Januari 19, 2011

Cara Aku Memahami Agama Aku : Siri 2


Aku melihat konflik dalam memperkasakan kefahaman Islamiyah telah berada dalam kondisi tegang, setelah beberapa kejadian yang melibatkan ketidak-sefahaman antara dua mazhab terbesar dalam agama Islam iaitu Sunnah Wal-Jamaah dan Syiah di Malaysia.

Ingin aku mengulangi pendapat yang telah aku tuliskan dalam artikel bertajuk Mendemokrasikan Mazhab. Kesimpulan yang aku perolehi, atau pendirian aku, rasanya lebih kepada sebuah premis yang tak mahu terjebak dengan permasalahan mazhab dan hanya mahu menyelamatkan diri sendiri agar tidak terjerumus ke lembah kesesatan.

Namun, aku sendiri persoalkan. Dan kalian mungkin kadang-kala persoalkan. Sampai bila Islam hendak berpecah? Mengapa Islam berpecah? Kenapa sampai begini pecahnya perpaduan Islam itu?

Sila beritahu aku, dalam surah mana pada Al-Quran yang menyebut Tuhan suruh Islam ini di pecahkan kepada mazhab? Sila beritahu juga dalam surah mana pada Al-quran yang menyebut Allah mahu Islam ini di pecahkan kepada 4 imam?

Kalau ada, beritahu aku. Jika ada hadis sahih, beritahu aku. Hadis dhaif aku tak nak. Tapi, aku yakin, memang tiada pun dalam mana-mana surah menyatakan Tuhan berfirman untuk melabel-labelkan jalan kebenaran itu dengan pelbagai mazhab, takrifan mahupun ikutan. Yang berkali-kali Tuhan sebut ialah, ikutilah perintah-Nya dan tinggalkan larangan-Nya. Jalan baik dan jalan buruk. Bukan sekali di ingatkan, tapi BERKALI-KALI. Simple. Itupun ada orang tak faham-faham lagi.

Mungkin lah, mungkin ada di sebut mengenai Sunnah Wal-Jamaah dalam al-Quran. Tetapi, tak lah pula Tuhan berfirman untuk melabelkan Sunnah Wal-Jamaah sebagi satu mazhab! Mungkin aku kurang mengerti dengan nahu bahasa Arab. Namun, menurut yang aku baca, fahami dan pertanyaan yang aku buat. Memang label mazhab ini sepatutnya tak wujud dan tak perlu wujud!

Ini mempersoalkan fikiran kita untuk kita berfikir sejenak. Bagaimana wujudnya label mazhab dalam Islam?

Aku cuba menerokai sejarah. Dan aku lihat perpecahan ini lebih kepada perselisihan, khilaf dan tafsiran mengenai Islam. Semua perselisihan, khilaf dan tafsiran ini sedikit-sebanyak telah memberikan pilihan kepada umat Islam. Ya, dalam psikologi, pilihan merupakan satu skala struktur untuk manusia berbeza antara satu sama lain. Bila di aplikasikan kefahaman psikologi mengenai pilihan yang terdapat pada Islam itu sendiri, iaini kerana perselisihan, khilaf dan tafsiran, maka sudah tentunya pilihan itu sendiri yang menyumbang kepada perpecahan.

Contohnya ; Wujud pertikaian mengenai wudhu yang terbatal. Imam Hanafi berpendapat wudhu si suami tak terbatal walaupun dia menyentuhi isterinya asalkan bukan menyentuh dengan syahwat. Manakala, Imam Syafie berpendapat walaupun tanpa syahwat, asalkan saja bersentuhan, ia dikira terbatal.

Ini mungkin terjadi kerana asimilasi budaya setempat dan Islam atau di kenali sebagai Uruf. Ada banyak sebab lagi terjadi perbezaan dalam aplikasi dan ideologi Islam itu sendiri. Pilihan kadangkala meringankan. Namun, bila terlalu banyak pilihan. Ia menjahanamkan.

