Januari 09, 2011

Gemuk, Boncet, Berisi dan Gedempol

Panggillah seberapa banyak gelaran pada mereka. Bob ke, Bobo ke, Jojo, Mok, nak lebih up tulislah 'Moque', baru nampak Key Ell. Apa lagi? Debab, Chubby, Combi, Fara Debab, Wan Boncet, Lan Gemok, Ani Chubby. Dan segalanya. 

Tak payah lah kau nak tipu diri sendiri tak pernah gelarkan orang dengan nama sebegitu. Cuba tengok senarai phone-list dalam handset kau. Scroll kebawah, mesti mungkin ada salah satu nama kawan kau yang sengaja kau letak dengan gelaran khas untuk mereka yang berbadan gemuk agar mudah kau ingat (jika kau nakal seperti aku lah). Macam aku, jap aku skroll, ha ada satu. Parid Boncet. (Maaf Parid, aku memang nakal kadang-kala taww)

Kita label, kita letak nama sebegitu. Aku turut melabel, kalau aku tak label, mustahil lah untuk aku nak ingat sekor-sekor kawan aku macam mana gaya rupanya. Memang keji sebenarnya melabel orang, namun, sedangkan apparatus sains pun kita di ajar untuk melabel, contohnya dalam tiub kaca A, kita label natrium sulfat, tiub kaca B, kita label natrium klorida. Ambil stick-note, tulis dan tampalkan. Apatah lagi dengan manusia? Aku ada no Shafiq Helmi, tapi aku tak lah letak nama penuh dia, jadah apa. Kena lah juga letak Shafiq SPG. Supaya aku ingat siapa Shafiq yang aku kenal. Eleh, korang letak nama 'Papa' untuk gelaran pakwe lu orang takde sape bising ponn. Kecoh plak.

Ok, stop pasal label. Cerita pasal main topic. Gemuk, Boncet dan Gedempol.

Aku tahu memang tahi sebenarnya panggil sesuka hati orang lain gemuk (walhal, memang dia gemuk). Adakalanya, salah satu kejanggalan kita ialah 'takut untuk petik perkara yang berkaitan hal kegemukan individu gemuk di hadapan (face-to-face) individu gemuk tersebut'. Tapiii, bila tak berhadapan, seribu satu malam kita kutuk. Nakal rupanya kita semua ni. Dan, bila bengang. Semua benda kita sebut walaupun depan-depan sekalipun.

Namun, aku cuba cungkil benda yang memanipulasi ini. Aku rasakan, walaupun aku melabel/menganjeng kawan aku yang gemuk(di belakang dan kadang-kala di depan). Jauh di sudut hati aku, aku sayang pada mereka. Kalau boleh di korek-korek hati yang jauh ini, belah lah dada, aku akan tunjukkan tanda 'I Love U Even You Are Fat' pada mereka.

Aku pernah tanya pada kawan aku. Seorang perempuan mengenai hal ini. Tanya pada dia "Kau tak kesah ke kalau kitaorang tak sengaja menganjeng kau gemuk depan-depan?". Tahu apa dia jawab? (baca dengan nada sin-chan). "Aku tak kesah pon, janji aku heppy dengan diri aku sebenar, biasalah, bukan semua sempurna macam cinta sempurna Yuna". Hahah! Aku memang thumbs-up dengan dia lah. Bukan senang beb nak admit kekurangan diri selalunya. Orang gemuk adalah manusia yang sangat kental hatinya menerima kekurangan diri. Salute!

Ahh, lebih mudah, diri aku sendiri kadangkala sebagai lelaki, ada sedikit jeles dengan mereka yang gemuk. Kerana, aku dapat lihat, seseorang yang berbadan gemuk, humoris nya jarang ada pada lelaki berbadan seperti Farid Kamil(apa barang Farid Kamil?) Kalau tak percaya, trylah sembang dengan Bani Hakim, mau tak terbarai kau tergelak-gelak. Perempuan yang gemuk, pun tak terlepas, ramai kawan-kawan perempuan aku yang gemuk, sangat aku hargai kerana humor dan sifat jujur pada mereka. Aku tak kesah dengan perempuan gemuk, kalau teman wanita aku jadi gemuk sekalipun. I don't care. Sebab, masa aku tekel dia dulu, memang dia waktu itu agak berisi jugak lah. Dah lama kawan, baru dia howt! Yang penting, aku lihat pada budi pekerti dia, bukan paras rupa. Erk? Sumpah jijik cakap macam ni.

Tak pernah sesekali aku nak letakkan 'orang gemuk sebagai menjengkelkan' dalam list. Kalau ada, mungkin itu kes lain. Sebab ada juga orang gemuk yang berperangai bajek star nak mati. Kes terpencil.

