka yang suam-suam kuku dengan bola sepak Malaysia.

Bila team EPL dia kalah, punyalah bagi alasan konkrit macam-macam. Team negara sendiri kalah, habis dia bantai kutuk kaw-kaw. Team EPL dia menang, bangga, jakun sampai bukak point lagi untuk dua hari berikutnya. Team negara sendiri menang, hak elah, buat macam tak percaya, paling-paling koman pun ucap Malaysia Boleh. Pas tu lupa dahh, senyap. Mai sini aku nak habaq, "Pungkoq ang lahh!!"

p/s: Ini malam gua tido heppy. Kan Apit? Gua salute kepada mereka yang datang stadium. You are the man!

Julai 25, 2010

Malaysia 23 vs South Korea 23

25 Julai 2010. Ahad. Pukul 5 petang. Jangan lupa. Stadium Nasional Bukit Jalil. Astro Arena 801. Mereka yang di Lembah Kelang especially peminat Sokernet, geng Ultras, kaki Paul, dan anak buah KJ di harap dapat memenuhkan stadium. Buat mereka yang berada di Penang, ramai-ramai kita memenuhkan Nasi Kandaq Istimewa, Khalel, Pelita, Subaidah, Kayu, dan Kapitan.

Gua predict Malaysia menang 3-2. Barulah heavenn.

Rita Rudiani. MILF Malaysia.

p/s: Sultan bola kekal sampai 2015. Harap biar berdaulat, Malaysia main ligat, Kawal ketat-ketat, Korea terkujat.

Julai 24, 2010

Kids And Caring.

Dua tiga hari ni gua ada satu tabiat yang agak kelakar. Gua suka layan budak-budak. Ada seorang budak kecil ni, lelaki. Dia cucu pakcik cafe yang aku selalu borak petang-petang isap Benson. Ala, borak isu semasa dengan orang tua-tua, biasa je.

Satu hari tu gua boleh mandikan budak tu. Entah apa kejadah aku macam rela tukar diapers dia, basuh sana-sini, mandi kan dia kat sinki. Budak tu gelak-gelak, senyum-senyum comel. Bila gua 'Chakkk', dia ketawa, gua hepi. Bila gua hulur tangan cakap 'Salam, salam..". Budak tu hulur tangan salam cium tangan gua. Pastu gua pun usap kepala dia cakap, "Pandaiii".

Mandikan dia, sental-sental, amek shampoo Johnson&Johnson basuhkan rambut dia, pakaikan diapers, sapu bedak, dia masih hold patung Power Rangers sambil bermain-main dengan fantasi.

"Haaiiihhhh", gua mengeluh gembira. Kenapa ha?

Adakah gua sudah bersedia menjadi bapa?
Ceh, bini pun takde lagi...

Julai 23, 2010

Biar Gua Cerita Apa Yang Gua Alami : Bahagian Dua

Sebelum gua nak sambung cerita. Gua nak bagi satu ayat dulu,

"Kejahatan ada di mana-mana walaupun depan Kaabah sendiri. Jadi, jangan naif merasakan semua orang yang pergi Mekah boleh jadi baik"

Kenapa gua cakap macam tu? Sebab ini ada kaitan dengan cerita yang nak gua sampaikan. Engkorang tau kan apa itu Hajarul Aswad? Batu hitam dari syurga menurut beberapa sumber hadis. Ada orang cakap kalau dapat cium batu tu, dosa-dosa boleh terhapus. Sebab tu lah ramai orang nak cium batu tu. Berebut-rebut. Dah macam nak dapatkan tiket final Piala Malaysia. Bila que kena potong, mula meradang, tangan ghaib tiba-tiba datang, lebam biji mata. Jerit sana, jerit sini. Dah jadi macam apa depan Kaabah tu. Selit sana sini. Laki perempuan? Campur je, dah macam sardin selagi boleh. Padahal sunat je pun fadilat cium Hajarul Aswad tu. Larhhh?

Ceritanya begini. Pada pertama kali gua nak cium Hajarul Aswad. Memang gua rasa macam nak pergi perang. Susah bukan kemain. Berhimpit dengan pak Arab. Time tu dalam pukul 10pagi. Matahari memancar. Peluh menjejeh. Dia punya bau bila berhimpit. Pergh. Lu fikirla sendiri bau pak Arab macam mana. Gua time tu memang rakus abes. Gua kecik. Jadi gua boleh menyelit. Tapi, salah selit. Gua kat bawah kelengkang pak Arab. Masak gua. Nasib baik ada tenaga. Gua selit punya selit. Baju gua pun dah koyak. Entah berapa kali kena maki dengan pak Arab, gua sampai juga ke Hajarul Aswad. Gua cuba nak cium lama, doa sikit. Tapi, entah lahabau Arab mana tarik kepala gua, terus gua macam di slam sampai kebelakang. Pergh. Seksa!

Esoknya. Gua nak cuba lagi. Lepas buat umrah lepas subuh. Gua balik hotel, makan banyak-banyak bagi tenaga. Tak pakai baju Melayu dah macam semalam, pakai baju pagoda. Serik pakai baju Melayu sebab senang koyak bila ditarik macam semalam. So, gua pun pergilah ke Kaabah. Buat solat sunat, minta Allah permudahkan gua nak cium Hajarul Aswad. Jangan tanya dulu kenapa gua kemaruk sangat nak cium, nanti gua cerita. Ok. Gua pergilah buat tawaf sunat. Ambil laluan cantik. Gua tunggu tepi, stay kejap. Tiba-tiba..

"Bang, nak cium hajar aswad?", tanya seorang pemuda Indonesia.
"Eh, nak lah", jawab gua. "Ha, mari ikut saya", balas pemuda tu.

Pemuda tu bisik-bisik kat member dia lepas tu terus tarik gua ikut diorang stay tepi Kaabah. Gua macam terpinga-pinga time nih. Gua tengok pemuda tu dan kawan-kawan dia sedang cuba menolak orang-orang yang berhimpit depan hajar aswad dan sambil tu menolak gua masuk kedalam celah barisan depan untuk cium batu tu. Pergh. Gua merasakan sakit belakang kena tolak. Diorang push punya push sampai lah gua betul-betul kat depan hajar aswad. Gua masuk kepala dalam 20 saat. Cium, niat apa yang patut. Tiba-tiba sekali lagi gua ditarik, oleh pemuda-pemuda Indonesia tu keluar. Gua terus mamai. Rasa nak pitam dah bila kena tarik-tarik ni. Then, pemuda itu berkata pada gua,


"Wang nya bang?", tanya mereka sambil tersengih-sengih.
"Eh? Duit? Tak cakap pun kena duit?", gua dah rasa lain macam.
Seorang dari mereka membisikkan pada aku, "Jangan cakap banyak, kami dah tolong, duit nya mana?". Series, time ni gua kaget. Dengan pening-pening, gua mengalah. Gua seluk poket, redha je lah berapa yang ada, gua terus hulur kat pemuda tu dan terus blah. Sempat jugak gua jeling, ok, terbang 20riyal gua. Dan gua bermonolog dalam hati, "Ya Allah, apa lah dosa aku sampai aku kena tipu depan Kaabah mu? Dan mengapalah juga ada kejahatan terang-terangan di dalam rumah mu?". Terus gua menitik air mata. Gua amek wudhu. Buat solat taubat.

Gua mengadu cerita ni kat kenalan yang gua rapat. Pakcik tu seorang imam dan berpengalaman dengan Mekah sebab banyak kali bawak orang pegi Mekah. Dia bagitau aku, memang ada kerja macam tu oleh pelajar-pelajar dari universiti Mekah yang nak cari duit lebih, guna taktik buat-buat ikhlas tolong cium hajar aswad. Dan dia lupa memperingatkan benda ni pada gua dan jemaah lain supaya berhati-hati. Aisey, pak imam boleh lupa ye? Apalah nasib gua kann? Ok. Dia ada bagitau lagi, kalau nak dipermudahkan mencium hajar aswad. Jangan niat terlalu nak sangat. Ambil langkah redha, maknanya kalau ada rezeki, dapatlah, tak dapat, terima je lah. Ok, gua memang kemaruk time tu, salah gua. Then, dia juga bagitau kalau nak di permudahkan urusan tu, lakukan solat taubat di muktazam (tempat antara hajar aswad dan pintu Kaabah), solat sunat di Hijr Ismail, dakap Kaabah dengan tatacara adab (bukannya meraung-meraung macam yang selalu gua nampak), dan akhir sekali cium bucu Kaabah sebelum sampai ke bucu hajar aswad sebab bucu tu tempat asal hajar aswad diletakkan sebelum dipindahkan oleh Rasuluallah (ingat tak kisah Rasuluallah selesaikan pertelingkahan kabilah Arab pasal siapa berhak pegang hajar aswad?).

