Januari 07, 2011

Kaget Dalam Aftermath

Apa yang aku boleh diskus selepas dari kejadian ribut taufan maha segala ni?

1. Aku kekok melihat bilangan komen dan jumlah pengunjung yang datang ke blog aku. Statistik berbentuk buluh runcing. Dah macam Sweeping Malingsia. Kalian ni agak-agak lah ye pun. Ni siap kata isu ini menggemparkan seluruh negara. Jadah apa?. Tak masuk Kosmo pon.

2. Ironinya, aku menulis dalam blog dalam variasi penulisan jenis sarcastic. Itu bakat aku yang aku ada. Dan hanya sebilangan pembaca sahaja yang faham apakah hala tuju dan motif penulisan sebegitu. Sebab itu, blog aku tidak popular di bandingkan blog kalian semua yang lebih kepada tutorial, tatapan gambar umum, serta mempamerkan jam tangan baru yang di hadiahkan oleh keluarga mahupun kekasih.

3. Sebab itu, sebelum ini aku tidak kisah jika pembaca blog aku hanya dalam lingkungan 200-300 orang berdasarkan statistik. Biarpun sedikit, aku cukup suka kerana mereka(pembaca setia) faham apa yang aku ingin sampaikan. Menulis untuk sebilangan pembaca lebih selesa dari menulis untuk jutaan pembaca.

4. Hal ini menyebabkan aku tidak rasa risau bila aku menulis mengenai entri yang kontroversi tersebut. Dalam fikiran aku waktu itu, "Ala, blog aku tak ramai orang baca, aku tulis untuk pembaca setia, mesti mereka faham kalau aku petik nama dan gambar untuk menyampaikan lebih jelas apa yang aku ingin tuliskan."

5. Namun, memang dunia maya ini dunia tanpa sempadan. Lantas, tanpa di sangka ia menjadi kontroversi sebegini. Terfaktab aku kali ini hendak menahan bertalu-talu hentaman M4 Colt yang dipenuhi komen pedas dan amukan kemarahan. Namun, sebagai lelaki bertoleransi(aku tegaskan prinsip aku), aku jadikan itu sebagai satu anjakan efektif dalam menajamkan penulisan aku.

6. Professor aku selalu berkata, "Setiap kemungkinan akan mewujudkan ketakpastian". Teori ini di ambil dari satu bab khusus mengenai Prinsip Ketakpastian Heisenberg(kerana aku dalam aliran Fizik Teoritikal). Apa yang ada dalam teori itu, merupakan kiblat bagi aku menulis dalam setiap pemerhatian dan permasalahan. Contohnya, berkaitan isu tudung, shawls dan aurat ini. Pada hemat aku, ia merupakan satu kemungkinan(possibility) sahaja, iaini dalam mata kasar aku, pemakaian tudung kini sudah lari dari objektif asal iaitu dari aurat kepada fesyen(sebuah kemunginan ringkas). Namun, wujudnya ketakpastian(uncertainty), setelah melihat corak aliran fesyen dan motif bertudung yang berlainan versi maksudnya antara perempuan(sebuah ketakpastian antara perempuan) .Nah, di sebabkan itu aku mengadakan hipotesis berbentuk sarcastic dengan menerbitkan artikel tersebut sambil meletakkan tajuk 'menjengkelkan' sebagai tunjang utama menjadikan pembacaan lebih sarcastic. Umumnya, ia hanya sekadar hiburan pembacaan, tak tahu mengapa masyarakat menjadikan ia sebagai perkara serius sampai perlu mintak tolong seorang 'ustaz cinta' untuk menerangkannya. Aku pelik.

7. Aku melihat satu aliran baru. Mungkin dengan isu ini telah membuka mata aku kewujudan pelbagai jenis blogger dan aneka ragam manusia. Terutama, ya. Komen-komen dari tanpa nama. Banyak-banyak terima kasih aku ucapkan. Dalam bulan sebelas nanti insyallah aku berkahwin, korang yang tanpa nama ni datang lah ye. Yang lain pun sekali aku jemput. Mungkin jemput dari Facebook, laman sosial network tanpa sempadan kononya lah.

