Januari 26, 2011

3 Dalam 1 : Majusi, Majindol dan Membebel

Beb, gua rasa tak payah di layan lah si majusi tu. Kalau kita sound macam mana pon, perangai dia untuk terus nak copy-paste takkan berubah. Dulu dia copy-paste tanpa link. Takde orang tegur mungkin. Dan dia pon maybe dah mula rasa syok bila ada orang puji entri dia best (padahal bukan entri dia). Sebab dah syok sangat, tu yang dia sampai jadi ngaku tu entri dan kajian dia. Sekarang dah kena sound, baru la terhegeh-hegeh nak letak link, minta maaf sana-sini. Siap mengadu kat orang lain minta simpati.

Pergi balik pergi balik sama juga. Dia akan terus copy-paste sampai.... sampai mampos agaknya? Cuma dulu secara haram (tak letak link). Sekarang cara halal (letak link). Betul dak?

Dia nak mintak maaf segala apa kat gua. Gua tak nak dengar. Sebab kalau dia mintak maaf kat gua berjuta kali-pun. Bukan gua yang maafkan. Gua bukan macam paderi boleh maafkan orang lain. Tak tak. Yang Genius di atas sana tu yang akan judge sama ada maaf itu boleh di terima atau tidak. Tapi, kelakar jugak nak mintak maaf kat gua. Gua kan unprofile. Mana ada wajah. Macam mana eh kalau ada orang butthurt dengan gua, nak mintak maaf kalau tak kenal? Macam mana eh orang yang dengki dengan gua nak kenakan gua kalau tak tahu wajah gua? Lebih penting, macam mana makwe-makwe cun nak tekel gua kalau wajah gua tak di kenali?

Hak ebaa, apa pasal ada budak-budak ni bising nak tahu wajah gua sangat? Gua nak tanya lu orang. Lu dengar dan fikir dalam-dalam apa yang gua nak cakap ni.

Siapakah manusia paling hebat, maksum, dan nama dia no satu dalam buku 100 great person in history?

Gua bajek mesti lu tahu nama dia kan? Of course lah Muhammad bin Abdullah. Apa punya soalan teka-teki mudah lah gua bagi ni kan? 

"Macam takde soalan lain nak bagi. Tak mencabar. Ingat budak-budak ke abang Aqram oiitt. Kami ni grad universiti three pointer lah.", kata Juliza Rashid, peminat setia Ben Ashaari.

Ok, ok. Gua tanya satu soalan lagi.

Lu orang kenal dengan Nabi junjungan kita semua. Kenal dengan 4 sifat terpuji dia. Kenal sejarah dia. Tahu dan patuh dengan sunnah dia. Lu percaya dengan apa yang baginda cakap. Believe bak kata orang putih. Memang lu orang respek dan kalau ada sesiapa yang hina baginda ni, lu memang melenting. Cuma soalan gua ni simple je gua nak tanya.

Lu orang percaya apa yang Nabi Muhammad SAW cakap, tapi siapa antara lu orang ni PERNAH NAMPAK wajah Nabi Muhammad SAW?

.....................(sunyi seketika)..........

Apesal? Tanya gua balik kenapa gua tanya soalan ni? Gua tanya lu, lu tanya gua balik. Ha jawablah, siapa pernah nampak? Apa? Takde sekor pon yang pernah nampak?

Takde sekor pun yang pernah nampak, abes kenapa lu orang percaya dengan kata-kata baginda? 

Sebab dari kecil dah di ajar macam tu? Sebab dia nabi, kena percaya? Sebab Tuhan dah suruh macam tu? Alahai jawapan macam budak tadika. Pergi belajar agama balik lah!

Cuba lu orang fikir balik kenapa gua tanya soalan macam ni.