Contohnya ; Ah, kita sendiri kadangkala rambang mata bila terlalu banyak pilihan makanan. Lalu kita keliru dan memilih makanan yang salah. Kan? Apatah lagi dalam pilihan ikutan dan tarekat dalam Islam? Mengelirukan tak?

Analogi ini boleh menerangkan, akibat sifat-sifat manusia yang buruk, ia menyebabkan perpecahan ideologi dan mazhab kerana pelbagai pilihan. Sifat itu ialah EGO, TAMAK, TAK TETAP PENDIRIAN dan TIADA TOLERANSI dalam memahami susur jalur kesefahaman pada tafsiran kita terhadap Islam. Mungkin ada banyak lagi penyebab, TERLALU NAK RARE sangat? Itu yang sampai jadi naik ke langit? Jadi nabi Melayu? Terlalu ADDICTED atau MOTIVATED? Sehingga satu blog ditampal muka tokoh Islam besar-besar dari sana ke sini.

Masalah ikutan imam ini sepatutnya tidak patut kita jadikan sebagai perpecahan. Pilihan yang ada ini sepatutnya kita pergunakan sebaik mungkin dalam berkehidupan. Bukannya menggunakan pilihan itu untuk berpecah.

Begitu juga masalah mazhab. Aku sering terfikir. Kenapa umat Islam selepas zaman Rasuluallah SAW ada yang begitu ingin memenangkan Saidina Ali untuk di jadikan khalifah? Adakah ini kerana taksub? Kenapa pula sahabat-sahabat Rasuluallah SAW yang lain pula merasakan Abu Bakar, Umar dan Uthman lebih layak menerajuinya dahulu, kenapa bukan Ali? Adakah motivasi umat Islam waktu itu yang terlalu protected kepada keluarga Rasuluallah? Tiada tanggapan kronisma-kah jika penyambung legasi Rasuluallah terus menerus kepada keluarga nabi sahaja pada waktu itu? Apakah tiada tokoh lain yang selain dari keluarga nabi itu yang layak?

Cuba fikirkan pula psikologi berbalik ini kepada persoalan kenapa nabi yang terakhir kita datang dari orang Arab, walhal sebelum ini semuanya ramai dari kalangan Yahudi? Sama juga implikasi dendam-nya majoriti Yahudi kepada Islam, dan mungkin kepada Tuhan, kerana tidak percaya, atau tak boleh menerima hakikat bahawa nabi yang terakhir itu ialah Muhammad dari bangsa Arab. Bandingkan pula kewujudan Syiah yang tidak menerima hakikat bahawa Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai khalifah terawal, dan bukannya Ali.

Dari situ, aku lihat sifat ketiadaan toleransi pada umat Islam sebenarnya yang membunuh perpaduan umat Islam itu sendiri. Lebih menjengkelkan, perpecahan yang dahulu itu, cuba di bawa di zaman kini.  Dan lebih penting, ketiadaan sikap ketegasan dalam melaraskan gaya Islam yang tulen agar di praktikkan kepada penganutnya. Itu lebih utama. Kelemahan dari pemimpin umat kita sendiri dan perundangan Islam yang tampak lemah di cabuli undang-undang Barat. Itu semua menyumbang serba sedikit kepada semakin lari-nya pegangan umat Islam kini dari jalan yang lurus kerana mempunyai pelbagai pilihan jalan hasil dari sikap melopong dengan banyak pilihan dari umat Islam itu sendiri. Aku taknak sebut pasal peranan parti politik di sini, nanti ada yang perasan parti dia pejuang Islam tulen. Tulenkah jika berpakat dengan ideologi sosialis-komunis?

Aku berharap biarlah kita sedar bahawa ; tiada pun soalan yang bertanyakan kau dari mazhab apa di dalam kubur nanti. Jika ada manusia yang bertanya kau dari bermazhab apa, katakanlah kau hanya mengikut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Itulah 'mazhab' kau, yang kau pegang sampai mati, untuk mati sebagai Islam!

Sekian. Asalamualaikom!

