Disember 31, 2010

Saya Tak Gay, Saya OK : Berdekah!

Khas di tujukan pada penggemar gaynisme. Sokong gay ke, homo ke, naluri lah, hak lah, apa lah. Moh layan seround-dua.

Disember 29, 2010

Menjelang Final 2 : Edisi Semboyan Psikologi


SALAM 3-0 DARI KAMI. SELAMBA KAMI BAGI. BERSAHAJA NANTI KAMI, TAMBAH 3-0 LAGI. AMACAM? ADER BERANI?

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU! SELAMANYA. TAKKAN GENTAR MENGHADAPI GARUDA. BAK DATANG, CAKARAN HARIMAU KAMI NYALAKAN. TERBANGLAH GARUDA MELARIKAN DIRI, TAK JEJAK TANAH MENCECET LARI. HARIMAU KAMI SENTIASA BERANI, MENJARINGKAN GOL ITU SUDAH PASTI!

JANGAN SEMBANG, JANGAN GEBANG. BELUM MAIN, DAH NAK TIPU ORANG. INI HARIMAU, HARIMAU MALAYA. DATANG MENCAKAR GARUDA YANG PATAH SAYAPNYA. HARIMAU KELAPARAN DAGING GARUDA. MASAK KARI PUN SEDAP RASANYA. BIAR ESOK LUSA GARUDA INGAT, JANGAN INGAT HARIMAU TAK KUAT!

BERBUAL BIAR BERAPI. SEBAB HARIMAU KAMI HARIMAU SEJATI. KAMI TAKKAN LARI. DATANG MENGHADAP GARUDA YANG SETENGAH MATI! APAKAN DAYA KAMU GARUDA. SAYAPMU PATAH, PENYOKONG MU MARAH. NAK DAPAT TIKET SAMPAI BERDARAH. FIKIR-FIKIRLAH YANG KAMU SEMUA MEMANG DAH KALAH!

SEMBAH PATIK MOHON DI JUNJUNG, HARIMAU MALAYA BAKAL BERKUASA, MENJINAKKAN GAJAH, DAN SINGA TELAH PUN SUDAH. KINI GARUDA PATAH KAKI JADI MANGSANYA. BERSIAP SEDIA LAH GARUDA, KAMI AKAN BUAT KAMU MENANGIS. RASAKAN TERKAMAN HARIMAU MALAYA DENGAN GOL-GOL MEMEDIHKAN. PULANGLAH GARUDA, PULANGLAH KE SARANGMU, JANGAN MENYALAK BAGAI ANJING TERSEPIT!

APA ADA HERAN DENGAN CACIAN? KALAU KAMI TUMBUK MUKA INDONESIA, BUKAN KELUAR WANG. TAKDE FAEDAH, TAKDE SIMPANAN. SEBAB 90MINIT ADIWIRA KAMI AKAN BERJUANG!

KAMI TAK DATANG KE JAKARTA, KERANA ADIWIRA KAMI CUKUP SEMPURNA. MERATAH GARUDA DENGAN LAHAPNYA, CUKUPLAH ULTRAS KAMI DI SANA, MENGHAMBURKAN SEMANGAT JUANG MALAYSIA! BUKAN KAMI PENAKUT, KAMI TAK PERLUKAN BERATUS RIBU MENENTANG KAMU, CUKUP HANYA SEBELAS, MENJADIKAN JAKARTA BERMANDI SEPI, LULUH HATI DENGAN KEKALAHAN, TEWAS KERANA KEALPAAN.

SUMPAH KAMI PADA NEGARA KAMI, SELALU KAMI SIMPAN DI DALAM HATI, DEMI TANAH TUMPAHNYA DARAHKU. KAMI TAK PERLUKAN PERHATIAN MURAH DI TWITTER SEPERTI KAMU. TAPI, HARI INI, MENJELANG PERTEMUAN PAHLAWAN KAMI DENGAN PAHLAWAN KAMU. AKAN KAMI LEPASKAN SEMANGAT KAMI YANG KAMI PENDAM GARA-GARA KELANCANGAN MULUT KAMU INDONESIA. BERSIAP SEDIA LAH UNTUK KEKALAHANMU INDONESIA! SEDIAKAN TISU DAN KAIN UNTUK MENGESAT AIR MATA MU! LAWAN BAGAI ANAK JANTAN. USAH JADI PENAKUT! KAMI HARIMAU MALAYA AKAN MEROBEK KAMU WAHAI GARUDA!

CACI LAH, MAKILAH, LUAHKAN KEMARAHAN KAMU HARI INI, LAMPIASKAN KEMARAHAN ITU WAHAI GARUDA. KERANA NANTI. KAMU AKAN MENANGIS KESEORANGAN DENGAN KEKALAHAN! KAMI PULANG DENGAN KEMEGAHAN!