Apa kata lu orang lihat anatomi diri lu orang. Selami diri. Kenal hakikat diri. Lepas tu lu orang fikirkan. Monolog kejap ;

"Kenapa gua percaya dengan apa yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad SAW sedangkan gua tak pernah lihat langsung wajah nabi?. Kalau gua dapat lihat wajah baginda, adakah kepercayaan gua dengan apa yang nabi sampaikan itu akan terus sama kukuh? Mana tau nabi rupa-rupanya tak hensem? Ahh, tak mungkinlah. Kenapa..kenapa?"

Ha, di sini gua nak bagitau. Kenapa dan sebab apa kita takkan dapat lihat wajah nabi kita sendiri di zaman ini (secara normal lah). Sebabnya mudah, dalam diam diri kita. Ada satu sifat terpuji untuk kita takkan JUDGE nabi junjungan kita sendiri walaupun takde sekor pun pernah nampak wajah nabi. Yang lebih terpuji, kita bukan pandang wajah nabi, tapi kita pandang dan respek apa yang nabi sampaikan dari wahyu yang benar, apa yang nabi nasihatkan, dan itu semua itu datang dari bentuk penulisan (Al-Quran dan Hadith). Kita sayang pada nabi walaupun tak pernah tahu macam mana wajah nabi. Kagum tak?

Benda ini mudah dalam reverse psychology. Kalau lah wajah nabi boleh di lihat. Konfem dan pasti ramai penganut agama Islam sendiri akan keluar perangai buruk sekor-sekor untuk JUDGE nabi junjungan sendiri. Bangkang apa yang nabi sampaikan. Sebab? Memang manusia yang barua akan judge orang lain melalui wajah. Cantik, dapat followers banyak walaupun penulisan langsung tak ilmiah dan merepek. Hensem dan sasa, pun sama dapat ramai followers walaupun hanya pandai buat contest bangang merata.

Maka, apa kaitan hal tak nampak wajah nabi dan hal unprofile gua?

Apa kaitan pula dengan kemisterian topeng yang gua pakai di alam maya ini serta beberapa rakan unprofile lain yang si Majindol tu nak kenal sangat? Oh come on lah, takkan tak nampak pengajaran di sini? Bukannya nak kata suruh setarafkan aku macam nabi okayhh. Please lah. Persoalannya, kenapa nak persoalkan unprofile orang macam gua sedangkan yang sepatutnya lu orang kena persoalkan ialah penulisan gua. Jika betul, katakan betul. Jika salah, katakan salah.

Dengan nabi lu orang tak berkira dengan wajah nya yang tak di kenal pasti, tapi dengan manusia unprofile macam gua, bukan maen lu berkira nak selidik macam mana rupa gua kan?

Kalau gua kata solat lima waktu itu wajib. Dan-dan tengok muka gua, terus kata pernyataan solat lima waktu yang gua cakap tadi salah. Bengong apa?

Gua bukan apa. Kadang-kadang dah sampai tahap Majindol ni, gua rimas dia sibuk geli-geli nak kenal dengan Helly, dengan gua. Memang gua ada teringat kata-kata SueAnnaJoe yang pesan kat gua

"Some day your anonymity will be revealed. All anonymous writers end up being discovered. This is Malaysia dude. It's small, pusing pusing je roundabout."

Satu hari nanti akan terbongkar. Maybe yes, maybe not. Gua pegang pesanan yang Alexia cakap ;

"Awak tulis selagi awak rasa mampu menulis. Jangan berhenti menulis sebab orang yang bijak tak menilai rupa penulis, tapi isi penulisan. Kalau identiti awak leaks sekalipun. Just said to them, I don't care and I'm proud to be myself!"

Ok lah, tu je yang gua nak gebang. Harap memberi input. Chalo!

34 ulasan:

MATAHARI berkata...

what could i say more, aqram.
sebagai penulis tak bermuka.


dan mereka tetap melalak.

eszol berkata...

input jgak la
nice way of presenting n good analogy
anonymity is sexy but depressing

btw der, hablum minallah wa hablum minannas

jgn label gua serbanistas lak

gua pasti lu pnah dgr ayat tu

AlexiaAqram berkata...

@matahari

we need steady and keep strong.