8. Secara rawak, aku tegaskan bahawa aku kurang selesa dengan keadaan sebegini. Mula di-stalk oleh orang lain. Apatah lagi sudah ada unsur-unsur risikan mencari identiti aku dan teman wanita aku oleh mereka yang tampak taksub dengan sesuatu kontroversi. Sejak bilakah dunia blog sudah ada paparazzi? Oh, aku baru sedar dalam hal ini. Apa kata aku beri idea untuk kalian terbitkan blog berbentuk paparazzi, yang akan stalk mengenai para bloggers 24 jam tanpa henti. Negara maju lain sudah ada, mengapa di sini tidak? Pasti meletup-letup bak sinetron Adamaya.

9. Jika keadaan ini berterusan, dan masih ramai yang tidak faham dengan nilai 'penulisan sarcastic dan ilusi penulisan', mungkin aku akan private kan saja blog aku ini. Cenderungnya aku untuk menulis karya yang lebih baik terganggu dengan hal-ehwal remeh sebegini. Benarlah kata penganut Obefiend, "Para pembaca blog di Malaysia masih terbelenggu dengan fikiran kontroversi dan murahan. Mereka menjadikan sesuatu yang terkena batang hidung sendiri sebagai tempat melampiaskan emosi secara tidak rasional". Aku setuju dengan pernyataan itu walaupun sebenarnya ia tidak menyentuh 'elemen keseronokkan' sebagai punca mengapa wujudnya makhluk bernama 'Anonymous'.

10. Natijahnya, dunia blog semakin mencabar berkadar dengan aliran populariti. Sudah tidak releven untuk menjadikan blog sebagai diari lagi. Yang tinggal hanyalah entri-entri sampah tidak berkualiti seperti entri 'berapa banyak biji kerang di makan sewaktu makan malam'. Mahupun entri tentang 'memperkenalkan seorang demi seorang ahli keluarga sambil menyatakan sayang kepada mereka, dan hebohkan di dalam blog'. Perkara ini benar-benar menjengkelkan untuk golongan seperti aku yang menghargai kreativiti, isu dan nilai sesuatu penulisan. Kalau kalian tanya pada Ramlee Awang Mursyid, pasti dia sependapat dengan aku. Haihh. Cubalah kalian contohi penulisan Faisal Tehrani, mungkin kalian akan faham apa itu 'sarcastic'. Dan ya, Faisal Tehrani merupakan idola penulisan aku.

10. Sekian saja rangkuman dari aku, moga kalian menjalani hidup dengan lebih baik dan selesa. Asalamualaikom!

70 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku ant anon yg setia menyokong kau..
ehehehe
nak pi ko kwen nanti bai!

Tanpa Nama berkata...

once u post it, that shit stays there forever.
blog kau dah nak famous hasil penulisan kau yg sinis tu, so kena la berkorban kalau org nak stalk.
mcm dunia artis jugak.
tapi kesian la kan kt awek ko tiba2 jadi mangsa keadaan. pasni tersebar plk gmbo awek kau di laman2 blog untuk entry awek2 cun.
penulisan tu kena berhati2 jgn ditaip tnpa fikir isu sensitif sekeliling.
stay cool k bro ;)

shahirahkhairudin berkata...

ada la sesiapa yang terjentik tuh. baca sambil menelangkupkan kotak di atas kepala, begitu lah ceritanya. jadi besar lebar walhal bukan boleh jadi kudis pun.

well, kalau tengok dari sisi cerah (aha ! gua suka direct translate. comel!), ko punya traffic naik mencanak. kira bagus apa..

teruskan menulis. lantak lah mereka mahu hadamkan macam mana pun. sarkastik tu perlu dalam hidup. tak kan hidup nak serius je? tak kan hidup mahu makan puji je?

woh ! gile panjang aku bebel. fes taim bebel kat sini. cemtu le.. akhir kata.. Waalaikumussalam.. :p

PointBlankRambler berkata...

bukan mudah nak mengubah mentaliti si majoriti. bukan mudah untuk mengajak orang berfikir di sebalik entry berunsur sarkastik.

atas sebab tu jugaklah aku follow blog yang banyak bertulisan. bukan byk gambar, bukan byk widget annoying. bukan update pasal dinner tepi laut makan kerang. aku perlukan bahan bakar untuk otak aku.

so, keep on writing alexia/aqram. masih ada pembaca yang berotak di luar sana baca tulisan korang. fullstop.

ierayahaya berkata...

chill la bro.. i suka baca hasil penulisan u coz lain dari yang lain. tp... mana baik i terima. mn buruk i tolak tepi. kalau wat private x best arr. chill sudah. cuma len kali tiap entri harus baca and fikir banyak kali baru post. make some research on it then baru post. if possible haha.. jgn lupa baca pasal cyber laws skali. rilek suda bro.