AYUH MALAYSIA! MULAKAN SEMBOYAN MENJAHAMKAN INDONESIA! AYUH! LAUNGKAN SEMANGAT MU! JERITKAN APA YANG KAMU PENDAM SELAMA INI TERHADAP INDONESIA! BANGKITLAH KITA SEMUA! SOKONGLAH PASUKAN MALAYSIA YANG KORANG CINTAI! JANGAN TAKUT, JANGAN GENTAR. INILAH MASANYA UNTUK KITA MERAMPAS TAKHTA DARI PARA PENYALAK YANG SUKA MENUDUH! INILAH MASA UNTUK KITA BERGELAR KUASA BOLA SEPAK SEMULA! INI LAH MASA UNTUK KITA BERITAHU PADA INDONESIA BAHAWA KITA TAK PERNAH TAKUT DENGAN MEREKA!

AYUH MALAYSIA. HANCURKAN KESOMBONGAN GARUDA. MALUKAN MEREKA DI TEMPAT SENDIRI. TAMATKAN RIWAYAT DAN MITOS MAJAPAHIT YANG MEREKA SELALU BANGGAKAN. TEWASKAN MEREKA DAN TAMBAH LUKA MEREKA! MENGAUMLAH HARIMAU MALAYA. BAWALAH KEMENANGAN. JANGAN PULANG SELAGI TAK MENABUR BAKTI PADA IBU PERTIWI. KAMi MENUNGGU MU WAHAI PAHLAWAN KU. MENUNGGU DENGAN KEMENANGAN. MENUNGGU DENGAN KESABARAN. ANDAI KAMU TEWAS DAN KALAH. JANGANLAH BERSEDIH. KAMI SENTIASA DI SISIMU!

SEMBOYAN TELAH BERBUNYI, MARILAH KITA KE MEDAN BAKTI. SALAM AKHIR AKU UCAPKAN, MOGA KITA BEROLEH KEJAYAAN! CHALO!

p/s : gambar dari google a.k.a seni itu bebas!

Disember 27, 2010

Analisis Eksklusif Final Malaysia vs Indonesia dari Kaca Mata Amatur

Pengenalan.

Menganalisis perlawanan bola sepak dari kaca televisyen tidak sama dengan menganalisi dari duduk di stadium mahupun dari tengah padang. Ini fakta. Bila kita lihat perlawanan bola sepak di kaca televisyen, kita banyak menganalisi dari pergerakan bola. Sebaliknya, bila kita menganalisis dari stadium/tepi padang bola, kita menganalisis seluruh pergerakan pemain dan bola. Manakala, jika kita sendiri bermain dan duduk di tengah padang, kita menganalisis sekali pergerakan pemain, bola, kondisi tekanan pemain dan corak atur strategi yang pemain-pemain mainkan.

Dan semalam, aku berada di stadium. Duduk dekat (dekat jugaklah dari duduk tingkat dua) dengan padang. Mendengar suara-suara pemain merencanakan strategi.

Analisis

Bagi aku, perlawanan semalam walaupun dengan kemenangan 3-0 oleh Malaysia, banyak lagi yang pemain Malaysia perlu baiki terutamanya dari segi 'jangan takut untuk memburu pemain lawan'. Separuh masa pertama di hidangkan dnegan aksi bersemangat dari kedua-dua pasukan. Yalah, dengan sorakan penyokong, ia memberi suntikan kesedaran kepada kedua-dua pasukan. Bagi aku, separuh masa pertama adalah milik Indonesia terutama dari minit mula sehingga minit 30.

Aku lihat, pemain pertahanan Malaysia terpaksa bekerja keras menyekat serangan Indonesia dan kelonglaian bahagian tengah dan flanker yang kurang menjadi. Terutama Amirulhadi. Dia banyak mensia-siakan lariannya dan peluangnya. Amirulhadi adalah pemain yang bagus dalam menggelecek dan mencari ruang kosong. Namun, semalam bila aku duduk di tepi padang. Aku lihat dia kurang nak mintak bola padahal dia berada dalam posisi yang baik untuk melakukan serangan dari belah kanan. Kebanyakkan bola yang di hantar lebih kepada Norsharul. Amirulhadi? Hanya seolah menunggu dan memberi peranan kecil dalam melancarkan serangan.

Aku rasa, jika menjadi seorang flanker, selepas kau memberi bola hantaran pendek ke tengah dan kebelakang, kau mesti berlari kehadapan untuk menunggu bola long ball yang bakal di hantar ke bahagian kiri lawan yang kosong. Terdapat satu peluang sebegitu pada separuh masa pertama, namun Amirulhadi mensia-siakan hantaran dengan memandai buat hantaran rendah yang di block mudah oleh pertahanan Indonesia. Jika Norsharul mendapat bola sebegitu, dia takkan hantar terus, sebaliknya dia akan membawa ke dalam kotak penalti dan jika perlu, merembat ke gol. Dan semalam, dia sepatutnya merembat sahaja untuk gol pembukaan, kerana penjaga gol Indonesia, Markus tidak menjaga dengan baik angle gol nya. Sayang. Dan aku rasa, atas faktor itu juga Amirulhadi di keluarkan di babak kedua dan di gantikan Ashari.