@eszol

hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. sbg graduan minor pengajian Islam, aku pernah buat public speaking pasal tu. sekian.

qish. berkata...

bhahahahaha!! aku suke entry ni bhaii!!

[heart]

fiqvertigo berkata...

kalau aku cakap tulisan kau ni ensem lah, apadehal ye dak..

walopon aku tatau ko..tapi yeah. tulisan ni ensem.

kehkehkeh

anikimar0's berkata...

wewuwu...Lagenda Mulut Bising (Bruce Lee)

ben berkata...

nah!

PointBlankShot berkata...

agak mendalam jugak kata-kata lu.

tersandar gua memikirkan.

Kurita berkata...

Ko salah, Arqam. Bagi yang maleh berfikir, meh aku explain gak di sini. Ada banyak sebab kita percaya & admire Rasullullah selain nabi sampaikan dari wahyu yang benar, apa yang nabi nasihatkan, dan itu semua itu datang dari bentuk penulisan (Al-Quran dan Hadith).

Antara faftor UTAMA ialah AKHLAK yang dipamerkan Rasullullah s.a.w itu sendiri. Ini termasuk kesabaran, pengorbanan & mcm2 sifat terpuji Rasulullah. Rasulullah tak pernah mengkritik dengan pedassss dengan harapan umuatnya insaf. Rasulullah bersabar dgn cacian umatnya yang degil. Rasulullah berdakwah & memberi nasihat dengan cara beriman. Ko rujuk balik reply sorang Anon dlm entri ko yg lepas pasal 'cara2 Islam menegur kesalahan'.

Yang salah tetap salah( sesetengah undang2 ciptaan manusia), yang betul tetap betul(ajaran Rasulullah & perintah Allah) Dan menulis blog/penulisan/buku/artikel dgn ayat sarkastik lagi menyakiti orang lain tak termasuk pun dalam sifat Rasulullah. Kenapa ko pilih cara 'freedom of speech' ni? Adakah niat menghalalkan cara?

Tapi kerana ko bijak menulis, ko tulis yg entri panjang lebar ni untuk justify bahawa aktiviti berblogging yg bebas menghentam(menegur kesalahan org lain) dgn ayat2 cantik penuh lazer, kesenian & menjadi gilaan fans ko. Dan menjadi seorang unprofile selagi bukan 100% Anon adalah acceptable. Pun nak mencari simpati dari fans ko ke?

Ko kata Mazidul keji kerana dia JUDGE golongan unprofile. Apa bezanya ko dgn Anon yg tak register Blogspot/Open ID etc? Ko & Anon sama2 nakkan privasi, mahu hak untuk bersuara. Ko nak tulis blog. Anon nak reply entri ko. Bila ko tulis something yg akan dpt tentangan (contohnya Mazidul), ko takmo la sampai org bongkarkan identiti ko, menggugat kerier, family & kenalan ko. Same goes to Anon. So, ko check balik, adakah ko & Anon sama takde telur, p**i atau tetek?

Dan ko peratikan betul2 entri2 ko yg lepas. Bukan semua Anon yang reply kat blog ko pedulik pun sape identiti ko. Diorang reply bila some parts of your specific post content are not entirely correct/debatable.

Satu lagi, pasal si Menjuez mintak maaf dari ko. Sape kata ko tak boleh mintak maaf dari unprofile atau org yg ko tak kenal? Dia mintak maaf sbb dia anggap ko MANUSIA, bukan spesis lain. Apa yang kelakarnya? Dia tau dia dah buat salah kat ko, so dia mintak maaf. Aku rasa itu satu respon yang normal. Lebih teruk kalo dia LANGSUNG tak mengaku kesilapan.

So, kepada orang yg lain yg kebetulan baca reply aku, bersandar & renungkanlah. Aku takde personal issues dgn Aqram pun. Terpulanglah kpd Aqram sebagaimana dia harapkan orang baca 'teguran' dia.

