Januari 11, 2011

Capitalism Stole My Virginity

1. Seiring dengan minat aku pada gig dan perjuangan membebaskan cengkaman kerajaan zalim. Aku banyak membaca beberapa buku yang di jual di dalam sebuah gig. Buku atau zines underground merupakan satu titik ilmiah yang rare dan jarang di perolehi dalam komuniti bermajoriti. Penulisannya agak tajam dan melebihi penilaian sarkastik. Tak semua orang boleh membaca dengan hati yang terbuka

2. Petik pasal kerajaan zalim. Tiada yang lebih zalim jika sebuah kerajaan itu mengadakan bayaran parking kereta dari pagi sampai ke 12 tengah malam setiap hari. Apatah lagi menaikkan tarif air yang di yakini membebankan rakyat seperti aku. Kerajaan mana yang buat macam tu? Lain tak bukan mesti kerajaan komunis sosialis Pulau Pinang sekarang. Tempat aku bermastautin kini.

3. Ada satu lagi benda sadis mengenai kerajaan ini. Di sini, jika membeli belah di Tesco mahupun 7e. Korang tak di bekalkan plastik. Kalau korang bawak barangan yang banyak, atau barangan basah seperti ayam dan daging, bawaklah dan pikullah tanpa beg plastik. Ini semua kerana kempen tanpa beg plastik yang di adakan setiap hari. Ye aku tahu kempen ini memang hijau. Namun, belum cukup realistik jika di adakan setiap hari. Aku lihat ramai yang tak kesah, namun, merungut secara diam susah nak bawak barang basah dan banyak. Sepatutnya, penggunaan beg kertas juga perlu di adakan untuk membawa barang yang kecil, bukan basah, tapi banyak. Bayangkan jika anda membeli baju dalam atau seluar dalam. Malu beb nak bawak tanpa beg. Kesedaran nak bawak beg biodegradable sendiri belum ada. Kempen lah sehijau mana, tapi kalau Sungai Jelutong tempat King Singh tu tetap kotor juga. Apa pun tak boleh.

4. Habis pasal kerajaan zalim. Kembali pada topik kapitalisme. Dalam beberapa minggu lalu di gig yang aku hadiri, aku terpandang satu slogan yang agak menarik. "Capitalism stole my virginity". Aku benar-benar minat dengan slogan tersebut. Apatah lagi memaparkan gambar perempuan di tutup mulut supaya diam. Efektif sungguh slogan ini pada perjuangan mempertahankan para gadis. Skopnya lebih besar. Aku tak rasa gadis-gadis shawls akan faham dengan slogan ini. Tak tau lah kalau mereka buat-buat tak faham.

5. Kapitalisme selalu merujuk pada definisi dalam sebuah perniagaan. Perniagaan kencing orang selalu di rujuk dalam industri kapitalis secara negatif. Air kuantum mekanik ECPI lah, gelang AC Inzal boleh angkat kereta sebelah tangan lah, Hai-O Nano syukur alhamdulillah lah, Jus Rozmey 40 punggung lah, rahsia tarikh lahir Azizi minda power rangers lah, dan banyak lagi. Aku bukan Aidid Muaddib nak terang panjang-panjang. Yang aku boleh bagitau, bisnes kapitalisme banyak di tuding kepada MLM. Walaupun perkataan capital itu bermaksud modal.

6. Secara relativitinya, aku nak mengaitkan slogan 'Capitalism stole my virginity' ini dalam kehidupan gadis di Malaysia. Apakah lajur dan barisnya dalam hal ini? Yang aku dapat dari pemerhatian aku, kapitalisme benar-benar buat untung dengan kecantikkan wanita. Jusmate5? Lihat saja iklan si Rozmey bergambar dengan 3 gadis cina yang seksi. Iklan Garnier? Edit video yang sangat menjengkelkan pada wajah Lisa Suriani supaya nak nampak muka Lisa tu perfect habes. Penjualan tudung shawls?. Ok, sendiri mau ingat berapa ramai yang dah terlibat. Filem box-office Malaysia? Sudah ada babak buka baju perempuan, kekah tepi rumah dan sebagainya.