Separuh masa pertama juga kita nyaris di kejutkan dengan gol Gonzalez, namun nasib baik, offsaid. Terberhenti jantung aku. Oh ya, Kunalan pada separuh masa pertama juga agak kelam-kabut. Hantaran dari tepi oleh Kunalan seringkali di block dan di keluarkan pemain Indonesia. Rembatan ke gol oleh Kuna pada separuh masa pertama juga nampak lemah dan mudah di tangkap oleh Markus. Begitu juga dengan Asra, haihh. Tak boleh nak cakap apa lah, pujian patut di berikan kepada Muslim yang sentiasa ada memback-up dan mengawal Gonzalez dengan baik. Muslim memang top-form malam itu, cepat refleks dan tidak mudah tertipu.

Indonesia pada separuh masa pertama banyak gerakan bahaya dari pemain kecil hitam bernombor 10 itu, Oktovianus kan namanya? Persis Shawn Wright Philipps aku tengok. Dia sentiasa menjauhkan diri dari pertahanan kanan Malaysia supaya dia boleh melakukan flanker dengan larian kencang. Pernah dia melima-posenkan Safee Sali dan menggelecek Asra dan Amar Rohidan. Bahaya mamat ni. Dia macma Norsharul, cuma dia berbadan kecil. Time rehat, aku menjangkakan perlawaanan akan berakhir seri jika Malaysia tak tukar gaya permainan. Ye lah, banyak sangat clear ball yang hmm. Tak ke sasaran sepatutnya, penat beb kalau clear ball tapi dapat kat pemain musuh. Yang penat ialah midfielder yang kena kejar sekali. Sebab tu, midfielder Malaysia pada separuh masa pertama tak menjadi kerana banyak di habiskan masa dengan mengejar bola dan pemain Indonesia. Bukannya atur gerakan.

Kontroversi laser memang buat aku mencarut. Bodoh betul siapa yang pancarkan tu. Kalau penyokong Malaysia sekalipun, aku tetap nak kata bodoh juga. Come on lah weh. Apasal nak kacau pemain-pemain bola dengan laser dan balingan mercun ke tengah padang? Agak-agak lah.

Separuh masa kedua agak lain. Sejurus sepak mula, aku lihat, ya! Malaysia menukar gerak permainan dengan set-piece dan hantaran pendek yang pantas! Aku mula yakin akan ada gol. Gaya permainan Malaysia tampak berubah dengan kemasukkan Ashaari. Dia tidak meniru cara Amirulhadi yang terus berada di tepi. Tapi, bila dia di tepi, dia akan membawa ketengah kawasan untuk bermain satu-dua dan hantaran pendek bersama Shafiq, dan Norharul. Seolah dari percaturan 4-4-2 bertukar kepada 4-5-1 dengan penguasaan midfielder hampir 70 peratus! Rilek je diorang passing satu-dua laju-laju macam main futsal.

Ternyata, corak sebegitu membuah kan hasil dengan jaringan. Indonesia hilang penguasaan tengah. Dengan keluarnya Oktovianus, nampak Indonesia hilang punca serangan. Umum semua maklum corak 4-5-1 merupakan gaya permainan mengutamakan penguasaan midfielder dan pergerakan flanker/striker dari tepi. Dan, korang dapat lihat semua gol Malaysia adalah gol dari hantaran dari tepi ke tengah dan pembawaan bola dari tepi ke tengah. Itulah yang menarik mengenai formasi 4-5-1.

Separuh masa pertama, Safee macam malas. Lambat untuk shoot. Second half, dia dah mula rajin mencari ruang. Aku memuji gol ketiga hasil header dari Safee. Paling aku puji adalah hantaran tepat Mahaili. Gerakan hantaran itu lagi aku puji, itulah gaya seakan Barcelona sewaktu zaman Ibrahimovic. Passing bola dekat-dekat, untuk tarik defender lawan keluar dari mengawal, buat hantaran kebelakang dan terus hantaran jauh kedepan dengan striker menunggu untuk melakukan percubaan! Hasilnya? Ternganga mulut keeper Indonesia.

Oh ya, Norsharul malam tadi memang licik. Dia bukan laju. Tapi licik. Inai masih di jari. Malam pertama perkahwinan entah sempat atau tak (hehehe). Namun, liciknya dia menghasilkan dua gol. Bukan senang nak memperdayakan 3 pertahanan lawan dengan berlari keluar padang dan masuk semula berlari membawa bola. Nani pun pernah buat, tapi tersungkur tau. Cuma, ada satu peluang hasil larian solo nya dan menggelek tiga pemain sambil melepaskan rembatan tidak berhasil. Refleks keeper dan Amri Yahyah lambat menyambar. Sayang sekali. Tapi, Norsharul tetap terbaik!