27 ulasan:

MATAHARI berkata...

mazhab2. umpama label-label yang menjadi langsir.

dan seperti yang kau katakan malam tadi, tiada yg dapat aku argue lagi.

AlexiaAqram berkata...

langsir tangkak. langsir nilai. ke kau nak langsir sibu?

hahaha!

MATAHARI berkata...

aku xnak langsir, biar naked.keh3.
baru solid.

AlexiaAqram berkata...

ok. rumah kau ada air-cond. giler lah rumah panjang ada air-cond!!!! eh? ada lagi ke rumah panjang kat kuching la ni?

Bob Merley berkata...

do you even know the meaning of 'mazhab'?

AlexiaAqram berkata...

mazhab itu datang dari keperluan ijtihad. dalam sunnah wal-jamaah mazhab terbahagi kepada 4 imam. dalam syiah terbahagi 3.

namun, dalam penulisan aku ini. aku menulis dari persepsi umat islam malaysia yang melabelkan mazhab Islam sebagai sunnah wal jamaah, syiah, qadariah, dan sebagainya.

penggunaan perkataan mazhab sering buat orang terkeliru sama ada mazhab itu sama ada berbentuk pembahagian imam ataupun pebahagian sunnah dan syaih.

padahal mazhab itu hanya sebuah label menerangkan perbezaan tarekat.

Fiq Vertigo berkata...

killer ah follower sampai 8++ phewwit!

okeh. gua sokong tang 'aku taknak sebut pasal peranan parti politik di sini' sbb mmg ramai yang semberono menyokong kaler hijau tanpa memahami label perjuangan itu sebenar.

individu lebih memainkan peranan yg penting. kita amek plg basic; education.

ada yang bertuah dgn islam warisan, apa yang dia tak tahu dan bakal keliru dgn kewujudan mazhab ni adalah disebabkan tiada silibus spesel yang educate pasai mazhab ni dalam pengajian agam islam. mungkin ada sikit di bahagian sirah, tapi tidak memadai. malah masalah syiah sunni ni dipandang sepi sbb apa2 hal pon malas gile dah nak amek pedulik.last2 sedar2 dah membengkak jadik nanah lalu berpecah.pastu dah la tatau sapa dan apa sunni dn syiah, dia pakat main taram saja.akai ada tapi tatau guna.tak nampak cara.mungkin lepas baca entri kau, baru tahu guna.haha

muslim skg da tak tahu peri pentingnya perpaduan bila green dah disogok dalam mulut. semua sama di mata peluru dan bilasan pedang.

hamka kata; aku bukan syiah tapi aku cintakan Husin.

Naqib Mohamad berkata...

aku rasa kau sendiri paham makna mazhab dan kenapa terbentuknya mazhab-mazhab ni. aku tak rasa mazhab punca pepecahan umat islam.

illuminati kot, tak pun freemason LMAO... LOL

raja fiqri berkata...

hebat.

Cacat.

Ni memang text khutbah jumaat style urban. Haha

Farah berkata...

Sekadar pandangan saya, mazhab bertujuan untuk menyeragamkan mana2 amalan Islam yang dilaksanakan secara berkumpulan. Paling mudah- solat jemaah. Masalahnya bila disalahgunakan untuk memecah belah umat Islam itu sendiri.

Dan pasal Syiah dll tu. Well, obvously kita sendiri tahu kan sejarah di mana semangat 'puak' & degilnya golongan arab nih sebelum Rasulullah diutuskan jadi nabi kan? Maka.... 'sifat' tu masih jelas di zaman ini.

pembaris berkata...

Ada sesetengah mengatakan yang Syiah yang meletakkan kedudukan Saidina Ali lebih tinggi daripada Rasulullah s.a.w. Ini tak payah nak fikir panjang. Memang Syiah salah dalam konteks ini.

Aku pernah terdengar kawan aku cakap dekat orang cina, "Malaysia is using the toughest mazhab".Aku tak setuju.