Ok. Dengan semangat baru. Gua lakukan apa yang di ajar pak imam. Dalam 2 hari selepas tu, gua pergilah cium. Lakukan petua-petua yang di ajar. Alhamdulillah, tak sesukar seperti yang kali pertama. Himpit-himpit sikitlah, tapi tak susah. Kali keempat dan kelima paling seronok. Gua buat seperti biasa ibadat yang di ajar. Then, pergi ke hajar aswad. Macam air gua terus jalan pergi cium. Padahal time tu ramai orang, entah macam mana Allah buat laluan nak pergi tu kosong takde orang. Gua just amek 2-3 langkah, sampai, cium dalam seminit, niat, doa, sapu dengan kain, blah macam tu. Takde sapa nak tarik-tarik. Aik? Gua pun heran, apsal ha?. Tapi, gua memanjat kesyukuran. Mungkin ibadat gua di terima.

Ok, cerita pasal kejahatan depan Kaabah ni ada lagi. Nanti gua cerita lagi apa yang aku jumpa depan Kaabah sebagai renungan bersama.

Bersambung...

p/s: Gua kemaruk sebab... entah, macam ada tarikan kuasa untuk push diri kita dekat pada hajar aswad. Pesanan gua, hajar aswad ni sunat je. Fokuskan pada ibadat yang utama. ok?

Julai 21, 2010

Alahaii Mofasad

Gua sebenarnya nak tulis pasal sambungan entri lepas. Tetiba tak jadi sebab Mofasad dengan rakusnya meletakkan komen gua on the top entri dia sambil mengeluarkan kenyataan yang gua tak cukup faham sejarah bola sepak Malaysia. Haha? LARHHHH?

Ok. Memang gua bukanlah pengulas blog bola nombor satu iaitu Sokernet seperti Lucius Maximus ataupun Pipiyapong. Tak terfikir pun. Memang gua tak terer. Gua bukan pemain bola sepak Malaysia. Apatah lagi USM FC. Pergi pemilihan USM FC dulu, tapi tak dapat sebab tak boleh bagi komitmen turun padang petang-petang setiap hari, ada kelas petang. Kalau ada pun, setakat wakil desasiswa, walaupun dapat johan, tapi apalah sangat, wakil desasiwa je poonn. Tak berminat menyertai MyTeam dulu-dulu sebab time tu sibuk dengan Sukan Matrikulasi. Kalau ada pun sekarang, main bola petang-petang dengan Sg Abong FC. Tu je lah. Time sekolah dulu pun tak terer mana main bola. Setakat wakil sekolah dan daerah Kulai. Pastu masa kat sekolah teknik, adalah sampai naib johan Piala Inter-Teknik Malaysia.

Dari pengalaman gua sebagai pernah bermain bola dalam kejohanan kecil. Sebab itu gua berpendapat bahawa asas sesebuah pasukan bola tu terer adalah kerana pemain dan jurulatih. Sebabnya mudah, pemain bola sepak terer, pasukan boleh menang seperti Barcelona. Jurulatih bijak memilih pemain dan catur strategi seperti Jose Mourinho. Pun boleh menang. Presiden Barcelona dan Presiden Inter Milan ada sapa yang kenal? Abaikan.

Sekarang ni orang dok sibuk mintak Sultan bola letak jawatan. Tapi gua nak bagitau engkorang, apa guna Sultan bola letak jawatan kalau Safee Sali masih lagi sepak melambung keluar depan gol? Ataupun Zakuan Adha masih lagi terpassing bola kat musuh? dan mungkin Shukor Adan tak habes-habes tahan bola kedepan sampai kena rampas dengan musuh? Sekarang ni Sultan bola yang main bola atau pemain yang main bola? Sapa yang nak jaringkan gol? KJ ke? Berpijak di fakta nyata sikit wehh.


What the fuck? Gerenti ramai mencarut punya bila tengok keeper Malaysia dulu Kamarulzaman nak tangkap bola tapi guna kaki, bola masuk celah kelengkang dan akhirnya gol sendiri. Ingat lagi tak? Tu tak campur keeper Malaysia yang kena bola loop melantun sebab duduk depan sangat. Sapa nama keeper Kedah tu? Ataupun waktu final Piala Malaysia Kedah lawan Perlis yang berkesudahan 1-0 hasil gol dari lontaran kedalam pemain Perlis, keeper Kedah lemas dengan bola yang melantun tinggi. Haha! Gelak satu Malaysia weh! World Record tuhhh.

Macam tu nak kata tak nak pentingkan basic asas iaitu pemain dan jurulatih? Bullshit.

Alahai Mofasad, sejarah is sejarah. Benda-benda past ni tak ubah macam iklan Maxis antara Hassan dengan James Wong. Di kenang balik sejarah, check balik pun tak guna kalau yang present and future ni masih macam cibai. Tak caya, tanya Obefiend.

Kita banding lah pemain dulu dengan pemain sekarang. Gua rasa para pembaca mesti tau lah.

Pemain dulu : Gaji bola sepak lebih banyak di bandingkan gaji kakitangan kerajaan. Gaji bola sepak rm1000. Gaji kakitangan kerajaan rm300. Bila gaji mahal, komited pada bola sepak tinggi. Dah bayar mahal, takkan nak main lembik. Takde SPM pun, bila bersara, koman-koman boleh jadi kerani bank. Yang penting, pemain dulu bila bermain untuk kelab atau negara. Semangat tu tebal. Kalau main tak bagus, malu nak berhadapan orang kampung. Pemikiran terbaik. Sebab tu orang dulu, ramai kejar nak jadi pemain bola sepak.

Pemain sekarang : Gaji bola sepak masih banyak dari kakitangan kerajaan. Gaji bola sepak rm3000++. Kakitangan kerajaan rm1500++. Bila gaji mahal, rasa dah cukup makan oklah. Beli Honda EK, ade makwe sorang, wax Gatsby, rumah bujang. Ok lah. Main bola mesti main, kalau tak perut buncit. Nak main susah-susah pun apa guna, gaji tetap masuk apa. Main tak bagus pun apa kesah, jarang balik kampung, duduk apartment. Kalau rasa nak buat duit lebih, main Malaysia. Kalau tak dapat, takpe. Nanti boleh slow-talk dengan orang dalam FAM. SPM ada, pangkat tiga lah. Susah sikit bila nak bersara, tapi its okay. Bini artis. Ape de hal? Semangat? Ohh, kalau semua lain pakat semangat, kita kena semangat jugak lah. Pemikiran? Lancau punya pemikiran. Sebab tu orang sekarang merasakan kerjaya bola sepak is hobby. Baik belajar pandai-pandai jadi cikgu lagi bagus.

Jurulatih dulu : Komited. Kau tengok Kalr Heinz Weigang (bekas jurulatih Malaysia) masa latih Perak dulu. Nak sepak penalti pun siap bawak kertas buat strategi. Perak menang Piala Malaysia 2000 kan? Tengok Wan Jamak, bila Malaysia tewas di Sukan Sea. Gentleman letak jawatan. Jurulatih dulu, yang ada otak. Memang berfikiran tajam. Dan berani. Gaji memang lah tinggi. Tapi komited sebab kalau kalah, nak jawab apa dengan lembaga pengurusan?

Jurulatih sekarang : Itu Sathianathan lancau. Dah kalah banyak kali masih banyak alasan. Alasan popular dulu yang gua dengar masa Piala Asia 2007. "Kami sangka China akan bermain bola bawah, jadi kami pun bermain bola atas. Tak sangka mereka pandai bermain bola atas". Alasan tak boleh blah. Yang penting, jurulatih sekarang tak gentleman. Takkan punya nak letak jawatan. Melatih pasukan sebab nak kekalkan periuk nasi. Itu lebih utama dari komited kepada maruah dan kemenangan.

Gua faham. Mofasad nak hapuskan kroni-kroni dalam FAM. Sebab tu minta Sultan bola letak jawatan. Tapi, lu kena fikir jugak lah. Kalau Sultan bola letak jawatan pun, mesti ada banyak kaki-kaki bingai nak jawatan presiden tu. Sapa taknak jadi ahli tertinggi FAM? Elaun banyak ape. Free-free je. Padahal bukan tau pasal bola sangat. Sekarang ni, yang patut kita buang ialah tukang pemilih pemain. Lu orang bukan tau pun pemilihan pemain banyak dipengaruhi oleh kronisme dalam bola sepak Malaysia sekarang ni. Mungkin jurulatih tak salah, tapi pegawai-pegawai FAM yang guna kronisme ni macam sial. Sultan bola bukan tau apa-apa. Dia bagi borang isi pemain kat pemilih, bila dah isi, dia sain. Yang masalah ialah siapa yang isi pemain-pemain tu. Sultan bola memang bertindak sebagai ikon. Tu je.