Penalti? Memang patut penalti. Ada sedikit terlepas pandang oleh pengadil nampaknya.

Lain-lain okay. Tahan bola okay, passing dalam 70% accurate, separuh masa kedua baru nak rajin memburu pemain. Oh!. Bijak juga defence Malaysia bila nak rampas bola, jatuhkan badan dan kait. Beb, cara tu 50/50. Tengok, kan dah kena free-kick. Patut kau himpit saja, body-contact agar dia loose ball automatik. Takpelah, nasib baik menjadi.

Sekian saja analisis kali ini. Semoga Malaysia menang di leg yang kedua. Chalo!

VICTORY!

Disember 24, 2010

Menjelang Final

Bola di kaki Kunalan. Dribble dari sebelah kiri. Dia berhenti, cuba mengacah Irfan. Hantaran ketengah kepada Shafiq Rahim. Ahhh, tricky di situ, terus dia menghantar ke sebelah kanan kepada Azmi Muslim yang secara tiba-tiba overlap dari belakang. Bagaimana? Azmi terus melakukan hantaran panjang ke kawasan penalti Indonesia. Siapa yang menanti? Safee Sali cuba melompat dan menanduk sambil di asak 2 pertahanan Indonesia. dan ahhh goooo tidak! terkena tiang! namunnn, Amri Yahyah!!!! GOLLLLLLLLLL! pantas dia menyambar bola itu! 2-0! 2-0! Malaysia mendahului untuk minit 36. Petanda baik untuk Malaysia menjulang Piala Suzuki buat kali pertama.

Okeh. cukup untuk sesi imaginasi. Sekarang ni yang penting. Aku dah beli tiket untuk final. Kau hado?

Takdo? Pergi beli cepat. Di sambar dek Indon baru ko tahu.

Dan, untuk yang kena kerja hari Ahad malam. Cakap kat majikan korang yang korang nak cuti, nak sokong pasukan bola sepak Malaysia. Cakap kat dia jugak, kalau kau kerja hari ahad malam, memang kompen lagi sah yang kau bukan rakyat Malaysia. Tapi NEPAL. Sebab? Orang nepal je yang kerja hari Ahad malam! #sarcasm

Menjelang final ni jugak ada pembantaian berlaku masa pembelian tiket petang semalam. Seorang penyokong tegar Malaysia dari Ultras Malaya di belasah teruk oleh sekumpulan penyokong IndoneSIAL. Motif? Tak di ketahui?

Marah? Sape tak marah bila penyokong kita kena pukul. So, faham-faham lah.

Sekian, chalo dan salam TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

Disember 22, 2010

Makwe 12 : Hey Ya!


Gadis yang pergi kenduri kahwin memang sentiasa jadi perhatian kan? Time kenduri adalah masa gadis-gadis melaram selawa-melayu boleh. Kita yang tengah cuci pinggan kat belakang dok ngok-ngek-ngok-ngek fuyooo, perghhh, mantapppp. Haha. We like!. Korang?

Disember 18, 2010

Perkara-Perkara Yang Korang Boleh Tahu Pasal Kami

Ramai orang konfius. Lelaki atau perempuan yang menulis dalam blog ini?

Okeh, okeh. Biar kami jelaskan.

Dulu, masa blog ini bernama Melayu Republik, ia di tulis oleh Aqram seorang sahaja. Masa di awal LensaRosak, ia di tulis oleh Aqram jugak. Cuma, ketika sudah masuknya unsur-unsur tulisan cinta seperti Love Lesson For Men dan Education For Women, penulisnya masih Aqram. Namun, di situ Alexia datang untuk memberi idea. Ia memberi maksud, Aqram menulis manakala Alexia memberi/menambah idea dan isi. Bermakna, masih Aqram menulis seorang diri, cuma di inspirasi oleh Alexia. Ceh, kemaen.

Namun, sejak 2 bulan lepas. Ya, Alexia juga dah mula menulis. Baru pandai, konon-nye lah. Dan kemudian, wujudlah Terfaktab. Ya, himpunan koleksi penulisan cinta, relationship dan sarcastic. Korang wajib singgah taw!

Em, apa lagi ek korang boleh tahu? Ha, kami list kan je lah. senang sikit.

