Januari 07, 2011

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Low-Profile.

Low-profile atau dalam bahasa kampungnya, merendah diri. Sikap merendah diri merupakan sikap tidak menunjuk iaini perempuan low-profile juga bermaksud perempuan yang merendah diri dan tidak terlalu menunjukkan aset, pemilikan dan hak yang ada pada diri. Lawan bagi perempuan show-off ialah perempuan low-profile.

More to silent than a give an attention to people. Prominent and quiet impressive.

Contoh streotype Perempuan Low-Profile.

1. Dia tidak cantik, gemuk dan mungkin berbau. Namun, dia memandu BMW 7series hasil pendapatan dia sebagai pensyarah muda.

2. Dia seorang yang senyap, tak banyak cakap. Namun dalam senyap, dia ada Iphone 4, Android, Samsung Galaxy. Ya, ada 3 telefon bimbit termahal sekaligus. Bila tanya kenapa tak pakai, jawapan yang selalu kedengaran ; "Tak reti sangat nak pakai. Lagipun handset Sabun ni masih elok". Rupanya, ibu dia adalah jutawan MLM.

3. Kurang gemar berfesyen, lebih selesa pakai baju kurung labuh, cermin mata tanpa bingkai, bawak beg laptop, dan memakai jaket track-suit. Namun, bila tengok penyata Maybank dia, ada wang simpanan sekurang-kurangnya RM15ribu!

4. Jangan tanyakan hal ehwal terkini mahupun perkara duniawi seperti ada sale di Forever 21. Dia takkan tahu. Yang dia tahu ialah, kerja, kuliah (buat yang masih belajar), bilik, projek, FYP, berita biasa dalam Berita Harian, satu-dua tempat makan yang sedap, jalan dari rumah ke tempat kerja dan tak lupa susu melangsingkan badan.

5. Bercakap dengan perempuan low-profile adalah seperti bercakap dengan makcik, mak saudara dan kalau kena masa, macam bercakap dengan ibu sendiri. Ini kerana, percakapan dan fikiran mereka bak orang tua, namun kurang arif dari segi hal ehwal terkini.

Kekurangan dan kelebihan bercinta dengan Perempuan Low-Profile

Kelebihan

1. Duit, duit, rezeki, rezeki.
Ya, untung diri seorang lelaki yang biasa paras rupa dan status dapat memiliki perempuan seperti ini. Kelak mana tau perempuan tu free-free hadiahkan Proton Inspira?

2. Beragama dan tidak liar
Selari dengan watak tidak menunjuk perempuan low-profile. Kebanyakkan perempuan ini di kenal pasti mempunyai pendidikan agama yang baik. Bukan setakat ada, malah di praktikkan. Sebab itu, jarang nampak perempuan sebegini berlegging di tengah awam. Hado ke?

3. Tidak kedekut
Pasti ini meriangkan mana-mana hati lelaki. Kajian induksi 2010 oleh Persatuan Wanita-Wanita Kuala Selangor telah menyimpulkan golongan wanita seperti ini tidak kedekut tahi hidung masin seperti perempuan gedik. Malah, takde istilah gedik dalam kamus perempuan low-profile.

4. Penyayang
Perempuan seperti ini ada ciri-ciri ibu mithali dan penyayang pada budak kecil dan binatang-binatang. Mungkin sebab diri mereka jarang untuk orang sekeliling menyayangi diri mereka kerana status low-profile nya itu

Kekurangan

1. Tak lawa, habis cerita.
Kenapa nak pertikai. Majoriti, ok, mungkin 80% dari perempuan low-profile memang tiada kelebihan dari segi paras rupa. Jangan harap nak dapat secantik Fatin Liyana. Paling koman pun secantik Bik Mama.

2. Typical, obvious.
Salah satu masalah perempuan golongan ini ialah mereka tidak terdedah dengan dunia luar. Jadi, pemikiran mereka dalam hal-ehwal semasa tidak berada pada pemikiran luar kotak. Hanya berpikiran biasa saja. Di sini, mungkin terjadi rasa bosan pada lelaki yang bercinta dengan perempuan low-profile.