7. Apa kaitan semua ini? Mudah saja, ini semua menjadikan gadis dan para wanita di Malaysia lebih ke arah menjual harga diri tanpa di sedari. Kapitalisme benar-benar telah menjual 'dara' wanita seseorang itu. Benar-benar meragut mahkota perempuan. Kalau dulu, mahkota perempuan ialah maruah, kini mahkota perempuan ialah.... rambut. Nampak tak reverse psikologi di sini? Kan aku ada cakap sebelum ini, setiap perlakuan membentuk sifat. Jika hari-hari iklan Pantene canangkan 'rambut ialah mahkota', maka secara tak langsung perempuan lain pun ikut sama kata 'rambut ialah mahkota'. Maka, di situlah permainan psikologi yang berbalik pada perempuan untuk kurang menjaga maruah diri, sebaliknya menjaga rambut dan wajah saja. Berbotol-botol syampoo Herbal Essential di bubuh kat kepala. Berkepul-kepul Nano White di sapu ke muka. Amal ibadah untuk di cucikan pada maruah kau lupa. Subuh pun tak bangun, lagi mau cerita.

8. Apatah lagi ingin nampak cantik? Kesempatan yang industri kapitalisme ambil sangat bijak. Kecantikkan dan kesihatan, dua subjek yang boleh menjual harga diri wanita. Mengkelamkan skop kehidupan gadis. Memesongkan akidah perempuan solehah. Semuanya terjadi bila tidak di kawal dan tidak mengamalkan sikap berpada-pada.

9. Itu belum lagi kalau kita terjah industri kapitalisme yang berkiblatkan seks. Malas nak cakap. Karang cakap lebih, sekor-sekor stim tak pasal-pasal. Pelacuran memang industri kapitalisme yang tertua. Datang, pilih, fap fap fap, puas, bayar. Dan berulang pada hari lain. Bagaimana industri 3gp dan porno? Ambil video, sengaja atau tak sengaja, upload di laman web. Naik trafik, buat iklan. Sharing is caring. ABAH LU!

10. Semua benda ini boleh aku simpulkan sebagai satu sealiran ke ara dunia orde baru. Dunia bertuhankan material, dan punca terjadi ialah kapitalisme. Mangsa kapitalisme? Perempuan. Yang bertepuk suka? Lelaki. Tak heran perempuan paling ramai masuk neraka sebab lelaki.

Sekian.

44 ulasan:

zaira berkata...

baek punye. terkena lagi skali lagi.

terbaek broo.

Artoone berkata...

pedas! gua suka!!

MATAHARI berkata...

reverse psikologi = kapitalisme dara.

peh. what could i say more.
terbaekk.

LoVe is CiNta berkata...

Capitalism not valid anymore...terbaekk la

cokelatputih berkata...

hai sy org baru :)

best! sronok baca blog ni
byk kesedaran..

Naqib Mohamad berkata...

nice shot!

tira azhar berkata...

ini baru betul-betul terbaik! :D

AlexiaAqram berkata...

hello semua.

aku tak tau nk cakap apa. selamat hari selasa. maaf zahir baten.

terima kasih. :)

airaniez wirdani berkata...

Hoho.Ayat saudara memang *menusuk*. Tapi itu kenyataan.Paling suka ayat saudara:
"Berkepul-kepul Nano White di sapu ke muka. Amal ibadah untuk di cucikan pada maruah kau lupa. Subuh pun tak bangun, lagi mau cerita."
Haha.Jemput baca di sini:
http://airaniezlife.blogspot.com/2011/01/wanita-eksploitasi.html

c!k baBy berkata...

kenyataan yg number 3 tu saya amat setuju.kerana sy skrg berada di kerajaan tersebut.dan kenyataan anda yg number 3 tu sgt tepat. ia menyukarkan org nak beli brg la weyy.ari2 pulak takde plastik.tak patot tol.
(nasib bek blaja jek kat cni.klw menetap teros tataw la ape nasib aku)

ChipCoklat berkata...

satu penerangan yg tegas bro...aku suka penulisan mcm ni...

