Januari 03, 2011

Menjengkelkan 3 : Gathering Blogger

1. Entah, aku tak rasa sesuai untuk duduk dalam satu gathering. Apatah lagi gathering blogger. Tak selesa dan tak biasa. Bukan sebab aku pemalu. Tapi, sebab aku rasa gathering adalah sesuatu yang menyampahkan.

2. Andaikata jika pergi ke gathering blogger. Jika blog kita di kenali, akan ada mata memandang. Itu yang aku cukup rimas. Apatah lagi jika bertanya itu-ini macam soal siasat nak masuk lokap. Aku rasa macam.. demm! Terfaktab.

3. Andaikata blog kita kurang di kenali. Mungkin yang kita dapat ialah gesekan biola loser. Dan selingan perkatan 'Oh', 'Ok', dan 'Emmm'. Semestinya, dabel Terfaktab.

4. Terus terang, aku lebih suka jumpa secara spontan. Tak caya tanya Deus. Takpun tanya Apit. Jangan tanya Parid Sadri, apa pun tak boleh.

5. Gathering blogger hanya di hiasi sebuah coretan bergambar. Sesi ala-ala ice breaking. Oh come on lah, aku dah besar panjang weh. Nak breaking2 apa jadah lagi?

6. Jumpa, makan, ketawa, bowling, dan balik-balik bowling, karoke, amek gambar dan blah. Pastu tulis satu entri kat blog sendiri pasal gathering blog yang di hadiri tadi. Arghh, tertekan aku!

7. Ok, aku tak larang nak gath-gath ni. Tapi, cuba lah guna otak tahap kreatif dan tampak spontan bergaya. Seperti tengok bola di stadium ka. Gathering dengan permainan lasak seperti Paint-ball. Ok, kalau ada orang ajak aku gathering blog dengan aktiviti paint-ball. Aku ikut. Lagi best kalau Deus dan Parid Sadri ada. Memang aku nak tembak bertubi-tubi. Kalau Fight Club? Lagi aku suka, boleh aku one-by-one dengan Affuantat dan Ader Berani.

8. Aku yakin, jenis blogger tak berprofile seperti aku dan Hellioz mungkin, memang tak gemar dengan gathering blogger. Sebab kami ada prinsip tak mencampuradukkan dunia maya dan dunia realiti. Kan?

9. Senang cakap. Pergi gathering blog ni bagi aku hanya untuk nak tengok rupa-diri-judge orang lain yang punyai blog. Contoh, kalau ada satu bloggers ni popular dan cakap berapi. Bila kat gath, semua nak tengok atas bawah kat dia macam mana diri dia sebenar. Adakah selevel seperti apa yang dia cakapkan dalam penulisan blog.

10. Bloggers yang lawa datang gath, pasti blogger laki nak menggatal. Blogger lelaki yang kacak datang gath, blogger perempuan sibuk nak bergambar. Haha, obvious.

11. Anyway, pandai-pandai korang lah niat nak pergi gath blog. Tapi, bagi aku. Aku memang berkata tidak buat masa ini melainkan ada perkara yang perlu saja. Ok? Have a nice day!

28 ulasan:

MATAHARI berkata...

aku paling suka no 9.judgemental! baca tulisan sudah.haha

syAzAnA berkata...

berasas gak pe yg lu ckp kan..




gua suke gathering even buat perkara yang sama jek. sebab bagi aku, nak tambh byk kwn. but, anyway, itu pendapat masing2 kan?


lau ada aktiviti gath rock climbing. lu nak pegi?

+d.O.Y.A.h+ berkata...

terbaikkk

AlexiaAqram berkata...

@matahari

nasib baik kau sarawak der. gath kat riverfront je le. naik boat ramai. mencabar gak.

@syazana

rock climbing? absolutely yes!

@doyah

thanks.

