Januari 13, 2011

Menjengkelkan 5 : Bajek Star

1. Di alam realiti, sikap bajek star ini memang kita akan alami dan hadapi. Kita sebagai pelihat dunia, kadangkala berasa geram dengan sikap bajek star dari beberapa orang yang lebih tinggi pelajaran, status, politik, kekayaan dan populariti.

2. Bajek star sebab dia ada Master/PhD. Bajek star sebab dia terer main bola. Bajek star sebab dia dah up-up nak jadi artis. Bajek star sebab dia menganggotai kumpulan minah bertudung yang menjengkelkan. Bajek star sebab dia Ketua Pemuda PAS. Bajek star sebab dia ada makwe/pakwe cun. Bajek star sebab dia ada Ipad. Banyak lagi, korang tambah lah sendiri.

3. Bukan sebab kita irihati. Tidak. Cuma bila kita berhadapan di alam realiti. Walaupun kita telah mendekati dan berbual dengan mereka ini. Ada kalanya ada ayat-ayat mereka yang amat memperihalkan mereka benar-benar tergolong dalam kumpulan bajek star. Menjijikan.

4. Seperti yang aku hadapi, bila berjumpa dengan beberapa rakan yang telah mendapat PhD. Lalu bila nak berborak dengan mereka, bila kita ucapkan tahniah ; 

"Wah Farid (bukan nama sebenar), tahniah naaa dah dapat PhD. Boleh ang belanja kami makan". 

Lalu di jawab ; 

"Apa panggil aku Farid, panggil aku 'Doktor Farid' lah.". 

Memang aku terkesima di situ. Korang rasa?

5. Ada lagi. Jika korang dapat lihat. Masyarakat kita mudah mengangkat idola itu dari segi populariti. Bukan dari segi pemikiran. Ini juga menjengkelkan. Sebab itu, bila kita lihat ada seorang artis realiti yang memenangi pertandingan lawak, lalu di angkat bintang popular, jadi idola, last-last artis itu buat tahi dengan kontroversi skandal sana-sini. Ini berlaku kerana apa? Mahu populariti, tapi tak nak tingkatkan pemikiran. Nak hebat, nak berlagak macam bajek star, tapi pemikiran kelas jamban. Masyarakat kita pula tadah saja, hanya fikir keseronokkan.

6. Sinonimya, kita boleh lihat dengan mudah macam mana perilaku orang bajek star. Lihat saja air muka, mungkin dah boleh cam. Penuh dengan perasaan ego, berlagak, dan rasa diri itu hebat. Orang bajek star akan bercakap secara sedikit mendongak. Ini benar mengikut takrifan psikologi. Namun bila ditanya hal ehwal sosialisma terkini. Haram satu apa pun tak tahu. Apatah lagi pemikiran politik. Masih lagi percaya yang Anwar Ibrahim itu hero masyarakat. Heh, tak releven langsung.

7. Bagaimana dengan sikap bajek star dalam dunia maya? Buka ruang komen, nilai penulisan komen satu-persatu. Korang akan jumpa sebagaimana penulisan komen orang yang bajek star. Ada saja serba tak kena. Mencari salah orang sedalam-dalamnya yang berbincang kritis sesuatu topik. Seperti aku alami, aku membincangkan topik, topik aurah contohnya. Namun, kenapa sampai topik siapa teman wanita aku di persoalkan? Kenapa topik 'letaklah gambar teman wanita aku di timbulkan?'. Takde kena mengena langsung. Lalu, aku cuba selami hal bajek star di alam maya ini.

8. Rupa-rupanya dalam diri seseorang yang bajek star di alam maya adalah berbeza dengan seseorang yang bajek star di alam realiti. Di alam realiti, sekurang-kurangnya ada rekod bertulis yang dia mencapai sesuatu lebih tinggi. Namun, di alam maya, sikap bajek star hanyalah sikap menunjuk kepak yang tak kemana. Paling penting, tak semestinya seseorang yang bajek star di alam realiti, akan bersikap bajek star di alam maya. Kerana, aku lihat, seseorang yang bajek star di alam realiti, kurang menceburkan diri di alam maya. Kalau ada pun, sebilangan saja dan lebih suka bersikap atas pagar. Namun, tak dinafikan jika ada orang popular di alam realiti yang bersikap bajek star di alam maya. Itu realiti.