Khairul Antasha berkata...

suka cara penulisan ko.. Dr smlm aku baca entry kat blog ni & terfaktab(btlkan kalo salah).. penulisan sarcastic aku suka.. Tp xsuma org fhm & dpt trima.. Takyah la private blog ko.. Teruskan menulis.. Org2 kita, bila dh terhantuk baru nak tengadah.. Normal la tu..

seorang mamalia berkata...

bro, kauu tulis apa yang kau rasa, diorang komen apa yang diaorang rasa. kitorang baca sebab ini adalah LensaRosak, bukan sebab Aqram ke Alexia ke. maksudnya, sapa2 yang selalu baca belog hang, dah boleh label belog hang ni jenis apa. bukan nak tayang2 punye. kalau kau private, ilmu/pendapat yg kau nak kongsi tu, dah kecik ah target skop dia. dah tak banyak dah orang boleh share ilmu yang hang ada. walaupon siket. setuju ngn @si rammbler

AlexiaAqram berkata...

sokongan kalian memang memberi input positif di waktu-waktu kecederaan. banyak2 terima kasih aku ucapkan.

teruskan kental dan tegar dengan entiti blog kalian juga!

love u all!

MATAHARI berkata...

aliran ini membuat mindaku berjogging laju, sambil menggunakan bola mata 3d built in. dan fikiran ku mencanak2.bagaimana harus ku katakan. apabila aku kekenyangan melihat perang komentar.

dan aku pembaca setia.

atiewawa berkata...

agreed. wslm~

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

saya suka penulisan kamu.. cuma isu yg lepas mungkin kesilapan yg kecil itu di pandang serius.. teruskan menulis

nurul berkata...

mungkin anda berasa sedikit sakit dengan hentaman maha dahsyat yang diterima. begitu juga dengan kesakitan yang dialami oleh insan yang terkena dengan 'JENIS PENULISAN SARKASTIK' anda itu. blog adalah medium untuk mengekspresi. buruk baik, tanggung sendiri. jadi, lebih baik dan lebih cerdik sekiranya penulisan itu tidak melibatkan nama atau apa-apa shj yg bleh membuatkan org tercari-cari gerangan yang dimaksudkan. dan, sarkastik itu tidak salah.

Deanne O'horror berkata...

wahh..terbaik la! i love ur writing..first time ckp camni.. keep it up.. love to hear more from u.. feel free to lwt my page gak k..daaa

Rina Salleh berkata...

keep on writing. nothing is wrong with it :)

kita semua belajar

Alynn Notnot berkata...

aku suka penulisan gaya sarcastic. aku pun try nak sarcastic. sbb tu follower tak laju naik.

sapa yg ngam je follow.

hehehe. ur entries remind me a lot of hellioz. ;)

Tanpa Nama berkata...

haha sebab ko celaka sgt jadi attention whore nak naikkan trafik guna taktik keji, sape suruh

lavender harum wangi berkata...

serius aku kenal blog ni lepas isu hari tu. tapi aku rasa benda tu biasa2 je. cuma perihal gambar, jadi kontroversi. walau apa pun aku suka cara kau tulis blog. btw, aku letak blog ni kat bloglist aku. CHILL~!! :D

eiffel berkata...

hey, ko pown baca tulisan Faisal Tehrani?

aku tgh nk abiskn "Karya Nan Indah"...memg pames rupanya dia ni...


kehkehkehkeh...chill oke..

aku suka yg no 6. kemungkinan akn mewujudkn ketakpastian...

owh ya..ko jgn lar private kn blog ni..t xbole lar aku nk gelak gulin2 lagik baca komen2 'fans' ko tuh!!!kikikikiiki

Hanisah Nasuha berkata...

penulisan yg baek punyaaa.
teruskan menuliss .
peduli apa semua org nak kata .