Nadia Hani berkata...

hahah terkedu. tp sgt makes sense!

nazihahisa berkata...

make sense..yep2..betul gak. tapi sbb kekangan waktu or masalah2 teknikal yg lain, gath tak dibuat aktiviti besar2an. but SNgathering akan dibuat this year kan. dengan pengisian dan aktiviti faedah. so takdelah org kata blogger takde life ^_^ so salam kenal! hehe

Lee Zha berkata...

aduh..bro..bkn riverfront la..waterfront. hahaha



btw, aku tingin nk jmp jek alvin. sb dia so cool~

storm chaser - rainbow lover berkata...

memula aku tak pemes

tapi aku buat satu kesilapan besar

join gath

then follower aku makin bertambah

hidup aku makin stress

so now aku jadi orang laen!

AlexiaAqram berkata...

@nadia hani.

terkedu? takpe, kau masih comel walau terkedu.

@nazihahihsa

mende apa SNgathering tu?

@leezha

last time aku pergi kuching ialah tingkatan satu. skrg dah besar panjang. lupa dah nama tmpt. haha.

@storm chaser

ternyata gathering mengubah watak penulisan. ajaib!

ザ-sylver-shooter berkata...

tkyahla gathering2 ni...jumpa 1 by 1 sudah..personal , dtg rumah, buat makan2 ..
itu lagi afdal,..

dekkai berkata...

#10 terbaik ! :))

cuba buat gath naek gunung tgk, sape mau ?

Husky n Pusky berkata...

kalau gath tu ada karipap kentang dengan macaroni n cheese aku datang. masalahnya aku tak pernah dapat jemputan.fuck. #foreveralone

Lee Zha berkata...

ok ar bro..alsan ko d trima. hahaha

AlexiaAqram berkata...

@sylver

kalau gitu, jemput datang rumah aku lah.

@dekkai

oh! series aku teruja dengan hiking!

@husky

kita mungkin senasib.

@lee zha

terima kasih.

MATAHARI berkata...

pergh. lama gila xg sini. tiket da murah, der. pki firefly. aritu aku jumpa rm 24. haha.

AlexiaAqram berkata...

rm24 pergi kuching? wadefak? nampak sangat aku dah lama tak survey harga tiket flight.

dem!

||| PöJìé PööH ||| berkata...

Pernah jer join gathering main paintball. join gathering gi diving pun ada..

PojiePooh; Hanya Satu...

Nurfatin Liyana berkata...

hahaa. i like diss :)

piNky LuCiA berkata...

tak pernah hadir gath. malas. haha.

ika~~ berkata...

same to me.
kalo aktiviti yg challenging maybe akn ku consider..

lavender harum wangi berkata...

haha, coincidently jumpa baru la best.. betul gak tu, kalau jmpe je boling.. xpyh ckp gath blogger je, reunion bdk2 sekolah aku pun sama.. haram aku xjoin la.. kelakar!

theblabber. berkata...

i love this one too!! keep writing good stuff ya :)

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah antara contoh orang yang berani di alam maya, tapi pengecut di dunia realiti. Sekian terima kasih :)

cikpia berkata...

been there once. and will make it once in a lifetime. ha ha. sangat budak2 (read : menyesal seumur idop sebab pi)

Young V berkata...

haha..ko kena invite p blog gath ka?

just not my style too sebab aku bkn sntiasa ramah.

fadh ^_^ berkata...

kenape xcube anjurkan gath yang the gempak the havoc the kreatif the hebat sendiri. tak campurkan dunia maya dan realiti?
that means xboleh sentuh dunia sebenar dalam blog?
so, buat cerita rekaan kebamom dan tipu jelah? gitu gamak nye?

Idayu Suraya berkata...

serius sangat betollll wehhhhh..dulu aku penah gak join blogger gath...tu pon terpaksa....cam haremmmmm je...menyampah la....cliche gile...kenal-kenal la main boling then tukar2 link nak kumpul follower.... aduhaiii habibababubueraaaa....

Dee Zahari berkata...

saya pun xsuka..

lagi2 blogger yang xfemes mcm sy nie..
xperlu lah nak bkumpul reramai..