1. Kami tak suka dengan contest blog. Sebab, tak nak dedahkan identiti kami.
2. Kami berdua suka mengembara dan bercuti. Sejauh Australia mahupun sedekat Kuala Lipis.
3. Aqram tidak suka makan ketam, Alexia tidak sukakan kucing.
4. Alexia benci orang merokok, Aqram buat dek je. <---nyampah!
5. Kami sudah berpacaran sejak 2005. Insyallah tahun depan menikah.
6. Aqram pandai bermain alat muzik, Alexia langsung tak reti. <---I suka dengar je.
7. Alexia adalah ahli kimia, manakala Aqram adalah ahli fizik.
8. Kedua-dua kami suka makan! Tempat makan kegemaran ialah Seoul Garden.
9. Aqram berasal dari Johor, manakala Alexia dari Kedah.
10. Alexia berdarah Siam-AngloSaxon, and Aqram berdarah Banjar-Sunda.
11. Kami berdua menyampah dengan mereka yang 'laghai' (lelaki patah)
12. Kami suka berniaga. Lagi-lagi meniaga kedai makan.
13. Aktiviti berdua yang kami suka lakukan ialah cari pakaian bundle.
14. Alexia kurang gemar kedai mamak, Aqram lagi sekali buat dek je. <--Ewww
15. Kami berdua memandu kereta jenis hatch-back. WiraAeroback dan Peugeot 206.
16. Kedua-dua kami ada scooter Ego hitam.
17. Aqram sukakan bola sepak, Alexia sukakan renang.
18. Topik yang selalu kami berbincang bila berdua ialah ; macam mana nak tambah duit.
19. Kami berdua benci dengan kata ganti nama 'mama/papa'. Jadi, kami gunakan 'saya/awak'. <---Yucks!
20. Ramai orang kata kami bukan couple, tapi adik-beradik. Kerana di katakan seiras. <--Ye ke???
21. Paling lama kami bergaduh, tak sampai 48jam. Tak tahu kenapa cepat sangat berbaik balik. Ada jodoh kowwtt. Hehe.

Ok, cukuplah. Karang tak pasal-pasal ada yang muntah. Bye!

By, Alexia.

p/s : Kami nak bagitau yang siri love lesson dan education for women dah takde. Kan dah ada terfaktab. Noted!

Disember 15, 2010

Realiti Hubungan Seks Dalam Percintaan Remaja Melayu Zaman Sekarang.

Kita abaikan dulu definasi seks antara couple menurut apa yang di ajarkan dalam agama Islam. Agama kita secara am-nya. Sebab, kalau bila kita kaitkan dengan hal ehwal Islam, konfem jawapannya HARAM, BERDOSA, LAKNAT, NERAKA dan mungkin BABI. Dan aku terus -terang bagitau, itu semua dah amat selalu jawapannya. Seperti dah tak menarik bila di ulang benda yang sama. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kan?

So, cekidout yo!

Mengapakah remaja melakukan hubungan seks?

1. Sedap
2. Sedap
3. sedap
4. Keseronokan
5. Kesetiaan
6. Ketagihan
7. Mencuba perkara baru
8. Di paksa
9. Terpaksa
10. Di rogol
11. Merogol
12. Ajakan kawan-kawan
13. Di ajar ibu bapa
14. Meniru
15. Cinta
16. Cikgu ajar
17. Saje suka-suka

Bilakah remaja melakukan hubungan seks?

Bila ;

1. Dah kahwin
2. Jatuh hati dengan pakwe/makwe/yang diminati
3. Hari jadi
4. Hari Merdeka
5. Tahun Baru
6. Hari kekasih
7. Malam minggu
8. Hari raya
9. Malam jumaat
10. Dah gatal/gersang
11. Lepas menonton porno atau lihat apa saja yang lucah.
12. Line clear
13. Lepas spm
14. Mama dan ayah tiada di rumah.
15. Bercuti bersama
16. Berduaan sebab berdating.
17. Boring-boring
18. Rasa rindeww sangatt.

Di manakah remaja melakukan hubungan seks?

1. Rumah yang line clear
2. Hotel yang JAWI tak serbu
3. Dorm/Bilik Asrama yang hujung
4. Dalam kereta yang cermin tinted
5. Tandas yang jarang orang masuk
6. Semak yang tebal
7. Tepi pantai/tasik/air terjun yang tak ramai pengunjung
8. Padang yang sunyi
9. Lorong gelap yang betul2 gelap
10. Tepi jalan/lebuhraya yang tak sibuk
11. Panggung wayang yang kurang penonton
12. Lif yang ada button stop.
13. Taman bunga yang terselindung
14. Kedai yang tak ramai customer
15. Pejabat selepas waktu bekerja
16. Tangga flat, tangga shopping complex yang takde orang lalu.
17. Rumah terbengkalai.
18. Kebun sawit.
19. Pondok durian.


Jadi, ada lagi yang tak di senaraikan? ha, cer criter..cer criter..

p/s : budak skizo takde surat doktor kalau nak menyibuk, pun boleh. kan dia suka imaginasi. nah, imagine lah.

Disember 13, 2010

Journey Dalam Dunia Blog

Bila korang mula berblogging?

Helly, bila kau mula? Kau Farid, bila? Apit, aku rasa kau pun dah lama kan? Ceghap, tak payah cerita lah. Kau yang kenalkan aku dengan benda alah ni, haha. Macam mana dengan yang lain? Bila?

