Januari 17, 2011

Tempat-Tempat Lepak di Penang Yang Korang Kena Pergi

Aku rasa aku ada tulis mengenai tempat makan di Penang yang korang kena terjah. Itu tempat makan, tempat lepak lain pula hal-nya. Tempat makan tak boleh buat aksi terlarang. Tempat lepak ada kemungkinan. Namun, sejak revolusi gadis shawls. Alhamdulillah, kes maksiat dah berkurang lah jugak. (agaknye)

1. Padang Kota Lama.
Secara radikal-nya, aku letakkan tempat ini sebagai nombor satu tempat lepak di Penang yang korang kena pergi. Sebabnya mudah, di sini ada macam-macam aktiviti yang menyeronokkan. Untuk kaki pancing macam aku, kat sinilah port paling best nak memancing ikan dan juga memancing makwe-makwe gedik Penang. Tapi! Kawan aku pernah juga pancing makwe Sabah. Kat situ sudah nampak variasi 1Malaysia dan 1Typical. Lebih mengharukan, di sini juga ada tempat memancing pondan dan nyah-nyah kelas kedua. Kelas pertama tak dapat kat sini. Sebab kat sini angin nya kuat. Pondan kelas satu selalu pakai skirt. Jadi, kurang sesuai.

Padang Kota Lama juga ada menghidangkan gerai-gerai lori bergerak. Nak pekena rojak malam-malam ada di sini. Nugget batang RM1 pun ada. Ha, bukan setakat makanan. Ada juga perkhidmatan mengurut di tepi jalan. Menjual buih-buih sabun. Ada baskin kadang-kala. Ada taman permainan untuk kanak-kanak memekak. Juga tempat aksi mat rempit menunjuk juara. Pengalaman aku di tempat ini ialah aku pernah bermain futsal di tengah jalan. Apa kesah? Bola di mana-mana bro.

Rating makwe cantik  : 3 setengah bintang.

2. Gurney Drive (Padang Kota Baru)
Sebenarnya, aku pun tak faham kenapa ia di gelar Padang Kota Baru. Macam tak logik. Padahal ia hanya sebuah street-way yang di kiri-kanannya ialah tempat makan dan persisir pantai. Apa yang bestnya di sini ialah ; ia selalu di jadikan tempat berkunjung gadis-gadis universiti yang masih lagi jakun dengan Penang. Jangan terkejut jika ada yang datang dari UUM dan UiTM Bukit Mertajam. Apa kejadahnya sampai ke sini diorang datang? Rupa-rupanya tempat ini tempat lepak yang agak cool jugak dan ada banyak hotel-hotel bertaraf 3-4 bintang. (sendiri fikir lah).


Di sini ada kelab malam. Rasa aku lah. Tapi, yang menarik di tempat ini adalah kerana adanya Gurney Plaza. Ya, tempat lepak Fasha Sandha bergelak kuat-kuat. Heh. Ada juga kelompok gerai makan di hadapan roundabout. Namun, aku kurang makan di situ keranan suasanaynya yang agak serabut. Kalau aku datang pun, sewaktu ada perayaan. Yang selalu ada pergaduhan kaum sampai masuk paper, kat sini lah. Asal perayaan New Year, mesti sesak. Kalau tak sesak, bergaduh. Cuma, makwe-makwe yang datang sini lebih meriah dari Padang Kota Lama. Untuk mencari gadis shawls? Boleh ke sini.

Rating makwe cantik : 4 bintang

3. Queensbay dan Hammerbay
Bukan Queensbay Mall ok. Apa barang Queensbay Mall? Tempat ini terletak di sepanjang jalan menghadap ke Pulau Jerejak. Sepanjang laut. Banyak aktiviti menarik di sini. Aku rasa aku kerap ke sini. Sebabnya, ada bundle dan sate ikan. Kat sini juga menyediakan aktiviti bermain layang-layang. Malah, ada yang bermain sampai ke malam. Kuat juga angin di sini, di samping mata kita terpesona dengan keindahan lampu-lampu dari Jambatan Penang. Banyak gerai-gerai lori kecil meniaga makanan dan tak lupa perhimpunan kereta MyVi Impreza. Kadang-kadang ada perhimpunan kereta Tiara Lancer (kejadah?) Budak-budak motor? Jangan cakap lah. Memang Penang kuat rempitnya.

Cuma yang pelik, di sini korang boleh melihat gelagat Budak Queensbay™ yang suka mengambil gambar di roundabout kat situ. Kadang-kala bila aku memandu kereta di situ. Aku ternampak mat-mat rockers dan mat-mat indie sedang memperagakan aksi silat naga sambil ada seorang jurukamera amatur mengambil gambar. Dan itu berlaku di waktu petang dan malam. Di waktu siang, giliran mereka di ganti oleh mat-mat Vietnam, Indon, Nepal dan Bangla yang rileks saja berbaring di atas roundabout yang empuk dengan rumput golf. Malah, mereka juga mengambil gambar tanda kenangan. Fenomena sebegini memang tak boleh di terima akal.