Lihat diri dalam cermin. Aku lihat lengan aku tak besar. Celaka, macam mana nak protect teman wanita kalau aku nampak kecil? Bukankah perempuan suka-kan lengan sasa lelaki untuk dipegang? Dan dada bidang lelaki agar mudah kepala perempuan berbaring di atas dada tersebut? Heh.

Aku pernah berbadan gemuk dulu. Sewaktu berkembara ke Middle East. Hari-hari aku sental daging kibas. Naik sampai 10kg. Aku risau, namun aku pelik sebab teman wanita aku makin sayang pada aku bila aku berbadan gemuk (mungkin tak terlalu gemuk, tapi sasa kononya lah). Dia seolah rasa terlindung dan selamat.

Maka. ini semua menguatkan hujah aku bila ada member bersapa dengan aku sebentar tadi ;

"Eh, bro! Apasal kau makin kurus? Telan ganja ke hape?"

Macam haram. Nak tak nak, esok jugak aku akan cari susu Weight-Gain! Dem!

p/s : Start esok, jangan panggil aku gepeng! Aku sembelih sekor-sekor nanti!

38 ulasan:

zaira berkata...

LOL telan ganja maken gemuk la beb.

kokain baru lah kurus.

http://namasayazaira.blogspot.com/

Nabila Azureen Azis berkata...

salam. betul betul..farah debab, msti td tgk cinta buta.

http://lurvelessnabila.blogspot.com/

teyqahd berkata...

haha , comey comey :D

k_Own berkata...

biasa bro. hehe

AlexiaAqram berkata...

@zaira

mana aku nak tau. kau ingat aku pernah try ke? hahah!

@nabila

cis. kantol tgk cinta buta tadi. heheheh!

zati-zt berkata...

tapi mmg btol pon..
to me, laki kne protect pompan..
tp yg penting jgn kurus sgt, jgn gmok sgt..
biar normal..
:D

Husky n Pusky berkata...

lu apahal petik nama gua. jilanat.

AlexiaAqram berkata...

@zati

kan kan kan?

@husky

lu pe hal? nak kena sembelih?
hehehehe.

MATAHARI berkata...

kehkeh.aku dipanggil kecik dulu.
sekarang. boroi.

org yg trima kekurangan diri itu sgt KOOL.

syabu pun sedap nak kasi turun badan.

AlexiaAqram berkata...

senasib bro. gua pun pernah boroi. lepas rajen main bola, buat sit-up. baru reda skit.

lu ada syabu? bak sikit. sep shialll.

keh keh keh!

shakinah berkata...

Aku skroll. Aah. Ada sorang membe aku letak nama cenggitu. Julie Gebu.

zey berkata...

dr zaman skolah sampai kat uni neh, member2 yang bersaiz xxL, mesti aq gelarkan bear..kalau xpon teddy,..nak kasi melayu tulis beruang..
ade gak la 2,3 org name camtu kat henset aq neh.
best kwn ngn dorng sbb dorang suka wat lawak nak mati!

aq ade wat entri pasal neh gak, cekidoud!
http://hanyfly.blogspot.com/2010/12/si-dia-yang-bersaiz-xxl.html

MOFASAD berkata...

hai alexia aqram

xcyber berkata...

gemok salah
kurus pun salah..hadoiii hadoii

hannamaruku berkata...

dan orang gemuk selalu nye sangat protective dan penyayang gituw.

rozy asrawaldo berkata...

orang gemuk comel hape. aku suka lelaki gemuk.

Wahida Nasution Thakhrim berkata...

saya gemuk dan saya bangga dengan diri saya..

AlexiaAqram berkata...

@shax

julie gebu? hahahah! nice one. gua nak berkenalan dgn dia bley?

@zey

pokok pangkalnya kita mmg nakal tulis nama member mcm tu dalam hanset. hahahah!

@mofasad

eh! hai parid.

@xcyber

tade salahnye pon. kehendak masing2.

@hannamaruku

#EhBetul !!

@rozy

i like you rozy! keepidup!

@wahida

bagus!. kekalkan keyakinan. jangan peduli orang kata!