Aku yakin korang semua dah lama dalam kancah blogger ni. Dah masak. Dah boleh baca apa yang datang, apa yang lepas. Dan paling penting, korang dah rasa jatuh bangun, sedih, gembira dalam dunia yang tak berapa realti ni.

Aku pula, bila?

Hmm, biar aku flash back di mana aku bermula. Seingat aku, aku bermula dalam dunia blog ini dengan menjadi penulis sambilan dalam sebuah blog di namakan Boikotlah. Sebuah blog yang menceritakan ketidakpuashatian mengenai sistem memboikot. Dan yang paling kecoh ketika itu, pasal dunia GAY dan LESBIAN. Di situ aku bermula secara tegar. Dan itu cerita basi dua tahun lepas.

Kejap, ada satu lagi blog time tu yang aku aktif. Ya, Komunikasi Kampus. Pasal hal masyarakat. Student power. Dari situ aku mengenali sedikit demi sedikit apa itu fungsi blog dalam perjuangan pelajar.

Dari dua blog itu, aku berganjak dengan sampahsociety. Sebuah komuniti haruk tak ingat dunia. Motifnya, sebab nak memeriahkan scene muzik independent di Pulau Pinang. Wuih, pakai dot com lagi. Macam-macam hal dalam blog sampahsociety. Bertikam lidah dengan penggiat seni. Haha, fikir-fikir balik. Macam bangang juga aku menulis dulu. Namun, yang dah lepas, lepas je lah. Lagipun blog tu dah berkubur. Sama berkuburnya fenomena independent. IN-DIE.

2 tahun lepas itu jugak, aku ada blog berciri politik. Sangat kontroversi. Kawan-kawan aku sendiri mempertikaikan fahaman aku. Hanya sebab aku more to government. Ceh. Aku dah tutup dah blog tu. Setahun je. Tapi, yang aku ingat, blog tu pernah kena serang dengan malware dari mereka yang anti-government. Macam puki. Hanya kerana aku revealkan satu-persatu kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sampai kerajaan itu jatuh, dan di rampas semula oleh Barisan Nasional. Time tu memang haru. Tsunami politik memang kena tempiasnya pada blog tu. Mujur, cepat aku tutup. Kalau tak mahu juak-juak pembangkang nak balun aku cukup-cukup. Apa tidaknya, kalau dah sampai dapat email ugutan. Aku time tu rasa macam, What the fuck? Ini kah di namakan kebebasan suara yang di canang-canangkan? Ah sudah lah. lupakan cerita lama tu. Aku tak mahu ungkit. Buat penat otak.

Kemudian aku sepi dalam blog agak berbulan-bulan. Setakat layan myspace, myspace, myspace dan kemudian, eh, ada facebook. Itupun kena kutuk dengan kawan, kata aku baru nak ada. Ceh, apakah? Lambat cepat ni jadi persoalan kah? Dalam menyepi itu, aku lebih suka jadi pembaca saja. Konfemlah masa tu mesti baca AkuTakPeduli. Haha, Irman memang best. Bila tengok dia perform kat stage pun best. Makwe lawa. Hot. Pakai Satria. Ceh. Apa jadah aku nak puji Irman ni? Takde motif langsung.

Masa sepi tu juga, ada juga blog2 lain yang aku baca. Time tu, dunia blog baru nak naik. Bloggers-bloggers yang kita respek sekarang ni seperti Lucy, Pipi, Obe, SueAnnaJoe, geng-geng Rantai, Hanis Zalikha, Mat Jan dan Sindiket Soljah, Geng JOHO, Gadis Jahat, Lady Esah, Magenta, Iqa Nabeera, Blog Bak dan banyak lagi, semuanya mula mengambil tempat untuk aktif sekitar penghujung 2008 dan awal 2009. Kira setahun selepas itu. Poom!! Mencanak.

Sekarang. Sudah ada LensaRosak. Tahun lepas aku buat. Sebab? Aku suka mengambil gambar. Tapi, tak pakai DSLR pun walaupun tengah fenomena. Kamera biasa saja. Sebab itu aku namakan LensaRosak. Tak HD pun gambarnya. Hitam dan putih saja. Tak macam blog bergambar sekarang. Kalau boleh nak sebesar tv 32inci page blog dia. Payah aku nak scroll satu-satu. Haha.

Sekarang, blog ini jadi penulisan persendirian dan perkongsian pendapat untuk bahan ketawa. Serta tak lupa cerita aku dan ehem ehem aku. Tangkap gambar pun dah jarang. Yang terkini, sibuk dengan pasal jiwang karat. Ya, blog Terfaktab. Dedikasi aku mengenai cinta dan komitmen aku dalam memelihara kaum wanita. Aiceh. Sungguh kimak ayat ini.