Rating makwe cantik : 3 setengah bintang

4. Pantai Seagate
Nama seagate di ambil dari sebuah kilang Seagate yang terletak di situ. Kira-kira 2-3 kilometer dari Queensbay lokasinya. Apa yang menarik di sini pada waktu siang hari ialah ; ramai peniaga yang akan menjaja di tepi jalan. Ada satu gerai Mee Sup yang sedap terletak di hadapan kilang Plexus. Nak minum air kelapa pun ada di sini. Tempat ini meriah untuk mereka yang pulang dari kerja bagi meringankan pemikiran dengan desiran angin bayu.

Pada waktu malam, tempat ini bertukar wajah. Deretan kereta rosak secara tiba-tiba mengambil alih. Masalahnya, kereta rosak itu boleh bergoyang-goyang kadangkala. Hantu apakah yang menggoyangkan kereta-kereta tersebut? Ada zombie kah? Mungkin pihak MPPP boleh sediakan lebih banyak tiang lampu sepanjang jalan di sini kerana tempat ini sangat gelap pada waktu malam. Seronok sungguh bila ada mereka yang mengambil kesempatan dengan kegelapan malam di temani air-cond, Fly Fm, kondom dan cahaya bulan. erk?

Rating makwe cantik : Tiada, sebab tak nampak wajah kerana gelap.

5. Penang Road
Merupakan kawasan paling berprestij untuk gaya hidup yang urban. Terdapat lebih 10 kelab malam di sini. Paling happening adalah di kawasan Slippery Senoritas, Momo dan Uptown. Aku akui, sewaktu zaman dahulu aku yang serba urban dengan memandu Volkswagon Golf, tempat sebegini aku kunjungi untuk bertemu rakan dan taulan. Di sini juga banyak hotel dari segala bintang. Tempat menarik untuk back-packers dan golongan Mat-Minah Fixie™ serta Mat-Minah DSLR™.  Waktu siang, Penang Road adalah tempat paling sibuk dengan orang meniaga. Chowrasta, Cendol Penang Road, Odeon, Mydin dan sebagainya. Menjelang malam, adalah masa untuk berhibur. Di sini lah port pondan dan nyah-nyah kelas pertama berada. Oh, nak cari ayam pun ada. Cuba usha kat belakang gereja tu.

Sinonim sebagai tempat clubbing paling happening. Aku cenderung untuk mengkritik tabiat pemuda-pemudi Penang ber-clubbing. Ia berbeza dengan pemikiran pemuda-pemudi KL ber-clubbing. Di Penang, motif utama ialah mencari makwe dan mencari pakwe. Seperti sudah kebudayaan. Banyak kali rakan-rakan wanita aku di ganggu oleh pemuda-pemuda yang mula naik gila nak bergesel-gesel sehingga rakan-rakan aku itu tidak selesa. Nasib baik badan aku sasa dan sempat menghalang. Secara tak langsung, aku lebih selesa melihat gaya pemuda-pemudi KL yang lebih gentleman dan sophisticated. Kerana, rata-rata mereka pergi ke tempat sebegini untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan berbincang perkara-perkara yang berfaedah dari memalukan diri meng-usha makwe mahupun menggoda pakwe. Namun, ini semua cerita lama. Sekarang aku lebih selesa memegang tasbih sewaktu berjalan. Progresif bukan?

Rating makwe cantik : 5 bintang.

Sampai di sini saja yang aku boleh tuliskan secara ringkas. Buat gadis-gadis cantik yang pertama kali nak datang Penang dan perlukan pertolongan arah. Sila kontek aku. Sekian.

p/s : Malas aku nak credit-credit gambar ni. Bukan thesis pon!

23 ulasan:

c!k baBy berkata...

ari sabtu lepas baru jek aku p gurney plaza.
heee :)

(evendow aku ni budak Uitm Bukit Mertajam tapi aku tidak lah menjadi manusia yang seperti kau katakan diatas tu ye wahai encik aqram.
berkenaan dgn hotel 3-4 bintang.)

AlexiaAqram berkata...

aku tak menuduh. haha, aku suruh fikir sendiri. maybe, praktikal kehotelan mungkin? haha. ayokk, pikir apa kau ni?

Amir berkata...

Babi rindu sial aku kat penang. :)

terima kasih kerana menulis.

rulhazwanami berkata...

praktikal kehotelan?
muahaha!

una berry berkata...

semua dok citer pasal penang
teringinnya nak g
hoho

PointBlankRambler berkata...

port 1,2 dan 3 tempat yang banyak nostalgia bagi aku dan cik awek doh.

rindu gila kat Penang. honestly, aku lebih selesa lepak2 di Penang dari KL.