Lee Zha berkata...

sigh*


ko kata dia mtk maaf kt ko bro..p pesal aku tgk dia wat en3 baru cam sial?

bgus gak ko xmaafkan dia..


cz dr situ kita nampak dia x ikhlas pun minta maaf..

wat drama knon dia jadi mangsa...pakof.

SiSagaPutih berkata...

?Memang manusia yang barua akan judge orang lain melalui wajah. Cantik, dapat followers banyak walaupun penulisan langsung tak ilmiah dan merepek. Hensem dan sasa, pun sama dapat ramai followers walaupun hanya pandai buat contest bangang merata."

cant agree more bro. Too many bloggers yg followers ramai sebabkan rupa mereka tapi penulisan macam sampah.

Tanpa Nama berkata...

Dia nak mintak maaf segala apa kat gua. Gua tak nak dengar. Sebab kalau dia mintak maaf kat gua berjuta kali-pun. Bukan gua yang maafkan. Gua bukan macam paderi boleh maafkan orang lain. Tak tak. Yang Genius di atas sana tu yang akan judge sama ada maaf itu boleh di terima atau tidak.<<< bro, sorry la.. aku macam tak faham kenapa kau tulis macam tuh... die rase die buat salah kat kau... then die mintak maaf la kat kau... die pun dah sedar yg die memang buat salah... hurm... so, salah ke untuk maafkan die?

Sca Ndx berkata...

orang pandang rupa. ada apa?
macam-shit.

AlexiaAqram berkata...

@qish

sejak bila qish yang aku kenal jadi heels yang seksi?

@fiq

adakah semakin hensem penulisan, maka semakin hensemlah penulisnya?

dem hipotesis apakah ini?

@anikimaro

wachaaaaa!!!

@ben

NAHHHH!!

@pointblank

sandarkan pada kenangan.

@kurita

nak terberak aku baca ESEI kau.

@si saga putih

kan?

@sca ndx

+88. fuck yeah!

Kurita berkata...

Pedulik hape ko nak terberak. Ko cuma nak menafikan apa yg aku kata. Skrg ko nak teruskan berblogging tanpa batasan dgn penuh angkuh & bangganya.

haryani berkata...

buat apa yang kau rasa betol. manusia memang suka judge org pon (:

hida.hadi berkata...

telus, padu & jitu

AlexiaAqram berkata...

"Pedulik hape ko nak terberak. Ko cuma nak menafikan apa yg aku kata. Skrg ko nak teruskan berblogging tanpa batasan dgn penuh angkuh & bangganya." <-- contoh-contoh ayat orang tiba-tiba emosional.

Tanpa Nama berkata...

aku tak kisah AlexiaAqram, Hellioz atau sape2 sekalipun unprofile. Bila kau expose profile orang lain dalam blog kau, atas apa sebab sekalipun, contoh sebab dia plagiat entry kau, atau dia pakai shawl buruk gila, atau apa2 sebab lain.. kenapa orang lain tak boleh expose siapa kau atau hellioz atau sapa2 sekali pun la.. the poyo me ke.. atas justifikasi masing2.. ya.. sebagai contoh.. mazidul nak kenal2..

Tanpa Nama berkata...

kau buat aku rasa nak tinggalkan entry neh.. dulu best skrg tah apa-apa..

eiffel berkata...

mak aih...komen kt ats tuh boleh thn panas nyer yerk..nak2 dari kurita...


btw, aku stuju ngan ko aqram...manusia ni suka buat perbandingan..luar dan dalam..bila dah kenal luar, nk tau dalam plak dn cm tuh gak sbliknya..

kn lbh baik di ambil isi nya berbanding melihat luarannya...

AlexiaAqram berkata...

eiffel, ibu aku selalu berpesan.

"jumpa orang gila, cepat-cepat lari"

aku masih pegang dengan amanat itu.

Kurita berkata...

Heheh.. orang yang bercakap secara siuman, ko label gila. Aku reply panjang2, biar ko faham point aku. Kalu ko explan ala kadar, ko jugak yang kata ko tak paham.

Tapi aku dah agak dah... akhirnya ko akan buat2 tak faham.