Eh, ada satu lagi website aku menulis baru-baru ni. Pasal muzik. Haha, korang kan terer. Kalau tau kat mana, senyap-senyap sudeyhh.

Ini lah journey aku dalam dunia blog. Penuh suka duka. Cuma.. ada satu benda yang aku nak tanya pada korang dan diri aku sendiri.

Sudah sejauh ini, sudah selama ini, rasa menjengkelkan pada dunia blog kini yang serba nak profit memanjang. Serba nak cari popular murahan, nak cepat popular sangat. Gelojoh nak mampos. Patutkah aku dan korang yang sependapat dengan aku untuk keluar dari dunia blog dan menutup pintu dari alam maya yang serba palsu sekarang ini? Atau, aku sekadar terlalu emosi? Atau sepatutnya aku tak perlu endah sangat, teruskan saja menulis kalau ada idea. Kalau ada-ada lah, takde-takde lah. Macam gitu?

Atau, korang rasa patutkah aku reveal siapa diri sebenar aku di sebalik nama Alexia Aqram ni? Tunjuk wajah sebenar, jadi macam orang lain. Ceh. Lagi tak boleh blah, macam lah aku popular sangat sampai nak kena buat macam tu. Dan macam lah kawan-kawan aku tak kenal aku pulak. Fak.

Aku sudah mula membenci dunia blog yang jahil ini. Kalau takde arah, mungkin aku akan delete kebanyakkan post-post yang ada dan jadikan blog ini macam twitter saja. Macam blog AKAB. Setel.

Tamat.

Disember 11, 2010

Yang Mana Sebenarnya Patut Jadi PM Malaysia?

Sebenarnya, terus terang aku cakap.

Najib Razak tak layak jadi PM Malaysia.

Anwar Ibrahim pun tak layak.

Apatah lagi Nik Aziz dan Haji Hadi.

Inikan pula Muhyidin Yasin. Mau satu Johor mengamuk.

Yang bukan Islam jangan cerita. Kalau Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan lain-lain antara salah satu ini dapat jadi PM Malaysia. Mahu ada berbunuhan.

Semua orang yang famous dalam kancah politik sekarang, yang kita selalu dengar sekarang TAK LAYAK JADI PM MALAYSIA. Sebab ada salah satu perangai lahabau dalam diri diorang. Kuat temberang. Banyak kontroversi. Buat keputusan berat sebelah. Kuat menghina orang lain. Dan hipokrit.

Habes tu, siapa yang layak?

Kalau kau tanya aku, aku nak pilih...


Dr. Fadzilah Kamsah jadi PM Malaysia.

Adil, zuhud, baik, berfikiran matang, tegas, tak jumud, dan paling penting, berilmu dan beragama. Orang macam dia tak terlalu mencampuradukkan politik dalam kehidupan. Gemar menasihati orang lain dengan cara berhemah, hikmah dan paling best, kelakar.

Boleh?

Kalau korang, nak pilih siapa? Kita rakyat Malaysia kena bersuara dalam kebebasan memilih pemimpin yang kita nak dan layak bukan? Kata 1Malaysia, kata Ketuanan Rakyat. Mesti korang setuju lah.

Disember 08, 2010

Menjengkelkan 2 : Alahai Tukang Komen.

Maksud aku, saaaaangat menjengkelkan dengan blog aderberani dot blogspot dot com.

Pergi ke blog orang lain.

Komen sesuatu yang tak puas hati dan adakala komen masuk dek akal dekat blog orang lain. Tapi, banyak komen yang tak puas hati di buat dari komen masuk dek akal.

Kerana.

Selepas itu sebuah entri baru akan di tulis penulis blog aderberani ini menceritakan ke-tidak-puas-hati-an dia, kesedihan dia, konon bijaknya dia, dan copy-paste balik segala bagai isi kandungan blog orang lain itu dan tak lupa copy-paste komen yang dia tulis dalam comment box blog orang lain itu.

Heh. Kerja bodoh.

Tak puas hati dengan orang lain atau dah takde kerja? Tunjuk pandai? Eksyen tunjuk juara? Tunjuk gangster?

Ni bukan schizophrenic. Ni namanya takde pasal, cari pasal.

Macam bagus. Kalau bagus, kenapa tak buat entri topik sendiri? Idea sendiri., bukannya entri kritik orang lain. Tak salah nak kritik, tapi ada step dia. Alexia pernah jugak kritik Lucius Maximus dalam entri ini. Namun, kenalah ada respek. Cubalah jadi normal macam orang-orang lain.

Ke nak jadi rare? Best ke jadi rare? Best ke jadi juara mengkomen? Juara tak puas hati tunjuk pandai? Best la sangatt? Kejar trafik? Nak orang lain calonkan dalam Blog Pilihan Malaysia? Nak sangat? Ambek lah.