3. Skema tapi garang
Yup, memang tak salah jadi skema. Bukan nak kata skemaphobia. Tapi, fikirlah. Korang kalau nak bercinta dengan perempuan skema, tambah garang plak tu, mesti fikir masak-masak sampai hangus. Ada tu siap kutuk lagi 'not my taste, not my taste'. Realiti kan?

4. Tak glamour.
Memang tak glamour pun. Tak caya Dr Hazimi Ishak. Dia pun cakap macam tu dalam ceramah 'Cinta Nan Suci' minggu lepas. Bercinta dengan perempuan tudung labuh, untuk zaman kapitalisme macam ni mana glamour.

Hipotesis

Semakin dekat diri kita pada cinta yang ikhlas, semakin dekat cinta kita pada Tuhan.

Perempuan low-profile banyak menampilkan kelebihan dari sesuatu yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar dan pandangan rupa. Jelas, memang Tuhan itu Maha Adil. Perempuan tak lawa, tapi lawa hati budi. Perempuan tak glamour, tapi glamour duitnya.

Kan kan kan?

40 ulasan:

AlexiaAqram berkata...

pertamaxxx!

hehehe.

aNNa maRdHiaH berkata...

kedua ! hehehe ...

Tanpa Nama berkata...

ketiga

aye-na berkata...

ade je pmpuan yg lawa n low profile..kwn sy pn ada je yg alim tp pmikiran xkolot pn..huhu..=)btw..keempat..(utk apa xtau tp play along jela..hehe)

Tanpa Nama berkata...

saya suke blog ini

kikiki

Lee Zha berkata...

sila baca dalam nada 'kematangan'. ngeee~

aik..np trapik ni lom smp 300?? hehe :D


http://cheqleezha.blogspot.com/2011/01/gadis-semasa-agama-fesyen.html

AlexiaAqram berkata...

@leezha

aku disable komen kat entri ni sebelum ni. dan link terus pada komen di entri Terfaktab. sebab entri ni hak milik terfaktab. dalam tempoh 12 jam. baru aku buka komen ini. sebab aku penulis entri ni, lantak aku lah kan?

hahahah!

Alynn Notnot berkata...

oke aku tak low profile kot.

tapi takdela smpi nk pakai legging kan?

HAHAHA

C@Rr0tSu$U berkata...

cuba wat siri tafsiran wanita plak tuk topik nih... hu hu..

Tanpa Nama berkata...

bro, kenapa lu suka buat blog psl perempuan? lu pencinta wanita ke?haha
lu xde fb ke? bg la awek lu punya fb. blh wa kenal2 dgn dia.
mesti dia alim hasil didikan lu

wahidah berkata...

tp kesian gak fatin liyana 2 sebab for me, die ok lg setail. ade lg yg kunun fashionistassss lg la fesen sampai as a women pom i doubt bout their fashion.huhuhu

free compass berkata...

lucah gile.

ok bgus.

Tanpa Nama berkata...

lu delete komen wa eh bro?

Tanpa Nama berkata...

erm... macam macam... :)

sume nie bergantung pada diri masing masing nak menilai seseorang tuh macam mane...

tak semestinye persepsi kte betol terhadap seseorang tuh...

klu kte nak menilai seseorang, pastikan kte betol betol kenal org tuh.. :)

dun judge a book by it's cover! :)

p/s: blog kau memang bagus.. ade unsur2 nasihat.. tapi kalau terlalu banyak meng-kondem orang, jadik jelik la bro...! :)

AlexiaAqram berkata...

delete lah. ramai orang marah aku petik nama gambar orang len. so, aku remove lah. jadi, aku pun delete lah komen kau yang petik gambar awek aku.

fair n square dak?

Tanpa Nama berkata...

hahaha. relax la karem. ;p

AlexiaAqram berkata...

kah kah kah cilaka. member sendiri takut tunjuk nama. gua jumpa lu memang gua tarik rambut lu.

haha!