Tanpa Nama berkata...

ok.selepas kewafatan nabi muhammad s.a.w, belum ade yang mengkelaskan hadis kepade beberape bahagian iaitu hadis sohih dan hadis dhaif.ade mazhab yang berpandukan hadis dhaif.dan ade jugak yang berpandukan hadis sahih.selepas beberape lame kemudian,barulah ade wujud sistem pengkelasan hadis ni.and dipercayai mazhab yang terakhir lah yang sempat berpandukan hadis sahih ini iaitu mazhab hanbali kalau tak silap aku.tapi,seperti yang kau cakap ar kan..dalam kubur tak tanye dari mazhab mane.ala..semayang pon blom tentu cukop 5 kali sehari,yang penting,jage je la perkare2 yang memang dah konfem wajib tuu.

eiffel berkata...

siyesly, aku pown tak berapa paham sgt pasal mazhab ni..dn aku pown xphm naper mazhab2 ni berbeza...dn kekdg ianya complicated dan aku rasa ianya sgt mengelirukan!

dn Rasul s.a.w pernah berkata, pegang pada 2perkara yg ditinggalkannya agar kita xtersesat...al-quran dan sunnah...

jd pndpt aku, lbh baik merujuk quran, dr rujuk mazhab...

er..mazhab2 ni ada dlm quran ke?*maaf, aku masih naif dlm islam...

AlexiaAqram berkata...

@fiq

pembelajaran mazhab itu ada. namun, perbincangan lebih lanjut mengenai kesan konklusif mazhab terhadap Islam secara am-nya jarang di perbincangkan. masing2 kalau boleh nak kata 'kau ikut sajalah cara syafiee, ikutlah cara sunnah wal jamaah, jangan persoalkan'

apekah? ini agama kita, kalau kita duduk berdiam diri saja dengan agama kita, apa gunanya kita hidup percaya kepada tuhan?

'cinta aku hanya pada Allah, dan hanya Allah yang berhak memberi cinta aku kepada yang lain'

@naqib

pfffftt. sesunguhnya iblis akan terus mensesatkan umat islam ini walaupun sekecil zarah beb. sekecil zarah dihentam, lama2 rabak. lepas nabi wafat, sudah ada keretakkan toleransi dalam islam, sekarang dah 1400 lebih. kau rasa mcm mana? salah umat islam yg tak jaga? atau salah iblis yang memang dah kerjanya nak sesatkan umat?

@raja fiqri

thanks. mmg ada kecacatan sedikit. kalau perfect, dah lama aku dah buat buku. hehehe.

@farah

thanks. itulah juga pandangan saya. mari kita highlightkan perkataan 'di salah guna' supaya lebih ramai yang faham.

@pembaris

sebab itu aku bincangkan. kenapa mereka letakkan sampai macam tu? itu semua kerana taksub, mungkin? dan aku cuba membandingkan dengan gaya zaman sekarang, kenapa meletakkan pemimpin parti lebih dari segalanya sampai terompah pun nak ambil buat berkat?

orang bukan islam terutama cina, mereka rasa mereka dah faham dengan islam di malaysia sebab mereka duduk dengan kita dah lama. tapi, mereka sebenarnya mereka langsung tak faham! fikirkan, mcm mana orang yang tak praktis solat dalam islam hendak faham kemanisan iman dalam islam? kalau tak faham konsep kemanisan iman dalam Islam, apakah relevenya orang2 bukan islam ini memberi ceramah dengan menggunakan firman tuhan? ohh, sebab politik. obviously.

@eiffle

mungkin kau dah boleh start belajar mengenai mazhab ini dari sekarang? semoga kau lebih mengerti aplikasi Islam yang kau amalkan sepanjang hari. yezza~~

una berry berkata...

mazhab wujud sebab beza interpretasi
pemahaman orang beza2

PointBlankRambler berkata...

pemahaman berbeza menuntut interpretasi yang berbeza.

masing-masing nak claim diri betul ; tak ada sapa mahu mengaku salah.

paling kesian - si pengikut yang buta tuli.

AlexiaAqram berkata...

+100 for you pointblank!

nak rare sangat. banyak sangat pilihan. pastu masuk lah neraka kita semua sebab pilih pilihan yang salah.

deng!