9. Menghadapi gelagat bajek star di alam maya merupakan cabaran baru dalam dunia social network. Ini berbeza dengan fenomena internet 2000-2004 yang lebih banyak kepada cabaran menghadapi golongan gila seks. 2005-2010 pula adalah musim menghadapi golongan gila politik. Di permulaan 2011 ini, aku ramalkan bermulanya era fenomena sikap bajek star di kalangan pengguna alam maya, di mana mereka menunjukkan kepandaian syok sendiri dan mencari kesalahan orang lain sehingga ke lubang cacing. Oh, mungkin juga sikap copy-paste-attitude writing akan berlaku pada 2011 ini. Maka, akan ramai yang mahu menulis lagak seperti Obe. Mungkin akan ada MM kedua. Dan tak keterlaluan jika ada pengulas lain seperti Lucius Maximus. Bukankah kita sudah melihat gelagat Abdul Sokerleaks yang sedang memecahbelahkan keharmonian Sokerleaks dan Sokernet? Ini salah satu contoh yang perlu kita ambil perhatian.

10. Aku harapkan sikap bajek star ini dapat di bendung serta di kawal dalam dunia maya ini, mahupun di alam realiti. Kerana, setiap pembacaan kita, akan mempengaruhi sedikit sebanyak pemikiran kita. Aku tak boleh bayangkan sikap bajek star di dunia maya terbawa-bawa ke dunia realiti. Itu memang berat.

Sekian.

p/s : bajek nak star. bajek kalau satu sekolah dengan ana raffali, boleh heboh satu malaya? cob nobbler.

40 ulasan:

Penulis.Sahaja. berkata...

tiba2 aku rasa malas pula baca entri kau kali ni.
kenapa? sila jawab alexiaaqram!

zaira berkata...

aku bajek star tak AA??

jawab jujur!

AlexiaAqram berkata...

@penulis sahaja

susah aku nak menjawabnya. tiada talian hayat?

@zaira

aku tak beberapa kenal kau. baca blog kau pun, tak boleh nak menjawab soalan itu. come on babe, yang pedas di telan, yang manis di simpan.

MATAHARI berkata...

perangai utama bajek star ni judgemental, ye dakk?

pasal obe wanna be tu, jap.. obe tu tuhan ke?


keh3.

AlexiaAqram berkata...

u got the point matahari.
judgmental in ways to be a hero, but still loser.

kan dah ada gelaran obe-religion. hahaha.

zaira berkata...

adakAH AKU BELUM CUKUP JUJUR DAN TELUS MENULIS BLOG???

huhu aku ingatkan aku dah cukup transparent kat situ.

Betty Latif @ BL berkata...

perghh.

mmg x dpt dinafikan org mcm ni di mana2 saje.
lbh2 pulak kt fb ble jmp blk kwn2 lm.
ada yg dah cantik,dah ensem.
example:bila kita upload gmbr yg edit mcm magazine ditulis "model la konon",geng2 yang dah cun ni komen la.."kau nk jadi model??hahahahah"

bukan setakat terkedu,siap terkentut sekali.
perghh.

eszol berkata...

to search fame is nature of human being

but to brag n be arrogant of it could destroy the fame

PointBlankRambler berkata...

ntah la. aku rasa mual baca komen2 manusia bajek star kat blog oh bulan, page rosmah mansur sila mintak maaf kat umat islam, anti pkr clit. semua nak jadik keyboard warrior. lepas tu petik Tuhan/Hadith. copy pasta firman kat blog religious mana2. ntah hapekebenda ntah. masing2 nak tunjuk dia orang ni lebih islam dari orang lain. tapi tengok jugak gambar fasha sendal pakai bikini.