Sama jugak macam perbandingan yang aku realize waktu sekolah dulu. Kalau di ikutkan, pengetua sekolah gua bukannya support sangat pasal bola sepak, peruntukkan pun kena cut. Jersi pun jersi pinjam. Tapi, bila sekolah gua jadi naib johan. Eh eh, dia sibuk kedepan beria macam dia yang main. Puji lah sekor-sekor, bagus kerana harumkan nama sekolah. Tapi, sebelum tu punya lah marah sebab kitaorang berlatih bola pagi-pagi sampai tak datang kelas.

Sama tak macam Sultan bola? Bila Malaysia kalah, ada alasan. Bila Malaysia menang, riuh sekampung. Aku tak tahu lah kalau Anwar Ibrahim jadi Presiden FAM. Mau di bagi alasan sebab pemain tak pakai KY Jelly, sebab tu kalah. LARHHHH?

p/s: Gua tak terer main bola. Yang terer main bola wakil Malaysia ni kenalah main betul2 kalau tak nak kena maki-hamun dengan peminat. Jangan salahkan penyokong. Kitaorang dah terus menyokong. Lauk atau tak lauk belakang cerita.

Julai 19, 2010

Biar Gua Cerita Apa Yang Gua Alami : Bahagian Satu

Gua terpanggil untuk menulis entri ini bila gua terbaca dari blog Obefiend mengenai serangan di Masjidil Haram, Mekah pada 1979. Thanks Obe.

Ok, bagi engkorang. Ini mungkin cerita lama dan basi. Tapi, bagi gua. Segala input yang gua dapat waktu gua mengerjakan umrah pada 2007 yang lalu banyak gua tak cerita pada orang lain. Even dengan mak bapak gua sendiri.

Ok. Ia bermula dari satu panggilan dari mak gua.

"Duit simpanan dah cukup, nama kau kat tabung haji dah naik. Bulan depan kau boleh pegi Mekah"

Masa gua dapat panggilan tersebut. Gua takde rasa hepi dan takde rasa takut. Gua macam blur-blur. Betul ke gua nak ke Mekah ni? Memang gua ada kumpul duit skit-skit sebelum ni. Tapi, bukan nak buat pegi umrah. Sebaliknya nak beli rumah. Walaupun time tu gua tengah buat degree, ia tak menghalang gua buat pelaburan di tabung haji dan ASB.

Masa 2 minggu sebelum gua nak berangkat ke Mekah. Gua ada dengar cerita-cerita pasal pegi Mekah ni kena bersihkan dosa dulu. Gua terfaktab di situ. Demm!. Banyak dosa gua buat. Apa la yang terjadi kat gua nanti kat sana. Tapi, gua tetap Aqram. Risau tetapi masih berlengah. Rilek duluuu. Mak gua dah risau. Dia tanya gua bila nak buat solat taubat nasuha. Gua angguk dan cakap Insyallah. Hehe.

Ujian pertama yang gua hadapi sebelum ke Mekah ialah. Kereta gua eksiden teruk. Nasib baik selamat. Orang tua-tua cakap kalau pergi Mekah ni satu rezeki. Tetapi, setiap rezeki ada ujian. So, inilah ujian pertama gua, duit.

Dipendekkan cerita. Gua pegi lah Mekah. Yang tak bestnya. Flight gua kena tukar laluan last minit. Sepatutnya secara normal. Kena pegi Madinah dulu. Tapi, gua kena pegi ke Mekah dulu. Gua naik dari Singapore. Dari Singapore dah kena pakai ihram. Sejuk la nakkk. Dah la naik Saudi Airlines. Sejuk. Pramugari hot-hot. Dengan pakai ihram. Mana ada gua pakai spender. Lu bayangkan jelah macam mana seksanya bila tengok pramugari cantik, nafsu naik, cepat-cepat kena istighfar. Peh, ujian ni memang handal menguji nafsu gua. Ujian kedua, nafsu.

Sampai lah gua kat Mekah. Gua dan beberapa kenalan yang merupakan dah tahap atok-atok sesama masuk ke Masjidil Haram. Oh, by the way. Gua nak bagitau yang gua pegi buat umrah ni berseorangan tanpa ditemani keluarga. Ya, mak bapak gua tak ikut. Adik beradik? Gua anak tunggal. Ada plakkk adik beradik.

First thing yang gua gentar masuk Masjidil Haram ialah, 'Ya Allah, kau jangan hilangkan pandangan aku dari melihat Kaabah mu". Haha, memang gua ada dengar cerita sebelum ni ada orang pegi Mekah tak bley nampak Kaabah sebab banyak dosa kat tanah lahir. At last, gua nampak juga Kaabah tu macam mana. Sebelum ni tengok kat tv satu je time azan. Kaabah tu tak lah besar mana. Cuma satu je gua nak cakap. Sayup-sayup mata memandang. Seolah bila memandang Kaabah, timbul rasa simpati dan kasihan.


Masa gua pegi tu, Mekah tengah buat construction. Debu banyak gila. Nak buat bangunan mewah. Dalam hati gua, apa punya lah lahanat Raja Faisal dengan Bin Laden ni buat hotel mahal-mahal? Kalau semua nak mewah, abes yang sederhana dan miskin macam mana nak buat umrah? Tak pasal-pasal di masa depan nanti, hanya orang kaya-kaya dan elit saja boleh kerjakan umrah dan haji. Sebab bila hotel murah dah kena runtuh, hotel mahal je tinggal. Mampu pulak orang sederhana macam aku nak kerjakan umrah lagi pada masa depan? Konfemlah harga dia bakal melambung tinggi.

Benda ni di setujui oleh kenalan gua Ahmad yang merupakan warga Jeddah. Dia sama-sama buat umrah dengan aku. Aku jumpa dia masa nak tunggu maghrib masuk. Dia duduk sebelah aku dan aku menegur dia dengan salam. Dia sukakan orang Melayu sebab dulu dia pernah melancong ke Malaysia. Dia berpendapat, Arab Saudi sebenarnya seperti belon yang nak meletup. Banyak rakyatnya terutama yang bukan dari Bani Saud memang kalau boleh nak revolusikan Arab Saudi ni. Tapi, kerajaan bijak mencantas awal-awal. Ahmad menambah bahawa, "Jika Tanah Arab ini tiada Mekah dan Madinah, yang tinggal hanyalah tanah tandus yang gersang, seperti pemikiran majoriti penduduk Arab kini". Part ayat tu, memang gua sebut na'am na'am!

Masa perbualan dengan Ahmad. Di sebelah kiri gua ialah orang Iran bermazhab Syiah. Masa tu aku dengan Ahmad sedang berbual pasal 73 cabang Islam, dan hanya satu saja yang di terima ke syurga. Lalu, orang Syiah yang perkenalkan diri dia sebagai... Aisey aku lupa nama dia, kita letak lah nama dia Khatami lah. Ok. Si Khatami ni cakap, kenapa perlu membeza-bezakan antara Syiah dan Sunnah sedangkan yang datang ke rumah Allah ni semuanya melafazkan kalimah syahadah. Gua setuju dengan pendapat dia tapi Ahmad bagitau ini bukan perbezaan, sebaliknya manusia perlu mencari jalan yang tepat. Dah pulak si Khatami dengan Ahmad ni pandang lain macam. Gua rasa ini tak pasal-pasal boleh bawak bertumbuk ni. Dah la si Khatami dengan Ahmad ni besar. Gua ni kecik. Aisey, tak boleh jadi. Diaorang dah mula bertekak sikit-sikit. Last-last gua cakap kat depa berdua. "No matter if you are syiah or sunni, the way you believe it, is not us as people to judge. It is Allah the only one can judge us. So, lets pray to Allah that he will judge our believe as a good.". Diorang pandang gua, senyum, psiko sikit, dan berkata betul kata gua. Tepat pulak time tu dah azan maghrib. Kitaorang bersalam dan mula solat maghrib. Fuhh, nasib baik lah tak bertumbuk.

Bersambungg...

Education For Women On 5am

Jika teman lelaki kau merupakan seorang yang sukar di fahami. Jangan rush atau push sangat. Take a time and give him a chance. Sebab ada banyak lelaki di luar sana yang gua nak bagitau bukanlah boleh memuaskan apa yang kau minat dan suka segalanya.

