Januari 26, 2011

Siaran Tergendala

1. Banyak perkara yang tergendala aku hadapi sejak 2-3 hari ini. Semua idealisma aku hilang macam di tiup angin laut pulau mutiara ini. Aku cuba mandi dengan shower yang kuat (cara Mr.K), namun tak berjaya. Aku cuba menghisap rokok dengan gaya kool (cara Penulis.Sahaja), sama jugak tak berjaya. Aku pergi bersosial (cara Elena Reeney), bukan idea aku dapat, tapi makwe berkemban! Haihhh.

2. Kerja? Tak usah di cakap. Semua nya kena di tangguhkan. Semua tergendala gara-gara kontroversi lagi, lagi dan lagi. Aku pun tak tahu bila nak habis dan bila nak tamat. Lebih menjengkelkan, bila nak timbul lagi? 

3. Bagaimana aku hendak hasilkan penulisan berilmiah jika kiri-kanan-depan-belakang masih ada yang bersikap barua? Hantu pun kacau manusia bila manusia nak sangat tengok hantu. Manusia yang sentiasa mengacau? Lebih teruk dari hantu?

4. Penulisan aku, aku lihat semakin lemah. Aku akui. Entri sebelum ini aku lihat banyak kepada emosi. Penggunaan 'gua-lu' memang menandakan aku sedang menulis dengan amarah dan bongkak. Ada dua saja nadanya. Jika aku menggunakan kata ganti diri 'aku-kau', itu bermakna mood aku dalam keadaan steady state. Boleh ber-sarkastik dengan lancar.

5. Hal yang sedemikian, aku rasa aku nak berehat menulis. Pergi bercuti. Menjengah idea. Berkembara. Back-packers dan ber-fixie. Aktiviti-aktiviti yang aku gemari. Mungkin jika naik meroyan, aku akan merempit sekilo dua. What? Apa ingat lelaki berkarisma dan urban tak boleh merempit? Lagi terer tahu?

6. Aku akan ke Coral Beach. Di sana dengar ceritanya dah tak macam dulu. Kini, pantai nya tenang. Sesuai untuk aku menenangkan fikiran. Cuti raya cina kan panjang. Maybe aku boleh pulang terus ke kampung halaman sekali menjenguk ayah bonda. Menguruskan kedai makan yang aku tinggalkan. Aku rindukan nasi lemak. Itu saja.

7. Kalian semua jangan lupa menjenguk ibu bapa di kampung. Dan aku ucapkan selamat bercuti. Berjumpa lagi di lain penulisan. LensaRosak perlu berehat. Cuma, penulisan di Terfaktab akan terus berjalan sebab aku dah lama simpan siap-siap entri yang ada. 

Itu saja siaran kali ini. Asalamualaikom!

15 ulasan:

eiffel berkata...

haih...samat bercuti aqram+alexia..

samat pegi samat balek...jgn lama sgt...t jadik lensa habuk plak xP

AlexiaAqram berkata...

haha. selamat2!

niesz berkata...

jom blik kg raye cine ni..hehe

updated entry :pantun bukan nk cri gado,just nk bg info

AlexiaAqram berkata...

@niesz

balik kampung awak? awak nak saya mati kena bunuh dengan bapak awak ke ape?

hehe.

Sca Ndx berkata...

selamat rehat dari anasir2 anon. hehe

AlexiaAqram berkata...

sca ndx, terima kasih.

Hapuskan anon, cegah wabak.

PointBlankShot berkata...

go ahead brah.

have some rest.

you deserve it though.

qish. berkata...

wuuu..tamao!tamao!

nnt aku nak stalk belog sape kalo ko x update? haihh!

una berry berkata...

suka profile pic baru.
selamat bercuti.

MATAHARI berkata...

selamat berehat, der.
the anons will never stop menyalak, but keep going ok.

INTELLIGENT_loner berkata...

hahaha..alexiaaqram...thanks visit..nak kecoh kat semua orang bole tak yg kau komen kat entri aku..hahahahahaha...

*TERHARU*

~~dah gile..seriyesss

Elena Reeney berkata...

lu kalau tak sebut nama gua memang mati pucuk eh?

Fiq Vertigo berkata...

aku backpack ke iskandariah. nak cuci mata....hehehehhehee

Qaisar berkata...

p mengaji agama ngn praktis PES. semoga makin terer. ahaha

Fit berkata...

rilek la derr..aku tggu entri baru ko