SperMAtids BloG berkata...

btuah aku jmpe blog ko bro..
xsia-sia ak blogwalking..
jmpe gak yang gila sarcastic optimistic dan realistik serta statistik..ahhaa

keep it on la!
adatla,kdg2 orang xsuka warna spender kita yang kita pakai..
diorg nak yang warna mcm dia je..
klu warna spender mcm dia pun,dia bising..so?
kte jge spender kita!
ahha

Cik Odie berkata...

jangan tutup belog iniiiiiiiiiiiiii....best hape sarkastik...dalam gelak ada maknaaaaaa...

LOLIPOP PEDAS berkata...

xde panaz dh.. lege hihi

citah bukan mazid berkata...

penulisan yg cukup bijak walaupun ade unsur sarcastic.keep it up!
jyeah!saya suke saya suke.

hannamaruku berkata...

kau rilek sudah.
yang penting aku suka sarkastik kau. keh keh.

entry lepas kau ambek iktibar la sedas dua.

una berry berkata...

honestly I'm a newbie here as I came across ur blog bcoz of that 'epic' post
xkesahla apa org lain nak kata, sentap ke, butthurt ke pe jadah sume,
aku suka apa yg kau tulis
org2 yg konon2 self-righteous ni sebenarnya sentap, rasa bersalah tapi xnak terima
biasalah bro
even politik mesia pun camtu
n aku suka post epic tu walaupun aku sentap skali sebab terkena batang hidung yg mancung sendiri
terbaiklah bro!

Co-Author Terfaktab berkata...

@lensarosak may mann!

blog anda sudah mula spoan santun bagi meneuhi kehendak segolongan blogger yang tidak boleh membaca perkataan kasar.

namun inilah hakikat blogging bro. masih lagi ramai tidak faham bahawa bloggr itu ada pelbagai ragam. daripada yang bercakap lemah lembut sampaikan bercakap lu gua lu gua.

yang penting, isinya.

aidibmuaddib dan keretamayat contohnya. pengisian penuh fakta atau nasihat tapi ramai masih lagi menumpukan pada kata-kata kasar. sedarkah anda yang memarah, bahawa anda marah dengan melihat pada luaran (iaitu gaya bahasa saja) dan bukan pada pengisian? kalau isi itu betul kenapa tidak telan?

mudah sahaja kalau tidak suka, unfollow and flag, simple as that.

AlexiaAqram berkata...

ah celaka ini macam. membaca komen korang umpama macam nak bagi semangat kat aku masuk sukan olimpik.

terima kasih dan terima kasih.

ಥ_ಥ ...Beautiful.

lana Azusa berkata...

sesungguhnye Allah sedang menguji tahap kesabaran anda, menguji keterbukaan pandangan anda tentang isu2 camni. relax.

Allah suka menguji kerana Dia menyayangi anda. sabar...

Tanpa Nama berkata...

orang yang sentuh pasal awek lu memang serius bodoh.

lu sarcastic lebih kepada sesuatu isu, not on one subject/person.
tapi orang pikir lu try up traffic using capapan mengutuk orang.

meleis love sarcastic? meleis love hatred !

Tanpa Nama berkata...

aku pun heran..benda kecik je pun.Tak matang sungguh la blogger Malaysia nehh.Tak meriah la camni..takkan nak ngadap baca blog yang asyik2 photoshoot siang malam ,makan-makan,tengok wayang...muak dah weii.

MATAHARI berkata...

uhh..AA sheds his manly tears. lol.

zati-zt berkata...

ase agak sentap gak la..
kne kat diri sendiri..LOL
but siyesly, sy mmg suke bace blog2 cam awk ni..
tp blog sy len la..hehe
blom smpai tahap ni lg..
:)

miszpathetic berkata...

lek2 suda,,,name manusia,,mmg byk ragamnye,,pers*tankan mereka yg xnk faham gaya penulisan k0,,yg pntg penulisan k0 membuka minda kite utk berfikir bukan utk buat bedtime st0ry,,,
chill br0,,salam~~

N Farah .nfu. berkata...

memang faktab gila.
dari pagi aku baca blog lu, dah khatam dah pun.
terbaik bro! terus kan je dengan cara penulisan sarkastik kau tu

rozy asrawaldo berkata...

kahkahkah lu silap besar lah bro kalau nak private blog. kami yang dahagakan penulisan sarkastik ni terumbang ambing lah nanti. macam budak2 kat luar sana dahagakan blog konon artis nak cerita mana dia pergi semua. hahahahahahhahaha

kita cool bro. tak batak nak tunjuk muka kat internet!