Contoh seperti kalau kau suka bercakap. Manakala teman lelaki kau seorang pendiam. Kau cakap lah banyak mana dalam phone. Teman lelaki kau hanya berkata 'Oh..Em..Ok..Ha..zzzz' Adakah kau boleh paksa teman lelaki kau bertukar menjadi suka bercakap juga? Tak semestinya. Mungkin teman lelaki kau hanya suka dengar kau bercakap dan dia rupa-rupanya a good listener.

Ataupun, kau suka sangat travel atau try a new things, places and foods. Tetapi, teman lelaki kau jarang melakukan semua itu dan lebih suka berkomitmen dengan kerja dan melakukan aktiviti kelakian seperti bola sepak, game, atau mungkin menghisap rokok bersama geng. Bolehke kau paksa teman lelaki kau ikut sama minat dengan kau? Tak semestinya juga. Mungkin teman lelaki kau beranggap, sebagai couple, aktiviti dan kesukaan masing-masing tak seharusnya menjadi halangan.

Ye. Memang benar aktiviti bersama antara couple sangatlah perlu untuk mengeratkan perhubungan. Terutamanya untuk elak dari jemu dan kebosanan. Tetapi, kena ingat bahawa aktiviti bersama bukan ada secara magik tiba-tiba. Sebaliknya, you need try to find together. Lebih tepat, aktiviti baru yang boleh di lakukan bersama dan sama-sama minat.


Di sini ada dua pilihan untuk korunk, girls. Iaitu, sama ada cepat-cepat cari pasangan lain yang mempunyai minat yang sama atau kekal dengan pasangan yang sedia ada sambil wujudkan aktiviti baru yang boleh di lakukan bersama.

Paling best adalah part ini. Aktiviti apa?

Seks? Em.. menarik, memang best tapi untuk yang berkahwin bolehlah. Yang belum berkahwin, pandai-pandai korunk lah. Sendiri buat, sendiri tanggung.

Picnic. Tak kesah lah pantai ataupun air terjun. Sebab everybody loves holiday right? So, it is totally accepted.

Menonton wayang? Em.. common sangat. Ada jugak pasangan yang bergaduh nak tengok cerita apa. Ok, skip!

Extreme activities. Seperti bungee-jump, payung terjun, naik top-gun, roller-coaster, go-kart dan banyak lagi. Wow! Full of excitement. Kita tengok siapa yang menangis dulu bila naik roller-coaster tu. Tapi, aktiviti ni perlukan duit. So, kena pandai-pandai kumpul duit lah.

Pakai baju sama or couple shirt? Euwwwww. Beli jam yang sama? Ok, boleh diterima. Beli gelang yang sama. Ok, romantik. Kasut yang sama? Amboi amboi amboii. Ok, pernah beri baju kau pada teman lelaki kau? Cuba lah bagi, gerenti makin sayang. Jangan bagi bra pulak!

Ok ok. Enough this. Sebenarnya ada satu cara rahsia untuk kau mengeratkan perhubungan dengan teman lelaki kau. Caranya ialah, jangan berlagak pandai sangat depan teman lelaki kau. Iaini dengan maksud yang lebih jelas, walaupun kau tahu sesuatu, buatlah pura-pura seperti tidak tahu atau baru nak tahu. Sebaliknya, berilah peluang kepada teman lelaki kau untuk mengajar atau membantu kau. Secara tak langsung, aktiviti bersama itu wujud secara spontan. Kan?

Contohnya. Kau tak tahu bawak kereta. Mintalah teman lelaki kau ajar. Seriously, this activities have good effective to know each other. Kalau kau tahu bawak kereta pun, just mintak advice dari teman lelaki kau pasal kereta-kereta ni. Pasal enjin ke, radiator ke, minyak hitam ke dan apa sajalah. Konfem teman lelaki kau akan tunjuk ajar dan secara tak langsung akan menambahkan self-esteem dia untuk terus bersama dengan kau. Bang it!

Paling penting ialah pasal education. Jangan tunjuk smart sangat depan teman lelaki walaupun kau memang genius. Sebabnya, orang lelaki ni kalau bercerita pasal education, rata-ratanya malas nak bawak berbincang kalau education dia tak lah bagus sangat. So, lelaki cepat down bila dia tahu dia tak berapa pandai. Lebih lagi down kalau teman wanita dia more educated dari dia. Boleh keluar garis-garis kat kepala wehh.

Tapi, ada jugak yang tak educated tapi berlagak macam educated. Itu, gua tak tahu lah nak cakap macam mana. Dua options je, lempangkan atau layankan je lahhh. So, lets start a new step now, girls!

p/s: Oh lupa, kalau kau nak tinggalkan teman lelaki kau sebab memang dah takde langsung minat yang sama atau memang takde langsung berusaha nak cari aktiviti. Berikan alasan dengan jujur, katakan saja kau bosan dan kau memang tak boleh masuk dengan orang yang tak mempunyai minat yang sama. Cinta pun cinta jugak, jiwa terseksa, sapa nak tanggung? Kan?

Julai 17, 2010

Emas Hitam Di Bawa Belayar.

  • Macam lahanat bila baca berita minggu ini. Berita pasal minyak naik lagi. Kecoh sana, kecoh sini. Tak abes-abes bercerita sampai pagi.
  • Yang sorang membantah tak suka. Di katanya ini beban. Ramai orang boleh berduka. Angkara orang kaya curi subsidi kerajaan.
  • Yang sorang pula dok sibuk mempertahankan. Kata minyak ni masih murah. Asyik guna point perbandingan. Siap cakap 'Biasalah.. lumrah..'

Bila sembang punya sembang pasal benda minyak ni, gua rasa macam kelakar pulak. Kelakar lah, sebab banyak orang dok melenting, lepas tu bagi point entah apa apa. Nak tukar kerajaan lah, nak jatuhkan PM lah. UMNO kafir lah, PKR tak kenang budi lah. Haru-biru Malaysia.


Pagi tadi gua macam biasa isi minyak kereta nak pegi kerja. Rutin harian isi minyak RM20 dan surat khabar Utusan. Ada makwe kereta sebelah dok membebel pasal minyak naik 5sen. Muka berkerut bila nak isi Primax95 tu. Marah benor agaknya.

Aku sound lah sikit.

"Minyak petrol bukan macam beli sayur kakkkk"

Dia pandang gua. Lalu berkata.

"Tapi beban. Awak tu banyak duit takpelah", keras nadanya.

"Takdenya saya banyak duit. Benda macam ni kalau marah pun tak guna", gua cuba kontrol keadaan.

"Ah, awak budak apa awak tau?"

Pergh!. Dia bagi gua satu ayat konfratasi.

"Kakkk, saya ni ahli geologi (saja gebang). Akak ingat senang ke nak keluarkan minyak bawah tanah yang beratus batu tu? Apa akak ingat nak keluarkan minyak macam tanam sayur? Akak try lah buat keluarkan minyak pakai air liur kalau akak terer sangat", sound direct dari gua.

Gua letak nozel. Masuk kereta. Terus blah. Dia terpinga-pinga. Nasib baik makwe tu lawa, kalau tak dah lama aku pancut gasoline kat muka dia.

Buat mereka yang dok komplen pasal minyak ni. Gua nak bagitau. Sepatutnya harga minyak wajar lebih mahal dari sekarang. Kalau boleh biar seliter RM100. Biar semua manusia tak payah pakai kenderaan bermotor. Naik kuda macam dulu lagi bagus. Takde pencemaran udara. Ni lah manusia, ingat nak senang je. Semua nak senang. Bukannya nak faham minyak petrol tu susah macam lahanat nak produce. Nak cari minyak dah amek masa berbulan-bulan. Nak korek tanah, kena ada pelantar berharga berbillion. Sekali alat pengorek rosak kena batu keras dalam tanah, dah rugi berpuluh juta. Salah korek, takde minyak, kena maki dengan kompeni. Nak salur paip lagi, nak suling lagi, nak bina stesen lagi. Kita ni jadi tukang pakai je. Beli tak berapa sen pun. Tapi mulut macam sial tak reti bersyukur. Cakap nak murah memanglah senang. Fakk u lah!

Julai 16, 2010

Jangan Jadi Samdol

Dulu. Professor aku ada bagitau aku ;

"Universiti bukanlah exactly tempat untuk mahasiswa train untuk dapatkan pekerjaan. Kalau belajar sebab nak dapat kerja, baik masuk Poly ke, Kolej Komuniti ke, ITM ke, and so whatever education place like that, yang tumpu satu benda. Memanglah pekerjaan itu penting. But, the main thing yang U kena tahu, universiti kita ini mahu train mahasiswanya how to think correctly. Yes, ajar manusia berfikir dengan betul. Sometime, memang takde kena mengena dengan bidang, tapi bila U kat luar sana, U kena think rightly to survive. Think as a person had higher education for sustainable tomorrow."