Tanpa Nama berkata...

haha. wa bukan member lu. wa tahu nama lu dari jeng3. tapi betul la kan nama lu karem?
awek lu blja usm amek apa? engin?

AlexiaAqram berkata...

ahh ini lagi celaka. malas gua nak layan. kah kah kah. chalo!

Tanpa Nama berkata...

hahha. relax la bro.
awek lu cun weyh
wa tgk dia pun suka pakai shwals.
patut lu kenal2 kan dia dengan fatin liyana kot2 blh famous mcm FL.
haha
lu tkot awek lu kena kebas ke bila famous?
relax bro dh 6 thun lu cintancinton x kan lari awek lu bro.
lu cri kan la wa awek cun gak.

teyqahd berkata...

yg anon2 ni peminat setia ko bro , ahaha .
ko patot bgge die suke komen ko bro ,
amek positif side , hihi .
yg penting , aku sokong ko , huu :DD

Tanpa Nama berkata...

bangga si karim ada peminat setia mcm aku. hahah~

AlexiaAqram berkata...

ni bnyk puji melangit ni, seram gua lain macam. #jadah!

Tanpa Nama berkata...

hahaha. wa peminat setia lu sbb tu wa puji lu.hahahah
lu mesti sweet talker kan. rupa lu biasa je tpi awek cun.

cik sophia kirai berkata...

1. Dia tidak cantik, gemuk dan mungkin berbau. Namun, dia memandu BMW 7series hasil pendapatan dia sebagai pensyarah muda.

i loike yg ni hahaha...tepat2 dan menusuk kalbu...

sharifah zulaikha berkata...

suke gile.. x tipu.. aku ditinggalkan bf kerana xlawa dan membosankan.. trus terang ni..hee~

nurul berkata...

lu gelabah ke bro org tau pasal awek lu bagai?haha

Tanpa Nama berkata...

haha!

nurul berkata...

karim2....haha

anamizu berkata...

memang kalo tak cun lelaki takkan mau punye..uwawawa

LOLIPOP PEDAS berkata...

mcm2 la budak ni ..huhu

eiffel berkata...

macam2 yg aku dpt tau psl karem ni...t kawen jmpot aku tau..harap2 ko buat xjauh sgt xD

alexiaAqram lancau dan pukimak berkata...

kau duk mgata org,duk maki2 org,judge org sesuka hati kau,kalau smua ni kene kat anak kau,br best kan pukimak !!!!

AlexiaAqram berkata...

apa jadah? nak maki aku punya pasal sampai buat akaun google/blogger?

terdesak sangat ke?

Miss F berkata...

agak bagus entri ni..
perempuan low profile.
mesti ada kelebihan tersendiri.
cuma dia memilih untuk low profile.

penyisir rambut berkata...

kalau kami pakai macam mcik tu agak2 korang nak undi tak??
hikkk...

jom terjah!!

http://penyisirrambut.blogspot.com/2011/01/bertudung-pon-masalah-ke.html

siti nurdhiya berkata...

fatin liyana lagi. bila kau nak sebut nama aku pulak weh? hahaha

dylaroxy berkata...

huhuhuhu,, bro sy sgt suke bce artikel awk,, nway,, sometime ia jdi muhasabah kt diri sy,, hehehehehe nway artikel u besh!

Yatre Hayati berkata...

Aku sedang mencari ceciri semua tu didalam diri aku....search...........loading..........................error.

fadh ^_^ berkata...

salam bang.
seteriotaip.
yakin yang majo orang yang rendah diri xcantik?
yakin yang majo orang yang rendah diri kaye?
yakin yang majo orang rendah diri penyayang?
yakin yang majo orang yang rendah diri membosankan, macam katak bawah tempurung, dan laen laen lagi?

ps*jarang jumpe blogger lelaki macam ni. eh, betol ke LELAKI ni?
LOL