Schuk berkata...

Pergggh! kalo gua! pengkritik cam la gua paling suka! sekurang2nya gua sedar dan bleh ukur baju sendiri! yg silap amik pengajaran. payahnya, org skrg ner bleh time hakikat. thankz geng, U hv influence s/body!!!

faRhaNA sHaFIe berkata...

berbicara tanpa menggunakan akal ibarat menunjukkan kebodohon dan kekurangan sendiri..menegur biar berpada..aib dan malu sesama insan perlu dijaga..wallahualam..

-Anger is the feeling that makes your mouth work faster than your mind~ Evan Esar-

k_Own berkata...

benar ke ? blog bukan lagi tempat untuk diari ? aku kurang paham lahh bro. kasi tahu sikit lahh,

sekarang blog perlu kan idea idea yang macam mana ?

Tanpa Nama berkata...

bro, siyesly aku cakap..

giler menyampah dengan orang yang dah buta dengan duniawi ni.cakap banyak banyak pon tak gune.

sah sah kau buat entry bukan nak berdakwah, hanya sebagai personal opinion, tu pon nak kecoh bagak! aku dah follow belog ni lama dah kot. segala penulisan kau aku telan. siap dah faham sangat gaya penulisan kau ni..wp, ada certain yang aku kurang setuju, tapi, hey!! kebebasan bersuara beb! tu pandangan orang accept jela.

tapi, siyes aku rasa kelaka bro! aku salute pandangan kau. berani bersuara. yang aku tak tahan, orang mengata kau macammacam. siap cakap kau nak publisiti murahan. eh, hello!! tu semua realiti kot. pandangan dari seorang lelaki.lagipun, sebelum ni dah memang banyak entry ko tulis pasal pompuan. cuma,bila ada part berselendang ni, eh!eh! ramai pulak yang berminat. tibatiba saja famous belog kau. hish! tak faham aku.

tapi yang peliknya kan, aku tengok kau ngan FL rilex je. takde kecoh kecoh pon. tapi, yang aku menyampah sekali, orang yang sibuk mengomen segala bagai. siap buat entry, promote belog masing masing dekat belog kau. haha! tu baru bodoh! saje nak up kan traffic.ambik kesempatan!! lagi lagi yang sibuk duk mengapi api tuh. siap kuar hadis segala bagai. semua sibuk nak bangun bersuara. eh, hello! cuba tanye diri sendiri dulu, dah betul sangat ke??nak tumpang glamer ke ape?? sumpah! aku menyampah giler ngan semua.sepanjang aku belaja agama islam, yang aku tahu,bila ada nya konflik macam ni rasulullah sarankan diam sahaja. tak pon bermusyawarah la babe!! win win situation.. kalau ada yang terasa, faham sket ape sebab orang tu cakap camtu. kalau perlu ubah, ubah. kadang kadang kan, manusia perlukan hit dari orang macam kau untuk sedarkan apa yang sesetengah orang buat tu salah atau tak.jangan ditambahkan api pada bara tu. saje bikin panas lagi isu..lagipun apa yang kau cakap tu pon, ada betulnya kan?

tolonglah respect freedom of voice. fikirlah fikirlah. fikir buruk baiknya. tiada siapa salah dalam soal ni. fahami pandangan orang dulu sebelum sibuk nak komen segala.


fuhh!! panjang lebar aku cakap.ko jangan risau bro! aku tetap akan sokong kau dan penulisan kau.


-student UK

JULIET berkata...

HAHAHA..
GUA SOKONG TULISAN JUJUR LU DER ..TAK HIPOKRIT ..

gua suke care lu bukak mate pompuan yg gilerrrrrrrrrr glemeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrrrr :P

Hazirah Yusof berkata...

Aku suka entry ko En.Lensa.. hee.. tapi, nk gk bg komen sket..(yer aa.. takkan nak yes2 je.. kih3)

No 6. (tetiba je no. 6) Seyes tak expert bab2 teori bagai. Tapi dr yg aku faham mengenai penjelasan ko psl 'Prinsip Ketakpastian Heisenberg' ni: (Ibu2 Bapak2 sila skip klw bakal buhsan.. hee..)