Satu ayat yang aku rangkumkan buat mereka yang cerewet sangat memilih kerja sehingga sampai sekarang masih tak kerja-kerja duduk rumah membesarkan buah dan telur.

Kalau yang ada usaha cari kerja, aku tak lah ralat sangat. At least, ada usaha dan senang cakap, tak lah malas. Tapi, yang masih dok lagi tak gerak-gerak ni. Apa masalah kau?

Bak kata pujangga Mirrul Montana ;

"Saya pegi kerja, saya lihat anda di sini. Bila saya balik kerja, anda MASIH di sini.".

MASIH. Masih malas, masih tak gerak, masih berdodoi, masih melancap petang-petang, masih kecewa, masih boring-boring, masih dan masih.

Masih macam sial.

Julai 14, 2010

Love Lesson For Men 304

Sayangilah Girlfriend Sendiri, Jangan Asyik Pervert Perempuan Lain.


Kita bukanlah di lahirkan dengan kesempurnaan. Bila bercakap pasal suatu hubungan yang lebih serius iaitu PERKAHWINAN, tiada siapa pun tahu apa akan terjadi, bila terjadi ataupun dengan siapa akan terjadi. Kadang-kadang kita sendiri merasakan kenapa hidup ini adakalanya tidak bersikap adil pada diri kita. Saat kita dalam 'stuck' dan serabut dengan macam-macam masalah seperti masalah masa depan, kewangan, pekerjaan, pelajaran dan keluarga contohnya, kita terlupa akan suatu perkara iaitu;

Masih ada yang menyayangi kita lebih dari kita menyayangi diri sendiri.

Kita tahu. Bila kita dalam tekanan, macam-macam pilihan akan timbul dalam pemikiran. Ada yang mahu give-up, mahu berhenti, mahu buang segalanya dan mungkin ada yang sampai mahu bunuh diri. Tapi, sedarkah kita bahawa tak semua orang di sekeliling kita yang bersikap tak endah pada diri kita? Ya, kita nampak orang lain even kawan baik sendiri tak peduli akan nasib dan diri kita. Tapi kita lupa pada seseorang yang bersama dengan kita, setia dengan kita dan terus menyokong diri kita menempuh hidup yang pancaroba.

Tapi, siapa? Mak Bapak kita? Itu kalaupun mereka benar-benar faham diri kita. Hakikatnya, bila kita meningkat dewasa, segala masalah secara normalnya jarang untuk kita berkongsi dengan mak bapak sendiri. Sebabnya bila kita sudah dewasa, kita ada ego kita sendiri untuk mengelakkan campur tangan ibu bapa dalam kehidupan. Ya, kita mahu kita sendiri tentukan nasib kita. Releven lagi ke perkahwinan 'orang tua jalankan' di masa sekarang menurut pemikiran kita kini?

Siapa lagi? Tuhan? Well, secara rohani, mungkin ya. Tuhan mendengar keluhan kita selepas solat. Kita lega. Namun, secara praktikalnya, secara fizikalnya, adakah Tuhan akan keluarkan keajaiban secara tiba-tiba seperti menjatuhkan duit dari langit sewenang-wenangnya untuk solvekan masalah kita contohnya? Takkan! Ataupun Tuhan menjelmakan diri membantu kita dengan secara fizikal? Aku rasa, hanya orang 'naik isim' saja yang akan percaya sebegitu. Manusia biasa seperti aku, aku rasa itu macam tak mungkin. Sebab siapalah kita sangat untuk secara drastik Tuhan akan datang membantu. Dalam Al-Quran sendiri menerangkan nasib kita hanya akan berubah bila kita sendiri berusaha untuk mengubahnya. Berfikir realistik sikit lahh.

Jadi, siapa lagi? Adik-beradik? Sedara mara? Kawan karib? Orang yang terhutang budi pada kita? Are you serious? 24jamkah mereka sanggup bersama kita? Bullshit.

Sebab itu aku rasakan, dengan adanya teman wanita yang setia ataupun lebih baik, isteri yang setia yang akan sentiasa bersama kita menempuh segala masalah kita bersama.

That's why Tuhan menyuruh kita dapatkan perempuan yang baik dan serasi dengan kita. Bukan aku yang cakap, Tuhan yang cakap okayy.

Bila dah dapat yang baik. Apa yang perlu kita buat? Jadikan ia seperti sampah? Jadikan alat pemuas nafsu? Jadikan sebagai buat 'geli-geli'? Atau tempat buat kilang anak? Buat duit? Macam sial kalau ada lelaki yang buat macam tu.

Mestilah kita kena layan dengan baik. Terma seorang suami boleh 'lakukan sesuka hati' terhadap isteri bukan bermaksud SESUKA HATI KEPALA BAPAK KAU BUAT MACAM-MACAM KAT BINI KAU. Apatah lagi pada teman wanita sendiri yang masih belum berkahwin.

Melayan dengan baik secara simple perlakuan yang boleh kita buat ialah menjadi SETIA. Senang cakap, JANGAN MEMANDAI NAK CARI PEREMPUAN LAIN. Bila nampak perempuan itu, nak. Nampak perempuan ini, nak. Semua nak. Yang ada ni, terberanak menanggung kecewa dengan perlakuan yang KIMAK.

Layanlah dengan baik teman wanita atau isteri kita sendiri. Layan pada perkara ke arah kebaikkan. Ok lah, mungkin ada yang komplen teman wanita atau bini kita pun 'problem' dan banyak buat masalah. Ok, itu memang ada. Tapi aku nak bagitau lah, biar kita buat baik pada orang, orang lain nak buat jahat pada kita, kita redha je, sebab kalau kita balas balik dengan berbuat jahat, sampai bila nak abes? Sampai mati? Sampai puas? Puas macam mana? Nak sampai orang tu menyembah kita baru puas? Kalau merungut banyak-banyak pun, ada faedah? Takde nya.

Nanti bila kita layan dengan baik. Banyak faedahnya. Tak tergambarkan. Selalunya berkaitan emosi. Dari kita serabut, kita happy. Dari kita down, kita bersemangat. Bila tenung wajah dia dalam-dalam, kita rasa ada makna lagi kehidupan ini. Kelakar, gembira, dan segalanya lah. Berkongsi masalah dengan bini atau teman wanita kadang-kadang jalan selamat untuk elak diri kita dari jadi gila atau 'mengeluh sorang-sorang'. Series tak tipu.

Biasalah kalau teman wanita atau bini banyak renyah, banyak ragam. Tapi, berbaloi beb bila kita setia dengan ikhlas. Kalau dia tak nampak keikhlasan kita, maybe dia tak nampak masa sekarang. Tapi, bila dah lama-lama nanti dia akan nampak jugak dan time tu pasti dia akan rasa menyesal yang amat. Merayu-rayu meminta kebaikkan kita. Tak caya, kau trylah.

Ala, jodoh ni bukan kira status atau cantik mana pun. Ada kenalan aku tu, husband dia kerja kerani kat kilang sawit felda hujung sana tu. Berapa lah sangat gaji. Dia pula sedang siapkan PHD dan bakal jadi pensyarah kimia. Kau rasa itu kebetulan atau jodoh? Ke sebab kena 'guna-guna'?. Haha, macam sial punya pemikiran.

Sekian.

Julai 13, 2010

Kesedaran Tu Penting.

Kau membawa kereta di area pejabat-pejabat. Atau mungkin di kawasan taman-taman perumahan. Lebih spesifik, kau membawa kereta dalam kawasan universiti, hospital atau mungkin jalan-jalan kecil di sekitar Kuala Lumpur seperti Jalan Ampang depan Zouk. Bila kau melihat seseorang mahu melintas jalan di lintasan ZEBRA..

Apa kau buat?

a. Kau buat dek je bawak kereta kau main jalan. 'Aku Tak Peduli dot com'.
b. Kau pandang depan dan terus memecut taknak bagi orang melintas jalan. Kasi orang nak melintas tu gerun.
c. Kau naikkan lampu, suruh orang tu jangan melintas sebab kau nak lalu.
d. Kau bunyikan hon sebab marah orang tu melintas suka-suka hati.
e. Kau perlahankan kereta dan berhenti. Beri orang tu melintas jalan dengan selamat.


Kalau kau jawab a, b, c, dan d. Aku nak bagitau satu je kat kau.

KAU MEMANG TAKDE OTAK DAN SENANG CAKAP, KAU KIMAK!

Sebab?

