Januari 22, 2011

Aib dan Malu : Kita Bukan Penghukum, Tapi..


Malu dan rasa aib di dunia maya mungkin tak sama dengan malu dan aib di dunia realiti. Namun, kedua-duanya ada berkongsi satu arah yang sama. Pengajaran dan keinsafan. 

Kalau kita tidak boleh menerima hakikat rasa malu dalam dunia maya ini, bagaimana dengan dunia realiti nanti? Ini dunia makroskopik, macam mana dengan dunia akhirat nanti? Tayang screen besar-besar nanti segala apa yang kita buat di dunia bila di padang masyar nanti. Malu?

Apa persepsi yang korang boleh dapat dari gambar di atas? Tak silap aku, perempuan itu di rotan kerana kesalahan berjudi. Dan gambar ini di ambil di Aceh. Sebuah negeri yang mendukung hukuman syariah dan hudud.

Rasa malu dan aib dengan kesalahan bukan? Si perotan merupakan unprofile. Hehehe. Dan ramai yang menyaksikan hukuman sebagai satu pengajaran. Si pesalah? Apakah dia perlu menyaman semua orang kerana memalukan diri dia di hadapan orang ramai? Cuba fikirkan. Siapa yang patut malu? dan kepada siapa kita patut lebih malu? Pada sesama manusia atau pada tuhan?

Kalau rasa nak cabar orang lain sebab di malukan kerana kesalahan sendiri. Kenapa kau tak tentang saja hukum Tuhan ini? Kenapa kau tak jadi komunis dan hapuskan hukum Tuhan yang memang mendidik pesalah untuk rasa malu agar lebih berhati-hati di masa depan? Beb, memang ini putaran hidup yang tuhan rencanakan. Kalau tak nak di malukan, berhati-hati jangan buat silap. Nak buat salah, jangan bagi orang lain nampak. Lebih elok, berbuatlah kebaikkan. Dan jangan terlalu salahkan orang lain yang hendak membongkarkan kesalahan kau yang telah berinfeksi pada orang lain.

Walaupun aku dan kita semua tak terlepas dari kesalahan. Namun, dalam fikiran yang rasional, kita wajib mendukung hukuman syariah di jalankan secara EFEKTIF di Malaysia. 

Dan salah satu usaha aku di alam maya, jika aku nampak sesuatu kesalahan itu telah menjangkiti ramai orang. Aku perlu bersuara mengetengahkannya. Biarpun kontroversi, ini semua untuk pengajaran kita semua.

Belajar lah menerima kesalahan dan kelemahan diri. Semoga boleh kita cium bau syurga itu walaupun seketika.

Sekian.

19 ulasan:

MATAHARI berkata...

headshot for me.

Raja Fiqri berkata...

konklusinya?

sicomot-comel berkata...

malu biar bertempat..
malu biar pada-Nya..

katasifat berkata...

Apa y telah Allah rencanakan untuk makhluk adalah sebaik2 perancangan...

gha sudin berkata...

kalau tak silap, ni hukuman untuk berzina.. ritu terbaca dalam tenet la.. kalau silap, minta maaf..

maCy berkata...

bila nak mula jalankn hukum hudud sepenuhnya~

ieka noriko berkata...

hukum Allah jugala yg t'baek sbnrnya.cuma manusia xpenah nak pikir betapa adilnya Allah.

AlexiaAqram berkata...

aku tak mahu buat konklusi dulu. hendak lihat pemerhatian korang dan pendapat.

gha, hmm. maybe kot. sebab aku dapat gambar ni hasil google search and ada transkripsi kecil kat bawah.

GigiWangi berkata...

teruskan usaha! :)

Norfazillah Abdul Rahman berkata...

Hukum berzina di dunia, sebat 100 kali kan? *Sory kalau silap* dan hukumannya memang di sebat d khalayak ramai. Tujuannya bukan untuk mengaibkan, tapi sebagai pengajaran mata yang melihat. Hmm, tapi sebagai manusia biasa, kita harus buka minda dan melihat hukuman ini sebagai pengajaran. Semua manusia buat salah & silap, bezanya besar & kecik je kesilapan kita buat kan? So,org yang berzina ni kita tak bole pandang rendah kerana kesilapannya. :) Blog ni penuh informasi. saya suka! syabas lensa rosak! :D

Rose berkata...

aku sgt setuju.. and pasal hudud plak, aku rasa kita sangat2 perlu laksanakan betul2 memandangkan kes curi, bunuh, rogol, zina dah melampau2 di Malaysia.. and pada aku, org yg takut pada hukum hudud adalah org yang ada niat nak buat jahat, sbb tu dia takut.. kalau kau tak buat salah, buat ape nak takut laksanakan hukum hudud. betul tak?

khyrule_anuar berkata...

betul6... hehe

Fiq Vertigo berkata...

this is nice bro! seriously. aku tringat pasal law hudud time aku discuss dgn bf ae tu but yeah topic u ae ni membawa kepada penerimaan perlaksanaan sesuatu hukuman itu,not just about hudud thingy -suddently tringat kes rotan wanita yg minum arak di negara kita tu ditentang oleh semua ahli kissass kjaan dgn alasan mintak pengampunan bla bla bla menda tah aku tak ingat- and yeah..this topic yg u bualkan well, merangkumi semua. the whole process of acceptance and taubat that will lead to pengajaran.

well itu yg kita mahukan despite of yeah kita harus ada belas kasihan.

manusia tidak cukup mengasihi diri sendiri. they demand hukuman itu tanpa mereka sedari.

well done bro.

Fiq Vertigo berkata...

and yeah.. tringin nak baca point2 bagaimana hukum hudud which is well known as 'hukum islam' di negara kita yg berbilang agma..

bagaimana pengamalan tu boleh dijayakan..adakah utk certain jenayah shj..or mcm mn.

pembaris berkata...

Kalau tak salah, zaman Rasulullah dulu walaupun mengamalkan hukum hudud, tapi tak ramai yang kena potong tangan. Rasulullah teliti betul-betul dan walaupun nak samapi masa nak dijalankan hukuman,Rasululah masih menyiasat..bila dah kena hukum di khalayak ramai, masyarakat dapat pengajaran.

Mencuri diam-diam berani, kena hukum khalayak ramai tak ramai yang berani.

p/s:hukum sebat sultan bola boleh beri ampun

Norfazillah Abdul Rahman berkata...

Kat Mesia ni, yang ikut hukum islam satu je. Kahwin! hehehehe~

HEROICzero berkata...

hey, apa sangat malu di dunia, asal lepas nanti d akhirat. kalau lepas d dunia, sangkut di sana, aduh.

*sokong lu. biar mereka kata kejam, sedang yang "kejam" itu datang dari yang Maha Mengasihani.

heh.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kau nak perli bebudak yg kata kau bukak aib fatin liyana tuh kan? tp kau kena igt. apa yg dia pakai, itu tak kena dimata kau. dosa antara dia dgn tuhan. bukan salah dia tuh salah yg mmg dah ditetapkan hukum hududnya.

eiffel berkata...

tapi kan...klo tak silap aku..

hukuman zina iaitu merotan sbyk 100kali tuh, bukan stakat sbg pengajaran..ianya dikatakan, ada benefit pada si lelaki yg belum berkahwin..tak ingat, nak elakkn virus ke apa..aku dah lupa

tp klo zina yg di wat oleh lelaki tlh berkawen, xbole disebat, kerana ianya tak efektif..tuh sbb hukumannye berlainan...

jd, hukuman yg Dia dah peruntukkan, bukan sekadar hukuman, tapi ada hikmah disebaliknya yg kita sndiri tak tahu...