Dalm kes ni...sape yg patut di persalahkan? adakah kerajaan..adakh family? atau diri sendiri yg terkinja2 nak ikut budaya barat..

Mungkin sedkit ulasan Ustaz Zaharuddin boleh memberi penjelasan..

http://www.chipzine.co.cc/2011/01/bertudunghipokritorang-bertudung-ini.html

Hellioz berkata...

kapital-ism win!
kah3~

humanity #phail

pakai tudung, tapi...
padat
sendat
ketat
melekat
kahkahkah!

☆aDihAys☆ berkata...

pmpn rmai masuk neraka..
sbb pmpn jgk laki masuk neraka..
laki leader..
suami,ayah,abang,adik,..
sume kene lead n bimbing pmpn2 ni..
ape pmpn wat kene tempias kt laki..
tp..
pmpn zaman skrg ni nk ke dibimbing?

Sca Ndx berkata...

panahan tepat.

AlexiaAqram berkata...

@airaniez

terima kasih daun keladi.

@cik baby

USM ka? tak nampak muka pon. eh?

@chip coklat

menyalahkan smua pihak ni sebenarnya benda yang mustahil.

baik hidup bertoleransi

@helly

(☞゚ヮ゚)☞ fuck yeah!

@adihays

tu persoalannya. dengan kadar indepedent woman yang ramai. mahu ke?

@sca ndx

gara2 sokongan kau bak sokongan olimpik. thanks dude!

Tanpa Nama berkata...

ni tulisan alexa or aqram?nice.

Fiq Vertigo berkata...

overal gua bagi 8.5

tang penjual shawl tu lu tak hurai habes..lu takut stat naik mencanak2 lagi ke? nitemare. hehe

well said bro. tapi masih dara dan rambut gua terjaga. alhamdulilah. mintak jauh segala anasir.

tang kempen 'mahkota=rambut' instead of 'mahkota= dara', tepat. dakyah2 ni mmg org kita mudah termakan.

ahh bro.. sikit lagi.. sikit lagi boleh jadi cobb nobler versi melayu tu. ahaha

nice one bro.

julie"anne berkata...

kat tempat lain boleh je xbagi plastic bag free..kalau dh tau nak beli banyak bawak la bag sendiri..itu la sebenarnya tujuan kempen tu..ape la punya benap di situ..mak aku lama dh praktik bawak bag sendiri kalau gi kedai runcit biasa..org malaysia ni ssh sgt nak berubah..sikit2 kerajaan..tah nak buat cane lg tah..btw, mak aku org malaysia yg ada kesedaran..kau bile lagi?

Qien Hikari berkata...

entry ny paling best aku baca . haha .
first , sal beg plastik uh . kat melaka , pun ade wat hari tanpa beg plastik tapi setiap hari sabtu jep . lau na beli belah hari tu , bawak beg sendiri , ta pun beli beg yang disediakan kat situ . Penang ta wat lagu tu ka ? pelik ?

second , about capitalism stole my virginity . mmg bagos larh . pedas and bermakna . ta sia2 aku follow blog ny . haha ! mmg btol pun pe yg kau canangkan uh . tentang kecantikan, fesyen and macam2 . pasal gadis and shawl uh ta yah cite r .. mmg sebelum ni aku hentam entry kaw pasal shawl tapi bler pk2 balek, betul gak . aku un pakai shawl (tapi ta selalu) tapi yang biase punye larh . aku pelik gak tgk dyowg pakai shawl pendek2 , labuh kan larh . bukan mati pun kan ?

whatever it is , entry ny mmg menarek ! (^_^)

Farah berkata...