Adakah kau tau, KEUTAMAAN orang yang melintas jalan di lintasan ZEBRA adalah lebih tinggi dari pemandu kereta? Adakah kau tahu bahawa bila kau nampak seseorang yang hendak melintas jalan, kau perlu beri penghormatan untuk orang tersebut melintas dulu? Adakah kau tahu kalau kau melanggar orang yang melintas di lintasan ZEBRA, kau boleh masuk mahkamah dan di kenakan hukuman PENJARA? Dan adakah kau tahu. Bila seseorang yang mahu melintas di lintasan ZEBRA. Dia tak perlu sangat pun untuk 'Pandang Kiri dan Kanan' sebab lintasan ZEBRA itu adalah kuasa keutamaan di mana pemandu kereta WAJIB berhenti untuk beri laluan kepada pelintas jalan.

Kau tak tahu?

Abes, macam mana kau boleh dapat lesen kereta? Kau belajar apa? Kau tidor ke masa kelas undang-undang? Ke sebenarnya kau takde lesen kereta dan kau main bawak je? Kau lupa? Kalau lupa, tak sedar, next time jangan buat lagi. Praktikkan. Tak rugi pun berbuat baik.

Inilah masalah mentaliti rakyat Malaysia buat gua berangin. Nak itu ini. Nak kerajaan buat itu ini. Tak dapat itu ini, nak menentang. Tapi undang-undang RESPECT each other macam benda ni pon tak tahu, buta, dan main langgar. Problem betol.

p/s : Beringat-ingat lah sesama kita. Chalo!

Julai 12, 2010

Tiada Siapa Boleh Celen The Swiss

Mestilah. Hanya satu-satu pasukan yang boleh kalahkan Sepanyol di Welkap.

Perlawanan yang tidak menghiburkan. Menguap banyak kali.

Apa-apa pun. Torres memang sampah... dan juga pengadil yang diketahui peminat no satu Torres. Tak lupa juga Nik Torres Ashri.

Yang bernasib malang ialah Robben The Robber.. Pandai dia mencuri bola. Tapi Puyol is Toyol. Sentiasa ada teknik tersembunyi tanpa di hidu pengadil.

8 YELLOW + 1 RED = ORANJE.

Istilah cool semalam yang aku jumpa ialah 'Villa Volley'. Hasil sepakan David Villa yang melambung ke laut.

Habis dah welkap. Entah ada ke tidak Welkap Brazil 2014.

Julai 11, 2010

Uruguay y la gran fuerza de Forlán

Perlawanan semalam antara Uruguay dan Jerman bagi gua adalah antara perlawanan terbaik setakat ini. Termasuk sekali Uruguay lawan Belanda tempohari. Kedua-duanya berkesudahan 3-2. Walaupun Uruguay kalah, namun persembahan Uruguay adalah yang paling menghiburkan. Kawan gua semalam bagitau, 'Uruguay had show the true balance football'. Bukan total football okay, tapi balance football.

Hampir lengkap dengan segalanya. Baik dari segi taktikal, Uruguay gemar menggunakan taktik 'tiga segi' untuk bergerak kehadapan. Disamping berani untuk memegang bola dan menembusi pertahanan lawan. Itulah baru bola sepak, penuh keberanian. Kekuatan? Walaupun Uruguay rata-ratanya tak tinggi dan berbadan kecil. Namun, mereka tiada masalah menumbangkan pemain Jerman yang berbadan besar. Gua pun hairan, ada pakai-pakai ke apa Uruguay ni? Individual pula, kau tengok si Suarez tu gelecek dan rembat bola curve masa lawan Korea tempohari, hebat!. Dan Suarez juga menunjukkan gaya patriotisme yang tinggi bila dengan selamba tahan bola mcam main bola tampar. Haha! Tervaek! Gaya marksman yang sebenar, tak usah cakap banyak, semestinya Diego Forlan yang penuh dengan aura bahaya di depan gol. One step kick dia dan free kick dia memang boleh buat musuh berderau darah. Gua rasa kalau pemain umur 30 sampai 34 patutnya dah tak banyak tenaga, tapi dia tak. Tak padan dengan umur. Makan biawak kot macam Drogba.

Yang paling aku respek ialah gaya pertahanan Uruguay. Diorang tak seperti Jerman atau England yang suka kumpul ramai-ramai defensif dalam kotak penalti. Pertahanan Uruguay 'main bukak'. Tapi, defensif Uruguay akan memintas bola musuh dengan gaya 'pressure dari belakang' dan kombinasi pintasan 'satu-dua' yang menarik. 'Satu-dua' di sini bermaksud, seorang defensif Uruguay akan pergi kacau musuh punya bola dan seorang lagi ready untuk pintas bola secara tiba-tiba. Smart! Taktik 'pressure dari belakang' itulah yang membuatkan pemain Jerman tergolek-dog walaupun berbadan besar.

Satu sahaja lah yang tiada pada Uruguay. LUCK. Banyak gol-gol yang Uruguay bolos adalah datang dari gol bodoh-bodoh ataupun gol 'keling bunting'. Senang cakap, gol yang berlaku sebab perebutan di dalam kotak penalti. Tanyalah mana peminat bola yang bermain bola, pasti akan setuju gol seumpama itu 50/50, siapa yang pandai berebut, dia lah yang menang. Jangan tanya pada peminat bola yang tak main bola. Diorang apa pun tak paham apa itu gaya bola. Sebab diorang tidak merasakan 'feel dan experiance' bermain bola itu sebagaimana. Jadi, abaikan.

Kesimpulannya, Uruguay terbaek! Kalau tak baek, takkan lah masuk semi, kan?

Julai 10, 2010

A New Order

Hidup selama 23 tahun. Masih bertahan. Susah senang di hadapi. Tekanan mengubah cara hidup. Entah berapa kali mengeluh.
Menuju ke arah baru. Tinggalkan kisah yang lalu. Biar kita tiada rakan, tapi jangan kerana rakan, kita mendapat sesalan. Bergeraklah.
A New Order. Together We Forwards For Extra-Ordinary Future.

Julai 08, 2010

Makwe 3 : Vice Versa

Membongkok seperti aksi menunggang kelas Novis. Cuma tiada penunggang di belakang. Handset ditangan bertindak seperti side-mirror. Terus-terang je lah. Apa masalah kau sebenarnya? Buat gua berdekah je memalam buta..

..............

Nasib baiklah ada amoy teman gua tengok bola malam ni. Jom Alice!




p/s: Tersembul? Abaikan.

Julai 07, 2010

Salahkah Memahami Islam Dengan Kaedah Scepticism?

p/s : Dah lama tak buat entri serius.
  • Kaedah Scepticism merupakan kaedah mempertanyakan, atau mempersoalkan sesuatu. Ia berbentuk keraguan yang tercetus dalam memahami suatu perkara, undang-undang mahupun falsafah. Istilah ini adalah istilah falsafah eropah.
  • Apabila Scepticism wujud dalam memahami agama Islam, ia mendatangkan pelbagai diversi pendapat di kalangan pengamal ajaran Islam. Contoh-contoh ayat mengandungi scepticism terhadap ajaran Islam ialah :
"Kenapa orang Islam tidak boleh memakan babi?"
"Mengapa umat Islam berebut-rebut mencium batu hitam di Kaabah?"
"Apakah itu Allah?"
  • Apabila pertanyaan yang menimbulkan keraguan di ajukan. Terdapat pelbagai pandangan di utarakan oleh umat Islam. Ada yang mahu menerangkan, ada yang tidak mahu di persoalkan, ada yang berkecuali mahu menerangkan, dan ada yang mahu ikut sahaja.
  • Para pemikir Islam termasuk Muhammad SAW sendiri mengalami situasi scepticism ini sewaktu baginda menyebarkan ajaran Tauhid Allah Taala pada permulaan dakwah dahulu.
  • Contohnya, baginda telah di ajukan pelbagai keraguan bertalu-talu dari penduduk Mekah bagi menerangkan perjalanan baginda dalam peristiwa 'Israk Mikraj'. Pada waktu itu, ramai yang ragu dan tidak percaya dengan cerita baginda. Cuma Saidina Abu Bakar yang meyakini segala cerita baginda.
  • Scepticism dalam Islam ada baik dan buruknya. Yang baik ialah, ia boleh menambahkan kefahaman dan keyakinan kita terhadap Islam. Tetapi, yang buruk ialah scepticism hanya boleh menerangkan sesuatu perkara yang berbentuk nyata atau absolute. Ia tidak boleh menjelaskan dengan nyata bagi perkara-perkara seperti jodoh, kematian, perkara ghaib dan sebagainya yang berkaitan dengan sesuatu melebihi jangkaan logik akal manusia.
  • Contoh yang baik dalam scepticism terhadap ajaran Islam ialah keraguan mengenai pengharaman arak. Hasil dari keraguan tersebut, manusia telah mengkaji kesan arak. Dan dengan kajian tersebut dapatlah di nyatakan bahawa arak mendatangkan keburukkan seperti dapat menghilangkan kewarasan akal dan mendatangkan penyakit.
  • Contoh keburukkan scepticism terhadap ajaran Islam contohnya ialah meragukan sifat-sifat Allah. Ini merupakan masalah scepticism yang bertindahan dengan ideologi keyakinan dan kepercayaan. Apabila manusia terlalu taksub memegang kaedah scepticism dalam mendapatkan jawapan mengenai Allah Taala, kesannya akan berlaku kepada kewarasan akal manusia. Pendek cerita, manusia boleh jadi gila.
  • Maka, di nasihatkan. Berpada-padalah dalam mencetuskan keraguan. Adakalanya, kepercayaan yang ke arah kebaikkan boleh menghilangkan keraguan. Jika contohnya ada orang bertanya kepada anda, 'Siapakah Imam Mahadi? Bila dia akan muncul? Di mana dia?'. Katakanlah, 'Waallahualam. Sesungguhnya Allah Taala lebih mengetahui dan Dia lah sebaik-baik Maha Perancang'.
p/s : Kadang-kadang aku geram dengan pengkaji dan penulis buku yang asyik sangat bercerita pasal kiamat, kedatangan Mahdi, Dajal, panji-panji Hitam dan apa yang berkaitan. Taksub sangat. Pulun sangat. Sampai tahap 'satu kerja pun tak boleh nak buat'. Bagi aku, antara hadith, Al-Quran, dan itjimak dalam menerangkan dan meramalkan pasal kedatangan kiamat ini. Aku lebih memilih percaya kepada kekuasaan Allah Taala.