'Setiap kemungkinan akan mewujudkan ketakpastian' i.e.: Setiap A akan mewujudkan B(s)

'Bila dah ada kemungkinan dan ketakpastian maka ada la hipotesis' i.e: A + B = Hipotesis

Analisa aku berdasarkan ape ko kata:(klw salah gtaw taw)

A + B = Hipotesis
Bertudung Kini Lari Objektif Asal + Motif Perempuan Bertudung Yang Berbeza2 = Menjengkelkan 4 : Gadis Tudung, Shawls Melaram

Pastu ko rasa pelik. Aku nye view la, ko jgn ah rasa cmtu. Hipotesis ko tu kan dtg sbb ko berfikir lebih sket dari biasa, jadi xkan la ko nak anggap ia as hiburan je kan.. Takkan ko gtaw cni: "Hipotesis aku tu 'kosong'.. Mmg aku saje2 je bikin hot.." Betul x? ;) Jadi sbb tu jgn ah pelik org bedebaboo bagai.. & furthermore okay ape 'Ustaz Cinta'nye feedback. Tu kan view dia pada view ko. Penulisan dia tu kan lg tmbh info kt ko ttg apa yang ko pk ttg 'kemungkinan' & 'ketakpastian' hatta hipotesis ko tu sekali? :)

10 plak..(saje nak bg komentar pjg2.. :D) Entri2 'berapa banyak biji kerang di makan sewaktu makan malam', atau 'memperkenalkan seorang demi seorang ahli keluarga sambil menyatakan sayang kepada mereka' xsemestinya sampah. Itu kan mcm diari. Mereka nye genre sebegitu. Lagipun, mana ko taw.. Terselit sarcastic tersendiri pada entry2 sebegitu..(ataw pada entry2 mereka yg laen) Sape taw kan? Tp seyesly aku tak nyinggah sgt blog yg bnyk tepek gambar2 photoshoot bagai. Utk lihat2 keindahan sesebuah photoshoot je la klw ada pun.. PeAcE.. Oo nway, aku suka entry ko tu sebenarnya.. ^_^

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan apa yang ditulis. Yang Maha Mengetahui ke atas sesuatu itu Allah. Kalau niat anda betul, inshaAllah Allah permudahkan. Mungkin benar fesyen melebihi hukum, jika dilihat sekarang. Tapi kita sendiri tak boleh nak membuat andaian secara rawak sahaja. Dan tak salah sekiranya, anda mengambil iktibar atas yang berlaku, sesungguhnya mengaibkan seseorang itu juga salah. Hukum memakai shawls atau tudung bawal ke ape ke tidak wajib, yang wajib adalah menutup aurat. Tidak kiralah dengan cara bagaimana sekalipun. InshaAllah, moga hidup anda diberkati dan dipermudahkan segala urusan =)

Tanpa Nama berkata...

Blog kau,ada lah blog paling hambar yg penah aku baca,kau igt dgn smua ni,kau ada bkt la nk mnulis blog,apa apa kau igt,smua ni nasihat k,pgy mampus la weyh,cermin diri tu skit sblm nk mgata org lain,kalau diri tu dah pukimak,mmg pukimak laa .

Al berkata...

lme alexia mnyepi
dia da x mnulis ke skrg?

AlexiaAqram berkata...

selamat pagi.

@hazirah yusuf

aku tiada masalah dengan apa yang di tuliskan uztaz cinta. cuma nama 'UstazCinta' itu menggelikan sisi hati aku. Drcinta ada, abangcinta ada, skrang ada uztazcinta. hahahah! ok, lepas ni aku nk pakai nama 'SaintisCinta'.

oh tak jadi, nak termuntah rasanya.

@Al

alexia tak menulis buat masa ni, tapi sentiasa memberikan idea kepada aku. idea penulisan aku bnyak dari hasil perbincangan kami berdua. yg penting, alexia asyik ketawa terbahak-bahak tgk komen para tanpa nama. hiburan ringkas katanya.