Btw, tak review nasik kandar beratur ke? ketagih weh kalau dah pekena hahah

kucinglipat berkata...

haa jgn lupa nasik beriyani kapitan yg sarat dgn mamat2 motor besar buat muka angkuh ramai2 sambil bawak pempuan separuh abad berpakaian ranggi. tu mmg terbaik!

AlexiaAqram berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AlexiaAqram berkata...

@amir

terima kasih kerana jadikan tempat aku melepaskan rindu.

@rulhazwanami

istilah baru mungkin?

@una berry

mai mai, mai sini boleh pekena bubur cha cha!

@pointblank

oh, kalau ang baca tempat makan yg kena terjah. aku ada bagtau bahawa NASI KANDAQ POTONG BABI lagi best dari NASI KANDAQ BERATUR. tak caya, cube try.

@kucinglipat

ya tuhan, nasi beriyani kapitan adalah tempat paling aku tak suka. pekerja dia berlagak nak mampos! baik ang pegi nasi beriyani hameediyah yang ada nasi beriyani ayam tanam.

eiffel berkata...

kahkahkahkah!!!aku bukan org penang...tapi berdasarkan entry ko ni...paling byk tempat nk dapat stok 3gp adalah pantai seagate!

AlexiaAqram berkata...

pandai! eiffle pandaiiii.

Moon berkata...

sorry maybe xde kaitan,
but this is it:

http://whitevirgin.blogspot.com/2011/01/rindu.html

hida.hadi berkata...

dalam banyak2 tempat yg disenaraikan, aku tak penah pegi pantai seagate..hoho

c!k baBy berkata...

ye la.dah kau ckp sendiri pikir.so aku pikir la macam2.hahaha.
btw, penang mmg best la.pada aku la.heeee.sebab penang juga cam syurga makanan.heeee

GigiWangi berkata...

batu feringgi mana?

haha. banyak2 tempat aku paling suka nombor tiga!

AlexiaAqram berkata...

akan tulis nanti pasal batu feringgi. tunggu siri dua lah.

*cimOt* berkata...

aku sampai penang ko bawak aku ronggeng bley???
hahahaha

diari.seorang.gadis berkata...

i adore ur notes:)

hm..
pdg kota lama : best sbb kat situ ade ABC special..yg sgt special..
pastu kat situ gak bekelah ngn family yg dtg dari mlake..n dpt hadiah lappy pertamax dri fmly..*kire besejarah ler tmpt tu..haha*

gurney drive jarang pergi..tp tmpt tu sbenarnye best..tepi laut..xde mase nk lepak situ..huhu

queensbay : best2..suke dok tepi laut tgok pulau jerejak..konon2 abeh tenang la dok situ..haha

chowrasta : tmpt wajib singgah stiap kali balik kampung..nk beli jerukk..kakaka..btw..cendol kat tepi jalan tu mmg best

seagate : adoi camne aku leh telupe nk gi sini..cet

line clear : tmpt plg aku layan nk mkn nasik kandar *my fav*..ades kempunan da ni..

youth park : tmpt riadah plg aku suke..tiap mggu mesti gi..for..*senamrobi*...kakaka

botanical garden : ni pon best..mmg btul2 bejalan lam taman..byk bunge n pokok2..omg i love it..nk detim? boleh saje..

feringgi : opkos la mls ckp..pantai miami..ngee~ hawaiiann..lol..
sblom smpai feringgi..muntah dulu..
jalan byk konar2..adoi

n byk lgi aaa...
*bdasarkan pngalaman 3 taun dok sane..study..not uitm or usm or what..

tmn negara penang : bleh tahan la..yg penting..kat situ byk beruk..n ade air terjun..yezza..

p/s : sorry aqram..aku bebel kat komen ko..hahaha..

ika~~ berkata...

Gurney Drive (Padang Kota Baru)
*tmpt aku gadoh ngn bf.ahaha!

Indiana Johnny berkata...

Gurney Drive mmg ada makwe HOTTT...keh3

cik ery berkata...

5 yg ko list, Penang road aku belum pernah sampai. erk, tak perlu kot nak menyampaikan diri kat situ. Banyak lagi tempat best kat penang. Dan mmg banyak tempat makan best!

Dayang Saadon berkata...

aku dgn member aku memg planning nk gi penang lepas raye ni at 1st memg confuse kalo sampai penang ke mana hala tujuaan kitaorg nanti,lps bace blog ko ni ada sedikit confident ar...wei kalo kitaorg naik png ko jd tour guide kitaorg pun bgus gak...kitaorg ingat nk happening2 kt sane nanti,asal ko tk citer psl hard rock cafe penang..member aku bgtau penang nye HRC agi happening dr KL btul ker?

Aqram berkata...

sebab HRC penang, walaupun aku pernah pergi. aku rasa penang road lagi happening.