MATAHARI berkata...

keh3. pilihan. xdinafikan aku dulu menentang, tp difikirkn balik..

sperti hujah last kau, kita hanya mengikut perintah-nya dan meninggalkan laranganNya. aku pun sendiri tergaru2 nak jawab kalau non-muslim tanya.

p/s: seriously ni topik yg bagus utk didigestkan oleh #serbanista, tapi nampaknya mereka hanya membicarakan keduniaan.

Seimura berkata...

terbaik la bro.

kaizen shinobi berkata...

kepada yang mengomen disini.

jangan menyalahkan syiah, atau apa jua mazhab2 yang lain.

Ape korang tau pasal syiah? korang tau apa itu syiah sebenarnya?

dan kepada writter:

nice job bro... aku sangat2 setuju. kita berpecah disebabkan mazhab.

dan ini disebabkan fanatiknya kita dengan sesebuah mazhab.

sape kate kita wajib ikut shafie? sebab kita dok malaysia? sape ajar? ade nabi ajar?

mazhab2 tuh adalah satu guideline, dan jangan diikut secara membuta tuli.

belajar reason kenapa solat kita berbeza, kenapa cara wuduk berbeza.

dan jangan sesekali menuding jari dan kata mazhab lain salah, syiah salah, itu salah ini salah.

Jadi sape betul? wades~

airaniez wirdani berkata...

Good opinion here..

apa2pun takyah ckp psl perpecahan umat Islam kat msia ni..mazhab umno ngan mazhab pkr pun dah buat org konpius..huhu

*Amar Makruf, nahi mungkar*..Wallahualam

Apan berkata...

mazhab ada dua:

mazhab Allah, mazhab syaitan.

ha.pilih2.

(al baqarah:268)

SuperAqram berkata...

mazhab manusia?

(tiada dalam rekod al-quran)

Qaisar berkata...

imam syafie pernah kata
"andai ada satu pendapat yang lebih hampir dengan hadis(sunnah) dan quran, maka tinggalkan pendapat aku, dan ambillah pendapat itu"

mazhab bukan punca utama pecah belah. tapi manusia sendiri yang suka berpecah.

negeri bukan punca utama berpecah, tapi sifat manusia yang suka melebihkan tempat yang lebih dekat dengan jiwanya. contoh, puak kelantan, puak johor, puak kedah.

apa pun, jatuh kepada inisiatif manusia itu sendiri. kalau terus nak jahil, maka dia akan lebih cenderung berpecah. tapi kalau sentiasa bersifat terbuka, maka ilmu dan sahabat yg akan dia sayang.

banyakkan membaca dan berbincang. banyakkan mengaji dan mengkaji. banyakkan berfikir. biar akal lagi laju dari tangan.

Apan berkata...

sekejap.aku nak tanya lagi ni.kenapa setiap kali aku komen mesti SuperAqram yang reply?lepas aku mesti dia.ko jgk ke?

anno nymos berkata...

assalamualaikum

dlu aku pernah berbincg dgn lecturer aku yg kristian

dia smp igt islam ni ada 2

ramai tahu kristian basically terbhg kpd 2; protestant and katholic

ape yg aku reply kat dia adalah, islam bkn ada 2. islam hanya ada 1 je. sembah yang 1, tuhan hanya ada 1, sembahyang tetap mcm tu, mengaji dgn quran yg 1, serta puasa dan sebagainye.
then aku bgth apa yg dia nmpk ada 2 tu mgkn mazhab la. aku ckp mazhab ni lebih kurg mcm "peraturan". means, peraturan yg zaman rasulullah s.a.w guna pada masa baginda, ada yang kurang sesuai digunakan pada zaman yg terkemudian. sebab tu byk versi2 peraturan yg wujud

adakah aku sudah silap?

zaira berkata...

mazhab ni ada perbezaan dalam melakukan ibadah jer...

dari segi akidah, 4 imam tu bawa ajaran akidah yang sama.

1 tuhan yang kita sembah.