Alynn Notnot berkata...

hahahahahahaha!lawak entri ni.

tapi tak best sbb ada babit hal politik.

AlexiaAqram berkata...

@zaira

jujur itu hanya persepsi. yang menilai ialah akal kita yang mahukan keharmonian. ok, kau jujur sebab kau berani bertanya.

@BL

itu baru satu per lima puluh. ada lagi yang lebih teruk. terutamanya pengejar trafik yang copy paste topic diskusi untuk menaikkan traffic blog sendiri. itu di namakan mengambil kesempatan atas idea orang lain.

@eszol

indeed.

@pointblank

kerana benda yang menjengkelkan tidak tertakluk pada label #serbanistas dan #meleis. mungkin kita perlu satu istilah baru yang merangkumkan segala benda yang menyakitkan hati ini. aku dah cadangkan satu, #bajekstar.

zaira berkata...

bro aku tulis pasal kau kat blog aku!

k_Own berkata...

menjengkelkan betul ah budak budak y cm tuh. haha

fiQ berkata...

ble aku bc entri ni aku rs ko yg bajet sbnanye...kbajetan ko tgugat dgn khebatan org laen..haha! suda la bro

AlexiaAqram berkata...

aku tak boleh menghalang pandangan orang terhadap aku. namun, sekurang-kurangnya aku keluarkan idea dan menulis secara epistemology. berbanding bersikap menuduh yang kau sedang buat. adakah kau bajek star?

rainbowskittle(fain) berkata...

point taken ! sangat well put !

Artoone berkata...

point kau cuma di no.10. nasib baik aku skip 1-9. bagus juga artikel pakai point form mcm Dr.M ni...

Tanpa Nama berkata...

"Bajek star sebab dia menganggotai kumpulan minah bertudung yang menjengkelkan."

Ini pun dikira bajet star jugak eh..?Ramai la nanti yang sentap.Hahha.

Nice entry...aku nak kena berhati2 jugakla pas ni,tak mau la jadi bajet star.menjengkelkan sungguh.

Sca Ndx berkata...

aku rasa point 4 itu,
macam seolah gurauan tak boleh yang disalah anggap.

ke aku yang salah anggap?

alfablue7 berkata...

gua pa da heran lu nak komen ape?

kalut ah lu ni. sentap ngn diorg watpe

AlexiaAqram berkata...

sca ndx. ok, aku lupa meletakkan ayat dia bercakap dengan air muka merendahkan secara serius, jelingan mata yang eksyen, dan sedikit dongakan kepala.

adakah itu di kira salah anggap?

Sca Ndx berkata...

ok aku faham.
sebab ramai kawan aku bergurau macam tu.

mungkin sebab tu intepretasi aku jadi lain

Idayu Suraya berkata...

ye betol.. dan saya sangat suke dan senang dgn pemikiran kamu yang berbeza dgn org lain...pasal isu shawl tu saya ade tulis tentang kamu di blog saye...saye sokong kamu dan trime kasihhhh

khyrule_anuar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
khyrule_anuar berkata...

bajek hot mcm mna plak?? huhu

theblabber. berkata...

seperti biasa, well said. walaupun tulisan nampaknya pernuh berhati2. hehehe.. ;)

coincidently, i wrote the same thing on my facebook yesterday morning. puking blood kot dgn orang yang rasa dia handsome/cantik. or contoh paling dekat, mereka2(read: blogger) yang rasa punyai ramai follower. mashaAllah, Mariah Carey pun surrender dgn "kebajetan star" depa.

nadia-ady berkata...

yg pasti sy tak bajet star.LOL

dan setuju tang anwar tu. HAHAHA!

SuperAqram berkata...

the blabber. aku teringin nak petik. tapi, rilek dulu. cool dulu. tunggulah nanti seminggu dua. kembali menulis secara indie semula.