Kita mungkin boleh meramal kedatangan Mahdi, Dajal dan Isa berpandukan hadith dan Al-Quran. Tetapi, fikirlah. Jika Allah itu Maha Berkuasa, dia boleh mengubah bila-bila saja ramalan tersebut. Bukanlah nak cakap Allah memungkiri janji. Tidak. Aku ingin mengajak umat Islam berfikir dengan cara yang mudah. Yang mana satu patut kita percaya dulu, KUASA ALLAH atau Ramalan Hadith? Adakah ramalan lebih hebat dari kuasa Allah Taala? Masyallah, renungkan lah balik. Kalau Allah Taala nak ubah sekelip mata isi kandungan Al-Quran dalam sekelip mata, Dia boleh je lakukan. Sebab Dia ialah Tuhan. Terer segalanya. Kan? Jadi, berpada-padalah dalam kehidupan ini. Sekian.

Makwe 2 : Lisa Suriani


Cuba teka yang mana satu Lisa Suriani?

p/s : Kalau nak buat bini, yang mana satu engkorang pilih?

Julai 05, 2010

Education For Women On 2am

  • Sebelum ini aku menyentuh tentang cara seorang BF hendak explain kepada GF bila BF tu suka pada seorang perempuan lain di sini. Kali ini, aku hendak menyentuh cara bagaimana seorang GF hendak explain kepada BF bila GF suka pada lelaki lain.
Topik cinta : Salahkah Menyukai Lelaki Lain Walaupun Dah Berpunya?

  • Ada dua jawapan. TAK SALAH kalau BELUM BERKAHWIN. Dan, SALAH kalau SUDAH BERKAHWIN.

  • Tak salah kalau belum berkahwin kerana perempuan pun manusia jugak. Ada pilihan apa yang mereka mahukan. Siapa yang nak pertaruh masa depan macam tu je? Kalau setakat cinta sahaja, tak guna jugak.
  • Tapi, kena fikir jugak. Nak ke di cap playgirl? Nak ke bermusuhan? Sanggup ke nak melukakan hati seorang lelaki yang mungkin dah banyak berkorban untuk kebahagiaan? Kalau kau tanya mana-mana typical perempuan. Jawapannya mesti tak sanggup.
  • Tapi, kalau sekadar suka 'just kawan' atau 'teman tapi mesra'. Ada caranya, takde masalah. Ha, teruskan membaca. Yelah, kengkadang kawan lelaki yang perempuan suka tu, dia kenal lebih lama dari BF sendiri. Tak adil lah plak nak buang member macam tu je.

  • Salah kalau dah berkahwin kerana memang kerja bodoh pun. Bila dah berkahwin, duit kau dah dapat, 'sedap' kau dah dapat, kasih sayang tanggungjawab kau dapat, maybe anak pun dah dapat. Apa lagi yang perempuan nak? Lelaki pun manusia larhhhh.
  • Satu benda yang cukup pantang pasal perempuan bila dah berkahwin. PEREMPUAN JANGAN SESEKALI SHARE MASALAH DENGAN LELAKI LAIN WALAUPUN SEDARA SENDIRI. Benda ni penting. Dan sila lekatkan dalam otak sampai bila-bila.
  • Nak share masalah rumah tangga ke atau apa pun, SHARE dengan PEREMPUAN SAHAJA. Especially, mak sendiri, mak mentua sendiri atau kawan baik perempuan. Ayah sendiri? Selalunya ayah kau akan dapat cerita dari mak kau. Jadi, kalau bagitau mak, tak bagitau bapak pun takpe.
  • Sebab nya apa? Bila dah berkahwin, lagi lah banyak cubaan lelaki lain nak meruntuhkan rumah tangga kita. Bila bini share masalah dengan lelaki lain, apatah lagi suka. Macam boleh percaya je lelaki tu nak tolong atau dengar masalah dengan ikhlas. Come on lah, jangan jadi naif. Bukannya boleh tahu hati-budi lelaki tu 100%. Aku berani gerenti, mesti ada 'serampang dua mata'. Di seduce nya sedikit demi sedikit. Menangis di pangkuan bahu. Lagi teruk bila time suami bukak pintu, tengok-tengok bininya 'tengah' dengan lelaki lain. Selisih 44malaikat.
  • So, kesimpulannya. Perempuan dah berkahwin memang di elakkan untuk suka dengan lelaki lain. Kalau suka sebab 'just suka', mungkin di bolehkan seperti 'I suka lah dengan Orlando Bloom'. Itu takpe, Orlando Bloom tak kenal kau pun.
  • Dan aku rasa, lelaki berkahwin pun tak patut share masalah dengan perempuan lain. Kan?

Ok, kalau tak berkahwin. Macam mana nak explain dengan BF? Bincangkan.

  • Kalau GF terus bagitau kat BF yang dia suka lelaki lain 'in direct'. Mau dapat sumpah-seranah perempuan tu. 'Awak ni dah mabuk ape?' Itu untung. Kalau penampar sulung? Kalau dapat yang cool je, itu gift. Untung.
  • Lelaki tak macam perempuan. Ada satu sifat yang common ada pada semua lelaki. PANAS BARAN. Semua lelaki ada, dan bergantung kandungan panas baran tu. Ada yang sedikit, ada yang meluap-luap. Normal panas baran ni. Bergantung pada cara seseorang lelaki tu boleh kawal atau tak. Warisan dari sifat ketegasan yang ada pada bapa masing-masing.
  • So, sebelum nak bagitau. Fikirkan step ini dulu. Jika suka, LUPUSKAN dulu rasa suka tu dulu. Kalau tak boleh lupuskan, RAHSIA kan dulu. Kalau tak reti nak simpan rahsia, baru lah boleh beritahu pada BF. Okay?
  • Beritahulah dengan cara sedikit demi sedikit. Beri masa. Take a time. Aku rasa perempuan terer bab ni. Mereka ada naluri mengajar yang baik. Jadi, gunakan cara yang sama pada lelaki tapi atas tujuan kes ini. Mengajar dengan ayat pujian dan ayat cabar-mencabar.
  • Contoh, bagi ayat hint awal yang mudah seperti, 'Eh, Ali (contoh nama) tu baik orangnya kan?'. Ni starting point. Korunk kena lihat reaksi BF korunk penerimaannya macam mana. Mesti dia ada sedikit jeles atau sedikit terasa. Tapi, tak boleh nak marah lebih-lebih.
  • Hari yang lain, bagi ayat lain pula 'I suka la dengan cara Ali'. Ayat pujian dan cabaran. Kat sini BF akan rasa lain macam. Kalau dia melenting. GF kena calm down dulu. Kalau BF cool, teruskan untuk step seterusnya.
  • Sampai masa yang sesuai, baru boleh bagitau pada BF 'I suka dengan Ali, u kesah tak I berkawan dengan dia?'. Ok, barulah berterus terang. Dan, kesannya? Teruskan membaca lagi.
  • Ada juga cara lain. Tapi, suicide thing. 50/50 chance. Caranya ialah show off. Seperti meletakkan gambar beramai-ramai dalam FB. Gambar beramai-ramai, pastu tetiba ada gambar berdua dengan lelaki lain dalam gambar ramai-ramai tu. Ha, ni psikologi skit. Setakat ni, banyak jugak lelaki yang cool je terima. Memahami bahawa GF nya just kawan. Dan suka sebab berkawan je.
Kesan. Apa Yang Dapat?.