Hmm. Tengok, tak pasal-pasal aku pun terlibat buat post untuk kritik blog orang lain. Sapa punya kerja? Sapa yang ajar? Sapa yang pengaruh? Hmm, dah la tu ;

Arguing on the internet is like competing in the special olympics. Even if you win, you're still retarded.

Untuk yang kena kritik ni. Jangan marah ok, anggap lah aku ni nak popularkan kan blog baru 4 bulan kau tu. Sekian. Chalo!

Disember 07, 2010

Menjengkelkan : Kedai Makan Berkaraoke

Series. Aku bingit gila dengan kedai makan yang ada karaoke terbuka.

Bising.

Nak makan pun tak senang.

Telinga sakit.

Nak berbual dengan orang sebelah pun macam bercakap dengan orang pekak.

Apatah lagi kalau yang nyanyi karaoke tu tak sedap.

Suara sengau mahupun garau.

Lagi bertimba-timba aku benci kalau lagu yang dia nyanyi tu lagu yang tak sedap. Atau lagu yang kita kurang familiar.

Sapa lah sangat nak dengar lagu John Jenin oleh XPDC? Mat-mat felda yelah.

Tapi kalau kedai makan kat bandar?

Aku rasa nak lempang sekor-sekor DJ yang jaga sound tempat karaoke tu.

Sebab apa? Tak boleh slow ke volume tu? Nak jugak sampai 97 decibles. Gila apa?

Tak semua pengunjung nak makan malam dengan keadaan bising. Lebih ramai yang sukakan ketenangan. Betul tak?

So, aku nak tanya.

Tak boleh ke kalau kedai ni dari bukak karaoke yang memekak, di tukar kepada 'ngaji'? Tau tak apa itu 'ngaji'? Memutarkan bacaan surah-surah Al-Quran. Bunyi sayup-sayup bagi pengunjung tenang dan insaf. Kan bagus.

Aku berani cakap. Kedai yang memutarkan bacaan surah-surah Al-Quran tu konpem laku. In a meantime, for muslim restaurant lah.

So pakcik, jangan salahkan saya kerana menyaman kedai pakcik yang memekak dengan karaoke sampai 2pagi. Dan jangan salahkan kedai sebelah sampai mengata diorang membomohkan kedai pakcik pulak. Salahkan diri sendiri kenapa kedai pakcik tak laku.

Sekian.

Pegawai Majlis merangkap ahli UMNO.

p/s : Nak karoeke pegi pusat karoeke lah! Apa jadah karaoke kat kedai makan? Patutlah kedai makan tak laku. Setan bertendang waktu menghadap rezeki.

Disember 06, 2010

Gig Baekkkk Di Tahun Baru!


Minat Screamo? Bagaimana dengan Hardcore? Berani kah dengan Metal-core? Southern Rock? Atau nak biasa-biasa saja macam Punk, Metal dan mungkin sehingga kepada Rap-core.? Alaa, yang penting kalau you all memang layan gig macam I ni. Atau mungkin dah lama tak berpeluh, meraba atau diraba. Marilah kita ke The Wall, Batu Pahat pada 1 Januari 2011 nanti ya. I tunggu you all dengan flying kiss lagi. Kata nak tengok I dengan pakwe I main gitar? So, datang la eh.

Ada Halal/Hadhari tu. Vokalis Halal/Hadhari cute tau orang nya. Nama dia Wan. Opsss, mati I kalau Aqram tau. Hik hik hik! Kthanxbye!

Disember 03, 2010

Tak Boleh Blah

Suasana sewaktu borak-borak waktu petang.

Aku : Kat mana kedai asam pedas yang sedap kat Melaka eh?

Kawan : Kat rumah aku, mak aku masak lagi sedap. Satu Melaka tak boleh celen bro.

Aku : .............


Suasana sewaktu lepas jamming.

Aku : Kau kena tukar pick-up Epiphone kau ni. Gitar Epiphone made in China cam ni, pick-up dia tak berapa elok sangat.

Kawan : Ehh, made in China lah paling bagus. Lagi bagus dari Gibson la broo.

Aku : ............


Suasana sewaktu lepas performance.

Wartawan RTM : Apakah pendapat kamu tentang event ini?

Kawan : Em, hari ini kami bermain dengan baik dan kami yakin kami akan layak bla bla bla bla... sign artist.....bla bla bla...  band lain beri saingan hebat....bla bla bla.... kami lagi bagus.....bla bla bla

Aku : .................(geleng kepala)





Tak bley blah la dowh. Tanya soalan, jawabnya macam cibai. Rasa nak lempang ada jugak. Kalau korang nak lempang tak?

Disember 01, 2010

Makwe 11 : Typical


Emmm, errr, arrrr, uhhhh, arghhh, ok lah. Apa motif aksi sebegini? Candid? Silat kuntau? Typical gadis melayu yang suka beraksi depan kamera? A.A.y.D.d.K.B.G.A.B? Ok, fine. Boleh lah. Pinjam tafsiran MM plak. Tak malu!