C@Rr0tSu$U berkata...

just be yourself.. tak de bajet2 star nih.. orang komen.. berdasarkan entry kite.. orang menulis pun berdasarkan komen orang laen..
Ramai jer blogger pandai dapat olah isu2 simple and post jadik best...
tak de ape la sume tu... lagi banyak orang.. lagi banyak pandangan...

MOFASAD berkata...

nama kitew~

The Poyo Me berkata...

terbaik alexiaagram(x pasti siapa yang tulis).


kadang2 saya fikir saya bejk star juga. dari situ nama The Poyo Me dulu datang. sebab ada orang yang sindir saya bajet star dalam FB kerana sibuk menjadi moralfag.

sekarang tak ada FB. sekarang tak jadi moralfag.

tak ke mana jadi moralfag/bajet star ni kekawan. semakin kita bajet star, semakin kita lupa memperbaiki kekurangan diri.

ps. pasad, nape name anda?

niesz berkata...

aik..main tunjuk2 nmpk..hehe..

Pemikir Bebas berkata...

Sudahla ko. Selama aku baca gaya penulisan ko pun memang gaya bajet star! Poyo!
ko tgk la ada org nama fiq kat atas
komen : 'ble aku bc entri ni aku rs ko yg bajet sbnanye...kbajetan ko tgugat dgn khebatan org laen..haha! suda la bro'

ko pulak reply :
aku tak boleh menghalang pandangan orang terhadap aku. namun, sekurang-kurangnya aku keluarkan idea dan menulis secara epistemology. berbanding bersikap menuduh yang kau sedang buat. adakah kau bajek star?

Cara ko jawab dah tunjuk cam nak menang je. mmg nampak la.
klu kat realiti aku dah lempang je cara org bercakap mcm ni.
epistemology la bagai.
paastu last jawapan ko tanya dia pulak 'adakah kau bajet star?'
gaya yang mcm tak puas hati.

Weh kenyataan yang patut diterima ialah sume org yg memiliki blog especially yg byk ketengahkan isu - isu panas macam politik memang writer tu sume bajet star or dengan lebih jelas lg poyo. Sebab apa aku cakap? sebab sikap tu memang perlu untuk ko yakinkan orang based on pendapat ko tentang suatu isu. Cuma sikap tu jangan terlalu over sgt la. Macam Khairy Jamaludin yang jenis orang ckp guna jubor. Kalau macam Tun Mahathir gaya dia komen agak sinis dan rilex. Tapi still ada gaya bajet dia. Itu bezanya.Aku akui sendiri perangai aku pun ada bajet star and poyo. Majoriti orang ada perangai ni lah. Tak payah nak nafi. Aku nak gak tengok reply ko kat komen aku.

AlexiaAqram berkata...

kau memang dah konfem bajek star. tak payah nak mengaku, memang dah tahu. bajek star satu hal. takde telur satu hal. nak lempang? ahaks. poyo ayat kau. mcm bercakap dengan dinding cat basah.

Tanpa Nama berkata...

pergh...entri neh pon nk perli2 blogger len gk ke?.....

nk kaet2 pasal org komen sal ko tulis entri bertudung tue..dah dah laa....

Rebelle berkata...

aku tahu sape yang bajet start kat sini.. dah tentu la alexiaaqram! kah3~

Rebelle berkata...

aqram nanti kahwin jangan lupa jemput aku! hehehe.. kau tak jemput, takde hadiah tahu! :p

Rebelle berkata...

aku rasa pelik panggil kau aqram.. ah.. bedal la..

**saje je nak bagi comment kau berganda-ganda kat sini

! Nurida Ardy berkata...

membaca disini..:)

Mr. Schomey™ berkata...

heh heh. orang ni tuduh orang ni bajek star, orang tu pon tuduh balik.

so, semua orang pun bajek star kadang2. bajek star dengan bidang/atau benda yang diorang tahu/dikenali.

kalau semua benda dia bajek star, tu namanya ***** la.