  • BF akan cuba merebut takhta hati GF balik. Nice one.
  • BF buat cool memahami dan biar je lah. 'Lantak lah awak nak kawan dengan siapa-pun, awak kan dah besar, saya nak halang pon, saya bukan suami awak, boifren je, yang penting, saya sayang awak, awak sayang saya tak?'. Ok. Terus-terang. Ni cara aku.
  • Perang saraf sumpah seranah. Blame sana sini. Kena lah hadapi. Siapa suruh memandai suka lelaki lain kalau dah tau BF panas baran?
  • Clash. Setel masalah. Ada sesetengah lelaki malas nak serabutkan kepala. 'Dah suka orang lain, pergilah amek orang tu'
  • GF bakal kena konkong. Ha, ni memang tak tau nak cakap apa. Lelaki tegas-sayang-cinta abes akan buat macam ni.
Tu je lah. sekian.

Julai 04, 2010

Makwe


Apa barang layan bola? Layan perempuan lagi best dari bola. Kan? Jiwa pun tak sakit. Sejuk pandangan.

p/s: Kalau empunya gambar ini membaca blog ini, nak tanya. Boleh berkenalan?

Ada Sebabnya Kekalahan Ini

Kecewa. Tak puas hati. Pilu dan sedih. Apalagi nak di gambarkan perasaan ini? Kekalahan Argentina mengguris hati. Gua tahu memang sukar Argentina nak menang dengan Jerman. Tapi, cuba menggembirakan hati dengan sikap optimis. Apakan daya. Jerman tetap Jerman. Argentina berhadapan dengan Raksasa. Hanya Ultraman je boleh kalahkan Raksasa. Penyudahnya. 4-0. Pedih siaallll.

Gaya permainan Jerman semalam adalah gaya tulen Jerman. Susunan defensif yang mempunyai dua lapisan. Hampir seperti susunan defensif yang di reka oleh Jose Mourinho sewaktu Inter Milan menang ke atas Barcelona. Cuma, Jerman lebih baik sebab fungsi flanker yang lebih menyerlah di pelopori oleh Ozil dan Schweinsteiger membolehkan mereka menyerang dengan baik. Salah satu kelebihan Jerman yang buat Argentina pening kepala ialah pemain Jerman 'cepat naik dan cepat turun'.

Tambah pula skuad Jerman kali ini banyak pemain muda. Simple calculation, stamina Jerman lebih baik dari Argentina. Sewaktu Jerman tewas kepada Serbia pada peringkat kumpulan. Mereka sebenarnya berhadapan dengan pasukan yang juga mempunyai taktikal defensif yang hebat. Defensif Serbia di ketuai Vidic dan Ivanovic. Memanglah sukar Jerman nak tembus. Defensif berprofil dari Manchester United dan Chelsea.

Argentina bukannya tak terer. Masalah Argentina sewaktu kekalahan semalam adalah kerana kegagalan mereka menembusi taktikal defensif Jerman. Buntu. Senang cakap, fucked up. Nak berhadapan dengan ketinggian defensif Jerman yang purata 177cm? Bola tinggi jangan harap nak lepas. Bola bawah pun belum tentu. Sebab dah di kekang dengan taktik defensif berlapis yang hebat.

Taktik defensif Jerman tak lah complicated nak di fahamkan. Mudah saja. Mudah di aplikasikan. Yang penting ialah fokus. Setiap lapisan defensif ada tiga orang, bermakna dua lapisan ada ENAM orang defensif. Dua CB, dua SB, satu DMF dan satu CMF. Selaras dengan formasi 4-2-3-1 mereka.

Apabila seorang pemain Argentina memegang bola, terdapat 3 orang yang akan memerangkap pembawa bola Argentina untuk masuk ke kawasan yang sengaja di cipta Jerman untuk Argentina hilang kawalan bola. Bila dah masuk perangkap, mudah saja pemain Jerman mengepung pemegang bola Argentina sampai buntu di buatnya. Argentina cuba melepaskan diri dengan menyerang menggunakan kelebihan Di Maria sebagai flanker. Berhasil sebenarnya, tetapi bola banyak di persiakan dengan ketidakberanian memecah masuk. Sebaliknya, pergi passing belakang balik. Berulang lah sampai wisel penamat. Takde maknanya. Bila Argentina sudah tiada idea. Cuba merembat dari tengah. Tapi, semuanya direct ke tengah gawang. Mudah untuk keeper Jerman menangkap bola sedia ada. Itu tak masuk lagi taktikal faveret 'line defence' yang memerangkap Higuain ke posisi offside. Jerman memang dari dulu memang terer bab perangkap offside. Setanding dengan Italy sewaktu zaman Maldini.

Kesimpulannya. Nak kalahkan Jerman? Gua tunggu raksasa ni kena demam cirit birit baru boleh menang. Andailah Jerman layak final. Belanda pun belum tentu dapat kalahkan Jerman. Kalau Uruguay, ada sedikit harapan. Sepanyol. Susah nak cakap. Itu bergantung kepada kebijaksanaan Xavi menghantar bola 'unpredictable'.


Tu je lah. Sakit hati gua tak abes lagi. Nasib baik Deutschland punya chicks hot-hot.

Julai 02, 2010

Kahwin Dah Selalu, Nikah Je Belom. (sambungan)

p/s : Tak habes lagi gua nak cerita, kita renungkan lagi.

  • Angan-angan kunjung tak sudah. Si lelaki asyik berkira, dalam kereta sudah, cinema dah, dalam bas KKKL pun dah, semak? apa barang, HOSTEL, pun dah. Ehh? Tapi hotel belum lagi rupanya. Nah, syaitan dah menghasut. Plan seterusnya kena di rancang. Duit di kumpul. Mak aih, juara betul lelaki sekaranggg.
  • Yang perempuan pun lebih kurang. Tak habis-habis senyum 24jam. Ingat kat pakwe. Rindulah, sunyilah, sepilah. Apa punya menggedik perempuan ni? Mak bapak tak nak rindu. Pakwe juga nombor satu. Di sms nya si pakwe, 'Sayanngggg, rindulah... huhuhu'. Si lelaki membaca riang tak terkata, 'huhuhu' dia kata? Ada can, ini ayat mengajak. 'Hujung minggu ni kita pegi Genting nak?'.Tu diaaaa balas.
  • Plan di rancang. Jadual di atur. Bersama lah naik bas. Naik cabel-car. Ambil gambar bersama. Pipi berlaga. Bahagia. Tak sabar nak rasa sejuk Genting tu macam mana. Amboi amboi amboi. Rapat lain macam. Sejuk lah katakan. Memang tempat syaitan bertendang. LARHHHHH?
  • Sampai Genting, macam orang jakun. Ke hulur-hilir berkepit. Gambar sana, gambar sini, gambar bunga. Penat bergambar, masuk taman tema. Pulun perabih main roller-coaster, main solero, main sini, main sana, main bukan kemain. Semuanya pakai duit PTPTN.
  • Sejuk menggigil. Hotel memanggil. Di bawaknya ke lobby First World Hotel. Jeng jeng jeng!. Check-in, itu sudah pasti. Semalam dua dulu. Baru heavennn. A'ah. Heaven kepala bana kau.
  • Dalam hotel? Gua skip lah. Malas nak cakap. Dah berpeluh, busuk-busuk. Mandi sama lah apalagi. Nanti kat neraka pun mandi sekali. Sabun mana sabun? Apa punya babi la kan?
  • Berapa round? Dari maghrib ke isyak, isyak ke subuh. Engkorang kiralah. Solat pun tak. Terperap. Terhempap. Menganjing. Di atas, di bawah, di hadapan dan di belakang. Semua boleh sapu, asalkan sama-sama bersatu. Hadoiyaiiii!
  • Ah ah ah ah dan Oh oh oh oh. Bunyi macam orang gila. Lintang pukang di buatnya. Habis makwe jadi kengkang. Baru teringat. Kondom tak pakai. Seronok punya pasal. Dalam pun dalam lah. 'Takpe baby, kalau u pregnant, kita tanggung bersama ok?'. Ish ish ish. Boleh percaya ke?
  • Macam kurang sesuatu. Apa kata buat kenangan? Kamera di letakkan. Satu rakaman. Terlarang di ranjang. Tajuk menarik. Buat koleksi. Koleksi peribadi kenangan. Bakal ada di 3gp Melayu Boleh bulan hadapan. Macam sial kau kannn?
Nafsu oh nafsu. Macam-macam hal!