Anis izyan Abd Rahman berkata...

muahaha~ zaman sekola je paggil org gedempoll segale laaaa,,
skunk nie tak de daaa..
haih!!!

perempuan xxxl berkata...

true! memang kami c demok demok ni tak kisah pon bab bergurau... especially with close frens...

tp sgt rs tersentap mak ayam kalo dipulaukan, tak dipedulikan hnya sbb gemok. mcm nak hempap je org2 cmtu~!

una berry berkata...

orang gemuk slalu cool, cute and funny (wlpn kdg2 mulut mak aih, pedas xterkata)
I've bestie who is gemuk tapi muka dia cantik n comel n funny. walaupun dia bukan figure model, dia tetap ada bf yg boleh tahan hot gak. so sape kata gemuk xlaku?
hoho~

cik sophia kirai berkata...

wohoooo saye gemok saye debab saye suke hak hak hak

tapi kan 1 dalam 1000 kot laki yg nak wat pompuan gek jadi awek..eh x x 1 dalam 500...hehehe

King Of Single berkata...

abg aku beli susu apetah...cam org body builder tu..sbb die agak kurus...now, kurus gak tp muscle naik beb...but still kurus....pesal laki ramai kurus ek..aku nk kurus cam korang gak..ohh itu keinginan dulu

now, harus bersyukur dgn sgala kelebihan dan kekurangan diri sendiri.baru power!

oi gepeng! yeahh..bHAHAA

Mimie berkata...

Gemok?Gendut?Gedempol?Boncet?hehe,erk ada jugak yg same seperti aku nak label2 orang.org gemok ni x sensitip pun kalau kita panggil gemok(tak tau la dalam hati)tp lau orang kurus kita panggil gemok,dorang ni lagik sensitip rupanya(sebilangan).Tapi member aku GEMOK GENDUT DAN GEDEMPOL xsensitip pun lau aku panggil gemok even dorang ni kurus2 dan takder la gemok pon.

Penulis.Sahaja. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Penulis.Sahaja. berkata...

apa ni tulis nama I? I nak you remove skrg?
traffic hunter!





kahkahkah.
nasib baik kau tulis nama aku Shafiq Hensem ke, Shafiq Superb ke.

░♥si lampu neon♥░ berkata...

aku pernah gemuk..entahlaa dulu laa cepat terasa bila org pagil gemuk..mak pon taknak ngaku anak. hahahaha

XD




CHECK ENTRI MANTAP NI :
# GRO PALING MANTOPPSS#
# TWITTER ARTIS MALAYSIA ! #
# PEREMPUAN MENANGIS#

su-rai-ya lerr :) berkata...

oh! whitehead! *ape motif? . nice entry. biasenye kalau org gemuk nie orang ramai pandang serong pastu siap ngejek2 lagi.sian oh. pelik masyarakat sekeliling. tp skrng nie orang dah tak berape kisah dah gemuk-gemuk nie.Comel per. Tengokla kat Amerika contohnye ramai giler rakyat die yang berbadan besar sebab pemakanan mereka yang kurang berkhasiat. Jadi, kat negara kita ape sebab ramai jadi gemuk?. pemakanan.lifestyle. oh. ape aku tulis nie? teehee. :P

AlexiaAqram berkata...

hai semua.

saya gemuk, saya okay!

hehe.

eiffel berkata...

hey lengan besar dan berdada sasa sgt lar mengujakan utk pompuan..sila percaya!

bayangkan klo pompuan lg besar dr laki...agak2, sapa protect sape?hurm...

eiffel berkata...

hai karem gemok!

sy pown nk gemok, bole bg tips? xP

AlexiaAqram berkata...

perempuan kalau besar dari lelaki, gamaknya senang untuk lelaki itu menyorok bila melakukan kesalahan.

opppssss.

hehe.

theblabber. berkata...

weight gain didnt work for me. a doc suggest to take kortisol, tapi sampai la ni aku tak amek lagi. takot over gemok lak nnt.

Yatre Hayati berkata...

gepeng?? #bhahahah

g0m0k9enDek berkata...

so, aku gomokpendek. pe citer?? haha..

Aya Ariel berkata...

Bro..tulisan lu ade iras² tulisan brader zack zukhairi..kalo org klantan cakap.." ado meh-meh "..hak hak hak..ade aku kesah ko paham ke idak..ke ko kembar zack eh?? sorry to say..endeng..satu ag..pe baran mention Farid Kamil tp letak picta Aaron Aziz..huh..

Lara berkata...

haha bro, aku ni chubby..aku der bf selalu tegur suh kurus skit, dier ckp kurus skit lagi lawa, tapi aku melenting bro, kalo nak yg centeek kurus pegila cari awek lain, tapi dier tak nak bro...bg aku pls la terima aku seadanya kan..tapi aku tga still on diet gak neh tapi bukan nk kurus demi bf aku, aku kurus sbb nk pakai baju lawa2 n tuk kesihatan gak...http://lara-asyikin.blogspot.com

Daryl gelmy berkata...

Ahaha ...~
Anyone ... Bole x tlonk bg link acane nk cri awex yg cun berisi
Trus terang sy kata en pompan begini chumils taw ... Hehe