Sbb utama diorang tanak kasik plastik beg bukan sbb green pun. Pasal akan jimat gile kos operasi diorang. Hampesss..

eiffel berkata...

hurm...memg betul ckp teacher aku dulu...perempuan sering dieksplotasikan...










atau mereka yg rela mengeksploitasikan diri mereka?

AlexiaAqram berkata...

@fiq

nitemare gak lah. lelaki pun sekarang dah ada dakyah2 nak pesongkan macam perempuan. tgk iklan minuman orang jantan tu cukuplah.

@julie'anne

seperti yg aku cakap. tak kesah, tapi merungut secara diam. kau kena faham terma tu. walaupun setuju, namun ada perasaan membantah kerana ada benda lain yang perlu di hijaukan. aku sendiri pun ada green bag dan akan sentiasa bawa. aku tak kesah pon kalau mak kau ada. ehhh?

@qien hikari

penang buat mcm tu jugak. namun tak praktikal kadang2 kalau pengguna saja yang selalu kena bawak beg. pasarsaya seharusnya sediakan beg kertas. lebih hijau. dan membantu pengguna yang terlupa bawak beg.

@farah

eh betul!

@eifle

dua2 sekali.

Amir berkata...

betulkan kalau aku salah. kapitalisme adalah fenomena dimana manusia membuat keuntungan dengan modal. ia bukanlah teori/falsafah ekonomi. jadi ianya bukanlah secara automatik bersifat baik/jahat. ia juga merupakan perkara yang akan berlaku dengan hampir semula jadi. contohnya, zaman dahulu kala pengembala kambing yang ada lebih kambing akan cuba jual kambing untuk buat keuntungan. itu, adalah naluri semula jadi manusia.

dan sampai sekarang, aku rasa belum ada lagi alternatif yg benar-benar berkesan kepada kapitalisme.

Komunisme adalah satu 'jawapan' kepada kapitalisme tetapi aku rasa sistem komunisme juga tidak jauh buruknya.

ada juga cadangan sistem-sistem lain tapi semuanya berbau utopia. contohnya The Venus Project.

entahlah.

Tanpa Nama berkata...

hye..
AA, km0 keje kt usm kew??
kite blaja kt sni..
stat bce bl0g neyh psal kes FL..
trus jtuh hati..
huu~
terbaeklah!!

Apan berkata...

mintak tolong weh.ko pandai tulis panjang-panjang gini.tolong tulis pasal epistemologi.ko try la kaji.mana tau bley ubah sistem kapitalis.

SuperAqram berkata...

nak tafsirkan epistemology(knowledge) memang kelakar rasanya kalau tiada rasional, empirisis dan skeptikal.

tapi kalau berbicang pasal kapitalisme menurut sudut epistemology boleh lah.

MY HEART berkata...

Lensa Rosak,

dipersilakan baca ini ^_^

http://avelynstorytelling.blogspot.com/2011/01/cik-anon-serang-aku-sebab-aku-back-up.html

aku diserang anon sebab buat entry pasal ko sob2. .gembira aku ahaks!

apedehal nak sedih2 kan?

Tanpa Nama berkata...

lu smash walau tkde gambo gua, gua terase beb.

n aku harap FL dtg lagi ke blog sarkastik lu bukan setakat utk pantau gambo2 yg lu tempek, tapi jugak utk sama2 'cuci minda'...

eh. ade ke?

kehkehkeh...

Cornstar berkata...

consumerisme stole my virginity!

The Sharkox berkata...

Damn, point no4 memang betul2 ko smash kat budak2 tu...ahahahahaha....


Kapatlisme adalah satu cara memesongkan pemikiran rakyat marhaen ke arah lain tanpa menyedari bahawa diri mereka dikapitaliskan. Tapi itulah, macam mana negara yang mengaku Islam agama rasmi pun tak mampu nak mengelak benda ni...

Pandai suggguh kapitlisma ini meragut keterunaan....

julie"anne berkata...

kalau xkisah kenapa perlu merungut..itu aku xfaham..sebab kat tempat aku skarang orang2 nya xde pun merungut hanya kerana silap sendiri yg lupa bawak beg..

