Februari 25, 2011

Apa Seterusnya?

Tunisia sudah, Mesir sudah. Mubarak jatuh macam kera. Kini, giliran Libya, Yemen dan Bahrain.

Aku tak tahu nak kata apa. Tetapi aku rasa macam ada sesuatu tak kena. Atau pun aku terlalu bersangka. Atau mungkin ini semua kebetulan. Tapi, bagaimana jika ini semua memang realiti revolusi.

Cuba kita berfikiran jauh sedikit. Open our vision, make it beyond from what we see

Apabila ramai manusia mula berani menunjukkan dan mempertahankan kebenaran. Maka, akan datanglah sang penyelamat.

atau

Apabila ramai manusia mula berani menunjukkan dan melampiaskan ketidakpuashatian. Maka, akan datanglah sang bencana.

Jujur dalam pandangan aku, apa yang berlaku di middle east, di negara arab merupakan sesuatu yang tidak kena. Seolah suatu reverse-psychology sedang berlaku. Ini kerana.. ya memang revolusi itu bagus untuk menjatuhkan si tamak kuasa. Tapi... ia akan menjadikan sebuah negara itu bergolak. Jadi, setelah bergolak, mampukah ia berdiri bangun semula dengan kekuatan terdahulu?

Sejarah menyatakan, ia satu benda bukan mustahil untuk sebuah negara itu bangun semula. Tapi, itu sebuah sejarah. Sejarah negara yang hendak bangun semula pasti akan memakan masa. Sebab itu ia di kenali sebagai sejarah. Kerana sejarah memakan masa.

Tunisia, dan Mesir yang sudah jatuh kekuasaan tamak kuasanya. Sudah habis pergolakkannya. Mampukah rakyat mereka bangkit semula untuk menyatupadukan seluruh Mesir dengan Islam yang nyata. Atau akan masih di belenggu pemikiran budaya lama? Ini semua pasti akan memakan masa. Selepas Mubarak jatuh, kini semua puak di Mesir merebutkan jawatan tertinggi. Jadi, apakah kesudahannya itu ringkas dan mudah? Tidak bukan?

Cuba kita lihat Iraq contohnya. Jatuhnya Iraq, jatuhnya regim Saddam. Berapa lamakah masa untuk negara Iraq bangkit semula? Bangkit sebagai sebuah negara yang kuat. Aku lihat, kita lihat sendiri bahawa Iraq tidak akan bangkit buat masa ini. Memang takkan bangkit mungkin. Kerana ia akan memakan masa yang panjang.

Dan jika itu semua terjadi di Malaysia. Jika semangat revolusi middle-east merebak ke Asia Tenggara. Jatuhnya Barisan Nasional, jatuhnya perpaduan dan toleransi. Berkuasanya Pakatan Rakyat. Bermaharajalela-nya Anwar Ibrahim. Mampukah Malaysia bangkit semula dari pergolakkan politik dan kaum, menjadi sekuat apa yang kerajaan kini pernah usahakan? Aku rasa tidak! Sebab untuk bangkit, ia memakan masa. Jika dapat sekalipun, ia tak sehebat seperti dahulu. Kerana? Ketidakpercayaan itu masih banyak perlu di pecahkan.

Secara ringkasnya, apa yang bakal terjadi di middle-east dan negara-negara Arab nanti (akan datang pada negara arab lain). Merupakan suatu trigger (pencetus) kepada sesuatu yang tidak akan kita duga. 

Mungkin benar, semua negara Arab akan berevolusi dan bergolak. Akan datang seorang yang mengambil kesempatan. Siapa orang itu, kita takkan tahu. Yang berupa syaitan atau yang sebaik malaikat?

Tindakan aku? Masih terus berfikir dan berwaspada. Berdoa kepada Tuhan agar aku di tunjukkan jalan yang benar dalam melalui persiapan ke hari kiamat yang bakal menjelma. Aku harap korang turut sama. Janganlah di pengaruhi emosi semata-mata. Kerana panik, nyawa tergadai.

Sekian, asalamualaikom!



p/s : Barangkali ini kerja Amerika dan Zionis. Siapa tahu? Perisik MOSSAD dan CIA tiada siapa yang hidu.

9 ulasan:

D' Cako berkata...

Waalaikumussalam!
^_^
Ye betul tu. Bila dah ada entry ni macam baru nampak lak 'something wrong' tu. Semoga tak merebak ke asia tenggara. But somehow benda yang sama pun mmg macam bakal berlaku kat mesia. Doa je la mampu...

free compass berkata...

aku tak tahu betul ke tak tapi 2-3 tahun lepas tv3 ada buat dokumentari pasal libya, libya negara africa 2 paling kaya tapi rakyat malas mengalahkan org melayu sampai satu tahap si ghadafi terpaksa buka negara untuk org asing untuk bekerja. tentera pun dia upah. mmg malas nak mampus. sori tu say.

AlexiaAqram berkata...

@d'cako

lets start prayer and apologize the past. ameen.

@libya

41 tahun. sangat lama dan menjengkelkan.

sigades berkata...

bilamana sistem diktator dijatuhkan.

sistem khalifah dinaikkan semula..
bukankah itu janji Allah??

bahawa Islam akan kembali memerintahsebelum Imam Mahdi dilahirkan untuk melawan dajjal.

dan seterusnya.

kiamatt??

renung-renungkan!!

afrohead berkata...

ada juga suara-suara yang mengatakan mahu membawa revolusi ini he Malaysia. ini satu tindakan dangkal paling bodoh pada aku.

tiada sebab untuk protes di sini, kita semua aman.

dan revolusi di timur tengah ini konsepnya pada aku ialah 'pecah dan perintah'

sama ada kesannya baik atau tidak, kita lihat sahaja siapa yang berjaya dipecahkan, dan siapa yang berjaya memerintah secara senyap.

eiffel berkata...

adoiyai..klo dah libatkn fahamn politik, memg aku faul.. T.T


p/s :: header ko tuh nmpk agk menyeramkan....

wasabi.senpai berkata...

kalau dah kezaliman yang diorang paksa tanggung buat sekian lama tu membuatkan kebangkitan yang dorang lakukan adalah salah.xtahu lahh nak cakap ape.hak mereka untuk dapat kebebasan.saya menyokong sepenuhnya revolusi negara timur tengah.(buka minda sket.cari jalan)

mysara zaini berkata...

totally agree with u! ape yg terjadi kat negara2 islam skrg mmg saja dirancang, dan utk menyatakan yg Amerika, Zionis atau sekutu mereka menjadi mastermind di sebalik seme nie adalah tepat!
Persoalannya, sedangkan banyak lagi negara yg bukan di bawah kepimpinan Islam menghadapi pemerintah yg tamak, haloba, kenapa hanya negara Islam yang bergolak?
umat Islam bermandi darah kerana menjadi boneka manusia2 yg ingin melihat agama suci ini terhapus!

Mainur Hasnah berkata...

kata AA benar.. tapi bukankah perubahan itu perlu.. tapi aku lagi setuju kalau slow2.. naikkan balik sistem khalifah.. moga Allah memberkati kita semua.amin