Tanpa Nama berkata...

bro, baru kena komen pedas nak tutup blog ke? huahua nak tergelak aku do, kata sarcastic sangat, org sarcastic jiwa kental, kau kutuk2 orang lebih2 tak pk pulak. orang komen gila2 kat kau dah downn. haa ambik kau padan muka, lain kali nak buat sesuatu piker dulu lah weh. haishhhhhhh tak paham aku org cemni. SAIKOOOOOO

AlexiaAqram berkata...

TUTUP BLOG = semua tak boleh baca, aku berhenti menulis.

PRIVATE KAN BLOG = hanya sebilangan boleh baca, aku masih menulis

jangan jadi tongong pagi2 boleh tak?

Rebelle berkata...

teguran sinikal dan isu yang sensitif lagi panas memang akan dikecam hebat..
mungkin ada positif dan ada negatif feedback..
your point is there.. you are a good writer indeed..
mungkin dari segi penyampaian tidak dapat diterima..
you might contrite others feeling..

you must be brave for the sarcasm you did.. stand out your words.. don't show that you're week enough..

chill bro! i like your writings btw.. uncertainty memang banyak, memang biasa..

AlexiaAqram berkata...

@rebelle

Farah, benarkah mata aku tidak rabun?
kau sudah menutup aurat?

NAIS ONE! keepidup!

sarahunny berkata...

weh. aku suka je sarcastic. masing2 kan ada pndpt masing2. aku suka je blog ko.


p/s: entry ko yg lepas tu aku pun kena hentam skali. wahaha.
takpe2. aku terima

theblabber. berkata...

entry ni terhasil bila ko mula berfikir untuk menulis untuk orang lain, bukan untuk diri kau. ada kawan aku kata, kalau nak bagi semua orang puas hati, kita MATI.

thats what u "have to take" being sinical, sarcastic (that's also bakat yang aku ada). and for those yang glamour pula, "lain" pula yang depa "have to take". nampak?

not to choose, no?

p/s: never in my life nak kisah apa orang kata pasal aku. they're not the one who pays my monthly bills after all ;)

Tanpa Nama berkata...

salam.
Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para da`ei supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para da`ei mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).

Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para da`ei ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.
Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.
Dipetik dari: http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-160851.html

Lee Zha berkata...

manusia..normal ar..ada yg suka..ada yg x...


peace no war! :D

AlexiaAqram berkata...

@sarahunny

sori weh atas kekusutan yg kena tempias pd kau.

thanks sebab memahami.

love.

MY HEART berkata...

Aku setuju, ko jangan tutup blog ni.

Blog ko telus dan mulus. blog camni lah yang aku suka baca.

ko baca link bawah ni cz aku buat satu entry yang sokong apa yang ko tulis ^_^

http://avelynstorytelling.blogspot.com/2011/01/lensa-rosak-saya-sangat-bersetuju.html

zey berkata...

alexiaAqram, i'm wit u!!
kita xley nak please kan semua orang...
teruskan menulis! masih ada lagi y nak membaca.....!!

Moon berkata...

I love you lensarosak.!
Gaya penulisan aku mcm kau,
Cuma bezanya kau lebih open,
Aku kalau dijentik je aku mula mengeluarkan statement offensive tuh.

Jgn ubah apa2, please *buat mata kaca-kaca

juliet gula berkata...

lu the best alexiaaqram !
kau tak payah nak ngade2 private blog dowh teruskan je la wei .

aku tabik spring sebab kau berani gile kental deal dengan peminat2 personaliti pujaan mereka sampai ad yg mghalalkan yg harem .melalak2 ntah pape ..kes besar taik idung je pon .nak kecoh bagai ..ape yg ko ckp tu betul pe kn ..heran aku dowh..kalaulah peminat2 blog ni fanatik kat penceramah agame ke,imam bilal ke tokoh agame ke ade faedah jgk kan ?

selamat maju jaye bro !
teruskan penulisan kau !

Sca Ndx berkata...

gua baru nak jinak2 dengan penulisan lu. gua suka. :)

manje berkata...

hekhek ...
nobody likes sarcasm kan.
lagi lagi kalau kena kat batang hidung sendiri.
papepun,
bath in the limelight while it last.

shuds berkata...

satu je, aku suka blog kau .
keep it up

Lady Leaya berkata...

Aku tak pernah pun baca blog kau ni, tak pernah nampak pun mana-mana lensa rosak sepanjang ber blog walking.