AlexiaAqram berkata...

kau jangan fikir orang tempat kau adalah sama dengan orang tempat lain.

cth : di KL, mak bapak kebanyakkannya tak kesah anak keluar malam.

tapi, di terengganu, try ah keluar malam kalau nak kena pelangkung.

di kuantan, kedai ditutup selewat 11malam. meriah.

di mentakab? lepas isyak dah gelap gelita.

dan semua ini memperjelaskan budaya setiap negeri adalah berbeza. penggunaan beg plastik cthnya masih berleluasa di JB. cuba try buat sekali tak pakai beg plastik, mesti ada yg merungut.

so, berbalik pada pernyataan, membuat kempen tanpa beg plastik hari-hari, apa kau yakin mmg tiada seorang pun yang merungut?

kau dan mak kau takpelah. orang lain dan mak orang lain kau tak nak pikir?

aku tiada masalah dengan kempen ini. cuma aku tegaskan sekali lagi, penggunaan beg kertas mesti di sediakan juga oleh para peniaga. ini langsung takde. apa motif nya? di mana inisiatifnya? sapa yg meniaga, sape yang membeli skrg ini? kuasa pembeli lagi besar atau kuasa peniaga?

steady!

AlexiaAqram berkata...

pembetulan : bukan keluar malam. tapi keluar lewat malam.

Lee Zha berkata...

dunia gadis makin 'sakit'.

MATAHARI berkata...

point no 10!

Tanpa Nama berkata...

good entry..!

err..bila lagi ak buat entry pasal peniaga yang ditindas oleh kerajaan zalim kat tempat lu bermastautin sekarang ni..?
dua tiga hari ni asyik keluar berita je,panas hati gua tengok..

cek crite..cek criter..

Tanpa Nama berkata...

saya rasa point2 ni harus diketengahkan. bagi sedar sikit masyarakat Malaysia,tapi kena bagi lebih explaination lah takut2 orang salah paham pulak.saya nak lagi.eh?

haha

Idayu Suraya berkata...

terkesima dgn entry ni......tak sangka ade org pandai menulis cenggini...nk nanges la camni......

The Poyo Me berkata...

eh, entri nasihat moralis selepas entri awek sekretari nakal. ops!

anyway, capitalism destroyed a lot of women's perception. perception kita bukan berdasarkan nilai moral atau budaya, tapi nilai yang dipaparkan dalam tv.

semua orang kena putih pucat muka, baru la lawa. baru orang pandang. tapi bagaimana kalau masa depan, muka sawo matang pula jadi trend? habis la semua duit juta2 dihabiskan untuk pemutih muka tu.

and pasal beg plastik. tau la nak selamatkan alam sekitar kan, tapi hakikatnya bawa benda-benda mentah macam ayam dan daging lebih baik dibawa dalam plastik. jujurnya lebih steril dan lebih selamat daripada bawak dalam beg kain yang saya yakin anda jarang basuh.

AlexiaAqram berkata...

@the poyo me

damn true! istilah hygiene barang mentah perlu di highlightkan bagi memberi keseimbangan dalam kempen hijau.

yumiko berkata...

haha
betul2,skg pn iklan kt tv ntah pape
x lame lg aku rase keluar lah iklan bsetubuh

c!k baBy berkata...

saye tak sepandai tu lagi nak masuk USM.cukuplah sekadar di UiTM jek.heeeee

Tanpa Nama berkata...

hari tanpa beg plastik tu bagus.. plastik dah smakin berlambak kt tempat pelupusan sampah..dan plastik juga susah nk terbiodegrasi..klau dibakar,boleh menyebabkan udara tercemar..kurangkan plastik,kita akn mengurangkah peratus besar bahan bungan yg terdiri daripada plastik.gunalah green bag..hehe

Muaz berkata...

this is really something! a food for thought for the community..nice job guys