Btw, Mak ko betul. Cuma ko tak reti beza sape yang gila. lol
.
.
.
.

Lepas ni, ko kan reply dgn ayat2 utk escape dari kesalahan ko. Kehh..keh..

Hellioz berkata...

kurita kurita....

alexiaaqram ni manusia bukan nabi
biaq pi lah dia nak memaki ke ape
manusia ada emosi

kalau semua orang perangai maksum,
this world is better of dead la weyh

da kopipes singgah le lahanat belaka
memang patut dapat pon.

kena lahanat sikit macam kena masuk neraka plak membebel.
macam celaka.

kalau teguran dia kasar pon biaq pi lah
dah memang tu je cara terbaik bagi pengajaran kat semua orang.

u should read obe's blog moar.
bpe byk plagiarizer kena expose.
nk salahkan sape?
kah3~

Tanpa Nama berkata...

tiada masalah pun Aqram nak expose sapa.. Obe nak expose sapa.. sapa2 nak expose sapa2.. masalahnya.. bila kita sanggup expose orang lain.. kita juga kena sanggup di expose oleh orang lain..

Most of the times, Aqram penulis yang bagus, Hellioz juga penulis yang bagus. Sometimes youre not. And when youre not, its time to remind you. Boleh terima?

Ohh berkata...

Kopipes jap..!

red army berkata...

serious shit u memang nak minta kena hack ke sotong?

The eggman berkata...

Bukan Great Persons lah ..tapi most influential persons in History....

Saper pernah nampak wajah nabi?..masa zaman Medieval and Golden age of Islam ramai je dia org lukis potret nabi Muhammad S.A.W. cuma start dah nak masuk 18 century baru dia org start forbid wajah beliau di papar kan......

AlexiaAqram berkata...

sebab apa forbid?

The eggman berkata...

biasak lah ..kena kt interest certain people yg nak power then nak control other people mcm2 dia org leh buat..

baca ni:

http://en.wikipedia.org/wiki/Depictions_of_Muhammad

AlexiaAqram berkata...

ini bukan 'biasaklah' bro. ini permasalahan. pendirian aku pun sama, aku tak mahu terlalu populariti, tak mahu kekuasaan melampau apatah lagi nak control orang.

sebab itu aku mahu wujud sebagai unprofile. seems like low-profile.

The eggman berkata...

ishh aku tak ckp pasal ko lah...dah ko tanya tadi apa pasal forbid...
then aku ckp secara general about people yg nak control other people...which is nak citer panjang lah kot...

.so aku pendekkan kat sini...just tau where to find the right info..jgn bias then by the data yg kita dah cari ..kita leh buat judgemn sendiri kn....

aku bro ekkk....huhu

sastraboy berkata...

tak faham gua dengan komen tanpa nama tu. sebab aqram dah reveal profile orang lain, maka orang lain pun boleh reveal profile si aqram ni?

wtf!

si aqram ni reveal profile orang yang dah buat taik dengan dia. sebab tu dia pegi reveal profile mamat tu. bukan main random, pilih orang, lepas tu, tadda! reveal profile orang.

tak macam si mazidul, dia (tanpa sebab jelas) nak pegi reveal profile helly, apa kejadahnya. bukan si helly ada buat taik pun dengan dia. so, untuk ada dia na reveal profile si helly ni?

haha. gilak punya tanpa nama, butthurt habis!

Tanpa Nama berkata...

siyes saya x suka awak kaitkan sal reveal profile nie ngan Nabi Muhammad s.a.w..ade ke patot sbb kalo nmpk muka dia yg xhensem kita x respek baginda??

tak masuk akal! kalo itu cara awak berfikir..kenapa masa hayat beliau bnyk je org ikut ajaran baginda, smpai berkembng ke serata dunia..

siyes saya x kesah pon kalo awak tanak reveal tapi darah saya menyirap bila awak ckp bukan2 sal Nabi Muhammad s.a.w..walaupun ianya hanyalah contoh.

sekian..
no offence :)