Just semalam, de member share link post yang menjengkelkan tu.

Aku pun cam terkejut. Ada benar. Aku pun kurang senang tgk org kai tudung, tapi pakai legging.

Tugas kita memang menegur, tapi sebaik yang mungkin, aku nengok kau pun balas comentor2 len dengan bahasa yang agak kesat.

Senang cite, leh je ko nk nekkan traffic kat blog kau, tp ayat kene jaga. Tengok gaya pun kau amik kos yang agak educate, so lebih bek ko belajar tuk hidup profesional, terima teguran org.

FL tu mmg feymes dikalangan perempuan yang baru nak kai tudung.
So, mmg nasib la kene hentam. tp elok ko profesional , takyah balas marah2.

Salam. :)

AlexiaAqram berkata...

@zey

zey! i'm with u too! thanks banyak2!

@moon

sesekali kau try untuk lebih terbuka. mesti tak menghampakan. thanks taww.

@juliet gula

hey hey, tanpa sokongan kau dan kalian yang lain. maybe aku dah berhenti si tengah jalan. thanks beb!

@sca ndx

steady n enjoy dude. tak faham boleh tanya. jangan segan k?

@manje

itulah seni ilusi penulisan sarcastic. welkem!

@shuds

thanks beb. welkem to lensarosak. ;)

@lady leaya

ladies, aku bukan manusia perfek-to. aku tak de niat nak naikkan traffic. series aku cakap. aku sendiri kaget dengan semua tsunami yang melanda. aku tak jangka. sebabnya satu, aku menulis untuk hiburkan pembaca setia, rakan dan taulan, serta untuk diri aku sendiri.

itu saja. apa2pun, thanks for your complimenting. aku hargai. and beb, welkem to lensarosak. muax!

rinai berkata...

Blog sekarang memang dah banyak jadi tempat sampah, tempat dosa kering..nak2 bila dah boleh buat duit. Pakai taip ikut sedap tekak sendiri je.

Well, orang kita kan kaya budi bahasa, memang berat lagi nak terima bahasa sarkastik yg drastik. Tahap cepat hadam lain2. Ada yg kunyah cepat, ada yg tersekat2. Macam juga dengan lawak yang sama tapi mungkin orang sini kata kelakar, orang sana kata kurang ajar kan?

Aku suka juga Faisal Tehrani. Sep sepp!! :)

PReDicToR berkata...

btol2...tulis tok pembaca setia...

MATAHARI berkata...

aku nak tgelak dgn tanpa nama yang terlupa amik balik akal dia kat lantai.

~ SueHarriz ~ berkata...

aku suke je bc blog ko. hehe. straight to the point, n kelaka dgn nada pedas. HAHA. sbb tu dorg x leh terima. xda maknanya ko nk ttup blog sbb ni. keep up the good work! =))

Yatre Hayati berkata...

1. nak kahwin jemput a aku beb

2. nak private invate aku beb

3. sakit bontot aku terasa buat entry perkenalkan ahli keluarga. #Koaja tau. Hahah

Tanpa Nama berkata...

weh manusia mmg banyak wat kesilapan.honestly aku belajar banyak benda dari penulisan kau terutamanya sebab dan akibat bila membincangkan satu issue sensitive.mmg banyak bg advantages kat readers.so mmg elok la ko stay jd unknown blogger.so org lain tak attack family kau atas dasar kejujuran panahan petir kau.

Cheq Tun berkata...

kita tak boleh paksa orang lain nak jadi apa masa besar contohnya tak boleh nak paksa dia jd askar atau driver bas sekalipun.

samalah dalam penulisan. kita tak boleh paksa orang lain menjadikan penulisannya sebegitu sebegini mengikut kehendak kita.

kita tak boleh nak paksa orang lain supaya jadi saskarstik (payah la pulak nak eja) atau bombastik macam kita. kalau dia tulis hal apa yang dia makan tiap2 hari, tempek gambar sepenuh2 ruang itu cara dia yang mungkin dia tak mencari duit melalui blog dan kemungkinan juga dia buat blog atas sebab terapi tekanan. kita juga tak boleh paksa orang lain follow kita.

kita boleh bawak kuda ke tepi sungai tp kita tak boleh paksa kuda minum air sungai tu.